Assalamualaikum dan salam sejahtera..
- Ramas-ramas 2 genggam daun delima dengan
sedikit garam dan segelas air masak, perah kemudian minum ½ gelas bagi sekali
minum. Lakukan 2 kali sehari.
- Tumbuk isi 2 biji buah delima putih beserta
biji sehingga lumat. Campurkan 3 sudu besar air masak dan letakkan sedikit
garam, kacau rata, tapis dan minum. Lakukan 3 kali sehari.
- Rebus barli sekurang-kurangnya 3g bersama air
secukupnya, setelah barli kembang, minum bersama air biasa dan tambahkan
sedikit gula. Minum setiap hari.
- Mengamalkan juga Talbinah iaitu bancuhan barli
bersama susu segar dan sedikit madu.
- Makan buah anggur, jagung masak, mangga atau
pisang masak secukupnya setiap hari.
- Memakan 1 @ 2 biji buah tomato yang ranum pada
awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan.
- Rebus kacang kuda ½ cawan kecil atau ¾ cawan
sehingga kembang. Makan sehingga menghilangkan rasa lapar.
- Ambil 3 – 4 batang serai yang telah dibuang akar dan daun, diracik-racik dan direbus. Ambil segelas air rebusan itu dan minum perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~