Pages

Thursday, 9 July 2020

Buah zuriat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku dah ttc hampir 3 tahun lebih dah.. memang rasanya macam baru lagi kan.. entah lah, macam-macam yang aku rasa.. sedih.. kecewa ni jangan cakap lah.. rasa macam dah parah dah...

boleh ikut ttc journey aku ni,...

Alhamdulillah kali ni mak mertua aku pon bantu aku juga.. mak dengan mak tih ada bagi buah zuriat,..

Buah zuriat ni agak keras lah... kalau rasa tak kuat, mintak tolong suami yang buatkan.. buah ni dari mekah mak kata.. ketuk sampai nampak isi dalam dia yang putih tu..

Ni bentuk buah zuriat

Mak mertua bagi 3 biji.. Bila mak mertua bagi macam ni... Menunjukkan mak mertua pon dok doa kami dapat anak segera.. Mak pon nak tolong aku bagi mengandung.. Terima kasih mak abah... Sikap mak abah tak ubah macam mak abah siti sendiri.. Cakap je nak makan apa.. Mak abah mertua layankan macam anak sendiri.. Ya Allah, Kau ampunilah doa kedua ibu bapa mertuaku dan bahagiakanlah mereka di dunia dan di syurga.. Aamiin.. 😭 😭

Tanya kawan aku yang pernah dapat buah zuriat ni.. Dia kata dia pernah dapat dari mak saudara dia pon bagi 3 biji ja.. Maybe syarat dia kot kena bagi dalam nom ganjil.. Ke kebetulan je.. Ermm.. Xtau lah... 


Ni selepas diketuk

Suami ketuk dengan lesung batu atas papan pemotong plastik.. Habis papan pemotong berlubang.. Hahaha.. 😂 😂 😂 😂 Nampak tak betapa kerasnya buah ni.. Lepas dah ketuk yang luar.. Dia ada lagi selapuk sabut kat dalam.. Yang dalam tu pon kena ketuk jugak.. Sampai nampak isi dia warna putih..

Ni gambar isi dia
Bekas sabut tepi2 dy tu better kikis dulu sebelum ketuk.. Sebab nya bila dah relai macam gambar ni serius susah nak kikis dah.. Ada org dia buang.. Tinggal yang putih saja.. Dah try buat dah xboleh wey.. Keras sangat kulit sabut dia tu.. So, lepas kikis tu.. Basuh elok2.. Selawat apa.. Lepas tu masukkan dalam periuk.. Aku guna air mineral dua botol.. Aku masakkan atas api.. Sampai kluar warna macam warna teh.. Pastu.. Isikan dalam botol balik.. Simpan dalam peti ais.. Dan minum 2 kali sehari untuk suami dan isteri..

Ni dah minum 2 hari.. Ada lagi sebotol.. So klu 1.5liter air tu untuk 2 hari la..untuk suami isteri.. Kira 4 cawan lebih la satu botol

Kawan aku cakap nak mudah.. Bubuh air dalam water kettle yang elektrik tu.. Ikut jenis kettle banyak mana air.. Lepas tu tunggu dia mendidih terus.. Angkat jela minum.. 

Ikut lah cara masing2.. Yang penting kita ikhtiar dulu.. Tawakal kemudian.. 

Boleh rebus ulang2 sampai warna tu jernih.. Boleh buang dah la buah ni.. Guna buah zuriat baru pulak.. Ulang proses yang sama.. Rasa dia macam teh kelat tak de gula.. Biasa lah.. Benda nak buat ubat kan.. Kita try je la walaupun tak lalu.. Mana tau kot2 menjadi.. 

Aku pon sekarang dah redha... Ada rezeki anak, ada.. Tak de rezeki nak buat macam mana, mungkin rezeki kat benda lain.. 

Korang tolong doakan kami suami isteri ye.. Suami kata dia nak anak ramai yang soleh dan solehah yang dapat bantu kami suami isteri masuk ke syurga Allah.. In shaa Allah.. .. Semoga Allah makbulkan doa suamiku.. Aamiin.. 



 lepas tu, kikis sabut luar dia tu..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments:

Post a Comment

~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~