Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hai semua.. untuk entry kali ni special sikit sebab nya nak cerita pasal birthday aku sebagai owner blog ni dan juga birthday suamiku...hehehe.. nasib la korang la kena baca.. hahahaha....
Tahun ni tahun kedua sambut masa penangan covid ni.. macam biasa sambut ala kadar.. nak sambut macam biasa tak boleh.. selalunya birthday aku, kami akan pergi jalan-jalan tak pon kalau jauh sikit pergi mana-mana hotel untuk release tension.. erm.. kali ni.. jangan harap la..
Birthday aku tahun ni dalam pkp dan dalam bulan puasa ramadan.. macam tahun lepas je.. tapi tahun ni.. awal-awal bulan 4 lagi suami aku dah bagitahu dia ada tempah hotel untuk kami menginap kat sana.. dia kata ada pakej buffet untuk sahur dan buka puasa.. aku pon excited gila.. masa ni yang dia tempah ni bukan pkp lagi.. jadi tu yang pihak hotel buat promo macam tu.. dekat H Elite Hotel Kota Bharu..
then tup tup.. pkp pulak start.. sampai lah 29/4/2021. sedih yang teramat sangat.. baru je nak happy boleh duduk hotel.. last-last jadi macam ni pulak.. sedih sangat.. pihak hotel cakap dia akan refund balik duit.. tapi sampai ke hari ni (17/6/2020) belum dapat sebarang refund balik.. bila tanya pihak hotel jawab by pringkat.. aku on je.. tapi masalah nya aku baru ni antar meseg.. dah tak reply dah.. seen je.. nak suruh suami aku call lagi sekali sebab atas nama dia.. kalau dia tak bagi feedback yang munasabah untuk kes ni.., aku dan suami aku takkan teragak-agak lagi untuk buat polis report.. bukan soal duit sebenarnya.. soal management hotel.. habis nanti kalau kami tak report polis , mungkin akan ada orang lain yang kena macam kami.. cukup lah setakat kami yang teraniaya..
Okey back to my birthday.. bila dah sampai birthday aku tu, suami aku mintak maaf dengan aku, dia kata tak sangka nak jadi macam ni.. aku tak kisah pon sebenarnya.. aku faham bukan salah suami aku.. cuma dalam hati tu sedih jugak la.. sebab memang dah lama rindu nak release tension kat hotel.. last-last dia kata sebagai ganti hadiah birthday, dia belikan microwave.. alhamdulillah,.. aku lega jugak la.. dengan adanya microwave tu lagi mudah la keje aku.. tq suami susah payah buat macam-macam dan spend duit untuk hadiah birthday aku.., tak sangka sangat,... sayang suami ketat-ketat,. hehehe..
Baru-baru ni birthday suami aku yang ke 29 tahun , 11/6/2021 .. aku sebenarnya dah rancang lama dah nak buat candle light dinner lagi dekat rumah,, tapi memandangkan sejak-sejak pregnant ni rasa macam tak larat sangat. aku buat yang simple-simple ja.. aku buat laksa kedah , beli kek sikit dengan hadiah untuk suami aku.. alhamdulillah mujur suami suka.. aku cadang nak buat masa betul-betul tarikh birthday suami aku tu tapi memandangkan cuti aku tak lulus.. jadi aku buat awal sikit laksa dan kebetulan suami aku cakap dia kena kerja malam masa tu.. balik dari kerja, suami aku cakap memang dia teringin nak makan laksa,. kebetulan sungguh,.. hahaha.. maaf lah suami ku.. buat tak ikut tarikh sebenar..
ha.. setakat ni dulu entry kali ni.. nanti aku sambung lagi cerita lain plak.. terima kasih kerana sudi blogwalking kat sini.. semoga Allah memurahkan lagi rezeki semua yang sudi membaca blog ni.. aamiin.. papai.. tq..
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~