Pages

Tuesday, 8 March 2022

Berpantang hari ke 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

sambung balik pantang 2 ..

Hari ke 3 berpantang, aku masih di hospital lagi.. sebab ada masalah sikit..

pagi tu ada doktor pakar buat morning round.. lepas tu, doktor ada beritahu kat aku.. katanya ujian darah aku rendah 7.1 .. jadi, kena tambah darah sebab takut pelbagai kemungkinan yang akan berlaku.. dan doktor cakap dalam pukul 5 petang nurse akan buang tube kencing dan lepas tu akan masukkan darah yang sesuai untuk aku. aku mengangguk saja..

tak lama lepas tu ada nurse datang kat aku, mintak aku tukar katil ke bilik lain..mereka membantu mengangkat barangan aku. terus ke bilik baru.. bilik 4 orang ... bilik berkipas.. sebab memang request nak duduk bilik berkipas .. sejenis yang tak tahan sejuk.. alhamdulillah.. bila sakit-sakit , memang tak suka bilik atau tempat yang terlalu sejuk ..nak yang biasa-biasa saja..

tunggu punya tunggu..pukul 5 petang tu pon ada nurse datang dan buang kan tube.. Ya Allah, nikmatnya rasa dapat buang tube tu.. bebas rasa bergerak sana sini.

ada adik depan katil tegur, " baru lepas bersalin ka?"
aku , " taklah 2 hari lepas lagi bersalin. baru bersalin ka?"
adik tu, " tak, nak dekat seminggu dah kat sini."

disebabkan aku dah boleh berjalan sana sini.. aku pon berjalan mendekati adik tu.. aku nampak dia tengah guna breastpump.. aku undur sikit, malu pulak aku nak duduk dekat-dekat.

aku tanya dia, " ha.. lama dah.. kenapa dik? anak sakit ka? dok nicu ka?"
adik tu, " anak nak ok dah.. cuma kes tak settle lagi."
aku terkejut.. aku tanya dia, " kes apa dik? adik umur berapa?"
adik tu, " kes rogol.. polis baru tangkap ja laki tu.. saya umur 15 tahun. "
sekali lagi aku agak terkejut, " adik kenal ka laki yang rogol adik tu?"
adik tu, " kenal. dia dah kena tangkap.. rasanya esok dah boleh balik dah rasa.."

aku kesian kat dia.. aku pon mintak izin nak pergi kat katil aku..malas nak ganggu dia lama-lama.. bukannya aku polis pon nak soal siasat dia.. silap tanya kang dia nangis jenuh aku..

aku malas nak pikir banyak terus naik atas katil dan rehat sambil main handset.. seronoknya .. bebas rasa lepas buang tube tu.. selesa sangat. tapi tak bertahan lama keselesaan aku tu.. 

lepas ja azan maghrib dalam pukul 7 lebih macam tu, ada nurse mai kat aku.. tunjuk untuk jenis darah yang dia nak bubuh kat aku.. aku darah o+ .. dia pun pasang semua peralatan kat aku...sekali lagi aku tak boleh pi mana-mana.. adeh,..sedih sangat..






dah siap pasang kena tunggu sampai habis

masa tambah darah ni.. ada rasa macam nak muntah sikit... rasa pening kepala.. dan rasa sakit kat tempat masuk darah kat tangan tu.. agak tak selesa la.. lepas dah habis tu dalam pukul 9 malam macam tu, rasa lega sangat..nurse mai cabut semua benda alah tu.. dah boleh rehat dah..


okay, nanti aku sambung lagi ye.. stay tuned tau.. terima kasih sudi blogwalking kat blog aku..
aku doakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan hampa di dunia dan akhirat.aamiiin

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~