Pages

Friday, 7 April 2023

Kitab Suci Al-Quran

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. 

Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat islam..

Okey, hari ni aku nak buat refresh balik tentang kitab suci Al-Quran sempena bulan Ramadhan yang mulia ni.. 

Al-Quran ialah kitab suci yang utama untuk umat Islam yang juga merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril..

Proses penurunan wahyu dalam bentuk ayat-ayat dalam Al-Quran ini berlaku secara beransur-ansur selama 23 tahun.. 

Al-Quran ini diwahyukan bermula pada bulan Ramadhan pada satu malam yang dirujuk sebagai malam lailatulqadar ketika baginda s.a.w berumur 26 tahun dan mula dilantik menjadi Nabi dan utusan kepada seluruh manusia..

Wahyu terakhir turun iaitu pada tahun 632 Masihi iaitu pada tahun kewafatan baginda s.a.w ketika baginda berumur 63 tahun.

Nama-nama lain yang merujuk kepada Al-Quran ialah Al-kitab , Al-Furqaan , Adz-Dzikir dan At-Tanzil..

Sifat-sifat Al-Quran:-
1. An-Nur : kitab yang memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada dalam kegelapan dan kekufuran serta dapat menerangi jiwa orang yang selalu membacanya..

2. Al-Mubiin : kitab yang menerangkan sesuatu dan menghuraikan mengenai ajaran islam kepada seluruh manusia..

3. Al-Huda : kitab yang memberikan petunjuk ke jalan yang lurus kepada umat manusia.

4. Ar- Rahmah : kitab yang membawa rahmah dalam hidup manusia serta menerapkan nasihat pengajaran kepada seluruh manusia..

Manfaat kalau sentiasa kita membaca Al-Quran :

1. Memperolehi hidayah dan manfaat dari Al-Quran.

2. Mendapat tempat yang tinggi dan kedudukan yang mulia di sisi Allah s.w.t pada hari kiamat kelak.

3. Memperolehi jaminan syurga  dengan segala isinya terdiri daripada sungai2 , isteri2 dan keredhaan Allah s.w.t.

4. Memperolehi mahabbah atau simpati dari Allah s.w.t

5. Memperolehi keuntungan berupa kebersamaan Allah s.w.t dengannya..

6. Memperolehi kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat.

7. Hati tidak merasa gelisah atau cemas.

8. Dibukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi.

9. Menjadikan seseorang itu dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.

10. Memperolehi perlindungan dari Allah s.w.t

11. Diakhirat kelak terselamat dari api neraka.

12. Pada hari kiamat kelak, dihimpunkan secara terhormat.

13. Memperolehi kesan dan akibat yang baik..

14. Memperolehi kemenangan dan keampunan.

15. Menjadi peneman yang menguntungkan di hari kiamat kelak

16. Memperolehi rahmat, petunjuk serta keampunan dari Allah s.w.t

17. Terlepas dari kesempitan hidup di dunia dan di akhirat.

18. Mempermudahkan segala urusan, menghapuskan keburukan dan memperbesar pahala.

19. Terhindar dari tipu daya orang-orang yang iri hati dan dengki.

20. Sebahagian besar amalnya diterima oleh Allah s.w.t.

21. Mendapat sambutan dan layanan yang baik dari para malaikat.

Jadi marilah kita sama-sama membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian kita...

Walaupun tak boleh khatam sebuah Al-Quran dalam sebulan dalam bulan puasa ni.. 
Bacalah setakat mana yang kita mampu dan boleh.. 

Semoga kita mendapat syaafat di dunia dan diakhirat kelak.. aamiin..

Jumpa di next entry ye semua.. ,🥰

Papai..



No comments:

Post a Comment

~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~