Perjalanan pulang ke kampung atau bercuti luar dan dalam negara yang mengambil masa yang lama perlu berhati-hati dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.. Jadi, untuk sesiapa yang merancang untuk melakukan perjalanan jauh hendaklah bersedia sebarang kecemasan yang bakal berlaku dengan menyediakan peti kecemasan terutamanya bagi mereka yang telah berkeluarga.. malang ni tidak berbau ye.. lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan.
Peti kecemasan / first aid tidak semestinya beli yang jenis complete kit kat farmasi tu.. kita boleh custom ikut keperluan kita.. cuma perkara asas perlulah ada terlebih dahulu.. benda-benda penting wajib ada.. nanti aku beritahu apa benda penting tu..
tidak semestinya beli first aid kit box ni tq google untuk pic ni.. |
Boleh ja guna box biasa yang beli kat kedai eco rm2 tu pon boleh.. tapi pastikan ada label .. bahaya kalau anak-anak main...
kami guna box yang macam ni saja.. beli yang kedap udara tu.. lepas tu, label saja first aid.. |
Saja la nak share sikit kan... Macam kami suami isteri memang akan bawa balik ke kampung atau kalau pergi travel bawa sekali dengan custom first aid kami.. meh aku cerita apa yang kami letak dalam first aid kami..
Apa yang kita perlu sediakan di dalam peti kecemasan / first aid kita?
Basic first aid
- Bandages
- sterile gauze
- Antiseptic swabs
- Antibiotic cream/lotion
- Any ointment (minyak gamat, minyak serai wangi, minyak panas)
- Mask
- Hot cold pack
- scissors
- Hyrocyn aqua
Additional
- Thymol mouthwash - macam aku kalau perjalanan jauh,.. bila terlalu kering mulut, akan jadi ulcer..so mmg akan bawak balik yang ni sekali..
- Muscle plast (banyak jenis jenama.. ikut la nak bawak jenama apa...neobun ke hundredplast ke salonplast ke)- yang ni bila kita angkat banyak barangkan.. mula rasa nak demam, badan sakit-sakit
- Paracetamol - ubat tahan sakit/ demam ni memang akan letak siap-siap dalam box
- Oral rehydration - air garam ni kalau time demam memang kena minum..
- Copastin - ubat untuk redakan batuk.. berkesan la jugak yang ni.. memang akan bawak sekali..
- Charcoal - ubat untuk time keracunan makanan.. sebab biasanya bila kita pi travel, kita akan makan banyak tempatkan.. so memang akan jadi keracunan makanan kadang-kadang tu..
- Loperamide hydrochloride - ubat untuk cirit-birit
- Fucon - ubat sakit perut
- cold fever - pelekat untuk demam (dewasa dan kanak-kanak.. yang ni memang kami akan bawak balik sekali .. senang tak perlu singgah mana-mana farmasi dah)
- Bromhexine - ubat kalau kita kerap batuk untuk cair kahak
- Buscopan - ubat untuk sakit perut
- Oral aid - untuk ulcer
- Cough lozenges
- Hyoscine buthylbromide - ubat untuk perut memulas
- Bisacodyl - ubat untuk mudah berak/lawas berak (boleh juga kalau nak try guna enema/lactul/pil/ pil chii kit teck aun)
Ubat aku sendiri (wajib)
- Glucoxit (metformin) - ubat diabetes
- Domperidone - ubat gastrik
- Pantoprazole - ubat gastrik ( kurangkan acid dalam perut)
Ubat untuk anak
- Sterimar set
Tak wajib bawa semua ni untuk orang lain.. kami bawa balik yang lengkap macam ni sebab tau dah bakal kena macam ni.. hahaha.. sokmo-sokmo sangat dah jadi.. hahaha.. so bagi kami macam wajib la ubat-ubatan ni.. in case kalau terlalu lama sakit dan tidak reda juga, baru kami ke klinik atau hospital berdekatan..
semoga Allah memberikan kita semua kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik,..aamiin ya rabbal ala min..
kalau boleh kita memang nak sihat ja kan, tapi biasa lah kita ni manusia.. memang akan diuji oleh Allah..
sebenarnya ketika kita sihat sekarang ni pon adalah ujian dari Allah.. bukan time sakit saja ujian Allah bagi..jadi, tak salah sekiranya kita beringat sebelum terkena..
Apa orang putih kata, Prevention is better than cure.. :)
Terima kasih sudi blogwalking kat blog ni..
jumpa lagi di next entry ye.. papai.. :)
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~