Hari ini saya nak kongsi tentang hari-hari yang dibolehkan berpuasa dalam islam dan juga hari-hari yang diharamkan berpuasa dalam islam.
Hari dibolehkan berpuasa dalam islam
- Puasa enam ( puasa selama 6 hari dalam bulan syawal - boleh dilakukan selepas hari pertama syawal sehingga hujung bulan syawal - boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang seli atau ikut kemampuan)
- Puasa awal bulanZulhijjah ( dari 1hb sehingga 8hb zulhijjah)
- Puasa pada hari Arafah (9hb zulhijjah)
- Puasa pada 9hb Muharram , 10hb Muharram (hari Asyura) dan 11hb Muharram.
- Puasa dalam bulan Rejab (mengikut kemampuan )
- Puasa dalam bulan Syaaban (kecuali pada hari syak iaitu 30hb Syaaban)
- Puasa tiap-tiap hari isnin dan khamis
- Puasa 3 hari pada tiap-tiap bulan Qamariah (bulan islam)
- Puasa pada hari Isra' dan Mikraj (dalam bulan Rejab - 27hb Rejab
- Puasa pada haru-hari putih iaitu hari ke 13hb, 14hb dan 15hb dalam bulan qamariah (kalendar islam) kerana ketiga-tiga malam tersebut bulan sedang mengambang penuh.
- Puasa pada hari-hari hitam iaitu hari ke 27hb , 28hb, 29hb, dan 30hb pada setiap bulan qamariah (kalendar islam) kerana malam-malam tersebut tiada bulan.. jika bulan tersebut tiada 30hb, maka tambah satu hari pada bulan berikutnya..
- Puasa di bulan-bulan haram (bulan diharamkan peperangan dalam islam) iaitu bulan Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.
Hari yang diharamkan berpuasa dalam islam
- Hari syak iaitu 30hb Syaaban
- Hari Raya Aidilfitri ( 1hb Syawal ) dan hari Raya Aidiladha (10hb Zulhijjah)
- Hari-hari tasyrik iaitu 11hb , 12hb dan 13hb Zulhijjah..
- Haram pada pertengahan bulan Syaaban iaitu bermula dari 15hb Syaaban sehingga akhir bulan Syaaban iaitu 30hb Syaaban..
Setakat ini dahulu perkongsian pada kali ini.. jumpa lagi di next entry..
Terima kasih semua readers..
Mari lah kita sama-sama berdoa..
Ya Allah ampunilah segala dosa kami, dosa isteri/suami kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa adik beradik kami, dosa nenek moyang kami, dosa sahabat handai kami, dosa para guru kami, dan semua muslimin dan muslimat..
Ya Allah, jadikanlah anak-anak kita dan seluruh keturunan kami menjadi anak yang soleh dan solehah penyejuk mata, bertakwa, kuat imannya, dijauhkan dari marabahaya, malapetaka, penyakit berjangkit, binatang liar, dijauhkan dari fitnah dajal dan neraka jahannam , dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan dapat memasuki syurga Allah tanpa hisab.. aamiin ya rabbal ala min...
Papai semua..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 🥰🥰
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~