Hari ni aku nak bercerita sedikit mengenai sambutan birthday anakku semalam..
Alhamdulillah dapat jugak kami jayakan sambutan birthday kami walaupun hanya untuk family kami ja.. tapi aku bersyukur sebab aku dapat gembirakan anakku.. tapi malangnya dalam dok seronok-seronok..
tak sangka pulak akan jadi jugak perkara yang menyedihkan dan mengecewakan aku.. yang pada asalnya aku ni nak buatkan anak aku happy.. lain pulak jadinya.,.
mengikut perancangan asal kami nak buat di sebelah petang sebabnya sebelah pagi Thaqif ada appointment kat klinik wakaf stan dan jugak klinik kota bharu... tapi disebabkan kelantan dapat cuti peristiwa untuk hari mengundi .. alhamdulillah rezeki Thaqif jugak la kan ..
jadi, kami telah tukar perancangan kami untuk bawak Thaqif pergi indoor playground.. jadi sebelah paginya aku buatkan sarapan nasi goreng cili padi dan buatkan kek birthday untuk Thaqif.. memang sebenarnya niat aku nak buat kek dekat Thaqif.. alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya yang asalkan aku tak jadi buat kek sebab perlu ke klinik pagi dan petang.. bila dah klinik cancel appointment, jadi memang menjadi la niat aku tu.. alhamdulillah.. syukur sangat.. semuanya kebetulan.. memang rezeki Thaqif..
kami beli barang untuk birthday decoration di kedai Eco Plus Tunjung.. selepas tu, kami bawa Thaqif bermain indoor playground di H Elite Hotel Tunjung.. seronok sangat tengok Thaqif dok main.. rezeki Thaqif jugak.. time kami sampai .. kami group 1 yang masuk dalam playground tu.. Playground dia tak la besar sangat dan tak jugak terlalu kecil.. sangat berpatutan untuk anak-anak kita.. harga hanya RM20 saja untuk kanak-kanak dan ibubapa boleh masuk secara percuma.. swimming pool jugak boleh walk in di hotel ni.. hanya RM15 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak.. pool dia besar.. terletak di bahagian atas rooftop..dengan kecantikan 360 view.. kami belum berkesempatan untuk stay kat hotel ini.. pernah booking bilik sekali dengan sahur & iftar tapi disebabkan time tu time covid ada mco tahun 2019 .. jadi pihak hotel cancelkan booking kami.. mereka refund secara berperingkat.. dan kali kedua kami booking tahun lepas.. tapi disebabkan ada beberapa perkara kami tak dapat nak booking jugak.. tapi kami join jugak untuk iftar ramadan tahun lepas.. memang meriah sangat..
bagi sesiapa yang nak stay kat H Elite Hotel.. aku boleh katakan pilihan yang sesuai sebab kat sini dah ada macam-macam dah.. mydin pon dekat.. ada al-khatiri kafe.. ada eco.. ada diy.. pendek kata dah lengkap dah.. macam-macam ada keliling tu.. tambah pulak nanti mesti akan jadi tempat tumpuan .. sebabnya sekarang pon tengah dok buat projek ECRL .. senang la nak pergi KL lepas ni..
Okey dah melalut dah.. sambung balik bab sambutan birthday anak aku.. hehehe..
kami sampai kat playground tu dalam pukul 2 lebih dan kami keluar dalam pukul 4 lebih sebab Thaqif sibuk nak peluk anak orang (actually baby bawah 1 thn budak tu) .. aku tak berapa suka Thaqif buat macam tu sebab kita nak jadi privacy orang lain yang datang kat situ.. jadi aku cepat-cepat ajak suami aku balik.. risau pulak budak tu kena lepuk dengan Thaqif.. nampaknya anak aku ni nak main dengan adik.. tapi kami belum ada rezeki lagi untuk dapat zuriat kedua.. :( sedih sangat.. doakan kami ye.. mana tahu berkat doa semua aku boleh mengandung sekali lagi.. teringin sangat nak pregnant lagi.. tambah teringin bila tengok orang lain ada baby girl.. doakan aku ye.. tapi aku tak kisah.. laki ka pompuan asalkan ada rezeki anak pon dah besar rahmat.. sebab aku ni ada pcos jadi nak boleh pregnant tu aku tahu macam agak sukar.. banyak yang aku perlu korbankan.. doakan aku berjaya ttc kali ni..
lepas balik dari playground , kami balik rumah dan siapkan decor untuk birthday Thaqif.. seperti dijanjikan.. kami pon bersiap-siap.. bukan apa nak ambil gambar kenang-kenangan untuk Thaqif..
Jadi lah serba sedikit majlis Thaqif.. alhamdulillah..
Aku bagi hadiah train kat Thaqif dan suami berikan hadiah basikal kat Thaqif.. seronok sangat tengok Thaqif suka.. tapi tak sangka dalam dia suka tu.. terjadi lah perkara yang menyedihkan..
aku beli Train tu murah ja kat kedai Eco Plus dalam RM 9.00 jer harganya.. aku pon dah sedia maklum yang train tu memang takkan bertahan lama .. mungkin paling lama setahun atau setengah tahun.. tapi malangnya.. tak sampai sejam.. train dah start rosak.. sedih sangat.. Thaqif menangis-nangis.. hancur hati aku tengok Thaqif menangis terkulai.. rasa sedih sangat-sangat,.. menangis sampai terlelap dan terjaga menangis lagi,,aku mintak suami aku sorokkan sebab dah rosak ,, tak sangka Thaqif menangis sampai macam tu sekali.. last-last aku mintak suami aku berikan train tu kat Thaqif sebab nampak Thaqif dah terkulai dengan tak makan apa-apa lagi.. lepas tu, Thaqif dah okey dah.. alhamdulillah.. dia main-main train tu.. dia sendiri tengok train tu rosak.. baru dia tak main dah.. rupanya dia tak percaya kami cakap train tu dah rosak.. hahaha.. haqu la anak aku sorang ni..
lepas makan, terus ja bawak naik atas katil.. tak sampai 10 minit terus tido awang kenit ni.. hahaha.. letih sangat la tu bokali.. hahaha..
okey, setakat ni saja al-kisah kelmarin... hahaha.. macam-macam.. mama sampai takut dan sedih tengok Thaqif macam tu.. siap suruh papa bukak surah yaseen lagi.. hehehe..
terima kasih semua sebab sudi baca sampai habis.. alhamdulillah segala puji bagi Allah.. kita hanya merancang tapi Allah maha Mengetahui segala nya..
begitu lah kehidupan seharian kita.. sentiasa lah bersyukur dengan apa yang ada dan jadi dalam hidup kita.. bila kita bersabar, Allah akan berikan apa yang kita nak melebihi apa yang kita bakal dapat.. alhamdulillah..
Terima kasih sudi blogwalking ye..
Jgn pernah jemu ye.. kalau ada apa-apa soalan atau cadangan tajuk.. boleh komen kat bawah ye.. terima kasih..
Akhir kata..
Marilah kita sama-sama berdoa..
Semoga kita semua dan seluruh keturunan kita diampunkan segala dosa.. menjadi anak yang soleh dan solehah penyejuk mata, menjadi ibubapa yang penyayang..bertakwa, kuat imannya, dijauhkan dari marabahaya, malapetaka, penyakit berjangkit, binatang liar, dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan dapat memasuki syurga Allah tanpa hisab.. aamiin ya rabbal ala min...
Jumpa lagi.. papai.. ❤️🥰
No comments:
Post a Comment
~ThAnKs SbB SuDi TiNgGaLkAn CoMmEnT DiBlOg NiE ~~~