Pages

Friday, 29 December 2023

Cara penjagaan luka bersalin normal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Selamat pagi semua...

Hari ni aku nak cerita sedikit cara penjagaan luka bersalin secara normal.. hari tu aku dah cerita tentang penjagaan luka bersalin secara caesarean atau cser.. tips-tips tu semua dikongsikan oleh sahabat aku yang dah pernah bersalin cser.. 

sahabat aku tu bersalin anak pertama secara cser manakala anak keduanya bersalin secara normal.. alhamdulillah..

siapa cakap bersalin cser tak boleh bersalin normal? biasanya banyak kes bila anak kedua rezeki dapat bersalin normal sekiranya cukup syarat dan anak sihat ketika di dalam kandungan.. yang penting jaga pemakanan , jaga diri dan kerap berdoa kepada Allah supaya dipermudah urusan bersalin kita. 

janganlah rendah diri.. bersalin normal atau cser ni tak menjejaskan apa-apa pon.. asalkan jaga pemakanan dan berpantang dengan baik .. in shaa Allah semuanya akan seperti biasa.. tiada istilah bersalin normal atau cser jejaskan hubungan suami isteri .. hidup ini kena saling memahami dan bersyukur.. 

okey, dah menyimpang jauh dah.. hahaha...

back to the point..

luka bersalin normal ni atau dipanggil luka episiotomi atau luka perineal tear ini dilakukan atas sebab-sebab tertentu.. sama ada disebabkan bukaan tidak luas kerana terganggu dengan tulang punggung yang kecil, baby dalam keadaan separa lemas, jantung baby semakin lemah, ibu telah habis kekuatan untuk meneran atau lain-lain situasi.. jadi doktor akan bantu buat guntingan sedikit bagi memudahkan baby dikeluarkan dengan cepat..  

ada 2 cara.. guntingan menyerong atau menegak..
biasanya doc akan buat secara menyerong untuk elak kena bahagian anus..


jangan risau ye.. biasanya doc akan berikan ubat bius dulu.. baru gunting..


ada beberapa tahap perineal tear ini


Ada juga doktor yang akan menggunakan alat bantuan untuk menyambut kelahiran bayi mengikut situasi tertentu (biasanya kes emergency sahaja..) sekiranya si ibu tidak mampu melahirkan secara natural.. 

cara 1 : menggunakan forceps





cara 2 : dengan menggunakan vacuum




Banyak faktor yang memungkinkan bayi dikeluarkan melalui alat bantuan.. boleh rujuk kat sini ye..

okay .. kita terus kepada apa yang ingin aku bagitau..

sebaik sahaja bersalin normal (bukan cser ye).. 

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEBAIK SAHAJA LEPAS BERSALIN??? ( ketika di hospital)

Selepas bersalin, kita akan dapati badan kita menjadi lemah dan letih.. perut pun akan rasa lapar yang teramat sangat.. yang paling penting.. kita perlu bangun berjalan jugak ye.. tak kisah la ke tandas ke mana ke..

1. Pastikan mengambil makanan yang memberikan tenaga... contohnya, roti, nasi, air masak, air manis (air hot coklat atau air vico ).. mintak suami bantu atau kalau mampu buat sendiri boleh la bangun buat sendiri.. 

2. Makan ubat yang nurse bagi atau vitamin atau minuman herba.. kalau kena cucuk ubat cair darah,... kena lah cucuk ye..

3. Bangun dan get ready untuk ke tandas.. mandi dan bersihkan diri.. 

4. bersihkan bahagian luka perineal dengan  air yang mengalir.. lapkan bahagian luka sehingga kering.. (jangan gosok kuat kat bahagian luka jahitan.. hanya dap dap lembut sampai kering saja) 

5. tukar pad 2 jam hingga 4 jam sekali wajib tukar.. untuk jaga luka dari kena jangkitan kuman.. 

6. kalau ada cream untuk sembuh luka boleh guna ..

haritu aku guna cream ni,.. atas nasihat doktor.. 
tapi sekarang xde dah kat hospital gov atau klinik gov.. 
kena beli online... alhamdulillah cepat sembuh luka.. luka terkatup elok..


* Amaran : cream untuk sembuh luka ye.. bukan cream untuk bagi naik isi (sembuh isi).. bukan cream yg untuk org kencing manis atau org excident guna tu... ni cream untuk nak sembuh luka ja..


Tapi jangan guna yg ni ye.. yg ni luka hmpa akan naik tersemboi2..


 isi naik lebih2 walaupun dh sembuh nanti.. sbb dy ada bahan yg boleh sembuh isi atau naik isi.. yg ni sesuai utk org kena kencing manis yg kaki berlubang ka luka operation excident ka.. kalau utk luka jahitan xsesuai ye..

Jgn termakan pujuk rayu kat farmasi suruh beli yg td . 👈👈 

Mmg naya klu isi naik belah dlm jahitan ... Terutama czer.. better klu xjumpa cari jugak yg solcoceryl tu.. cari yg nom 2 tu.. yg aqua biasa tu.. sedap jugak pakai.. sejuk2 ja.. xsakit pon tmpat jahit.. sblm pakai pastikan lap luka bagi kering..

7. Duduk jangan ganas-ganas sangat.. bila duduk rapatkan punggung dan paha kalau boleh.. sebab tu lah orang dulu-dulu duduk sopan ja dalam pantang.. kalau bersalin tanpa jahit tak pe la.. kalau bersalin jahit risau pulak tertetas benang.. dah satu hal pulak kena jahit semula.. ermm.. nak ke?? hehehe...

8. kat hospital, tak pe kalau tak pakai bengkung lagi.. macam haritu pon.. mak mertua suruh pakai bengkung hari ke 7.. baru pakai bengkung.. masa kat rumah dah..

9. nak buang air besar .. jangan meneran risau tertetas benang.. biasanya nurse akan bagi ubat untuk lawas berak.. nanti kita akan rasa nak terberak sendiri tanpa meneran..

yang lain-lain kat hospital macam biasa lah.. kalau anak tak masuk wad nicu dan duduk kat sebelah kena lah proses untuk anak.. mandikan anak, pakaikan baju,, bagi susu,, itu hal lain la ye.. 

next.. 

bila dah balik rumah.. penjagaan macam biasa.. macam kat atas jugak.. cuma ada penambahan sikit la ye,,

ni aku list balik dari awal ye..

Tips jaga luka bersalin untuk semua yang bakal bersalin tu...

1. Bleh buat sitz bath ikut tandas masing-masing.. paling lekeh boleh letak garam saja dlm ayaq suam.. kalau ada duit lebih beli herba sitz bath tu tak pon bleh guna daun sireh + garam.. pastikan lap luka bagi kering.. rasa dulu ayaq dengan tngan.. satgi melecur plk.. 🤣🤣 berendam dlm ayaq garam dlm 5 minit ke atas.. cuci2 apa patut..

macam ni boleh


macam ni pon boleh



macam ni pon boleh





2. sblm pakai cream.. sembuh air garam.. atau air pastikan lap luka bagi kering.. cuci darah2 yg ada.. guna kapas atau tisu kering . Jgn guna tisu basah..

boleh guna air ni untuk cuci luka atau guna air garam bancuh sendiri ja



3. Satu cream nipis2 saja.. xperlu letak cream bnyak2 ..Letak cream luka ni.. sikit ja.. sapu pelan2 kat kwasan luka.. xyah beriya sgt nak lomoq cream.. pakai sikit sja.. guna cream solcoceryl tu atau apa-apa jenis cream untuk sembuh luka bukan sembuh isi.. boleh mintak bantuan suami untuk tolong sapukan.. biar suami rasa insaf dan kesian.. hahaha...

4. kalau boleh atau ada masa .. dedahkan luka dekat kipas atau guna hairdryer untuk keringkan bahagian luka ye..

5. lakukan senaman kegel untuk kecutkan rahim..






6. Makan makanan yg ada sumber vitamin c yg tinggi.. cth mcm buah oren.. buah jambu batu.. kiwi.. anggur.. tapi jgn mkn bnyk atau berlebihan.. kalau nak lagi ambil vitamin c yg jual di farmasi yg tiada campuran kolagen.. makan supplemen tambahan..




7. Elak makan makanan yg boleh menyebabkan gatal.. 

8. Jgn minum pati ikan haruan atau makan ikan haruan selagi luka belum sembuh,... jangan tau.. 

tolong jangan makan sebarang jenis pati ikan haruan atau pati gamat selagi anda belum sembuh luka..terutamanya cser ,... sebab takut organ dalaman melekat..


9. seminggu pertama atau minggu kedua selepas bersalin.. jangan minum jamu lagi atau makan sebarang jenis jamu.. sebab boleh mengganggu pengeluaran susu badan, baby akan jadi panas badan, kuning baby lambat sembuh dan mata baby akan bertaik kuning..

10. usahakan untuk susukan bayi anda dengan sabar dan dedikasi.. sebab bila kita menyusu badan, darah nifas akan cepat habis, rahim akan kecut, boleh jugak jadi perancang semulajadi, badan jadi kurus dan period jadi teratur..

paling penting, dalam pantang kena jaga makan, jaga waktu tidur dan jaga emosi..

selamat berpantang ye semua..

tq ye sudi berblogwalking kat sini..

jemput tgk next entry pulak ye lain kali.. :)

bye semua.. 


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Jom daftar sebagai Pengikrar Derma Organ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 




Hari ni aku nak mengajak semua readers blog ni untuk kita sama-sama menunaikan fardhu kifayah kita dengan membantu orang-orang yang memerlukan.. bukan sahaja kita bagi sedekah, zakat atau hadiah kepada orang lain secara wang tunai ataupun secara bantuan fizikal lain.. tetapi kita juga boleh sedekah kan atau dermakan organ kita semasa kita hidup atau setelah kita meninggal dunia nanti.

pendermaan organ ni merupakan proses pendermaan organ atau tisu daripada badan kita untuk tujuan pemindahan kepada orang yang memerlukan atau dipanggil transplantasi kerana kegagalan atau kerosakan organ atau tisu tertentu. hal ini bagi memastikan orang yang menerima transplantasi ini mampu meneruskan kehidupan dengan lebih baik..






Antara organ atau tisu badan yang kita boleh dermakan ialah..
  • kulit
  • kornea mata 
  • paru-paru
  • jantung
  • hati
  • tulang
  • buah pinggang

untuk maklumat lanjut boleh layari laman web kkm mengenai Derma Organ..












macam mana nak buat?

dengan cara kita menjadi pengikrar derma organ dan memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat dengan kita tentang ikrar derma organ kita.. in shaaAllah selebihnya Allah yang akan bantu kita. 







Jom ikrar derma organ melalui mysejahtera apps


Ikut langkah-langkah dibawah ni ye :-







siap!!!











Jom sama-sama daftar ye.. :)


Terima kasih semua sudi blogwalking kat sini.. jangan lupa untuk jadi pengikrar derma organ ye..

semoga Allah merahmati dan memberkati setiap usaha kita didunia dan diakhirat serta beroleh pahala dan syurga Allah,..aamiin ya rabbal ala min..

jumpa lagi di next entry ye.. 

papai..

assalamualaikum dan jumpa lagi semua.. :)



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~



Thursday, 9 November 2023

P4lestin will be free

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak kongsi kan tentang perasaan aku ketika ni.. sedih sangat dengan apa yang berlaku kepada penduduk p4lestin.. ketika aku ceritakan sekarang ni, p4lestin dah genap sebulan diperangi dengan isnotreal laknatullah.. 

Satu per satu kehancuran yang didengari dari corong media membuatkan aku berasa terlalu sedih.. sehingga kini lebih daripada 10000 orang yang telah syahid di bumi para anbiya..

Maafkan kami warga p4lestin.. kami hanya mampu mendoakan dari jauh dan hanya mampu boikot barangan keluaran isnotreal laknatullah ja..sebagai usaha kami membantu dari jauh.

Kepada semua yang membaca mengenai post ini, marilah kita sama- sama membantu rakyat p4lestin dengan menghujani mereka dengan doa yang tidak pernah putus.. percayalah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.. #keepprayingforthem 

Mereka (para syuhada) dan seluruh ahli keluarga mereka bermati-matian mempertahankan bumi anbiya dari dirampas oleh puak laknatullah.. jadi tugas kita membantu dengan memohon Allah menghantarkan tenteraNya bagi membantu mereka dari segenap pelusuk bumi p4lestin,..

Jangan pernah putus membaca doa qunut nazilah.. doa ni bukan hanya boleh dibaca selepas solat tapi boleh dibaca dimana-mana sahaja..



Kita umat islam kena berganding bahu dalam membantu mereka dengan memboikot barangan keluaran isnotreal laknatullah ni.. boikot habis habisan.. sebagai tanda menolak kepada genocide (pembunuhan beramai-ramai)...


 kepada mereka yang bukan islam, perlu diingat ye, ini bukan hanya isu keagamaan.. ini isu kemanusiaan..
Isnotreal laknatullah dah melanggar hak asasi manusia.. kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa keganasan perang... isnotreal buat bank simpanan kulit untuk askar mereka menggunakan para syuhada, pelarian ataupun pelancong tanpa sebarang consent dari pihak keluarga... guna organ dan jual organ yang telah syahid. Sumber makanan dan minuman diputuskan.. bekalan elektrik diputuskan.. terputus hubungan dari dunia luar.. di media sosial pula hanya dipaparkan yang baik-baik saja mengenai isnotreal...memang melampaui batas dan etika peperangan..

Mohon sangat semua buka mata tentang isu p4lestin ni dan bukan hanya konon 'neutral'.. dalam islam sendiri ajar kita ni untuk membantu sesama islam dan pertahankan agama dan maruah islam.. wajib bagi kita untuk mempertahankan bumi anbiya..bukan hanya berpeluk tubuh atas apa yang jadi dan merasa selesa dengan apa yang berlaku..

Hari-hari tak dapat bayang macam mana keadaan mereka di sana.. betapa takutnya mereka dengan situasi yang mereka tempuh dan bakal tempuh saban hari,,.. marilah kita sedaya upaya membantu mendoakan mereka disana.. ambillah kesempatan untuk bacakan yaasin untuk mereka supaya Allah membantu mereka dalam usaha mempertahankan bumi anbiya.

Peperangan ini sebenarnya membuka mata dunia tentang siapa isnotreal laknatullah sebenarnya.. ramai yang dah mula menyedari akan semua yang berlaku sejak puluhan tahun p4lestin di jajah.. ramai yang telah memeluk islam asbab peperangan ini.. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.. alhamdulillah.. tahniah dan selamat datang ke dunia islam kepada semua muallaf yang baru memeluk agama islam.

Dunia kini kian mencabar.. diharapkan mereka terus kuat dalam istiqhomah menuntut ilmu agama islam dan dikuatkan iman mereka supaya terus teguh bersama islam.. in shaa Allah.. aamiin..

Ada juga para influencer dan para pekerja di dalam syarikat yang terlibat dalam pengeluaran barangan boikot isnotreal ni yang pendapatan mereka terjejas akibat kononnya terlalu lantang bersuara mengenai p4lestin.. Ada juga yang sanggup berhenti kerja dari company yang bersengkongkol dgn isnotreal laknatullah ni dan melakukan kerja-kerja lain atau membuka perniagaan kecil-kecilan.. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan memurahkan lagi rezeki mereka dan seluruh ahli keluarga mereka.. aaamiin ya rabbal ala min..

Ya, jihad ni bukan senang ye.. memerlukan pengorbanan dan kekuatan mental fizikal yang tinggi.. Aku berharap mereka diberikan nikmat Allah yang luas dan melimpah ruah seperti mengalirnya air zam-zam yang tak pernah putus.. aamiin ya rabbal ala min..

Ada banyak yang ingin aku sampaikan.. nanti aku sambung lagi..

Terima kasih sudi blogwalking kat sini dan jangan lupa untuk terus mendoakan p4lestin dan jangan stop baca qunut nazilah.. kita kena kuat bersama-sama baru menjadi doa kita semua.. semoga doa kita semua di angkat oleh Allah dan isnotreal laknatullah dihapuskan oleh Allah dengan kuasa dan tenteraNya.. aamiin ya rabbal ala min..

Jumpa lagi di next entry.. papai.. 

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 8 November 2023

skirt yang sesuai untuk wanita cantik

Dulu kan .. masa zmn uni.. mmg trend pkai skirt labuh ...

Aku bagi link.. mana tau ada yg berkenan nak beli skirt labuh ..

Skirt labuh.. https://shope.ee/7zls8TGcXQ

Skirt jenis A cut .. https://shope.ee/2q3lz7JWXA

Skirt jenis pleated.. https://shope.ee/7zls8gFdDV

Skirt jenis scuba.. https://shope.ee/1AvY0BMV2H

Skirt jenis elastic... https://shope.ee/2Ao5C8bvrl

Skirt susun belakang.. https://shope.ee/9KHFjNDIP9




Tuesday, 31 October 2023

Doa buat saudara kita di p4lestin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Marilah kita bersama-sama berdoa untuk saudara kita di p4lest1n.. Semoga Allah menghancurkan pakatan tentera zi0n1s 1sr4el laknatullah..

QUNUT NAZILAH 🇵🇸 🤍

اللهم إنا نجعلك فى نحور اعداءنا
Allahumma inna naj ‘aluka fi nuhuri ‘ada ina
و نعوذ بك من شرورهم
Wana’u dzubika min syururihim
اللهم بدد شملهم. و فرق جمعهم
Allahumma baddid syamlahum. Wafarriq jam ‘ahum
وشتت کلمتهم. و زلزل أقدامهم
Wasyattit kalimatahum. Wazalzil aqda mahum
وسلط عليهم کلبامنکلابك
Wasallitt ‘alaihim kalbam mingkila bik
يا قهار ياجبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله
Ya qahhar ya jabbar ya muntaqimu ya allahu ya allahu ya allah
اللهم يا منزل الکتاب يا مجري السحاب
Allahumma ya munzilalkitab ya mujriyas saahab
يا هزم الأ حزاب اهزمهم وانصرنا عليهم
Ya hazimal ahzab ihzihum ihzihum ihzihum wansurna ‘alaihim

Ya Allah , Kami letakkan Kamu di batang leher musuh musuh kami
dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka....
Ya Allah hancurkan kumpulan kafir zionis Israel...
Ya Allah pecahkan pakatan mereka...
Ya Allah leburkan pendirian mereka...
Ya Allah musnahkan langkah mereka...
Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka..
Ya Allah yang maha memaksa, Ya Allah yang maha perkasa, Ya Allah yang maha membalas, Ya Allahu, Ya Allahu...
Ya Allah, Yang turunkan kitab, yang gerakkan awan, yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka...kalahkan mereka..kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami .

--------------------


Doa berdarah buat Isr4el Laknatullah

اللهم أَرْسِلْ عَلَيۡهِمۡ طَيۡرًا أَبَابِيلَ تَرۡمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ فَجَعَلَهُمۡ كَعَصۡفٍ مَّأۡكُول
Ya Allah, hantarkan tenteramu menghancurkan mereka seperti binasanya tentera bergajah.

___________

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”

آمين.. آمين.. آمين
يا رب العالمين

jangan lupa doa ni ❤️ saudara kita kat sana perlukan doa dari kita❤️🇵🇸🇲🇾

Kalau berkesempatan, marilah kita sama-sama membaca yaasin untuk saudara kita di sana.. semoga Allah membantu mereka dalam segala aspek sehingga beroleh kemenangan ke atas umat islam.. aamiin..

Terima kasih semua ..
Semoga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat.. aamiin..

Okey semua.. jumpa di next entry ye.. ,❤️

Wednesday, 18 October 2023

Tips untuk kuruskan badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak kongsikan macam mana aku buat untuk aku kuruskan badan ...

Aku dah pernah kurangkan berat badan selama 3 bulan sebelum aku termengandung anak sulung aku ... 

Jadi yang mana tengah ttc tu .. jom kita mula kuruskan badan . Dia akan auto pregnant kalau kena caranya.  😘😘🥰🥰 Yang penting jangan la tengah on contraception.  🤭🤭😁😁

Dengar betul2 .. 

Mungkin apa yang aku buat hasilnya takkan serupa dengan apa yang hampa buat..

Bergantung kepada kita punya semangat dan tekad.. ingat.. kata kunci dia kena semangat dan tekad nak berubah..

Tak dak dua ni .. aku kata bohong ja ..

Sebelum kita start turunkan berat badan..

Benda pertama kita perlu ada apa??

Ilmu.. ya ilmu..

Ilmu tentang apa???
Ilmu tentang senaman.. 
ilmu tentang pemakanan.. 
Ilmu tentang penyakit dalam badan kita ..
Ilmu tentang pengambilan kalori..
Ilmu tentang ketahanan mental dan fizikal kita..
Ilmu tentang menepati masa..
Semua ni saling berkait rapat..

Meh aku kongsi apa kaitan semua ni..

Kita cerita bab senaman dgn pemakanan last sekali.. sebab ramai yang bila dah dengar bab senaman mereka dah tak nak dengar ilmu yang lain..

Okey... first sekali .. Ketahanan mental dan fizikal.. bila kau dah tetapkan azam nak kurangkan badan.. kau kena janji dengan diri kau .. lepas kau dah kurus kau akan maintain berat tu.. nak buat cheat day bleh.. tapi aku sarankan better 2 minggu sekali atau sebulan sekali.. jangan perdaya org cakap cheat day seminggu sekali.. sbb minggu pertama tu kau tengah training diri kau untuk elak makanan manis . Once kau dh minggu pertama kau pergi bedal benda manis tu kau dah buat silap besar... Probability untuk kau rasa nak makan manis for the next days tu akan jadi lebih extreme.. please bagi diri kau break atau gap dulu untuk kau adapt dengan hidup kau tanpa gula atau benda manis..at least 2 week first.. kau kena tegas dengan diri kau. Tak boleh nak lembik sangat.. say no! No sugar! No fast food! No overlimit cheat days!

Next sambung dalam next entry ye.. sesiapa yang tak sabar lagi nak tunggu next entry boleh komen kat bawah ye.. ❤️🥰

Terima kasih sudi blogwalking kat sini.. 

Semoga Allah murahkan rezeki kita semua dan berikan kebahagiaan di dunia dan akhirat untuk kita semua.. aamiin ya rabbal ala min..

Jumpa di next entry.. 🥰❤️

Papai..

Assalamualaikum..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 26 September 2023

Avon ❤️

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Lama rasanya tak post kat dalam blog aku ni kan..

Mesti hampa tunggu tunggu kan .. mana la entry baru ni.. hahahaha.. perasan.. 🤭🤭

Hari ni saja la aku nak kongsi sikit ..

Hampa ingat lagi tak company Avon..

Company Avon .. company yang dah lama menapak dalam negara kita ni untuk provide barangan kewanitaan dan barangan rumah.. barangan lelaki pon ada tapi almost barangan company ni jual lebih fokus kepada wanita la.. macam skincare.. macam perfume.. macam barangan dapur.. barangan hiasan rumah.. pakaian dalam..

Dulu company avon ni ada hired orang persendirian yang nak join venture untuk buat marketing. Contohnya macam ada la orang yang meniaga bawa barang dari rumah ke rumah terutamanya dulu kawasan kampung la.. memang meriah la dulu.. kira sapa ja yang tak kenal Avon kan dulu.. memang jenama yang setiap rumah akan ada satu produk avon.. aku sendiri pon salah seorang ahli avon.. 

Dulu banyak jugak barang aku beli kat avon ni.. sbb dulu mudah ja nak beli.. sbb dekat dgn rumah aku.. dekat dgn kawasan universiti aku..

Meh aku reveal..

Antara perfume2 yang aku suka kat avon :-

1. Butterfly ... https://shope.ee/6zsEBKUV0M
2. Vanila musk .. https://shope.ee/7UoUmIwBKk
3. Sweet honesty .. https://shope.ee/5079nognv0
4. Far away .. https://shope.ee/2fjF1eqvLH
5. Women of earth.. https://shope.ee/5079o2wjdD
6. Imari .. https://shope.ee/1LDrRPz4CR

Semua kat atas tu bau sedap sangat.. tapi kalau tanya yang paling minat.. far away dgn butterfly..  bau dia tahan lama..

Kalau hampa nak try boleh la beli yang mana berkenan.. seriously walaupun avon skrg org dh familiar mana... Tapi bau dia tetap di hati..

Avon ni.. aku berkenan satu ja.. barang dia ada kualiti dan tahan lama.. contoh mcm pakaian dalam ke barang rumah ke perfume ke.. ❤️

Saja ja nak mengimbau balik kenangan lama..

Terima kasih ye sudi blogwalking kat sini.. 

Love u all .. 🥰🥰

Jumpa lagi di next entry ye..

Jgn pernah serik ye kunjung blog ni.. 

Terima kasih semua..

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa hisab.. aamiin..

Papai semua.. 🥰🥰 👋👋


Thursday, 24 August 2023

senarai barangan baby yang dibeli

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai semua ibu kat luar sana.. hari ni nak kongsi kan tentang senarai barangan bayi yang aku beli semasa aku mengandung anak yang pertama dulu..

okey , kat bawah ni aku dah letakkan beberapa item yang aku memang belikan untuk anak aku.. untuk kali ni aku tak nak cerita lagi apa pro and cons dia takut jadi lagi panjang entry ni.. cuma kali ini aku nak cerita tentang betapa excited nya aku untuk menjadi ibu.. dan macam biasa lah kan .. sesiapa pon akan google dan cari apa barang yang perlu untuk baby 1st kan sebab kita tak de guideline yang betul atau orang kata tak dak experience langsung la kan.. jadi, apa saja yang orang lain cadangkan kita akan beli tanpa memikirkan yang kita perlu atau tak untuk baby kita dan yang paling penting sekali, kita terlupa sama ada benda tu sesuai atau tak untuk anak kita..

Nursery furnishing checklist

  • Stroller
  • Car seat
  • Baby Carrier
  • Baby cot
  • Crib bumper baby cot
  • Bouncer
  • Playpen mat
  • Walker
  • High chair
  • Changing table
  • Baby clothes cabinet
  • Mosquito net
  • Potty trainer
  • Harnessess
  • Baby mattress

 Checklist baby daily

  • Short  sleeved shirts
  • Long sleeved shirts
  • Sleeveless shirts
  • Baby eyelet shirts
  • Rompers
  • Sweaters
  • Baby mitten
  • Baby caps
  • Sock
  • Baby booties
  • Baby silicon bibs
  • Baby binders
  • Legging
  • Baby muslin swaddle zip
  • Blanket
  • Air filled rubber cot sheet
  • Waterproof mat non toxic
  • Comforters
  • Washcloth
  • Pillows
  • Bolster
  • Hoodies towel
  • Baby nest
  • Baby mattress
  • Mattress coverings
  • Disposable diapers
  • Changing pad

Feeding & nursing essential

  • Breastpump
  • Nursing pads
  • Nipple cream
  • Nursing pillow
  • Nursing cover
  • Milk storage bag
  • Milk storage bottles 9oz (bpa free)
  • Milk storage bottles 5oz (bpa free)
  • Bottle brush
  • Drying bottle rack
  • Milk containers
  •  Nursery bag
  • Baby pacifier
  • Ice pack box
  • Ice bag
  • Nursing bra

 

Bathing & grooming essentials

  •  Baby towels
  • Sponge
  • Baby tub
  • Basin
  • Water dipper
  • Bathing support net
  • Finger toothbrush
  •  Baby travel toiletries set
  • Baby bath cases
  • Baby soap 100ml
  • Baby shampoo 100ml
  • Baby oil 100ml
  • Baby powder 100ml
  • Baby cream
  • Baby lotion
  • Mosquito repellent
  • Cotton swab / balls/ buds
  • Baby wipes
  • Nappy liners
  • Diapers ointment
  • Diapers rash powder
  • Baby thermometer
  • Medicine spoon
  • Nasal aspirator
  • Essential oil air humudifier
  • Baby nail clipper/trimmer
  • Baby comb and brush set
  • Baby detergent and softener
  • Water spray
  • Diapers litter basket
  • Baby laundry basket
  • Baby powder puff

 

Playing time

  • Baby toys
  • Learning and activity toys
  • Water filled teether
  •  Inflatable water baby mat
  • Baby bath toys

 

Delivery & Confinement time

  •  Luggage
  • Vacuum flask
  • Kain batik
  • Batu tungku
  • Tudung sarung
  • Basket
  •  Stokin tebal
  •  Sweater
  •  Getah rambut
  • Makanan dan minuman (milo, biskut)
  • Kurma dan air zam-zam
  • Urutan pantang
  • Set berpantang nona roguy ( tukar dengan jenama bidan kampung - mil yang arranged)
  • Set pengurusan uri baby ( tak beli sebab mak mertua kata boleh buat sendiri ja)
  •  Mini alquran
  • Charger
  • Buku pink
  • Kad pengenalan
  • Kad nikah & sijil nikah
  • Bengkung zip
  • Bepanthen cream (tukar guna drapoline cream sebab lagi sesuai dengan anak)
  • Overnight panties maternity (libresse / kotex)
  • Panties biasa & bra
  • Toiletries
  • Minyak angin mestika
  • Tuala
  • Selipar jepun
  • Minyak telon
  • Minyak tyt

okey.. untuk kali ini aku cuma senaraikan dulu ye.. nanti untuk next entry aku ceritakan apa yang perlu dan apa yang tak perlu sebenarnya bila kita dah ada anak ni.. dan barang apa yang kita dah boleh delete dari list ni..

sebabnya.. bila anak dah ada depan mata dan membesar ni..baru kita perasan.. aduhai banyaknya barang yang kita beli tapi kita tak guna.. membazirnya la hai.. jadi untuk next child,.. aku memang akan beli barang yang betul-betul perlu saja..

ermmm.. apa barang yang betul-betul perlu tu ye???

ha,,. nanti aku cerita dalam next entry ye..

stay tuned...

papai semua..

terima kasih sebab sudi blogwalking kat sini..

semoga semua readers dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. aamiin...



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~