Pages

Monday, 13 April 2015

Nota Cinta 2 (Kursus Kahwin)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada kali ini kita akan membincangkan tentang IBADAH sebagai asas pembangunan insan.

topik kali ini merupakan sambungan kepada NOTA CINTA 1 .

Ibadah ini merupakan suatu pertalian yang terus menerus diantara hamba dengan Allah. ibadah secara umumnya bermaksud merendah diri, tunduh , patuh dan taat kepada yang lain mengikut peraturan dan suruhan Allah s.w.t sebagaimana yang ditetapkan dalam al-Quran dan sunnah dengan penuh rasa kecintaan.

kecintaan ini bermaksud  kepatuhan yang lahir dari hati  kepada Allah s.w.t dan berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurniaan Allah.

ciri-ciri ibadah :
# perhubungan dengaan Allah secara terus.
# peribadahan tidak terbatas  pada tempat-tempat tertentu
# meliputi semua aspekj kehidupan dengan syarat-syarat tertentu

Ibadah ini terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.

Ibadah Khusus 
- melibatkan perhubungan manusia dengan Allah s.w.t
- ibadah ini terbahagi kepada dua iaitu

   * Amalan wajib bagi individu = solat 5 waktu, berpuasa pada bulan ramadan, menunaikan zakat, dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.. rujuk kat http://solehahkahaku.blogspot.com/2015/01/jom-mengenal-diri-kita-sebagai-hamba.html

   * Amalan sunat = sedekah, puasa sunat , solat sunat , akikah dan sebagainya.

1) Sedekah ataupun hadiah
- Dari perkataan arab - sadaqah yang bermaksud benar
- mendermakan atau membelanjakan sedikit wang dan memberikannya kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan dengan tujuan untuk mendekatkan diri dengan Allah.

petikan dari blog penasalju 

Rasulullah saw juga sangat menggalakkan sikap suka memberi, sama ada atas nama sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan. Hal ini disebutkan dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Nabi saw suatu hari keluar untuk mengerjakan sembahyang hari raya, lalu Baginda bersembahyang dua rakaat. Dan Baginda tidak pernah melakukan sembahyang (hari raya) sebelum ia diperintahkan dan sekalipun selepasnya. Kemudian Baginda dan bersamanya Bilal pergi ke tempat sekumpulan perempuan dan menyuruh mereka agar bersedekah, maka (atas perintah itu) seorang perempuan menanggalkan gelang dan kalungnya (untuk disedekahkan)”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sabda Baginda lagi ketika di atas mimbar yang bermaksud: “Dan Baginda menyebutkan tentang sedekah, menjaga kehormatan diri, dan tentang meminta-minta. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Maka tangan di atas itu adalah yang memberikan nafkah sedang tangan yang di bawah adalah yang meminta”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

2) Puasa Sunat

Hari yang dibolehkan puasa :-

- Puasa 6 hari dalam bulan syawal ( dilakukan secara berturut-turut atau tidak dan selepas 1 syawal)
- puasa awal bulan zulhijjah ( 1-8hb zulhijjah)
- puasa hari arafah (9hb zulhijjah)
- puasa pada 9hb muharram
- puasa pada hari asyura (10 muharram)
- puasa pada bulan rejab
- puasa pada bulan bulan syaaban (kecuali 30hb syaaban0
- puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis
- puasa 3 hari dalam tiap-tiap bulan islam
- puasa hari isra' dan mikraj (27 rejab)
- puasa pada hari putih (13hb, 14hb dan 15hb tiap bulan islam) = bulan mengambang penuh
- puasa pada hari hitam ( 27, 28 , 29 dan 30hb tiap bulan islam) = tiada bulan di langit
- puasa pada bulan-bulan haram (zulkaedah, zulhijjah, muharram dan rejab)


Hari yang diharamkan berpuasa :

- 30hb syaaban
- hari raya aidilfitri (1 syawal)
- hari raya aidiladha (10 zulhijjah)
- hari-hari tasyrik ( 11, 12, dan 13 zulhijjah)
- haram pada pertengahan bulan syaaban sehingga akhir bulan syaaban

3) Solat sunat (jenis solat sunat lain)

Timeline untuk melakukan solat wajib dan sunat (individu) + ( sila klik pada nama jenis solat untuk lihat cara melakukannya)

P/S = SOLAT SUNAT SEBELUM DAN SELEPAS SOLAT DIKENALI SEBAGAI SOLAT SUNAT RAWATIB ( CARA NYA SAMA CUMA NIAT BERBEZA)

5.50 - 6.30 pagi (kalau berada di masjid,biasanya solat sunat tahiyatul masjid dulu sebelum duduk tetapi jika ingin buat solat sunat wuduk, solat sunat tahiyatul masjid akan dikemudiankan)
= solat sunat wuduk
= solat sunat tahiyatul masjid
= solat sunat sebelum subuh
= solat subuh
= solat sunat selepas subuh

8.00 - 10.00 pagi
= solat sunat wuduk
= solat sunat dhuha

1.30 - 3.00 petang
= solat sunat wuduk
= solat sunat sebelum zuhur
= solat zuhur
= solat sunat selepas zuhur
= solat hajat @ taubat

5.00 - 6.00 petang
= solat sunat wuduk
= solat sunat sebelum asar
= solat asar

7.30 - 8.00 malam
= solat sunat wuduk
= solat maghrib
= solat sunat selepas maghrib

8.50 - 5.00 pagi
= solat sunat wuduk
= solat sunat sebelum isyak
= solat isyak
= solat sunat selepas isyak
= solat sunat witir

sepertiga malam ( 3.00 pagi - 5.00 pagi ) QIAMULLAIL
= solat sunat tahajud
= solat sunat taubat
= solat sunat hajat
= solat sunat sajadah
= Solat sunat awwabin
= solat sunat tasbih


Ibadah umum

- segala urusan kehidupan yang melibatkan hubungan sesama manusia dengan makhluk lain.

Fardhu Ain (individu)
-memberi nafkah kepada keluarga
- mendidik anak-anak
- melakukan ibadah khusus

Fardhu kifayah ( ada wakil dalam satu kawasan)
- mempelajari ilmu sains
- pengurusan jenazah
- berdakwah
- melaksanakan amar makruf nahi mungkar

PEMBAHAGIAN HUKUM SYARAK

WAJIB = Perbuatan yang dituntut untuk dilakukan oleh setiap umat islam dan beroleh pahala jika melakukannya dengan ikhlas.

HARAM = Perbuatan yang dilarang oleh syarak untuk dilakukan oleh setiap individu dan berdosa sekiranya melakukannya kecuali darurat.

MAKRUH = Perbuatan yang dituntut oleh syarak untuk meninggalkannya. (tinggal dapat pahala, buat tak dapat apa)

SUNAT = Perbuatan yang digalakan oleh syarak untuk melakukannya dapat pahala

HARUS = Perbuatan yang diharuskan  ke atas seseorang untuk membuat pilihan atas sesuatu perkara.


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 8 April 2015

Promosi penjualan inai mekah asli

Pengumuman!

Assalamualaikum dan salam sejahtera... pada hari ini saya nak melancarkan pembukaan promosi utk pembelian inai..

beli 5  kon percuma 1..

Beli 3 bekas percuma 1..

Beli 2 jar percuma 1..

Sah sehingga 29 April 2015..

Saya berbesar hati melancarkan promosi ini bersempena dengan birthday saya yang akan datang..

Bulan ni je tau.. :)

Thursday, 2 April 2015

Sejarah dan Definisi Proses Pembacaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

‘Membaca’dalam pengertian yang lebih kompleks merupakan suatu proses yang kompleks menghubungkan aspek pengetahuan, kebolehan dan kemahiran mental dan fizikal dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kemahiran membaca ini berkait rapat dengan kemahiran lain seperti menulis, mendengar dan bertutur. Pada pendapat saya, melalui pembacaan, seseorang pembaca dapat memperolehi pengetahuan dan pengalaman daripada penulis untuk dijadikan panduan hidup.

 Jika kita perhatikan, kemahiran membaca ini telah wujud pada dekad ke 80 - 90-an setelah wujudnya sistem tulisan yang telah menyumbang kepada pembentukan tamadun manusia. Sistem penulisan ini telah melahirkan suatu arus pembelajaran bahasa dan tulisan. Melalui sistem penulisan ini yang berkembang dari masa ke semasa membolehkan manusia menyampaikan ilmu dan memudahkan proses mengingat sesuatu perkara. Maka, telah wujud golongan yang bertindak sebagai penulis dan proses percetakan berlaku sehingga ke hari ini. Sehingga membolehkan semua golongan merasai dan mengikuti corak pembacaan yang berbeza melalui perkembangan tulisan masa kini.

Corak pembacaan yang berbeza itu bermaksud dalam kehidupan manusia terbahagi kepada beberapa corak pemikiran. Jadi sebelum penulis ingin menulis sesuatu perkara perlu mengambilkira aspek si pembaca, kebiasaannya penulisan ikuti orang pemahaman tentang had umur si pembaca. Gaya  yang diketengahkan lebih kepada fiksyen (penulisan yang bercorak imiginasi ) dan non-fiksyen ( penulisan yang berunsur akademik).
  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~