Assalamualaikum dan salam sejahtera...
seperti yang telah saya janjikan dahulu bahawa mulai tahun 2015 ni saya akan menceritakan tentang nota-nota cinta yang saya kutip dari kursus perkahwinan yang telah saya hadirkan diri pada awal tahun lepas.. huhuhu.. tujuan saya cerita ni pon untuk revise balik.. benda ni kita kena selalu belajar even belum kahwin..sebab apa? sebab ilmu ni nanti kita nak guna time berumahtangga dan beranakpinak...huhuhu...semangatkan pergi awal... huhuhu.. bukan apa ingat kalau pergi awal murah sikit dan tak banyak prosedur sangat.. dengar cerita dah ketatkan procedure untuk kursus kahwin.. wah.. takutnya..nasib baik dah ambil dah.. huhuhu..
just nak share experience.
sebelum saya cerita lebih lanjut tentang nota-nota cinta ni.. nak cerita lah sikit pasal saya..huhuhu.. saya pergi kursus kahwin dalam universiti., alhamdulillah dengan izin Allah seperti yang dicadangkan saya pergi ke kursus kahwin tepat pada hari dan waktu yang ditetapkan..
Dalam kursus kahwin ini ada 4 sesi (masa saya pergi hari tu la) dalam masa 2 hari...
hari 1 :
sesi 1 - Bahagian 1 = asas pembinaan insan
sesi 2 - Bahagian 2 = pengurusan keluarga
hari 2 :
sesi 3 - Bahagian 3 = pengurusan masalah dalam keluarga
sesi 4 - Bahagian 4 = sesi ujian / ulangkaji
Alhamdulillah pakej yang lengkap dan sarat dengan ilmu rumahtangga tapi para penganjur dan ustaz ustazah yang terlibat hanya menolong kita mempelajari ilmu sahaja bukan 100% bergantung pada kursus kahwin ini saja ye.. semua depend pada diri kita sendiri.. ilmu dah bagi tapi kita kena dalami dan amalkan..keseluruhan markah yang boleh saya beri untuk kursus kahwin hari tu 90 markah.. terima kasih ustaz ustazah yang banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar tentang perkahwinan.. memang tak kering gusi.. hihihihi..
Bahagian nota
baiklah, jangan stress2.. saya nak cerita santai-santai sahaja supaya semua faham dan saya pon senang buat revision kalau dah tua-tua nanti.. hehehe.. saya mungkin tak ikut turutan dalam menyampaikan ilmu yang saya dapat sebab apa yang saya ingat saya akan ceritakan sahaja.. huhuhu..
untuk pengetahuan.. sumber untuk nota ni saya ambil dari buku-buku perkahwinan, majalah pengantin, buku perkahwinan dalam islam.. maksudnya disini bahan yang saya gunakan bukan hanya tertumpu kepada buku kursus perkahwinan edisi pertama dan edisi kedua sahaja..
sebab apa?? sebab saya tak nak semua berasa boring @ stress dengan membaca nota-nota saya ni..
sebelum baca nota cinta yang lain.. jom fahami diri kita dahulu..
http://solehahkahaku.blogspot.com/2015/01/jom-mengenal-diri-kita-sebagai-hamba.html
pertama sekali, kita sebagai seorang insan hendaklah mengetahui asas-asas dalam pembinaan insan...
Asas utama yang membina jati diri kita sebagai insan adalah Akidah..
Akidah :
Bahasa : simpulan, ikatan atau pegangan.
Istilah : kepercayaan dan keyakinan yang pasti serta keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak atau keraguan.
mengikut islam : keimanan (kepercayaan dan keyakinan) terhadap Allah s.w.t, beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari akhirat dan takdir Allah s.w.t
Asas Akidah Islam :
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

- Tauhid Rububiyah : mentauhidkan Allah dengan meyakini hanya Allah saja sebagai Rabb iaitu pencipta, pemilik dan pemerintah alam ini.
- Tauhid Uluhiyah : mentauhidkan Allah dengan meyakini hanya Allah saja sebagai Ilah iaitu Tuhan yang disembah.
Peranan Akidah terhadap Individu
- memerdekakan diri daripada kekuasaan orang lain
- menjana semangat untuk berubah dan memajukan diri akan memberikan kesedaran kepada diri seseorang bahawa usia yang dikurniakan oleh Allah telah ditentukan.
- memberikan keyakinan bahawa Allah s.w.t sahaja yang memberikan rezeki.
- memberikan ketenangan jiwa, seseorang yang sentiasa mengingati Allah akan merasa tenang dan tenteram.
- mengangkat darjat dan memartabatkan diri seseorang di sisi Allah s.w.t
- mendapatk jaminan daripada Allah kehidupan baik di dunia dan akhirat.
- menjadi panduan dan pegangan hidup kepada setiap individu
- membentuk akhlak-akhlak mulia
Peranan Akidah terhadap Rumahtangga
- membentuk pergaulan yang baik antara suami isteri kerana mencontohi rumahtangga Rasulullah s.a.w sebagai role model.
- membentuk sikap tanggungjawab terhadap ahli keluarga
- mendorong suami supaya bekerja kuat mencari rezeki
- meletakkan ketaatan kepada suami sebagai keutamaan
- memupuk rasa bersyukur, redha dan kasih sayang dalam pergaulan antara suami isteri
- mengiktiraf hak peribadi setiap ahli keluarga.
- membina perhubungan yang baik antara ahli keluarga kedua-dua belah pihak
- bersikap jujur dan amanah
- berpegang kepada prinsip kesederhanaan dalam pengurusan rumahtangga.
- memahami urusan isteri dan anak-anak sebagai amanah
- merahsiakan perhubungan suami isteri
- berwaspada dengan hukum Allah dalam semua tindakan.
- membina rumahtangga yang berasaskan akidah yang mantap
- menghasilkan ketenangan dalam rumahtangga
Perkara yang boleh membatalkan Akidah.
- melakukan perkara-perkara yang jelas menyekutukan Allah sama ada perkataan atau kepercayaan
- menyembah selain Allah s.w.t
- melakukan amalan-amalan kebaikan untuk menunjuk-nunjuk
- mengingkari kuasa Allah dan kenabian Nabi Muhammad s.a.w
- mempersendakan hukum Allah
- melakukan perbuatan menyerupai orang kafir
- menolak Al-Quran dan sunnah
Kesan terbatalnya Akidah dalam Keluarga :
- Membatalkan akad perkahwinan (pembubaran perkahwinan)
- membatalkan hak mempusakai
- membatalkan hak perwalian
- hilang keistimewaan sebagai seorang muslim
- hilang hak penjagaan anak-anak
- hilang hak mendapat nafkah
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~
No comments:
Post a Comment