Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dah lama rasanya tidak berceloteh kat sini sampai tak sempat nak update pasal majlis perkahwinan aku dan suami.
Met 👫 2006
Friendship 👫 2008
Couple 💑 2009
Dating. 💑 2010
Dating. 💑 2011
Breakup. 😭 2012
Couple 💑 2013
Engaged 💍 2014
Dating. 💑 2015
Dating 💑 2016
We are married 👫 2017

Alhamdulillah kami dah kahwin! Yeah we did it! Dan sekarang ni dah nak masuk 3 tahun dah kahwin bru la nak update..
Alkisahnya, netbook aku yang lama tu dah rosak. Jadi aku terpaksalah meninggalkan hobi menulis aku kat blog ni. Ni baru je dapat laptop baru. Hehehe.. seronokla sikit nak menaip.. hehehee…
Kami akad nikah pada 30.06.2017 , jatuh hari jumaat atas permintaan mak aku untuk mempercepatkan perkahwinan kami yang pada asalnya nak buat pada tahun 2018. Mak kata akad nikah hari jumaat ni lebih berkat. Semua ni sebab adik aku dah angkat nikah pada bulan februari 2017 tu.. jadi, mak tak nak jarak jauh sangat waktu majlis tu. So mak buat sekaligus dengan adik aku senang kata mak. Aku ikut ja apa yang mak bagitau. Mula-mula tanya suami, dia macam keberatan sikit sebab dah janji nak kahwin masa tahun 2018.
Masa tu pon, dia baru je kerja kat klinik area seberang perai tu. Kira macam susah sikit la nak kumpul duit tu. Sebelum tu dia tak kerja sebab jaga mak dia sakit. So aku faham la dia tak sempat nak kumpul duit. Tapi dengan usaha dia, aku Nampak dia sungguh-sungguh nak halalkan kami. Dia tanya ayah dia walaupun ayah dia berat hati tapi akhirnya ayah dia lembut hati jugak untuk benarkan kami berkahwin. Alhamdulillah syukur kepada Allah.
Ni gambar sekitar majlis nikah aku kalau ada masa lebih aku tambah lagi gambar... in shaa Allah... masa nikah ni, tukang mekapnya kak aku dengan sepupu aku.. baju pon tempah kat kawan mak ja tailor kampung kami yang berkaliber,..

majlis khatam quran sehari sebelum majlis akad nikah kami.. alhamdulillah tercapai jugak hasrat di hati nak buat majlis khatam quran..
No comments:
Post a Comment