Friday 29 December 2023

Cara penjagaan luka bersalin normal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Selamat pagi semua...

Hari ni aku nak cerita sedikit cara penjagaan luka bersalin secara normal.. hari tu aku dah cerita tentang penjagaan luka bersalin secara caesarean atau cser.. tips-tips tu semua dikongsikan oleh sahabat aku yang dah pernah bersalin cser.. 

sahabat aku tu bersalin anak pertama secara cser manakala anak keduanya bersalin secara normal.. alhamdulillah..

siapa cakap bersalin cser tak boleh bersalin normal? biasanya banyak kes bila anak kedua rezeki dapat bersalin normal sekiranya cukup syarat dan anak sihat ketika di dalam kandungan.. yang penting jaga pemakanan , jaga diri dan kerap berdoa kepada Allah supaya dipermudah urusan bersalin kita. 

janganlah rendah diri.. bersalin normal atau cser ni tak menjejaskan apa-apa pon.. asalkan jaga pemakanan dan berpantang dengan baik .. in shaa Allah semuanya akan seperti biasa.. tiada istilah bersalin normal atau cser jejaskan hubungan suami isteri .. hidup ini kena saling memahami dan bersyukur.. 

okey, dah menyimpang jauh dah.. hahaha...

back to the point..

luka bersalin normal ni atau dipanggil luka episiotomi atau luka perineal tear ini dilakukan atas sebab-sebab tertentu.. sama ada disebabkan bukaan tidak luas kerana terganggu dengan tulang punggung yang kecil, baby dalam keadaan separa lemas, jantung baby semakin lemah, ibu telah habis kekuatan untuk meneran atau lain-lain situasi.. jadi doktor akan bantu buat guntingan sedikit bagi memudahkan baby dikeluarkan dengan cepat..  

ada 2 cara.. guntingan menyerong atau menegak..
biasanya doc akan buat secara menyerong untuk elak kena bahagian anus..


jangan risau ye.. biasanya doc akan berikan ubat bius dulu.. baru gunting..


ada beberapa tahap perineal tear ini


Ada juga doktor yang akan menggunakan alat bantuan untuk menyambut kelahiran bayi mengikut situasi tertentu (biasanya kes emergency sahaja..) sekiranya si ibu tidak mampu melahirkan secara natural.. 

cara 1 : menggunakan forceps





cara 2 : dengan menggunakan vacuum




Banyak faktor yang memungkinkan bayi dikeluarkan melalui alat bantuan.. boleh rujuk kat sini ye..

okay .. kita terus kepada apa yang ingin aku bagitau..

sebaik sahaja bersalin normal (bukan cser ye).. 

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEBAIK SAHAJA LEPAS BERSALIN??? ( ketika di hospital)

Selepas bersalin, kita akan dapati badan kita menjadi lemah dan letih.. perut pun akan rasa lapar yang teramat sangat.. yang paling penting.. kita perlu bangun berjalan jugak ye.. tak kisah la ke tandas ke mana ke..

1. Pastikan mengambil makanan yang memberikan tenaga... contohnya, roti, nasi, air masak, air manis (air hot coklat atau air vico ).. mintak suami bantu atau kalau mampu buat sendiri boleh la bangun buat sendiri.. 

2. Makan ubat yang nurse bagi atau vitamin atau minuman herba.. kalau kena cucuk ubat cair darah,... kena lah cucuk ye..

3. Bangun dan get ready untuk ke tandas.. mandi dan bersihkan diri.. 

4. bersihkan bahagian luka perineal dengan  air yang mengalir.. lapkan bahagian luka sehingga kering.. (jangan gosok kuat kat bahagian luka jahitan.. hanya dap dap lembut sampai kering saja) 

5. tukar pad 2 jam hingga 4 jam sekali wajib tukar.. untuk jaga luka dari kena jangkitan kuman.. 

6. kalau ada cream untuk sembuh luka boleh guna ..

haritu aku guna cream ni,.. atas nasihat doktor.. 
tapi sekarang xde dah kat hospital gov atau klinik gov.. 
kena beli online... alhamdulillah cepat sembuh luka.. luka terkatup elok..


* Amaran : cream untuk sembuh luka ye.. bukan cream untuk bagi naik isi (sembuh isi).. bukan cream yg untuk org kencing manis atau org excident guna tu... ni cream untuk nak sembuh luka ja..


Tapi jangan guna yg ni ye.. yg ni luka hmpa akan naik tersemboi2..


 isi naik lebih2 walaupun dh sembuh nanti.. sbb dy ada bahan yg boleh sembuh isi atau naik isi.. yg ni sesuai utk org kena kencing manis yg kaki berlubang ka luka operation excident ka.. kalau utk luka jahitan xsesuai ye..

Jgn termakan pujuk rayu kat farmasi suruh beli yg td . 👈👈 

Mmg naya klu isi naik belah dlm jahitan ... Terutama czer.. better klu xjumpa cari jugak yg solcoceryl tu.. cari yg nom 2 tu.. yg aqua biasa tu.. sedap jugak pakai.. sejuk2 ja.. xsakit pon tmpat jahit.. sblm pakai pastikan lap luka bagi kering..

7. Duduk jangan ganas-ganas sangat.. bila duduk rapatkan punggung dan paha kalau boleh.. sebab tu lah orang dulu-dulu duduk sopan ja dalam pantang.. kalau bersalin tanpa jahit tak pe la.. kalau bersalin jahit risau pulak tertetas benang.. dah satu hal pulak kena jahit semula.. ermm.. nak ke?? hehehe...

8. kat hospital, tak pe kalau tak pakai bengkung lagi.. macam haritu pon.. mak mertua suruh pakai bengkung hari ke 7.. baru pakai bengkung.. masa kat rumah dah..

9. nak buang air besar .. jangan meneran risau tertetas benang.. biasanya nurse akan bagi ubat untuk lawas berak.. nanti kita akan rasa nak terberak sendiri tanpa meneran..

yang lain-lain kat hospital macam biasa lah.. kalau anak tak masuk wad nicu dan duduk kat sebelah kena lah proses untuk anak.. mandikan anak, pakaikan baju,, bagi susu,, itu hal lain la ye.. 

next.. 

bila dah balik rumah.. penjagaan macam biasa.. macam kat atas jugak.. cuma ada penambahan sikit la ye,,

ni aku list balik dari awal ye..

Tips jaga luka bersalin untuk semua yang bakal bersalin tu...

1. Bleh buat sitz bath ikut tandas masing-masing.. paling lekeh boleh letak garam saja dlm ayaq suam.. kalau ada duit lebih beli herba sitz bath tu tak pon bleh guna daun sireh + garam.. pastikan lap luka bagi kering.. rasa dulu ayaq dengan tngan.. satgi melecur plk.. 🤣🤣 berendam dlm ayaq garam dlm 5 minit ke atas.. cuci2 apa patut..

macam ni boleh


macam ni pon boleh



macam ni pon boleh





2. sblm pakai cream.. sembuh air garam.. atau air pastikan lap luka bagi kering.. cuci darah2 yg ada.. guna kapas atau tisu kering . Jgn guna tisu basah..

boleh guna air ni untuk cuci luka atau guna air garam bancuh sendiri ja



3. Satu cream nipis2 saja.. xperlu letak cream bnyak2 ..Letak cream luka ni.. sikit ja.. sapu pelan2 kat kwasan luka.. xyah beriya sgt nak lomoq cream.. pakai sikit sja.. guna cream solcoceryl tu atau apa-apa jenis cream untuk sembuh luka bukan sembuh isi.. boleh mintak bantuan suami untuk tolong sapukan.. biar suami rasa insaf dan kesian.. hahaha...

4. kalau boleh atau ada masa .. dedahkan luka dekat kipas atau guna hairdryer untuk keringkan bahagian luka ye..

5. lakukan senaman kegel untuk kecutkan rahim..






6. Makan makanan yg ada sumber vitamin c yg tinggi.. cth mcm buah oren.. buah jambu batu.. kiwi.. anggur.. tapi jgn mkn bnyk atau berlebihan.. kalau nak lagi ambil vitamin c yg jual di farmasi yg tiada campuran kolagen.. makan supplemen tambahan..




7. Elak makan makanan yg boleh menyebabkan gatal.. 

8. Jgn minum pati ikan haruan atau makan ikan haruan selagi luka belum sembuh,... jangan tau.. 

tolong jangan makan sebarang jenis pati ikan haruan atau pati gamat selagi anda belum sembuh luka..terutamanya cser ,... sebab takut organ dalaman melekat..


9. seminggu pertama atau minggu kedua selepas bersalin.. jangan minum jamu lagi atau makan sebarang jenis jamu.. sebab boleh mengganggu pengeluaran susu badan, baby akan jadi panas badan, kuning baby lambat sembuh dan mata baby akan bertaik kuning..

10. usahakan untuk susukan bayi anda dengan sabar dan dedikasi.. sebab bila kita menyusu badan, darah nifas akan cepat habis, rahim akan kecut, boleh jugak jadi perancang semulajadi, badan jadi kurus dan period jadi teratur..

paling penting, dalam pantang kena jaga makan, jaga waktu tidur dan jaga emosi..

selamat berpantang ye semua..

tq ye sudi berblogwalking kat sini..

jemput tgk next entry pulak ye lain kali.. :)

bye semua.. 


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Jom daftar sebagai Pengikrar Derma Organ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 




Hari ni aku nak mengajak semua readers blog ni untuk kita sama-sama menunaikan fardhu kifayah kita dengan membantu orang-orang yang memerlukan.. bukan sahaja kita bagi sedekah, zakat atau hadiah kepada orang lain secara wang tunai ataupun secara bantuan fizikal lain.. tetapi kita juga boleh sedekah kan atau dermakan organ kita semasa kita hidup atau setelah kita meninggal dunia nanti.

pendermaan organ ni merupakan proses pendermaan organ atau tisu daripada badan kita untuk tujuan pemindahan kepada orang yang memerlukan atau dipanggil transplantasi kerana kegagalan atau kerosakan organ atau tisu tertentu. hal ini bagi memastikan orang yang menerima transplantasi ini mampu meneruskan kehidupan dengan lebih baik..






Antara organ atau tisu badan yang kita boleh dermakan ialah..
  • kulit
  • kornea mata 
  • paru-paru
  • jantung
  • hati
  • tulang
  • buah pinggang

untuk maklumat lanjut boleh layari laman web kkm mengenai Derma Organ..












macam mana nak buat?

dengan cara kita menjadi pengikrar derma organ dan memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat dengan kita tentang ikrar derma organ kita.. in shaaAllah selebihnya Allah yang akan bantu kita. 







Jom ikrar derma organ melalui mysejahtera apps


Ikut langkah-langkah dibawah ni ye :-







siap!!!











Jom sama-sama daftar ye.. :)


Terima kasih semua sudi blogwalking kat sini.. jangan lupa untuk jadi pengikrar derma organ ye..

semoga Allah merahmati dan memberkati setiap usaha kita didunia dan diakhirat serta beroleh pahala dan syurga Allah,..aamiin ya rabbal ala min..

jumpa lagi di next entry ye.. 

papai..

assalamualaikum dan jumpa lagi semua.. :)



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~