Showing posts with label sakit buah pinggang. Show all posts
Showing posts with label sakit buah pinggang. Show all posts

Wednesday, 9 June 2021

Pengalaman terakhir dengan arwah mak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 




Hai semua.. setiap orang ada kenangan masing-masing dengan arwah mak atau ayah kan.. termasuk la jugak aku... benda paling sedih nak cerita ni..

Teringat  kembali saat suka duka bersama arwah mak.. tak semua dapat rasa.. sebab aku dibesarkan dan dijaga oleh tok aku.. dari kecil sehingga darjah 6.. memang jarang la aku duduk dengan mak.. sebab mak dengan abah buka kedai.. jadi, banyak masa habis kat kedai. mak harapkan tok dan mak cik yang jagakan aku dan adik aku.. tapi benda yang aku tak lupa.. setiap kali mak hantar kat rumah tok mesti bagi sekali mainan.. hehehe.. 

Aku jugak membesar di sekolah berasrama dan menyebabkan masa aku dengan  mak abah sangat terhad.. mungkin cuti hujung minggu ja boleh tolong mak dengan abah di kedai.. masuk je universiti pon sama jugak.. aku lebih banyak masa di kampus kecuali waktu cuti sem tu pon kadang-kadang terbatas dengan aktiviti palapes. 

Arwah abah meninggal pada tahun 2014... masa tu aku tengah belajar lagi .. ingat lagi masa arwah abah meninggal.. faiz dengan abg jan (abg ipar) aku mai la kat desasiswa aku pkul 3 pagi untuk bagitau yang abah dah meninggal.. tapi masa tu aku baru ja habis buat assignment pukul 1 pagi.. kira baru ja tidur.. memang tak dengar langsung handphone dok bunyi. kesian faiz dengan abg ipar aku kena tunggu lama.. last sekali aku terjaga masa subuh.. boleh bayang tak berapa lama mereka call aku.. ermm.. aku memang terkejut beruk la tengok banyak misscall.. bila aku call balik.. mujur mereka berdua masih ada kat parking lot.. aku pon siap2 terus naik kereta dan balik ke bukit selambau.. alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk tengok arwah abah untuk kali terakhir..

Habis je belajar.. alhamdulillah aku banyak duduk di rumah dengan mak dan bekerja di kilang yang berdekatan dengan rumah.. kalau time cuti biasanya aku akan bawa mak ke kedai talha kat sungai petani tu untuk beli barang-barang kedai.. 

Keinginan mak tercapat untuk pergi umrah pada usia 45 tahun.. alhamdulillah Allah permudahkan segala hajat mak.. lepas habis mak pergi umrah dan buat upah haji kat arwah abah.. mak menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja ( tutup kedai ).. aku menawarkan diri aku tapi mak kata nak bagi faiz yang sambung kerja mak kat kedai tu.. tapi at last, faiz tak nak.. dan mak terpaksa jual kedai dan barang-barang dalam kedai..

Benda ni paling aku sedih.. sebabnya mak kata kedai tu mak dengan abah usahakan dari mereka zero to hero.. aku faham sangat-sangat apa yang mak rasakan.. bukan senang kita nak maintainkan perniagaan kita.. Allahu robbi.. semoga Allah memberikan seribu satu kebaikan atas segala pengorbanan arwah mak dengan abah..aamiin..

Aku berkahwin dengan suami aku setelah mak yang nasihatkan tentang jodoh aku.. alhamdulillah mak restu hubungan kami.. majlis perkahwinan kami buat sekali dengan adik faiz.. mak kata tak membazir.. lagipon boleh buat kat dewan.. tak perlu kacau kawasan rumah dah.. aku ikut saja la..

selepas berkahwin, aku duduk dengan mak mertua aku 2 minggu... dengan mak aku 2 minggu.. lepas tu, suami dapat kerja kat penang.. aku pon ikut suami ke sana.. habis kerja kat sana.. hujung minggu mesti balik kampung.. dah dekat kan..hehehe..

tak lama lepas tu, suami aku dapat kerja kat kelantan ni.. kami pon pindah pulak ke kelantan.. setelah 2 bulan kami di kelantan.. aku pujuk mak untuk tinggal dengan kami kat kelantan ni. mula-mula mak berat hati.. tapi last sekali, mak setuju nak ikut.. aku sedaya upaya bawa mak ke hospital dan klinik untuk follow up kencing manis dan cari tempat untuk mak buat dialisis.. malah kami dah ke klinik kesihatan kota bharu dah untuk daftar mak dalam senarai dialisis.. tapi sayang, mak duduk dengan kami dua minggu ja.. lepas tu, faiz datang ambik mak balik ke rumah mak.. 

pada mulanya, mak mengadu sakit kaki sebab ada benda masuk dalam kaki.. lepas jumpa doktor Rosli kat klinik bersatu bakar arang ( klinik ni memang pakar handle bab kencing manis).. alhamdulillah.. setelah dirawat mak dah makin sembuh.. sehinggalah...




 Dua bulan sebelum mak meninggal.. aku baru ja dpt kerja kat tmpat baru. seminggu selepas masuk kerja.. mak masuk ke hospital sbb buah pinggang mak dah makin merosot. aku mintak izin kat suami dan hod tmpt keje nak mintak balik ke kampung. alhamdulillah  aku jaga mak kat hospital dan tinggalkan suami tercinta di negeri orang..

Masa jaga mak, mak mintak aku bukak surah yasin dlm tepon dy dan letak kat telinga dy setiap hri mcm tu...time jaga tu macam-macam dugaan Allah bg nak uji aku.. tiap hari aku akan update la apa jadi kat mak dlm group kmi..suatu malam tu setelah hampir seminggu lebih jaga mak di dalam wad.. makan dan tidur di atas kerusi.. jadi aku meminta pertolongan adik aku untuk jagakan mak di wad sementara aku pulang ke rumah mandi dan tidur seketika di atas katil.. tapi adik aku xmampu tinggalkan kerjanya masa tu. aku pon mintak izin dengan mak nak tido di rumah tamu dlm kwsan parking lot hsah,.. mlm tu setelah bg mkn mak.. aku pon turun tido kat rumah tamu.. lpas subuh tu aku naik smula ke atas. 

makcik depan katil mak aku panggil aku... dia kata mak aku panggil ' siti.. siti ' pkul 2 3 pagi mcm tu la .. pastu, aku g kat mak .. tnya mak nak makn apa.. mak merajuk dgn aku.. diam ja.. serba salah pulak aku.. aku belikan mee / kueh teow mcm yg mak slalu pesan kat aku.. dan betik kegemaran mak.. 

lepas tu dktr ckp mak kena buat pembedahan kat perut untuk dialisis secepat mungkin.. bagitau kak, adik dgn abg smua ok.. mak buat tu dlm wad tu jugak.. selesai je pembedahan.. mak dah start cuci air dh.. dah start xleh mkn bnyak dah.. dah start pakai pampers dah.. 

3 hari selepas tu, mak macam dah okey.. dah nampak berselera mkn.. muka nampak berseri2.. dktor ckp nnty mak dah bleh balik dah.. mak saudara pa smua pakat mai tgk mak.. cuti aku dah nak habis dah masa tu.. nak cukup 2 minggu dah.. lepas tu aku dah kena masuk keja balik.. aku mintak tlg kak aku.. kak aku balik keesokkannya.. 

malam tu aku pun minta izin mak nak balik dah naik bas.. mak angguk je.. aku ckp kat mak, "faiz ada mlm ni.. esok kak ila mai dah tgk mak ye.. siti kena balik dah ni.. syg mak sgt2." selesai mintak maaf apa smua kat mak.. adik aku pon amik aku bawak gi stesen bas dan balik ke kelantan.. 

3 hri lepas tu, kak aku tepon kata mak dah nazak dah.. aku pon rushing balik dengan suami aku.. sampai rumah mak masa tu pkul 5 ptg mcm tu la.. tgk dah ramai yg ada.. abg pali pon ada mybe kak bgtau awal sikit kat abg suruh balik.. mak sedara terutamanya mak lang yg bnyak tlg kmi adik beradik.. aku sempat bagi mak makan dan kmi adik beradik angkat mak ke bilik air untuk mandi.. kmi gilir2 ajar mak mengucap dan bacakan yasin kat mak.. 

mlm tu.. dlm pkul 11 mlm mak dah tak de.. pemergiaannya seolah2 sedang tidur.. tak sedar langsung.. tiba2 mulut mak dah xbergerak.. panggil dressa kk.. depa sahkan mak meninggal.. rupanya mak tunggu aku sorg lagi yg last je balik mlm tu.. mlm tu kmi pakat baca yasin .. keesokkanya baru kebumikan..

 Al-fatihah untuk arwah mak.. kenangan jaga mak yg tak akan aku lupakan sampai bila2.. sempat jugak berbakti kat mak.. sbb dulu masa abah xsempat jaga.. :'(  

terima kasih utk semua yang membantu mempermudahkan urusan pengebumian dan majlis tahlil arwah mak terutamanya pak jang , makcik, mak lang, mak teh, mak tam, paksu dan semua mak & pak saudara yg lain yang tak berhenti2 tlg kmi sekeluarga.. terima kasih sgt2 ye..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 22 April 2020

Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg. 5)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sebenarnya terdetik nak cerita pasal dialisis ni sebab masa arwah abah dan mak perlu menjalani dialisis tiada sumber yang boleh dijadikan guide line untuk meyakinkan dan memahamkan golongan yang perlu menjalani dialisis. pemahaman hanya berdasarkan apa yang di ceritakan oleh nurse dan doktor yang memberi taklimat tentang rawatan dialisis ini di hospital sahaja. Jadi aku rasa terpanggil untuk menceritakan serba sedikit tentang proses dialisis ni supaya dapat membantu individu lain terutamanya pesakit sendiri.

Aku faham. Kadang kita rasa was-was nak buat ke tak dialisis ni, pernah sampai aku dengar kawan mak aku cakap. takutlah nak buat dialisis ni. kalau nak mati tu mati jugak.  ya memang betul apa yang diperkatakan , kita tidak dapat mengelak kematian. tapi kita dituntut untuk usaha dahulu barulah bertawakal. setiap penyakit ada ubatnya. 

pasal capd dengan apd ni, sebenarnya atas kemampuan kita. kalau kita mampu membeli perkakas untuk APD tu.. boleh la guna sendiri di rumah dan mengikut masa sendiri bila yang kita nak buat. tapi kalau kurang berkemampuan banyak tempat yang menawarkan khidmat dialisis dan menyediakan pengangkutan untuk ke pusat dialisis bagi sesiapa yang susah untuk melakukan dialisis berseorangan di rumah. kos nya sedikit mahal tetapi berbaloi kerana mereka menyediakan staf untuk menjaga kebajikan dan pemakanan pesakit. ubat-ubatan yang diperlukan oleh pesakit terutamanya pesakit anemia yang perlu diberikan suntikan recormon selepas habis dialisis. macam arwah abah aku dulu mereka antar dan ambil dari rumah, memberi makanan dan tempat yang bersih dan selesa untuk buat dialisis. hospital ada jugak menyediakan tempat untuk dialisis tetapi seperti yang kita sedia maklum sememangnya penuh untuk booking, jadi kalau nak tunggu giliran kita tu alamatnya tak terbuat lah dialisis..bagi mereka yang kurang berkemampuan, boleh ja tunggu.

ni pusat dialisis yang arwah abah pergi dulu

Pusat dialisis afiat, sungai petani, kedah ni memang terbaik. layanan sangat okey.. tempat yang disediakan sangat selesa.. doktor dan nurse yang ada memang friendly sangat. terima kasih doktor dan semua nurse yang terlibat yang pernah jaga arwah abah sepanjang abah buat dialisis kat sana. terima kasih untuk driver pihak klinik afiat sanggup datang rumah ambil abah dan hantar abah balik ke rumah. Allah sahaja yang dapat balas jasa doktor dan nurse-nurse yang terlibat. semoga Allah melimpahkan rezeki dan memudahkan urusan doktor dan semua nurse dalam menjalani tugas mereka bagi membantu golongan yang memerlukan rawatan dialisis ini. 

terima kasih juga diucapkan kepada doktor dan nurse yang menjaga arwah mak dan abah sepanjang mereka di HSAH. doktor masa tu tengok keadaan mak dah makin teruk. jadi dah banyak kali doktor suggestkan mak untuk buat dialisis. tapi mak refuse.. last minit baru mak nak buat. terima kasih doktor dah bantu sedaya upaya.. Allah saja yang dapat balas jasa doktor dan semua nurse yang terlibat dalam kes mak dan abah dulu.

terima kasih juga kepada penderma darah yang tidak diketahui siapa yang pernah arwah abah guna untuk dialisis dulu. sejak dari kes arwah abah kena buat dialisis. aku makin berani untuk tampil buat derma darah yang sebelum ni memang penakut dengan jarum sebenarnya. semoga darah aku tu bermanfaat untuk orang lain jugak. aku dah bagitau suami aku, in case kalau aku meninggal dan organ dalaman aku okey. aku nak dermakan untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya. sebab aku tahu bukan senang nak dapat penderma organ yang sesuai. bila kita dah meninggal, apa yang ada dengan kita bukanlah milik kita lagi, ada hak orang lain dalam hak kita jadi apalah salahnya kalau kita berkongsi andai ada yang memerlukan. 

untuk bahagian kewangan, aku rasa banyak jugak unit kebajikan masyarakat yang membantu malah pusat zakat islam pon ada ja menghulurkan bantuan kepada golongan yang terpaksa melakukan dialisis ini. kita doa pada Allah semoga dipermudahkan urusan mereka yang terpaksa melakukan dialisis ini . Aamiin.. jangan risau Allah sentiasa ada dengan kita.

nanti kita sambung lagi bab dialisis ni.


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 21 May 2018

Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg. 4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sambungan Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg.3)

Cara dialysis ketiga :



Apd ( Automated Peritoneal Dialysis ) - proses dialisis adalah sama cuma berbeza daripada capd kerana apd menggunakan mesin automatik untuk mengawal aliran keluar masuk air dan pembuangan toksik dalam badan.



Apd perlu dilakukan dalam tempoh 10jam... Waktu terbaik yang sesuai untuk proses apd ini adalah semasa pesakit sedang tido.

Air dialisis sebanyak 4 kantung itu akan digantung dan dipasangkan secara terus di mesin apd.

Mesin apd

Mesin apd perlu disetkan mengikut arahan yang ditetapkan dan dibiarkan berfungsi secara automatik.

Pesakit boleh tidur atau melakukan apa saja aktiviti ringan semasa proses apd. Misalnya membaca novel , bermain game dan sebagainya.

Setelah selesai..pada waktu pagi, pesakit perlu menutup mesin dan meletakkan kntung yang telah digunakan di tempat yang bersesuaian.

Waktu siang, pesakit boleh melakukan pelbagai aktiviti yang ingin dilakukan dan tidak perlu melakukan dialysis di siang hari.

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday, 20 May 2018

Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg. 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Peritoneal dialisis ada 2 jenis -



a) continuous ambulatory peritoneal dialysis (capd)..
b) Automated peritoneal dialysis (apd)

Biasanya kalau ada masalah jantung.. Doktor akan suggestkan capd atau apd..

Tetapi kebiasaannya nurse dan doctor akan menyarankan capd kerana apd memerlukan pesakit membeli atau menyewa mesin dialysis tersebut..

Bagi capd atau manual dialysis - Pesakit akan diberikan latihan untuk melakukan capd selama 14 hari..

Risiko untuk hepititis dan jangkitan kuman rendah kerana tidak berkongsi peralatan bersama pesakit lain.

Pembedahan untuk melakukan catheter seperti dalam gambar.


* Mula2 pesakit akan melalui pembedahan untuk memasukkan tiub ke dalam perut (ruangan peritoneum) pesakit.. Sekali sahaja pembedahan sekiranya tidak mengalami jangkitan kuman dan sebagainya. Pembedahan ini akan dialami sama ada pesakit yang memilih capd atau apd.

Process CAPD


Proses peritoneal dialysis sama bagi kedua2 cara ( capd @ apd) ..

- Mula kena buat dwel - buang toksik dulu
-Pastu kena buat drain - buang ayaq

Bawak keluaq 1.5 liter air dari dlam bdn..
Xsemestinya 1 jam setiap sesi.. Ikut atas badan dan kelancaran air dlm bdn.. Ada sesetengah orang 30 minit sahaja..

Kalau org xdak masalah air banyak dalam badan .. 1.5liter..

Kalau jenis air banyak .. 4.25liter ...

#nampak kuning jernih air tu ok lagi

Klu nampak mcm kuning susu.. Tu xok.. Ada jangkitan.

Capd dilakukan sebanyak 4kali.. Boleh tetapkan waktu subuh, zohor, asar dan isyak.. Mesti dilakukan dengan consisten dan dicatatkan didalam buku catatan dialysis.

Melalui dialysis, Diabetes akan jadi control secara semulajadi.

Alat-alat yang diperlukan :
- Meja
- Singki
- Sabun cecair ( dettol )
- Tmpat cek darah
- alat penimbang
- buku catatan
- kerusi
- tiang letak air untuk dialysis
- hand gel
- alcohol wipes
- blue clamps



Cara buat capd secara sendirian atau melalui pembantu :

a) basuh tangan dengan betul dan keringkan
b) gantung air yang dibekalkan oleh hospital di bahagian atas tiang...
c) gantung bekas kosong di bahagian bawah tiang..
d) bersihkan meja dan sekeliling dengan alcohol wipes
e) letakkan hand sanitizer / hand gel
f) keluarkan tiub dari dalam pakaian
g) buka catheter valve
h) sambungkan tiub untuk keluarkan air kotor sehingga bekas penuh
i) tutup tiub dan  keluarkan tiub ( check sama ada warna air keruh atau jernih dan timbang berat air tu - berat mesti lebih 2kg)
j) timbang berat badan dan catatkan di dalam buku.
k) ambil pengepit atau blue clamp .. Kepit kat bahagian turun air tu atau yang bahagian keluar air tu..
l) masukkan tiub kedua untuk masukkan air baru sehingga selesai. Masa air masuk ni ambik masa dalam 5 hingga 10 minit bergantung kepada keadaan pesakit.
m) dah siap bubuh air.. Pakai hand gel dan Tutup catheter valve tu..
n) letak salotipe kat catheter tu lekat kat perut.
o) buang sisa kumuhan yang dalam beg tadi dalam toilet bowl dan flush...
p) dah siap semua .. Buang bekas kotor dala beg plastik sampah yang sesuai..

Sebahagian cara capd sama dengan apd.. 😊


Org yang tidak sesuai untuk buat capd..
- Pernah operate kat perut
- Jangkitan kuman dlm perut

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday, 19 May 2018

Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg. 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sambungan dari Rawatan pesakit buah pinggang (bhg. 1)

Tak salah kan kongsi ilmu..



b) Haemodialysis (cuci darah)

- mengeluarkan bahan toksin2 melalui tabung cuci darah..
-mengeluarkan air berlebihan dalam badan
- mengekalkan komposisi garam2 dalam darah yang diperlukan oleh badan
- dilakukan 3 kali dalam seminggu setiap sesi 4 jam..12 jam sahaja..
- perlukan tempat yang sesuai untuk cuci darah..

Proses Tabung cuci darah



- ada dua bahagian :

a)bahagian atas.. Ada rerambut putih.. Darah yang kotor akan masuk ke dalam tabung cuci darah. Darah masuk dari atas ke bawah.

Tabung cuci darah


b) bahagian tepi.. Air akan masuk ke bahagian tepi tabung cuci darah.. Air tu akan serap bahan2 toksik dan menarik keluar semula cecair yang berlebihan dalam badan.

Kemudian air dalam mesin dialisis akan masuk ke dalam tabung cuci darah . Air ini akan keluar masuk berterusan.. 500ml per minit masuk dan 500ml per minit keluar.. Nonstop..Darah yang dah elok yang dah siap cuci akan masuk balik ke badan pesakit tu. Semasa proses dialisis berjalan, pesakit dikehendaki melakukan exercise tangan supaya urat jadi besar dan kenyal dan memudahkan pengaliran darah keluar masuk ke badan pesakit. Pesakit juga akan dibekalkan dengan ubat cair darah (heparin) semasa proses dialisis dijalankan. Heparin ini akan diberikan sejam sekali selama tempoh 4 jam dialisis untuk mengelakkan darah beku dalam salur darah terutama di dalam tabung cuci darah. Semasa dialisis jantung akan mengepam kuat dan dalam tempoh 4 jam , mesin dialisis ini mampu menarik air keluar masuk dari badan sebanyak 2 liter hingga 3 liter.



Setiap sesi dua jarum..urat yang berlainan..

a)Satu jarum masuk darah dari mesin ke badan..
b)Satu jarum lagi keluar darah dari badan ke mesin..

*Kalau guna satu jarum.. Darah yang keluar masuk tu kebarangkalian tidak dicuci sepenuhnya.. Jadi, proses tu perlu ada 2 jarum.



*Pemasangan fistula (mesin) di tangan pesakit amat penting bagi peringkat awal dialisis.. Hanya sementara sahaja sebelum pembedahan untuk guna mesin dialisis.. Fistula ini matang dalam tempoh 4 hingga 6 minggu bergantung kepada penjagaan fistula.

 Fistula adalah Proses mencantum kan 2 urat alteri dan vena akan bentukkan salur darah baru supaya urat akan jadi kuat semasa jantung mengepam pantas. Fistula ini dapat menampung aliran darah yang cepat dan kuat semasa dialisis.

# Masalah bagi rawatan haemodialysis
- fistula rosak boleh jadi disebabkan oleh tekanan darah yang terlalu rendah
- boleh menyeebabkan jangkitan kuman
-risiko untuk dapat hepatitis ni sangat tinggi sebab berkongsi mesin dialisis dengan orang lain..

 Satu mesin boleh digunakan 3 orang pesakit sehari..walaupun tidak berkongsi tabung cuci air..

- urat mudah membengkak atau pecah tetapi tidak sama bagi setiap individu.

# peringatan :

* pesakit haemodialysis sekiranya ini melancong ke negeri lain atau tempat2 lain yang tidak berdekatan dengan pusat dialisis tetap.. Mereka perlulah menghubungi pusat dialisis yang berhampiran dengan tempat pelancongan tersebut mungkin sebulan atau 2 minggu sebelum tempoh percutian itu bagi memudahkan pesakit mendapatkan rawatan dialisis ni tanpa pengecualian.

* sekiranya pesakit tidak mengikuti jadual dialisis atau pemakanan yang betul dalam jangka panjang..  Pesakit akan mengalami tiroid akan rosak dan  tulang temulang akan mereput.


Next : peritoneal dialysis process

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...