Saturday 20 June 2020

Kecantikan dapat membina keberanian

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua.. Kita mungkin tak rasa keberanian ni sebenarnya lahir dari diri kita sendiri bukan atas pengaruh orang lain.. Bukan atas paksaan terhadap diri kita..

 Aku sendiri pon ada masalah dengan keberanian ni.. Aku dilahirkan dalam keadaan elok apa asalnya.. Oleh kerana aku mengalami demam panas yang lama dengan kuning badan yang tinggi.. Menyebabkan aku jadi tarik @sawan tangis.. Mata aku lari dari kedudukan sebenarnya pada mata di sebelah kiri.. Ada orang panggil sebagai juling.. Sekarang ni aku dah tak malu untuk mengakuinya.. Sebab aku dah redha apa yang Allah dah berikan pada aku..

Aku pon tak tahu kenapa mata aku jadi macam tu.. Mybe disebabkan aku asyik menangis sebab sakit atau apa tu tak pasti.. Ni mak aku cakap la.. Klu Orang sekarang akan cakap baby high demand jugak la... Aku menangis hampir setiap hari mak cakap sampai umur setahun lebih.. Disebabkan tu, mak aku masih lagi tak de keyakinan untuk ada anak ke4 sampai la umur aku dah 6 tahun, barulah mak tanya aku.. Nak adik tak.. Hahaha.. Kesian mak aku.. Mesti trauma sebab aku.. Maafkan anak mu ini.. Tak mintak jadi sedemikian..

Masa kecil mak aku selalu tanya mata belah kiri boleh nampak tak.. Aku cakap boleh lagi sebab ingat tak nak pakai spek.. Mak sebenarnya ajak buat spek lama dah.. Tapi aku yang tak nak.. Aku boleh nampak belah kanan je sebenarnya.. Kira selama aku hidup ni aku tanya guna belah kanan ja.. Mujurlah belah kanan tak pernah mengeluh untuk berkhidmat kat tuan dia.. Hehehehe.. Tq Allah.. Aku check baru-baru ni.. Power belah kiri dalam 4**, belah kanan 2**.. Then kedai spek tu nasihatkan aku untuk pakai power yang sama untuk kedua-dua belah mata iaitu power 2** tu.. So, smpai sekarang follow yang tu je.. Alhamdulillah okey..

Aku lost confidence start dari sekolah rendah lagi.. Sebab kawan-kawan selalu ejek aku ni juling.. Menangis dengan diri aku dah jadi macam kawan akrab dah.. Hari-hari menangis.. Please wey.. Yang mana ada kawan-kawan yang exactly jadi macam aku ni.. Please don't let them down.. I can feel them.. Rasa down sangat sampai nak pergi sekolah pon malas..

Masuk je sekolah menengah, even masa tu tak ramai yang perangai kebudak-budakkan.. Tapi ada jugak still yang mentality lemah terhadap orang macam aku ni.. Satu hari, asrama kami baru je tukar tukang masak dewan asrama.. Then pagi tu, aku pergi la ambik makanan macam biasa.. Then abang dewan makan tu tegur.. " kenapa hang ambik makanan tapi mata hang tengok kat atas sebelah lagi tu?" Aku kata dalam hati aku, jangan sampai keturunan hang semua jadi macam aku.. Geram wey.. Malu pon ada.. Kawan-kawan pakat dok beratur ambik makanan masa tu.. lepas aku ambik makanan tu, aku tak leh nak jamah makanan wey.. Aku tak makan pon tak lalu.. Nak pergi sekolah pon tak de mood.. Menangis aku.. Mujur ada sahabat baik aku tolong pujukkan.. Aku tak mintak pon wey jadi macam ni.. 😔 😢

Ada suatu hari tu, aku kat kelas pendidikan islam.. Meja aku agak di depan kira bertentangan dengan ustaz yang mengajar lah kiranya.. Masa tu ustaz suruh baca ayat Al Quran dalam textbooks tu.. Lepas aku habis baca ustaz tanya aku benda yang sama jugak.. Kenapa aku baca mata tengok kot atas sebelah lagi? Aku terus keluar dari kelas.. Berlari ke toilet.. Dan menangis kat sana.. Dalam hati aku, aku tak sengaja mendoakan ustaz tu akan dapat anak macam aku.. Masa tu ustaz tu tak kahwin lagi.. Lepas setahun tu, ustaz tu kahwin.. Anak pertama dia aku perasan jadi macam aku.. Maybe sebab doa orang yang teraniaya kan.. Aku tak sengaja doa macam tu masa tu sebab aku terlalu marah dan sedih sangat.. Hampa takkan rasa wey apa yang aku rasa.. Aku malu sangat masa tu.. Satu kelas dengar ustaz tu tanya wey.. Dah la masa tu crush aku (sekarang dah jadi husband aku dah) ada masa tu..  Malu wey..

Walaupun depa tak buli aku secara fizikal.. Tapi mentally aku memang mudah down wey.. Aku dibuli.. 😢

Ada banyak lagi pengalaman aku yang memalukan aku dan mendownkan aku.. 😢 Tapi biarlah aku tak nak ingat dah.. Cukup lah setakat tu.. Aku rasa macam nak bunuh diri. Marahkan Allah sebab pilih aku hidup... Nak pergi interview pon tak de confident langsung tau tak..

Apa-apa pon terima kasih kat husband aku sebab sudi bersama aku suka dan duka.. Aku ingat husband aku masa sekolah suka-suka je dengan aku.. Just nak cari orang untuk couple.. Tapi Alhamdulillah dia sanggup bersama aku sampai lah kami ke jinjang pelamin ni.. Dia sanggup pilih aku yang serba kekurangan ni.. Sebab tu aku jatuh cinta yang mendalam dengan suami aku ni.. Tak tahu kalau laki lain sanggup tak terima aku macam mana suami aku buat.. Terima kasih cinta.. Allah je yang dapat berikan apa yang abang nak.. Semoga cinta kita ni bersatu sampai syurga..

Then, Habis je sekolah aku mulakan hidup baru dengan menguatkan diri untuk berdepan dengan masyarakat luar.. Aku beli baju-baju baru dan cantik.. Aku dah start pakai mekap..

Hey, siapa cakap cantik tak penting???

Percaya atau tak dengan mencantikkan diri aku dengan mekap la mampu memberikan aku semangat baru.. Bukan maksudnya kena mekap lebih-lebih.. Takkk... Mekap ala kadar tak pe.. Janji nampak manis di mata.. Bila kita tengok cermin tu.. Kita akan yakinkan diri kita dengan cakap.. Cantik jugak aku ni.. Biarlah dimata orang lain tak cantik pon.. Tau tak, dengan bagi semangat macam ni la.. Aku mampu tersenyum dan berdiri pertahankan diri ku.. Hari-hari aku bagi kata semangat kat diri aku.. Susah tau untuk bina keyakinan ni.. Kadang-kadang aku down jugak.. Tapi aku cuba positif kan diri..

Nah aku bagi korang lagu ni...

Lagu selena gomez - who says..

Who says you're not star potential?
Who says you're not presidential?
Who says you can't be in movies?
Listen to me, listen to me
Who says you don't pass the test?
Who says you can't be the best?
Who said, who said?
Would you tell me who said that?
Yeah, who said?

Who says, who says you're not perfect? (yeah)
Who says you're not worth it? (yeah yeah)
Who says you're the only one that's hurtin'? (oh)
Trust me, that's the price of beauty (hey yeah, beauty)
Who says you're not pretty? (who said?)
Who says you're not beautiful? (I'm just beautiful me)
Who says?

So, sesiapa yang ada kecacatan luar atau dalaman.. Jangan lah down.. Kita kena cari sesuatu yang akan membanggakan diri kita sendiri atau sesuatu yang dapat menaikkan semangat kita.. Jangan terus tenggelam dalam perasaan down tu.. Aku jugak pernah rasa..

Kalau terus rasa down, cari sesuatu yang dapat membahagiakan kita, contohnya makan makanan kegemaran kita ke.. Macam aku suka makan kek atau aiskrim.. So, aku buat yang tu dulu.. Then baru bina balik keyakinan aku.. Tak pon, kena cari seseorang yang dipercayai dan boleh berkongsi masalah.. Luahkan jangan pendam.. Please don't keep any secret that will makes you down.. Kalau tak, yang tu yang akan makan diri kita sendiri..

So, please if something happens to you or something that let you down, buat lah macam aku cakap kat atas tu.. Sayangi diri anda.. Jangan sampai kita buat sesuatu yang melanggar syariat islam.. Nanti tak dapat apa-apa pon.. Ni je la untuk kali ni.. Aku cerita ni untuk kebaikan semua.. Tq sudi baca cerita aku.. Sayang semua.. 😍

Nah lagi satu lagu lagi..

Justin bieber - intention

When I create, you're my muse
The kind of smile that makes the news
Can't nobody throw shade on your name in these streets
Triple threat, you a boss, you a bae, you a beast
You make it easy to choose
You got a mean touch I can't refuse

Picture-perfect, you don't need no filter
Gorgeous, make 'em drop dead, you a killer
Shower you with all my attention
Yeah, these are my only intentions

Stay in the kitchen, cooking up, cut your own bread
Heart full of equity, you're an asset
Make sure that you don't need no mentions
Yeah, these are my only intentions

Already passed, you don't need no approval
Good everywhere, don't worry 'bout no refusal
Second to none, you got the upper hand now
Don't need a sponsor, no, you're the brand now

You're my rock, my Colorado
Got that ring, just like Toronto
Love you now, a little more tomorrow
That's how I feel
Act like you know that you are



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday 19 June 2020

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (8)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sambungan dari entry sebelum-sebelum ni....

Lepas habis je buat HSG tu aku kena tunggu result doc. so, next appointment bulan 3 pulak.
Sebelum tunggu result tu, suami aku antar sample semen ke makmal untuk check sebelah suami aku jugak sebab doc cakap kena check dua-dua sebelum buat iui. result tu akan dapat masa appointment sekali dengan aku jugak nanti.

11 March 2020 - kami ke HUSM sekali lagi untuk dapatkan result HSG dengan Semen test hari tu.,, hari ni jumpa pakar O&G  terus sebab aku nak kena deal pasal iui treatment.. doc cakap semen suami aku ok.. normal.. rahim aku pon normal .. tak de blocking.. dan doc check ultrasound.. doc tunjuk rahim semua cantik.. xde cyst.. cuma ada pcos ja.. so, dia memang cadangkan  buat iui.. so, kami pon proceed ja.. memandangkan itu yang terbaik. doc cakap dia akan monitor period selama 4 bulan.. lepas tu, makan clomid dan teruskan untuk process iui. berdebar la pulak dengar. lepas tu, doc ada bagi suggestion ubat apa yang perlu diambil sebelum memulakan rawatan iui ni yang dijangka akan buat masa bulan Jun 2020 ni.. tarikhnya tak tetap lagi sebab nak tunggu period aku masa bulan 6 nnti.

ni antara suggestion yang doc bagi kat kami..




sebelum kami balik, doc suruh aku ambik darah untuk serum testosterone test... mybe sebab doc tengok result untuk level progesteron aku sedikit ja maksudnya bukan tahap normal la .... rendah lagi dari tu. =(

memang lah senangkan untuk doc bagitau suruh diet itu ini sebab hanya perlu nasihat je kan.. kita sebagai tuan punya badan ni lah yang susah nak maintain bab diet ni.. memang susah sangat.. aku pun faham, kalau berat badan dah okey, bmi pon dah cantik nanti period pon akan comey.. secara saintifiknya ada betulnya apa yang doc cakap tu sebab yela, benda berkaitan hormon kan mestilah kena maintain dalaman badan dulu..

Aku ni bukan tak cuba untuk kurus.. puasa berhari-hari sampai nak lembik badan.. sehari makan satu senduk je nasi.. memang siksaan.. nak makan lebih takut gemuk, nak tinggalkan nasi takut gastrik ke pitam ke.. aku admit memang aku jenis kuat makan, so aku tak boleh nak tinggalkan nasi secara drastik untuk buat diet atkin tu sebab aku tahu badan aku macam mana.. aku try jugak workout dengan set treadmil aku tu.. bertahan lah sehari dua.. bila badan dah letih, otak pon letih.. mudah jadi lemau time bekerja.. tu yang aku jadi risau tu.. mungkin sebab masa tu aku terlalu drastik sangat nak kurus sampai hari-hari workout. memang menyeksakan. turun pon tak banyak dalam 1- 2 kg je.. sedih tau..

orang lain cakap memang senang, kita nak buat tu yang susah.. best friend aku sendiri pon dok tanya aku macam mana nak kurus sebab dia kata boyfriend dia suruh dia kurus barulah nak masuk meminang.. aku tahu macam mana struggle nya aku untuk nak kurus dan macam mana sakitnya hati bila kau dah diet apa semua tapi berat tak pernah berkurang.. kau rasa???

aku kesian jugak dekat sahabat aku tu sampai hati boyfriend dia suruh dia diet sampai macam tu. kalau dia tahu diet ni tak semudah makan kacang mesti dia akan lebih prihatin... susah wey nak jaga hati orang yang kita dah sayang.. aku sampaikan tak tahu nak nasihat apa lagi kat sahabat aku... bagi aku lah, syarat untuk kurus kalau nak kahwin tu melampau sangat.. maybe ada kebaikan nya untuk sahabat aku tu dari segi kesihatan dan dalaman wanita dia tu.. tapi menjadikannya syarat untuk kahwin macam tak sesuai.. sebab lepas kahwin pon still boleh diet.. tapi kalau betul2 komited la.. kalau hangat-hangat tahi ayam macam aku ni..hahaha.. sendiri faham lah.. hahaha.. serious wey susahhhhhh... macam mana ek korang buat bagi kurus... ce cite pengalaman sikit.. meh bisik meh.. hahahaha...

11 May 2020 - masuk hari ni dah 2 bulan dah makan provera.. alhamdulillah.. makan je provera ada la period.. kalau tak memang susah nak ada period ni. tapi memang fungsi dia macam tu pon. bulan ni habis je makan provera tu.. actually ni papan terakhir yang doc bagi sebelum pergi repeat ubat kat husm. aku masih berharap kalau-kalau aku pregnant, so aku mintak izin suami aku untuk stop dulu ubat provera ni.. sebab aku nak cuba untuk pregnant cycle kali ni,.. memang ttc sungguh-sungguh bulan ni.. period baru je bulan mei ni aku terus start kira waktu subur .. memang aku study habis la untuk ttc kali ni.. kalau korang nak lebih info boleh tengok kat laman web doc yang bertauliah.. ni salah satunya...sekarang ni dah canggih, semua dihujung jari je,..

Nak tahu apa yang aku buat untuk check waktu subur dan prepare untuk hari ovulation untuk orang yang irregular period macam aku ni.. Jumpa next entry tau pasal ttc aku ni.. Tq sebab sudi baca ttc journey aku ni.. Sayang semua.. ☺ 😘


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Review Acer Nitro 5 (Ryzen 7)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Awal tahun ni ada beli laptop untuk kegunaan harian dan jugak kes-kes terpencil macam suami aku yang obses dengan game tu. hahaha.. Dia nak sangat beli laptop ni katanya senang nak buat apa-apa kerja dia tu. aku pon ok je la.. tak de la nak marah sangat sebab benda boleh guna jugakkan..



mula-mula servey kat sen heng tapi tak banyak choices sangat.. so, kami decided nak beli kat monaliza kb mall.. memang servey lama dah kat monaliza ni.. memang terbaik servis dia.. walaupun dah banyak kali dah pergi tengok-tengok dan tanyakan itu ini beberapa week before kami beli tu.. tapi staff dia still layan kami dengan elok even aku rasa mesti diorang dah cam muka kami dan ofkos akan rasa annoy kan bila kau tengok customer yang sama masuk kedai kau tapi pulang dengan tangan kosong..  kami pergi seminggu dalam 2 3 kali kot.. tanya itu ini.. biasa lah golongan marhain macam kami ni.. nak beli sesuatu yang value dia tinggi mesti info kena tahu lebih bukan apa takut salah beli tak ke haru kan..

mula-mula nak beli asus tuf gaming fx504 tapi disebabkan suami aku lebih tertarik yang acer ni,, so kami pon beli yang ni.. harga masa tu.. rm2999 oklah.. lebih kurang je harga dua ni.. macam biasa bila kau beli laptop akan dapat bag dan mouse.. senang baso la staff kat kedai monaliza ni.. ore kelate ckp..kebetulan acer ada buat promo untuk anniversary diorang melalui laman web dia ye.. jadi staff dia pon cadangkan kami ambil acer sebab dapat banyak free gift..

Happy Anniversary Acer yang ke-30.. Tq bagi banyak free gift.. ☺ 😘

Macam biasa kat monaliza ni, barangan yang rm2999 ke bawah dapat towel acer yang comel warna putih..

Balik dari beli laptop tu terus sign in ke laman web acer tu.. lepas tu kami ada masuk lucky draw.. ada spin wheel.. so dalam tu kami dapat topup TNG wallet rm80 lepas spin tu.. alhamdulillah rezeki.. Tak leh nak tunjuk kat sini sebab dah guna habis baru teringat nk tulis blog.. Heheehe...

lepas tu, dia ada bagi payung sebutir.. comel sangat.. Payung acer.. warna merah hitam..


baju tshirt 2 helai boleh pilih warna dengan saiz sampai xl ja.. so, kami pilih ikut saiz aku.. hehehe.. sorry hubby,.. i got mine.. Warna putih tu wajib ambik.. So terpaksa lah..


setakat dah guna selama 5 bulan ni.. alhamdulillah overall okey.. smooth je.. aku pon dah boleh update aku punya blog ni kan.. hahahaha.. Cuma aku kurang berkenan dengan warna kat keyboard dy tu.. Merah dia tu bercahaya terang sangat. Boleh silau tak pon pening kalau tengok dalam gelap lama2.. Tapi suami aku cakap dia suka ja dengan keyboard tu.. Dia kata keyboard gamers memang macam tu.. Ok fine.. Dah tak nak cakap ape dah.. Merajuk. Hahaha...

lepas tu disebabkan suami aku nak main game tu,.. dia ada tambahkan 8gb lagi.. setakat ni memang padu gila.. hehehehe..

anyway, thank you team monaliza kb mall yang sudi bantu kami.. Mmg awesome  sgt..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday 18 June 2020

Mee Tarik Warisan Asli Aeon Mall Kota Bharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni nak cerita pasal kedai mee tarik ni.. Sebenarnya dari dulu lagi teringin nak cuba makanan kat sini tapi selalu tak kesampaian.. Ada je yang menghalang..

Alhamdulillah kali ni ada jugak rezeki kami nak makan kat sini.

Banyak jugak menu dia..

Antara menu yang aku try :-

1) wet mee with braised chicken

Ni mee dia

Musim pkpp tak habis lagi.. So kena la pakai mask jugak..
Prevent better than cure 

Abai kan muka hakak yang kelaparan tu.. Hahaha.. 

Menu ni bagi aku sedap jugak la.. Tak tahu nak cerita macam mana rasa dia.. Tapi bagi aku mee dy memang padu.. Dah la banyak.. Tak muak pulak tu mee dia.. Dah mee homemade kan.. Confirm lah sedap.. Buat dgn kasih sayang gittew.. Hehehe.. 


2) Mee Tarik Soup


Korang tengok mee dia ni pon dah padu jugak la.. Banyakkan.. 

Memang kenyang kot.. Even makan cepat2.. Sbb mee dia banyak jugak la.. Hehehe.. 
Suami aku cakap mee sup dia ni boleh lah tapi bagi aku kena dengan selera aku.. Sedap.. Pedas-pedas macam kuah bihun sup siam.. Sedap wey.. 

3) Dried Dumpling


Ni laki aku beli yang beef dumpling

Boleh lah rasa dia.. Yang ni aku terpaksa telan.. Maybe tak kena dengan selera aku.. Aku rasa better amik dumpling soup tu.. 

Apa-apa pon overall okey la makanan kat sini.. Bolehlah sesiapa yang nak try tu.. Tapi dont expect too much.. Sebab setiap kedai mee tarik ni kan tukang masak lain-lain.. So, faham2 je la ye.. 

Alhamdulillah selesai makan.. Kmi pon balik berehat.. Memang kenangan jugak la.. Heheehe.. Dah2 cukup2 cheat day tu.. Esok start diet.. Kbye.. Heheehe 2

Selamat mencuba.. 




  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday 14 June 2020

Pilihan susu untuk ibu mengandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bercakap mengenai susu ibu ni ramai yang beranggapan mesti tidak sedap dan tidak lalu nak minum.. Dengar je susu mesti ada yang kata tak boleh nak telan kan.. ibu mengandung ni dia memerlukan banyak kalsium dan fibre.. bukan saja ibu mengandung.. wanita yang try to conceive (ttc) pon wajib minum susu ni.. ye la, kita nak prepare badan kita untuk pregnant kan.. persiapan mestilah jitu.. rahim mestilah comey sebab nak terima orang baru dalam rahim kita tu.. sayang anak tak??

kalau para ibu kat luar sana tidak mengambil minuman bersusu ini dikuatiri akan menganggu tumbesar anak di dalam kandungan. ibu akan mudah dapat penyakit tulang.. anak mungkin akan lahir tak cukup berat atau kecacatan..

tapi kalau ada yang mak-mak alergi dengan susu lembu ni, boleh je try susu kambing tapi better 3 bulan ke atas la kandungan.. maksudnya dalam pertengahan trimester ke 2.. sebab mak mertua ada cakap susu kambing dan susu kuda ni sifat dia panas sikit.. boleh menyebabkan keguguran.  jangan ada pulak tidak tahu, minum susu-susu ni pon kita boleh dapat anak kembar tau.. hehehe.. kalau ada genetic la.. hehehe..

kalau ada yang tak lalu juga atau alergik terus dengan susu-susu ni, boleh try tanya farmasi ubat kalsium.. yang paling penting, apa-apa pon rujuk kepada doc terlebih dahulu ye.. kadang kita ada alergik ubat tertentu yang kita tak tahu.. jangan main consume je tau.. :)

ni salah satu contoh la..

Bagi yang tak boleh minum susu, boleh try supplement ni.. kena jarak 2 jam dari ubat-ubat lain ye. yang atas tu contoh ja,.. ada banyak lagi brand.. cuba tanya farmasi berdekatan.. ada farmasi dia ada brand lain.. badan ibu yang mengandung memerlukan 500mg ke 1300mg kalsium dalam sehari.. so boleh baca ingredient dan cara makan kat botol kalsium tu.. walaupun berbeza brand, yang penting khasiatnya sama..

in case kalau tak boleh jugak telan ubat atau susu ni, boleh la try beli yogurt ke makan bayam ke susu soya ke.. tapi untuk geng ttc kita yang ada pcos macam kami ni kalau boleh elakkan kacang soya ye.. kalau tak mengarut la cycle period tu.. 

erm.. boleh juga kalau rajin buat susu badam.. pon sedap tau.. banyak khasiat susu badam sebenarnya.. tapi saya pernah buat dah.. tak lalu.. tak leh nak masuk tekak pon.. hahaha..

boleh juga try ikan sardin tak pon tauhu ke..benda-benda yang boleh menambahkan kalsium.. Actually banyak sebenarnya, macam ubi, kacang, badam, sawi pak choi dan macam-macam lagi..

Disebabkan sayur tak makan dan susu pon memilih, so kami dah try beberapa susu ibu hamil untuk rancangan ttc kali ni.. 

1) Susu Anmum

ni contoh yang kami minum 


Bagi kami, susu ni okey la.. mula-mula bancuh bau dia macam tak best sikit.. bau susu la kan.. tapi rasa dia lemak berkrim.. sedap la bagi kami yang tak suka minum susu ni.. dia ada dua perisa.. original dengan chocolate..  kami beli yang perisa coklat sebab tak leh minum yang original.. memang kalau minum susu ja prefer yang chocolate lagi..
kalau yang 650g, kami beli hari tu dalam RM 34.90.. mahal sikit tapi sedap sangat.. banyak kali dah minum anmum.. hehehe..

2) Susu Frisomum



Bagi kami susu ni tak de bau apa-apa.. tapi rasa dia tak sedap sikit.. jujur ek.. mybe sebab dia ada perisa honey vanila ja.. so rasa ni ada manis-manis sikit.. tapi seriusly aku tak lalu sangat.. mintak sangat company ni buat lagi dua lagi flavour.. original dengan chocolate.. nescaya mesti laku sebab harga dia murah la.. maksudnya berpatutan tapi sayang tak sedap la pulak..kena habiskan dulu yang ni bru la boleh try yang lain.. harga frisomum 900g RM 50.90.. murah kan.. dah la dalam tin pulak tu memang senang nak simpan tau..

bersambung ~~~

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday 10 June 2020

Rancangan diet aku - Treadmil & Cycling

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Atas persetujuan suami aku, aku berjaya jugak lengkapkan goal diet aku untuk memiliki set treadmil dan cycling set untuk planning ttc aku.. ceewah.. planning la sangat.. memang kena pada masanya.. selepas je kami balik jumpa doc dan dengar saranan doc untuk aku mulakan diet hari tu..

aku ajak suami aku ronda-ronda kat Aeon mall kota bharu.. hajatnya just nak window shopping tu.. jalan-jalan berdua habiskan masa.. hahaha.. last-last masuk jugak dalam senQ Aeon Mall tu.. ingat nak risik-risik je dulu.. sekali abang tu bagi offer ambik treadmil dengan cycling set tu dapat harga rm3***.. kalau kira ikut lazada, memang harga dia dah untuk dua set tu.. tapi kalau kira ikut kedai under ogawa ni.. kalau treadmill saja dah 2*** dan bicycle tu harga almost rm1***... so memang berbaloi la kan..


Treadmil Trek Pro T7.2


treadmil ni boleh incline dengan decline.. oklah overall guna.. actually dah guna almost 10 bulan dah sekarang.. jarang-jarang guna sebab tuan dia terlebih rajin nak exercise.. mula-mula dulu je rajin.. hehehe... dia boleh connect guna phone kita.. boleh detect sejauh mana kita nak lari.. plus boleh dengar lagu sambil jogging sebabnya dia ada dua speaker kiri kanan kat atas handling dia.. memang dengar awesome giler bunyi dia.. tapi jangan bukak kuat-kuat nanti jiran marah kang.. bising sangat.. hahaha.... dan ada guide kalau nak ikut secara plan yang dia dah programkan kat treadmil ni.. memang mudah la orang kata.. rajin dengan malas je nak buat. hahaha..

kami ambik sekali dengan bicycle dia tu.. dah offer kan.. alang-alang...

Activo Spin Pro B1.3 X-Bike

Bicycle ni kan memang best.. ringan jugak la tapi bukan tahap ringan sangat.. dia ada roda kat bahagian depan tu.. so, boleh tolak-tolak je kalau nak ubah.. memang letak kat ruang tamu supaya senang nak bersenam sambil tengok tv.. hehehe.. memang best sangat.. aku kalau malas guna treadmil.. ni je la gunanya.. ok la.. korang boleh lipat-lipat yang ni.. memang jimat ruang la.. yang ni tak boleh nak connect dengan handset.. dia biasa saja..

freegift :

hand held massage

Kami dapat free je yang ni.. kegunaan dia okey.. untuk massage tu memang la sedap.. tapi aku jarang sangat guna..

IntelLAB Bluetooth Body Scale

Penimbang ni memang sampai sekarang aku guna pon.. ok senang je.. connect dengan phone je.. boleh collect data dan ada graf dalam apps dia.. memang mudah sangat..

so, kami grab je la.. sekali tak pulang dengan tangan kosong..hahaha... window shopping la sangat kan.. hahaha..

suami aku cakap Aeon Mall ni memang berhantu.. hahahaha.. habis duit poket.. hahaha..

Apa-apa pon tq husband..  Semoga Allah murahkan lagi rezeki abang lepas ni.. Aaamiin..

Semoga dengan adanya benda ni.. kita dapat ttc dengan jayanya.. hehehe.. Doakan kami dapat zuriat yang soleh solehah, sihat walafiat dan berjaya didunia dan akhirat.. in shaa Allah.. aaamiiin..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~