Saturday 3 March 2012

Derma Darah





Eh??? Nape mesti takut ni???? Derma darah kan satu kerja yang mulia…

Persoalan yang terukir di minda bakal penderma :

  • Bolehke  aku       ni  nak  derma  darah???
  • Takut la nak derma darah... takut jarum…
  • Derma darah ni sakit ke tak?
  • aku nak derma tapi tak cukup berat lagi la…
  • Org kata lepas derma darah badan jadi gemok...betoi ke?? Tak nak lah…

Mungkin ada yang pelik.. Mengapa tetibe saja aku nak berbicara dari hati ke hati tentang darah ni????
Jawapannya mudah saja….
Aku nak menyemarakkan KEMPEN DERMA DARAH !! Menurut Pengarah Pusat Darah Negara yang aku petik dari sebuah artikel dalam akhbar BERITA HARIAN… tema HARI DERMA DARAH SEDUNIA bagi tahun 2012 ni ialah EVERY BLOOD DONOR IS A HERO (Setiap   Penderma Darah adalah Wira)…

Jangan lah risau….semua org boleh menderma….
 Yang penting, mesti lah berumur dalam lingkungan 18 hingga 60 tahun..
Berat mestilah melebihi 45 kg…
(so...sesiapa yang masih tidak lagi  mencapai berat 45kg ke atas macam aku...kita kenalah berusaha keras untuk pastikan badan cukup makan dan tidak terlebih makan...hehehe…)

Bagi yang telah mencapai atau melebihi berat yang ditetapkan menganggap mereka telah mampu melaksanakan fardhu kifayah ni..erm...tetapi masih ada yang perlu dikenalpasti..

Sihatkah tubuh badan anda????
Sihat yang dimaksudkan ialah sihat dari segi fizikal dan mental..

  • Tidak demam semasa ingin menderma
  • Tidur tidak kurang daripada 5 jam
  • Tidak menjalani pembedahan dalam masa 6 bulan sebelum menderma darah
  • Tidak mendapat rawatan gigi dalam tempoh 24 jam
  • Tidak mendapat vaksinasi dalam tempoh 3 minggu sebelum derma darah
  • Perlulah menindik telinga, Bertatoo @ akupuntur dalam masa setahun sebelum menderma darah
  • Tidak mengalami penyakit jantung
  • Tidak mengalami penyakit diabetes
  • Tidak mengalami penyakit sawan
  • Tidak mengalami penyakit asma
  • Tidak mengalami penyakit tibi
  • Tidak mengalami sebarang penyakit berjangkit


Sesiapa yang ingin menderma juga tidak boleh mengambil sebarang ubat-ubatan dan minuman beralkohol dalam jangka masa terdekat sebelum menderma darah (24 jam sebelum derma darah)…

Untuk makluman lanjut… sila layari laman web Derma Darah