Sayap kiri kepada Muhammad Termizi bin Mohamad Jamil.... Bismillah hi rahman ni rahim .... All praises belong to Allah Taala and may His choicest mercies and blessing be on His noble Messenger, Nabi Muhammad s.a.w ( Peace be upon him )..... 'O our Rabb! Accord to us the coolness of our eyes from our spouses and children, and make us leaders of the pious. Aameen.... Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat untuk semua orang dan memberikan sedikit pahala buat diri ini.. aamiin..
Tuesday, 17 December 2024
Ujian Allah bagi ada hikmahnya (Part 3)
Wednesday, 26 July 2023
Hari yang sesuai berpuasa dalam islam
- Puasa enam ( puasa selama 6 hari dalam bulan syawal - boleh dilakukan selepas hari pertama syawal sehingga hujung bulan syawal - boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang seli atau ikut kemampuan)
- Puasa awal bulanZulhijjah ( dari 1hb sehingga 8hb zulhijjah)
- Puasa pada hari Arafah (9hb zulhijjah)
- Puasa pada 9hb Muharram , 10hb Muharram (hari Asyura) dan 11hb Muharram.
- Puasa dalam bulan Rejab (mengikut kemampuan )
- Puasa dalam bulan Syaaban (kecuali pada hari syak iaitu 30hb Syaaban)
- Puasa tiap-tiap hari isnin dan khamis
- Puasa 3 hari pada tiap-tiap bulan Qamariah (bulan islam)
- Puasa pada hari Isra' dan Mikraj (dalam bulan Rejab - 27hb Rejab
- Puasa pada haru-hari putih iaitu hari ke 13hb, 14hb dan 15hb dalam bulan qamariah (kalendar islam) kerana ketiga-tiga malam tersebut bulan sedang mengambang penuh.
- Puasa pada hari-hari hitam iaitu hari ke 27hb , 28hb, 29hb, dan 30hb pada setiap bulan qamariah (kalendar islam) kerana malam-malam tersebut tiada bulan.. jika bulan tersebut tiada 30hb, maka tambah satu hari pada bulan berikutnya..
- Puasa di bulan-bulan haram (bulan diharamkan peperangan dalam islam) iaitu bulan Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.
- Hari syak iaitu 30hb Syaaban
- Hari Raya Aidilfitri ( 1hb Syawal ) dan hari Raya Aidiladha (10hb Zulhijjah)
- Hari-hari tasyrik iaitu 11hb , 12hb dan 13hb Zulhijjah..
- Haram pada pertengahan bulan Syaaban iaitu bermula dari 15hb Syaaban sehingga akhir bulan Syaaban iaitu 30hb Syaaban..
Thursday, 6 April 2023
Cara penjagaan luka bersalin secara cser @ caesarean delivery
![]() |
| luka cser *tq google* |
1) kena rajin cuci dengan air suam atau air biasa. lap secara perlahan-lahan.
2) make sure masa mandi cover dengan kain dekat bahagian
cser.
3) masa nak bangun tak boleh terus bangun, kena mengiring.
Tangan kena tolak sambil badan bangun pelan2.
4) jalan pun kena pelan2. Makanan tak boleh sebarangan yang
boleh menyebabkan gatal mcm benda makanan berasaskan telur, atau mcm yang boleh
menyebabkan gatal2 bahagian cser.
5) masa nak berak tak boleh teran macam biasa. Perlu ubat
untuk memudahkan berak, jangan risau tak memudaratkan. Bagi tempoh yang agak
lama mcm 2-3 minggu mcm tu, sementara badan nak dapat tenaga sepenuhnya.
6) nak bagi luka cepat sembuh makan buah oren Sunkist ok.
Buah oren Sunkist boleh menyembuhkan luka - luka.
7) lepas balik dari hospital doktor kena make sure doktor bagi ubat cucuk cair darah itu penting. masa doktor kata dah boleh discharge dan boleh balik dari hospital, make sure doktor bagi slip ubat cucuk untuk cair darah. Itu penting tau. Jangan malu2 untuk bertanya ok 🥰
8) tak boleh mengurut, bertungku, bengkung pun tak boleh lagi. Dalam tempoh setahun. Kalau bengkung tu takut berpeluh dan gatal dekat tempat operate.
9) kalau boleh jgn angkat berat2, jgn buat keja berat.
10) Mkn pun kena pantang jugak.. makan tak boleh sebarangan macam benda yang boleh buat gatal2, contoh:- telur, ayam, seafood, ikan yang ada isi hitam macam ikan termenung, kayu, bawal hitam & lain2.. makanan pedas2 pun tak boleh makan lagi. Kalau nak makan jugak makan sikit2 kalau tak tahan stop dulu nahh. - kalau teringin nak makan macam2 cuba makan sikit2 dulu tau, kalau tak ok stop dulu nahh 🥰.
11) Kalau boleh elakkan duduk bawah bebetul atas lantai... klu ikut kn tak digalakkan. Sbb sejuk. kalau nak duduk bawah lapik la toto ka karpet ka.. Sbb tu kak kalau pi rumah org kak suka duduk atas kerusi atau sofa. kalau tidoq pun Smpai la kak pakai stokin.
12) tak boleh garu tempat luka cser..KALAU RASA GATAL SIKIT2 TU JANGAN GARU, GOSOK PELAN2 JA. 🥰
13) air ais dari ais batu tak boleh makan ok, pantang dalam setahun. Bukan apa takut malam2 sejuk badan dan kancing gigi. Kancing gigi nie bahaya tau.
14) masa mula2 lepas bersalin batuk pun tak boleh kuat2, takut luka terbuka. Lepas tu ok dah la 🥰. Jangan angkat berat2 dalam tempoh setahun gitu.
15) kalau boleh rancang @ plan dengan suami untuk tambah anak, takut risiko bekas luka tak baik sepenuhnya. Seeloknya pantang 3 tahun. Kalau lekat nak buat macam mana kan dah rezeki, tapi kena ikut nasihat misi dan doktor ok. Walaupun dah habis pantang 45 hari setahun dua tahun 3 tahun, kadang tu ada jugak yang rasa kebas2. Jangan risau. Tapi kalau sakit terlampau dekat bekas operate tu cepat2 jumpa doktor 🥰.
Kalau tak pasti kena tanya misi atau doktor ok 🥰🥰 itu pengalaman kak masa bersalin kat ali. Alhamdulillah bekas cser elok. Kalau boleh kena plan untuk second baby dalam tempoh 3 tahun. Walaupun kita dah habis pantang, dah setahun dua tahun pun kadang2 rasa kebas2 tu biasa. Batuk pun tak boleh keras2. Jangan angkat berat2. Mcm2 kena berpantang kalau cser nie.
Kalau diberi pilihan semua orang nak bersalin normal tapi kalau ada komplikasi atau takut risiko dekat baby kak memang tak pikir panjang kak terus sign untuk cser lepas doktor bagi keterangan. Demi nyawa anak.
CARA BERPANTANG OPERATE NIE MEMANG COMPLICATED SIKIT. TAPI
UNTUK KEBAIKAN KITA. 🥰🥰 SEMOGA
BERMANFAAT..
terima kasih kak ecah atas nasihat tentang cara penjagaan luka cser ni..
semoga kita semua mampu menjaga kesihatan kita dengan baik..aamiin..
kepada yang bakal bersalin tak lama lagi.. walau cara apa pon kita bersalin.. janganlah kita berasa bersedih sekiranya kita bersalin bukan seperti kehendak kita..
bersyukurlah at least kita boleh memiliki zuriat berbanding insan lain yang masih menunggu zuriat bertahun-tahun.
semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti ye.. aamiin
terima kasih semua readers sudi join blogwalking kat blog ni.. trima kasih ye..
papai.. jumpa lagi next entry..
Wednesday, 9 November 2022
Panduan memilih nama anak
Monday, 18 April 2022
Berpantang hari ke 4 (still in hospital)
![]() |
| sayu je tgk org lain baby ada kt sebelah |
![]() |
| makanan terakhir before discharged |
Wednesday, 24 November 2021
Jumpa cinta hati buat kali pertama
![]() |
| Masa sampai hospital berharap sangat awak okey sayang.. Rasa tak sabar nak jumpa awak time ni.. |
![]() |
| Sampai kat lobby, guard check mysejahtera dan sahkan kemasukan untuk ambil baby |
![]() |
| Hallway nak ke nicu |
![]() |
| Ajak abi thaqif selfie skali masa guard masuk dalam untuk ambil baby |
![]() |
| Kalau bukan musim covid.. boleh ja masuk.. Tapi faham2 la sekarang musim covid Memang kawalan ketat sikit.. |
![]() |
| Nurse bawak keluar trolley baby.. Punya la excited.. Nurse buka pampers tunjukkan anu kat guard.. Bagi barang2 baby sepanjang baby kat nicu.. Cth : lebihan pampers dan krim baby |
![]() |
| Masa abi thaqif sampai ni, anak dah tido sebab dah bagi minum susu badan.. Tak tahu lah cukup ke tak masa tu.. Tapi awak minum2 terus tertido.. Abi angkat dan azankan awak pon tak sedar dah.. |
Monday, 9 August 2021
Cara kira pergerakan baby dalam kandungan
" Janin memerlukan rehat seperti tidur selama 20 minit dalam masa dua jam. Jadi, jika dia kurang bergerak, mungkin dia sedang berehat. Anda boleh mengira sendiri kestabilan pergerakan janin. Dalam masa 12 jam, anda perlu mengira pergerakan sebanyak 10 kali." - dari blog majalah pa&ma.
![]() |
| yang ni contoh kiraan kick baby apps. tq google |
![]() |
| gambar hiasan.. tq google.. |
Wednesday, 21 July 2021
Pengalaman kena covid semasa mengandung
![]() |
| ECG |
Tuesday, 13 July 2021
Cara nak guna pregnancy test clear blue (UPT)
Hari ni saya nak kongsi sikit mengenai pregnancy test (UPT).
Pregnancy test atau ujian kehamilan ini dilakukan oleh seorang wanita yang pernah atau telah melakukan hubungan kelamin bersama pasangannya dalam tempoh 24 jam ke atas.
Tujuan ujian ini dilakukan bagi memeriksa sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak hamil hasil persetubuhan tersebut.
Ujian kehamilan ini boleh dilakukan ke atas ujian air kencing wanita tersebut atau lebih dikenali sebagai Urine Pregnancy Test (UPT).
Ujian kehamilan ini untuk menguji tahap kandungan hormon human chorionic gonadotropin (HCG) yang dirembeskan oleh seorang wanita semasa hamil. Hal ini kerana hormon ini berkait rapat dengan placenta bayi sebaik sahaja berlaku persenyawaan dan perlekapan janin pada dinding rahim.
Ujian kehamilan ini boleh dilakukan sendiri tanpa pengawasan doktor atau pendek kata boleh dilakukan sendiri di rumah atau di mana saja. Malah tidak memerlukan modal yang mahal.
Kalau kitaran haid yang normal pada setiap bulan iaitu antara 21 - 35 hari untuk haid yang seterusnya. Kalau kitaran haid tidak normal, kita akan menghadapi kesukaran sikit untuk pregnant namun boleh berbincang dengan doc untuk solusi yang terbaik.
Contoh macam saya sendiri, kat bawah ni saya ambil kitaran haid tahun lepas. Maaf bukan niat saya nak buka aib tapi ni cuma sebagai panduan untuk setiap wanita yang baru berkahwin seperti saya.. Sebab bila kita baru berkahwin, kita akan malu nak bertanya mak-mak kita bab ni semua kan. So, saya kongsikan sedikit apa yang saya tahu..
Okey, boleh tengok bawah ni ye.. Period cycle saya tak stabil.. Kalau nak tengok yang hampa punya boleh try kat sini.. https://whenmybaby.com/menstrual_cycle_calculator.php
Kitaran haid yang normal membolehkan kita melakukan ujian kehamilan seawal hari pertama lewat period yang berikutnya itu. Tetapi kalau nak ujian kehamilan yang lebih tepat seelok nya selepas 2 minggu lewat period.
Sebenarnya upt ni ada banyak jenis sama ada jenis kaset atau stick dan semuanya boleh digunakan cuma sama ada tepat atau tidak saja..
![]() |
| Jenis kaset |
![]() |
| Jenis strip |
Seperti yang kita sedia maklum, brand clear blue ni antara jenis pregnancy test kit yang membolehkan kita tahu status yang tepat sama ada pregnant atau tidak . Ada dua jenis..
![]() |
| Yang jenis ni ada buat simbol .. Tanda + menunjukkan pregnant, - menunjukkan tidak pregnant |
![]() |
| Clear blue jenis ini ada tulis siap-siap sama ada pregnant atau not pregnant.. Kira lagi tepat la.. |
Macam biasa.. Mula-mula kena baca arahan kat box tau setiap kali nak guna UPT tak kisah jenis apa pun.
Period saya tidak normal jadi guna dua2 jenis UPT biasa ni semua tak yakin. Tahun ni saja dah 5 bulan tak period. Jadi saya amat risau.. Saya dah buat scan rahim atau ultrasound , doc cakap saya tiada masalah rahim dan rahim saya tiada sebarang ketumbuhan.
Lepas tu saya ada beli upt brand clear blue ni..
Ni cara-cara nak guna clear blue ni..
1. Kena bukak penutup atas pregnancy test ni.
2. Celup dalam urine cup selama 20saat ( kira slow-slow tak pe)
3. Angkat dan tutup penutup pregnancy test ni..
4. Letak di tempat yang rata.
5. Biar dia loading result selama 2 minit macam dalam video kat atas ni..
Nanti dia akan bagi result sama ada pregnant atau tidak.
Ni pulak penanda aras dia ye..
Pregnancy test brand clear blue ni boleh didapati di watson atau guardian.. Atau pun boleh tengok kat lazada ke shoppee ke..
Kalau kat farmasi jarang ada.. Saya dah tanya banyak farmasi area sungai petani.. Kebanyakkan farmasi pun bagi cadangan beli kat watson ke guardian ke.
Selamat mencuba ye..
Saya ni dah test tapi negative.. Lepas ni nak kena jumpa doc balik la ni..
Apa-apa nanti saya sambung cerita balik ye.
Terima kasih sudi luang masa baca coretan hati saya ni.. Mintak semua doakan saya murah rezeki dan cepat dapat baby ye.. 😘
Okey , papai..
Wednesday, 7 July 2021
Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 3
Thursday, 1 July 2021
Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 2
![]() |
| tq google. (lebih kurang mcm ni la nurse akan check) |
Tuesday, 15 June 2021
Ilmu Penyusuan oleh Dr. Nurhaya Lactation Centre ( page FB)
![]() |
| cara perahan marmet |
Tiada sambutan hari lahir untuk anakku
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga.. Mintak maaf ye anakku sayang...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kali ini saya masih nak berkongsi ilmu bersama kawan-kawan lagi tentang penggunaan 'sesuatu...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sudah banyak hari tak menaip untuk entry baru ni. Rindu lah pulak sebab tulah yang buka balik bahag...
-
1 . Kesukaran untuk menurunkan gaji Gaji minimum ini merupakan gaji yang dikuatkuasakan oleh undang-undang kepada pihak majikan...



































