Monday, 9 August 2021

Cara kira pergerakan baby dalam kandungan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai semua.. kali ni aku nak terangkan macam mana kita nak kira pergerakan baby dalam kandungan. Aku share apa yang aku buat je la ye.. orang lain mungkin cara nya lain.. jangan la judge ye..

Nurse kat tempat aku bagitau kalau nak buat pengiraan ni, mesti lah rasa baby dok tendang.. bukan nya baby hanya bergerak kita dah kira.. salah tu.. kalau baby tak gerak sebanyak 10  kali dalam 12 jam dari pukul 9 pagi sampai 9 malam atau baby kurang gerak dalam tempoh tu.. kena cepat-cepat ke hospital untuk check baby.  sebabnya kadang-kadang kita tak tahu apa jadi kat baby.. mungkin tali pusat terbelit atau jantung baby lemah.. ramai yang ambil mudah bab ni.. tup-tup baby dah tak de dalam rahim.




" Janin memerlukan rehat seperti tidur selama 20 minit dalam masa dua jam. Jadi, jika dia kurang bergerak, mungkin dia sedang berehat. Anda boleh mengira sendiri kestabilan pergerakan janin. Dalam masa 12 jam, anda perlu mengira pergerakan sebanyak 10 kali." - dari blog majalah pa&ma.

okay, untuk kali pertama aku buat carta pergerakan bayi aku ada tersalah cara kira sikit.. hehehe..  masa mula-mula kira hari tu aku salah kira sikit sebab sepatutnya aku kena kira tendangan nya yang single saja.. tapi aku salah faham..aku ingatkan aku kena kira tiap kali baby tendang.. rupanya bukan macam tu..


kalau tengok dalam carta ni pun dah pun dah boleh tahu yang aku salah kira.. yang nampak sangat tu masa 6/6 tu.. awal kan aku habis kira.. sebenarnya kena kira cara lain.. tapi aku dah salah kira..masa pagi tu aku ada makan ice cream sikit.. jadi baby banyak menendang dalam satu masa.. contohnya, dalam masa seminit dua baby tendang banyak kali dalam 5 6 kali mcm tu,.. then aku pon tanda dalam buku 5 6 kali tanda,.. kiranya catatan aku tu salah la.. 

biasalah kan tak de pengalaman lagi.. then aku tanya kawan aku dan nurse.. nurse tanya aku kira macam mana habis awal sangat tanda kick tu.. hahahaa.. aku pon bagitau la cara yang aku buat tu..  rupanya salah.. nurse kata sepatutnya even baby tendang banyak kali, kita kena kira sekali ja.. then tunggu untuk jam seterusnya pulak..sampailah cukup 10 tendangan dalam tempoh 12 jam... kita kena kira macam tu..

bila belajar dari kesilapan, aku pun try buat lagi lepas tu.. ni contoh yang aku dah buat..



yang atas ni lebih kurang contoh yang betul untuk kira tendangan baby.. maksudnya kita kena pastikan baby bergerak jugak.. ada kalanya bukan setiap jam dy bergerak..ada kala nya 2 jam sekali baru dy bergerak .. jadi kita kena alert la..

untuk ibu-ibu yang bekerja macam aku.. kalau susah nak bawa selalu buku pink.. boleh jugak buat dalam handphone sendiri.. sekarang banyak ja apps untuk bantu kita kira tendangan baby.. 

yang ni contoh kiraan kick baby apps. tq google



atau kalau rasa susah.. boleh buat group whatsapp dengan suami.. boleh tengok macam contoh kat bawah ni.. 

gambar hiasan.. tq google..


kalau nak buat macam sis ni pon boleh jugak.. senang.. suami boleh pantau jugak tentang anak dalam kandungan.. kadang-kadang ada para suami yang tak sempat ambil tahu tentang kandungan kita sebab sibuk bekerja kan.. biasalah tu.. 

ingat ye.. kalau baby tak gerak, kena ke hospital segera..

apa kita nak buat kalau baby kurang gerak???

1. cuba makan apa-apa yang manis-manis..
2. cuba minum air yang berais dan manis..
3. cuba duduk dalam posisi badan yang betul.. sebagai contoh, berbaring sekejap tanpa alas bantal di atas sofa atau katil..
4. cuba makan ais krim
5. jangan tahan kencing
6. cuba tekan-tekan sikit di bahagian yang rasa mengeras dan kita akan mula rasa baby bergerak ke tempat lain.. kadang-kadang baby dia tidur terlalu lama sangat..

ni antara yang aku buat la kalau tak rasa baby gerak ke tak..

tapi bukan nak kata lah, sekarang ni bila dah masuk 3rd trimester ni.. baby memang kurang kick sangat.. lebih kepada bergerak-bergerak ja.. maybe sebab ruang dah sempit kot.. apa-apa pon harap-harap baby ok la.. :)

semoga entry ni bermanfaat untuk semua mommy kat luar sana..  maaf sekiranya ada tersalah info dan sebagainya.  ni aku cerita apa yang aku buat.. kalau ada yang salah, boleh komen kat bawah ye,.. terima kasih sudi baca blog aku ni.. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: