Showing posts with label vaksin. Show all posts
Showing posts with label vaksin. Show all posts

Thursday, 1 June 2023

First Aid / Peti kecemasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Perjalanan pulang ke kampung atau bercuti luar dan dalam negara yang mengambil masa yang lama perlu berhati-hati dengan sebarang kemungkinan yang bakal  berlaku..  Jadi, untuk sesiapa yang merancang untuk melakukan perjalanan jauh hendaklah bersedia sebarang kecemasan yang bakal berlaku dengan menyediakan peti kecemasan terutamanya bagi mereka yang telah berkeluarga.. malang ni tidak berbau ye.. lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan.

Peti kecemasan / first aid tidak semestinya beli yang jenis complete kit kat farmasi tu.. kita boleh custom ikut keperluan kita.. cuma perkara asas perlulah ada terlebih dahulu.. benda-benda penting wajib ada.. nanti aku beritahu apa benda penting tu.. 

tidak semestinya beli first aid kit box ni
tq google untuk pic ni..


Boleh ja guna box biasa yang beli kat kedai eco rm2 tu pon boleh.. tapi pastikan ada label .. bahaya kalau anak-anak main... 

kami guna box yang macam ni saja.. beli yang kedap udara tu..
lepas tu, label saja first aid..



Saja la nak share sikit kan... Macam kami suami isteri memang akan bawa balik ke kampung atau kalau pergi travel bawa sekali dengan custom first aid kami.. meh aku cerita apa yang kami letak dalam first aid kami..

Apa yang kita perlu sediakan di dalam peti kecemasan / first aid kita?

Basic first aid

  • Bandages
  • sterile gauze
  • Antiseptic swabs
  • Antibiotic cream/lotion
  • Any ointment (minyak gamat, minyak serai wangi, minyak panas)
  • Mask
  • Hot cold pack
  • scissors
  • Hyrocyn aqua

Additional 

  • Thymol mouthwash - macam aku kalau perjalanan jauh,.. bila terlalu kering mulut, akan jadi ulcer..so mmg akan bawak balik yang ni sekali..
  • Muscle plast (banyak jenis jenama.. ikut la nak bawak jenama apa...neobun ke hundredplast ke salonplast ke)- yang ni bila kita angkat banyak barangkan.. mula rasa nak demam, badan sakit-sakit
  • Paracetamol - ubat tahan sakit/ demam ni memang akan letak siap-siap dalam box
  • Oral rehydration - air garam ni kalau time demam memang kena minum..
  • Copastin - ubat untuk redakan batuk.. berkesan la jugak yang ni.. memang akan bawak sekali..
  • Charcoal - ubat untuk time keracunan makanan.. sebab biasanya bila kita pi travel, kita akan makan banyak tempatkan.. so memang akan jadi keracunan makanan kadang-kadang tu..
  •  Loperamide hydrochloride - ubat untuk cirit-birit
  • Fucon - ubat sakit perut
  • cold fever - pelekat untuk demam (dewasa dan kanak-kanak.. yang ni memang kami akan bawak balik sekali .. senang tak perlu singgah mana-mana farmasi dah)
  • Bromhexine - ubat kalau kita kerap batuk untuk cair kahak
  • Buscopan - ubat untuk sakit perut
  • Oral aid - untuk ulcer
  • Cough lozenges
  • Hyoscine buthylbromide - ubat untuk perut memulas
  • Bisacodyl - ubat untuk mudah berak/lawas berak (boleh juga kalau nak try guna enema/lactul/pil/ pil chii kit teck aun)
Ubat aku sendiri (wajib)
  • Glucoxit (metformin) - ubat diabetes
  • Domperidone - ubat gastrik
  • Pantoprazole - ubat gastrik ( kurangkan acid dalam perut)
Ubat untuk anak
  • Sterimar set

Tak wajib bawa semua ni untuk orang lain.. kami bawa balik yang lengkap macam ni sebab tau dah bakal kena macam ni.. hahaha.. sokmo-sokmo sangat dah jadi.. hahaha.. so bagi kami macam wajib la ubat-ubatan ni.. in case kalau terlalu lama sakit dan tidak reda juga, baru kami ke klinik atau hospital berdekatan..

semoga Allah memberikan kita semua kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik,..aamiin ya rabbal ala min..

kalau boleh kita memang nak sihat ja kan, tapi biasa lah kita ni manusia.. memang akan diuji oleh Allah.. 

sebenarnya ketika kita sihat sekarang ni pon adalah ujian dari Allah.. bukan time sakit saja ujian Allah bagi..jadi, tak salah sekiranya kita beringat sebelum terkena.. 

Apa orang putih kata, Prevention is better than cure.. :)

Terima kasih sudi blogwalking kat blog ni..

jumpa lagi di next entry ye.. papai.. :) 


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 10 January 2022

Berpantang Day 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

sambungan dari entry sebelum ni... klik sini...

Hari kedua berpantang aku masih lagi kat HSAH.. anak aku pon still lagi kat NICU masa ni..

Hari tu agak berdebar sikit..since aku tak kena pakai tube kencing / urinary katerer tu.. 

lebih kurang macam ni la

Actually aku tak nak pakai sebenarnya sebab aku dok dengar ramai kata sakit masa pasang tu..

Aku ni fobia sikit bila dengar sakit-sakit ni.. 

Pagi tu  ada morning round oleh doktor pakar.. Doc ada tnya nurse pasal progress aku .. boleh kencing ke tak pa semua... lepas tu aku dengar nurse tu bagitahu doc aku kerap ke toilet (yg ni aku yang bagitau). lepas tu doc ajak ke bilik khas untuk pasang tube kencing tu dengan scan rahim sekali.. 

rahim aku doc kata ok dah.. cuma dia kata nak tengok banyak mana air kencing aku.. memandangkan aku kerap ke toilet..katanya dia risau takut efek daripada aku bersalin guna forceps.. memang boleh jadi apa-apa bila guna forceps ni... doc kata kena pakai dalam tempoh 24 jam.. aku dah stress dah.. lagi lama la nampaknya aku duduk kat hospital. 

Lepas je doc pasang tube kencing tu (rupanya tak sakit langsung pon pasang tube tu, cuma rasa tak selesa ja time berjalan) ..nurse panggil nama aku dulu untuk ambil vaksin memandangkan aku pakai tube,.. tibe-tibe rasa special je.. hahaha...padahal orang lain beratur punya lama.. hahaha.. tapi malu lah.. gi vaksin kena pegang bekas air kencing tu.. hahaha.. malu kat orang.. hahaha...

aku amik vaksin dalam wad tu jugak.. sebab tu la nurse suruh aku buat dulu memandangkan aku susahkan nak jalan kerap-kerap.. takut tercabut pulak.. hahaha.. tapi nurse dah bagitau takkan tercabut..melainkan aku yang tarik.. 

lepas je vaksin.. aku ke katil aku balik.. memang tak bangun kemana pon sebab.. kalau nak kencing pon.. dia turun sendiri dalam tube tu,.. memang kita ada rasa macam nak kencing tapi lepas tu dia lega sendiri.. memang pishang la.. asyik layan whatsapp kawan-kawan ja.. hehehe.. 








petang tu, suami hantarkan makanan yang mak mertua masak... syahdunya time tu boleh makan masakan mak.. 

sedap giler masakan mak 


makanan mak ni... aku buat 2 kali makan,,. sebab sedap sangat... tak lalu masakan hospital.. 

kesian suami.. banyak kali jugak la ulang alik ke hospital hantar keperluan aku.. pad la apa la.. 

masa ni aku memang tak de mood nak bersembang dengan jiran-jiran katil aku ..

yela, bila pakai tube kencing tu ,.. nak duduk pon susah.. dengan tube tu asyik terkena tempat jahit je.. tak larat nak ubah kedudukan untuk bagi selesa.. ye la, sebab kitakan pakai pad lagi.. memang aku kerap tukar pad je.. sebab tak selesa sangat.. 2 jam atau 3 jam sekali aku mesti tukar pad.. rimas.. memang tak sabar dah masa ni nak tunggu cabut tube kencing tu... asyik tengok jam je.. hahaha..

nanti kita sambung lagi ye cerita.. tunggguuuuu!!!! :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...