Friday 30 September 2016

Nak kurus?? jom amal kempiskan perut secara semulajadi !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

pada kali ini, saya akan berkkongsi ilmu yang saya dapat dalam facebook baru-baru ni.. senaman kat bawah ni merupakan senaman untuk kita kempiskan perut atau jadi slim secara semulajadi tanpa ubat-ubatan yang akan merosakkan buah pinggang dan sebagainya. senaman ini ringkas sahaja dan boleh dilakukan dalam hanay 5 - 10 minit bagi kita-kita yang SIBUK sangat kan..



kalau saya panggil ini, senaman jinjat kaki.. pastikan badan berdiri tegak dan menegangkan perut biar selesa pada posisi itu kemudian tahan nafas sebanyak 10 saat dan berhenti.. bleh buat 3 atau 5 kali.. ikut kemampuan..

next~~~



senaman ini pula kita rapatkan perut dengan paha biar kepala kena lutut kita.. tahan 5 saat.. kemudian ulang semula.. senaman ni lebih kurang mcm sit up la.. cuma yg ni kita angkat kaki ke atas.. kalau sit up.. kita biar kaki kat bawah, tapi angkat badan kan..  mcm bawah ni..



okey.. memang stakat ni bila buat.. perut rasa kempis je..

next...


senaman ini pula menegangkan perut dengan mendongak ke atas sambil meniarap..

next..

senaman ini hanya digalakkan kepada mereka yang mampu buat sahaja.. kalau tak mampu, jangan lah dok tebiang buat na.. hahahaha..

next.. 


senaman ni pon buat setakat yang mampu.. macam saya hanya takat boleh pegang jari kaki ja la.. hahahaha.. tangan tak panjang.. eh..salah tangan pulakkan.. hahahaha..

next...



senaman ini dilakukan dengan mengangkat kaki sama paras dengan tangan.. yang ni pun buat setakat yang mampu.. macam saya hanya bertahan beberapa saat je.. lpas tu dah tak boleh tahan dah.. hahahaha...

next...

senaman ni feveret saya masa tengah period cramp... biasanya saya buat mcm ni bertiangkan dinding sebagai pembantu.. bila saya buat mcm ni, perut saya tak sakit sangat.. dia rasa selesa saja.. tapi bila turunkan kaki, fuh, darah period turun macam air paip.. hahaha.. tapi serius boleh hilangkan senggugut.. sebab saya ni jenis kurang sikit makan ubat ni.. buat mcm ni dapat jugak untuk kempiskan perut 2 in 1 la kan.. hehehe...

next...


senaman ini tak digalakkan bagi orang islam.. tapi boleh je nak buat janji niat untuk senaman okey,.. :*

next...



ni senaman push up.. masa dalam palapes dulu selalu la buat.. tapi sekarang dah lama tinggal.. tak berani buat la.. suka naik muscle.. hahahahaa.. sbb tu dah tinggal.. nak rehatkan muscle jadi lembik balik.. takut suami terkejut nanti.. hahaha..




senaman ni paling senang nak buat dan tak perlukan bnayak tenaga untuk buat.. suka sangat yang ni.. hilang semua sakit-sakit tengkok tu.. rasa fresh sgt bila buat senaman ni..

semua senaman ni sebenarnya diinspirasi dari yoga.. tapi boleh ja untuk digunapakai selagi kita tak guna apa2 bacaan tu.. hahaha..

saya dah cuba.. dan terus mencuba.. anda bila lagi..??

dah reduce dari 58kg ke 55 kg.. kira ok la tu kan..

tapi bukan saya guna senaman ni je.. saya buat senaman lain sama..


lompat bintang ni biasa la kan,.. semua boleh buat kan...



senaman kegel ni pon saya buat jugak.. sebab senaman ni penting untuk wanita terutama nya untuk wanita yang telah berkahwin kerana mampu merapatkan balik lubang vagina.. cara dia, angkat punggung ke atas sambil kemut ( menarik punggung ke dalam ).. masa ni kita rasa perut kita menegang.. tahan dalam 5 saat ke 10 saat dan release,,




senaman bertahan di dinding selama 30 saat ni saya suka jugak.. kita bayangkan macam kita duduk atas kerusi ajaib.. hehehe.. masa kita buat mcm ni.. tarik nafas dan hembus perlahan-lahan.. ni nak kuatkan lutut dan lentikkan punggung..


senaman squat ni bagus untuk wanita sebab senaman ni bleh melentikkan punggung kita..
senang ja nak buat,...

senang kan.. nak kurus??

kena lah rajin.. :*