Showing posts with label pkp. Show all posts
Showing posts with label pkp. Show all posts

Thursday, 18 May 2023

Nama-nama anak lelaki dalam islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

kali ini aku nak kongsikan nama-nama yang sesuai untuk cahaya mata kita bagi bayi lelaki..

nama yang baik beserta maksud yang baik adalah digalakkan kerana ia merupakan doa dan akan dipanggil pada hari kiamat kelak..


Daripada Abi al-Darda’ R.A, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ
Maksudnya: ‏ Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.
Riwayat Abu Daud (4948) - dari page mufti wilayah persekutuan


A    B    D     F

Badawi - Nisbah
Badil - Pengganti
Balyan - Nama Auliya
Bahran - Bercahaya
Baqir - Sangat pandai, terpelajar
Basim - gembira, tersenyum
Basit - pereka , pembuat
Bahjat - kegemilangan
Badar - bulan penuh
Bassam - suka tersenyum
Badiuzzaman - keindahan semasa
Bazil - yang pandai
Badrulmunir - Bulan bercahaya
Badran - bulan purnama
Badruddin - bulan purnama agama
Badri - bulan purnamaku
Basirun - Yang melihat
Badrun - bulan purnama
Baghawi - Nisbah
Bahauddin - sinaran agama
Bahadur - Berani, kuat
Bahij - yang indah menawan
Barmawi - Nisbah
Bahjan - cemerlang
Baharuddin - lautan agama
Bahruddin - sinaran agama
Bahiyuddin - sinaran agama
Bahzi - pembelaku
Ba'is - tentera
Bakri - Kemudaanku
Bakhtiar - yang bahagia
Bakhit - yang bertuah
Banin - yang bijak, gigih
Baquri - Nisbah
Barudi - Nisbah
Barra - yang bersih
Barzun - utama, berani
Baslan - keberanian
Baligh - yang fasih, yang petah
Ballan - rezeki , kebajikan
Balyan - Nama Nabi
Banin - yang gigih dan bijak
Barakat - kebaikan
Bariq - sinaran, bergemerlapan
Bari' - yang tinggi dari segi ilmu, fadhilat atau kecantikan
Basti - kelapanganku, kemurahan hatiku, kegembiraanku
Bassami - yang senyum, nisbah
Baunan - keistimewaan
Bauni - keistimewaanku, kelebihanku
Basil - berani
Basir - bijak, melihat
Basyar - pembawa berita baik
Basyir - penyampai berita gembira
Bahlawan - pendaki gunung
Basri - penglihatanku
Bazli - kebijaksanaanku, kepakaranku
Bazlin - yang menyumbang
Bunyamin - Nama saudara Nabi Yusuf
Biqai - Nisbah
Bilal - Nama Sahabat Nabi, titisan embun
Biruni - Nama ulama besar
Bisyari - kegembiraan
Bisyrun - berita gembira
Bukhari - Nisbah, nama ulama hadis
Bustami - Nisbah
Burhan - alasan, bukti
Burhanuddin - bukti agama
Busairi - nisbah
Busrain - kesegaran
Bustani - tamanku, nisbah
Buraidah - kesejukan
Bulqini - nisbah
Bushran - khabar gembira


Rujukan dari buku
1. 3000 pilihan dan panduan nama- nama islam oleh Abu Anees
2. 3000 nama- nama indah, tips amalan ibu mengandung dan pedoman melahirkan anak pintar oleh Abu Muhamaad Nukman Muqrin

Terima kasih kepada semua readers..

Semoga dengan panduan ini dapat membantu para ibu bapa memilih nama anak yang sesuai dengan maknanya.. mendapat panggilan yang baik- baik maknanya.. in shaa Allah..aamiin..

Semoga anak-anak kita dan seluruh keturunan kita menjadi anak yang soleh dan solehah penyejuk mata, bertakwa, kuat imannya, dijauhkan dari marabahaya, malapetaka, penyakit berjangkit, binatang liar, dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan dapat memasuki syurga Allah tanpa hisab.. aamiin ya rabbal ala min...


    ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 18 April 2022

Berpantang hari ke 4 (still in hospital)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

sambungan dari entry sebelum ni, pantang hari ke-3

Alhamdulillah , setelah sekian lama tidak menaip.. hari ni Allah berikan kesempatan sedikit waktu untuk menaip. busy dok urus keperluan suami dan anak.. memang betul la, jadi surirumah ni kerja memang tak pernah habis. sampai lembik dibuatnya. tapi in shaa Allah ikhlas kerana Allah taala..

okey, jom sambung kisah berpantang aku hari tu.. hari ke-4 aku still lagi kat hospital tapi dah nak discharged dah la .. anak aku je masa ni tak boleh discharged lagi.. baby kena on antibiotik beberapa hari. sedih sangat.. ingatkan masa ni boleh balik dengan baby.. rupanya tak..

pagi tu morning round dari pakar.. tanya pasal kesihatan aku ni.. bila dr check aku semua dah ok, dr ckp aku dah boleh discharged.. seronok sangat rasanya.. dah la nak mandi kat hospital tak selesa.. memang aku tak sabar sangat nak balik masa tu. 

bila dapat tahu ja boleh balik, aku pun terus kemas beg semua.. aku bawak ke hospital satu beg laggage saiz sederhana dan satu bakul makanan.. memang mudah sangat.. xbanyak beg kena bawak.. lagi pun laggage aku tu 360 punya wheel.. mmg mudah sgt.. (sambil suami aku tolak aku sambil aku tolak laggage jdi ringan la kan sebab ada roda beg tu..).. lepas je dah siap kemas..aku terus contact suami aku suruh bersiap datang ambil.


sayu je tgk org lain baby ada kt sebelah

makanan terakhir before discharged



nurse ada pesan, sebelum suami naik ke wad untuk ambil aku tu..
1. ambil surat discharged dan bayar kat kaunter hasil dulu
2. ambil kan wheelchair siap-siap sebelum naik atas

alhamdulillah, mujur nurse tu bagitahu awal.. memang memudahkan kerja.. sekali jalan ja.. suami pon tak perlu nak pergi banyak tempat..

mintak kebenaran dekat nurse untuk melawat anak kat nicu.. tapi nurse tak bagi sebab masa tu masih lagi tertakluk kepada notis baru untuk wabak covid 19 sebagai langkah pencegahan nak elak baby terkena jangkitan.

lepas dah settle semua .. alhamdulillah aku balik dengan suami aku.. tak berapa nak jalan sangat aku ni sebab still sakit kat tempat jahit tu. memang smuanya harap kat suami aku je.. terima kasih suamiku sudi tolong semua benda time discharged tu..

masuk je dalam kereta.. suami ajak pergi satu tempat ni.. dia bawak aku ke sana.. aku nampak dia cakap dengan sorang pompuan ni.. tapi aku malas nak ambik port dengan sakit kat bahagian bawah tu.. nak duduk dalam kereta pon tak selesa.. dalam hati, cepatlah... nak balik rumah ni.. hahahaha.. 

suami masuk je dalam kereta,, dia hulur sejambak bunga..dia kata , " bacalah nota tu." ada nota kat jambangan bunga tu.. aku buka dan baca dalam hati..




lepas tu, suami aku pegang tangan aku sambil bawa keta..dia kata, " terima kasih sayang.. i love u so much." 

aku pon happy sangat masa tu.. balik rumah malu nak bawa masuk dalam.. takut  apa pulak kata mak mertua.. hehehe..

terima kasih suami untuk semuanya.. sayang abang sangat-sangat. 

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 8 March 2022

Berpantang hari ke 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

sambung balik pantang 2 ..

Hari ke 3 berpantang, aku masih di hospital lagi.. sebab ada masalah sikit..

pagi tu ada doktor pakar buat morning round.. lepas tu, doktor ada beritahu kat aku.. katanya ujian darah aku rendah 7.1 .. jadi, kena tambah darah sebab takut pelbagai kemungkinan yang akan berlaku.. dan doktor cakap dalam pukul 5 petang nurse akan buang tube kencing dan lepas tu akan masukkan darah yang sesuai untuk aku. aku mengangguk saja..

tak lama lepas tu ada nurse datang kat aku, mintak aku tukar katil ke bilik lain..mereka membantu mengangkat barangan aku. terus ke bilik baru.. bilik 4 orang ... bilik berkipas.. sebab memang request nak duduk bilik berkipas .. sejenis yang tak tahan sejuk.. alhamdulillah.. bila sakit-sakit , memang tak suka bilik atau tempat yang terlalu sejuk ..nak yang biasa-biasa saja..

tunggu punya tunggu..pukul 5 petang tu pon ada nurse datang dan buang kan tube.. Ya Allah, nikmatnya rasa dapat buang tube tu.. bebas rasa bergerak sana sini.

ada adik depan katil tegur, " baru lepas bersalin ka?"
aku , " taklah 2 hari lepas lagi bersalin. baru bersalin ka?"
adik tu, " tak, nak dekat seminggu dah kat sini."

disebabkan aku dah boleh berjalan sana sini.. aku pon berjalan mendekati adik tu.. aku nampak dia tengah guna breastpump.. aku undur sikit, malu pulak aku nak duduk dekat-dekat.

aku tanya dia, " ha.. lama dah.. kenapa dik? anak sakit ka? dok nicu ka?"
adik tu, " anak nak ok dah.. cuma kes tak settle lagi."
aku terkejut.. aku tanya dia, " kes apa dik? adik umur berapa?"
adik tu, " kes rogol.. polis baru tangkap ja laki tu.. saya umur 15 tahun. "
sekali lagi aku agak terkejut, " adik kenal ka laki yang rogol adik tu?"
adik tu, " kenal. dia dah kena tangkap.. rasanya esok dah boleh balik dah rasa.."

aku kesian kat dia.. aku pon mintak izin nak pergi kat katil aku..malas nak ganggu dia lama-lama.. bukannya aku polis pon nak soal siasat dia.. silap tanya kang dia nangis jenuh aku..

aku malas nak pikir banyak terus naik atas katil dan rehat sambil main handset.. seronoknya .. bebas rasa lepas buang tube tu.. selesa sangat. tapi tak bertahan lama keselesaan aku tu.. 

lepas ja azan maghrib dalam pukul 7 lebih macam tu, ada nurse mai kat aku.. tunjuk untuk jenis darah yang dia nak bubuh kat aku.. aku darah o+ .. dia pun pasang semua peralatan kat aku...sekali lagi aku tak boleh pi mana-mana.. adeh,..sedih sangat..






dah siap pasang kena tunggu sampai habis

masa tambah darah ni.. ada rasa macam nak muntah sikit... rasa pening kepala.. dan rasa sakit kat tempat masuk darah kat tangan tu.. agak tak selesa la.. lepas dah habis tu dalam pukul 9 malam macam tu, rasa lega sangat..nurse mai cabut semua benda alah tu.. dah boleh rehat dah..


okay, nanti aku sambung lagi ye.. stay tuned tau.. terima kasih sudi blogwalking kat blog aku..
aku doakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan hampa di dunia dan akhirat.aamiiin

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday, 26 December 2021

Berpantang day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Entry kali ini aku dah nak start cerita pasal pengalaman aku berpantang .. bermula dari hari 1 sehingga hari ke 44 aku berpantang.. tapi  untuk entry ni, aku hanya nak cerita pengalaman aku berpantang dekat hospital untuk 4 hari.. 

Entry ni sebenarnya sambungan dari entry yang aku cerita pasal aku bersalin tu je.. hehehe..kenangan bersalin di HSAH dan anak pertamaku

Okey, lepas je aku bersalin dalam pkul 10 malam macam tu, tapi katil kat wad penuh lagi masa tu.. tunggu punya tunggu pukul 5.30 pagi nurse inform baru boleh naik ke wad..   nurse pindahkan aku dari katil labour room tu ke katil biru yang utk transit pesakit tu. Naik ke wad, nurse tanya. boleh jalan tak.. actually rasanya aku boleh je jalan.. tapi aku tak berani.. tau tak sepanjang rest kat labour room tu yang dari pukul 10 malam sampai 5 pagi tu.. aku tak pergi mana-mana pon sebab takut nak bangun dari katil.. rasa badan macam berat sangat.. nak mengesot badan pon aku takut.. hahaha..

Aku bagitau nurse tu, aku try tengok bangun sendiri.. once aku bangun je.. rasa macam darah turun .. hahaha.. biasalah kan baru lepas bersalin.. memang la macam tu kan.. baring je atas katil tu... aku tak pi mana-mana pon.. nak pergi toilet pon xberani.. padahal masa tu rasa geli gila dengan pad penuh.. tapi disebabkan aku takut dan tak larat.. aku xbangun pon..hahaha.. 


Aku tengok jiran sebelah katil aku dah terjaga.. dia bangun ke toilet.. jalan laju wey.. tak de kepit-kepit pon.. dia balik je dari toilet .. siap boleh bersila wey atas katil.. aku terkejut.. aku pon tanya dia..( hahaha.. aku ni memang ramah sikit orangnya.. hahaha)..

Aku : Awk bersalin bila?
Dia : pagi tadi pukul 1 pagi..  (Aku macam... wah.. baru je bersalin.. baru 4 jam.. dah bersila..dasyat.. jahit tak banyak kot)..
Aku : anak dok nicu jugak ka?
Dia : ha, anak duduk nicu sbb saya tadi ada masalah darah keluar banyak.. jadi doc nak bagi rehat dulu.. baby tak de masalah..
Aku : owh yaka.. saya nak tanya, awk duduk bersila tak sakit ka? ka awak jahit tak banyak?
Dia : ha, tak sakit sangat pon.. rasa jugak... tak jahit banyak tadi..
Aku : owh.. tak pela.. bagus la mcm tu.. seronok tgk awak boleh jalan kuat dah.. saya nak bangun pon xberani. (lepas tu, aku tgk dia pon macam letih, aku pon letih,, xsembang dah la.. aku terlena..

Nak dekat pukul 6 lebih baru nampak suami aku bawak barang ke bilik tu.. aku terjaga sebab suami aku yang kejutkan..

Aku : eh, baru naik ka? ingatkan balik dah..
Suami : tak balik lagi rumah dari pkul 8 malam semalam..
Aku : Ya Allah, pastu tidur mana? duduk mana?
Suami : tak tido lagi.. duduk kat kerusi batu depan labour room tu.. tunggu ayang.. tak tahu ayang dah bersalin.. tak de nurse inform pon.
Aku : Astaghfirullah hal azim.. aik bukan doc ada kata nak telefon ka?doc tak call ka?
Suami : Doc call pukul 3 pagi tapi masa tu ayang tak naik wad lagi.. 
Aku : la.. org bersalin awal lagi.. mybe doc sibuk kot.. sebab semalam memang ramai yang bersalin.
Suami : yela kot.. tak pe la.. ni brg semua.. tgk cukup tak.. mana uri? tadi tanya nurse, nurse wad kata ada sekali dengan ayang..
Aku : cukup barang.. eh, mana ada dengan org.. ada kat bilik bersalin tadi tu la.. nurse lr xbg apa-apa pon..
Suami : ha, tak pa lah.. tadi doc kata baby tak boleh balik lagi.. org ambik uri .. lepas tanam, ingat nak rehat sat.. mengantuk sangat.
Aku : ha, xpa la.. balik hati-hati bawak kereta tu. bawak slow-slow dah la..
Suami : okey.. balik dulu.. rehat la ye..

Dalam pukul 7 lebih macam tu, ada doc pakar buat am review kat ward.. seorang doc lelaki berbangsa cina memulakan pertanyaan dia..

Doc : puan ok ke ? sekarang rasa macam mana ? ada rasa sakit dalam perut tak? (dia tekan-tekan perut)
Aku : okey, saya okey dah,.. tak rasa sakit apa-apa dah..
Doc : puan ada pergi toilet tak hari ni? ada pergi kencing tak? rasa sakit tak masa kencing?
Aku : saya tak pergi toilet lagi.. tak berani nak bangun lagi..
Doc : puan kena pergi toilet ye,,. ke puan nak pakai tube kencing? 
Aku : (dgr je mcm tu laju je aku jawab) eh, tak pe doc saya dah nak pergi toilet dah ni.
Doc : nurse, pastikan katil *** pergi toilet ye.. kalau tak boleh kencing atau sakit masa kencing, pasang tube kencing ye.. pantau untuk 24 jam.
Nurse : okey doc..

elok je doc pakar tu pergi, cepat-cepat aku bangun ke toilet.. aku bukannya tak nak pakai tube kencing tu.. tapi aku tak suka sebab tak selesa.. 

alhamdulillah aku boleh pergi toilet ..nurse datang kat aku..

Nurse : awk dah pergi toilet ke? boleh kencing ka? berapa kali dah pergi toilet?
Aku : ha dah pergi dah toilet nurse.. ok kencing semua ok.. dah 3 kali dah pergi toilet..
Nurse : dalam masa 5 jam 3 kali dah ke toilet?
Aku : ha, sya memang jenis macam ni..
Nurse : okey, kalau ada apa-apa, bagitau saya ye..
Aku : ha okey nurse..

Lega aku tak kena pakai tube kencing tu.. seronok ja rasa seharian dapat bersenang lenang.. walaupun rasa sakit tempat jahit tu ada.. bosan pon ada.. lepas tu, aku tanya nurse, kalau nak bagi susu perahan kat baby di nicu boleh ke..? nurse cakap boleh.. nanti dah siap pam.. bagi kat nurse.. depa akan tolong hantarkan.. aku pon bersemangat nak pam,.. orang kata lepas bersalin susu melimpah ruah..

 malangnya, hanya beberapa titik je yang keluar..

Aku menangis lagi.. dah la tak boleh jumpa anak.. susu pon aku tak mampu bagi kat dia lagi.. :'(

aku tanya nurse, nurse kata mula-mula memang macam tu.. lama-lama banyak la susu..

makanan pertama aku makan sejak dari lepas bersalin
tak berani makan ikan.. makan nasi dengan kuah je..
tapi licinkan nasi.. hahaha.. punya la lapar.. tau tak..
dari pkul 10 pagi (13.8) sampai pkul 1 tgh hari (14.8) 
baru jumpa nasi... hahaha.. 

belah pagi tu aku tak makan sangat sebab dia bagi roti gardenia 2 keping dgn air milo panas.. belah malam dia bagi nasi lauk ayam.. tapi tak ambil gambar pulak.. lapar sangat.. licin nasi dengan ayam... orang kata ayam gatai.. Alhamdulillah aku makan okey ja..

lepas tu, nurse datang tanya dah cucuk vaksin ke belom? aku pon jawab.. belum.. dia tanya nak ambik vaksin terus tak.. sebab dia nak kena antar borang hari tu jugak.. so, aku setuju je la.. ye la, bila lagi kan nak ambik vaksin dah alang-alang dapat peluang ni.. aku pon isi ja borang.. nurse tu pon berlalu pergi..

aku pon jadi boring balik.. dengan anak tak ada.. dengan semua orang buat hal masing-masing.. maybe semua penat kot .. yela, baru lepas berjuang kan.. aku pon rehat la sekali..

dalam lepas isyak macam tu, nurse kejutkan aku, nak tukar katil sebab bilik tu bilik tumpangan je.. jadi nurse bawak aku ke bilik 4 orang.. masa ni aku okey lagi boleh bergerak bebas,.. hahaha.. 

nak tahu apa jadi lagi? tunggu ye di next entry.. tq semua reader.. love all of u.. :)

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 24 November 2021

100 Hari Mencintaimu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni genap 100 hari si manja thaqif suhail menikmati indahnya dunia tipu-tipu..

Pejam celik pejam celik dah 3 bulan dah sayang thaqif suhail ada dengan ummi ni.. 


Happy 3rd month birthday.. 

❤️ my handsome boy.. ❤️🥰




Okay, dah dpt pembayang x muka kita ikut sapa? 🤣🤣😝😝😜😘

Alhamdulillah dah masuk 3 bulan makin bnyak la peelnya.. baby milestones pon dah bnyak yg dah 'achieved and unlocked'.. alhamdulillah..

Pejam celik.. pejam celik.. cepatnya sayang membesar.. (Lap air mata..😭😭)

Skrg ni ummi perasan syg bnyak pegang something tgn kiri.. bila bg mainan.. pegang tgn kanan mesti akn trjatuh balik dan xlama .. tapi kalau pegang mainan belah kiri.. lama jugak.. siap boleh goncang2 lg mainan..then klu tarik rambut ummi, jari yg paling kuat ummi rasa payah nak cabut dri rambut tgn belah kiri.. 

Oh my love, don't say u're left-handed.. (mommy's nightmare)

Kalau betul la left-handed.. mcm mna ummi abi nak ajar awk menulis yunk.. sbb ummi dgn abi right-handed.. 

Let's just husnuzon, mybe awk tu kecik lgi.. mybe both hand aren't strong enough.. 

Apa2 pon, semoga Muhammad Thaqif Suhail bin Muhammad Termizi membesar dgn baik dan sihat serta menjadi ank yg genius dan soleh di dunia dan akhirat.. aamiin..

Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah atas kurniaanMu ini yang telah lama aku dan suamiku menunggu kehadirannya.. 

Hadirnya membawa sinar kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah.. alhamdulillah..

Menjaganya adalah amanahMu..
Suatu pengalaman yang amat berharga dan mendewasakan diri aku ini.. mengajar aku erti kesabaran yang sebenar.. mengajar aku menjadi seorang ibu.. mengajar aku erti sebuah kehidupan..

Terima kasih sayang thaqif suhail.. hadirmu penyeri rumahtangga dan penyejuk hati ummi abi ...

Nama diberi : 

Muhammad Thaqif Suhail bin Muhammad Termizi

Thaqif yang bermaksud bijak dan mudah faham..

Suhail yang bermaksud senang dan mudah ...

Dengan harapan melalui nama yang diberi.. anak ini bakal menjadi anak yg bijak pandai dalam segenap aspek.. dari segi agama, pergaulan, pendidikan, akhlak, dan kerjayanya.. serta didoakan jugak supaya sentiasa dipermudahkan segala urusannya bersesuaian dgn namanya.. mudah dapat rezeki, mudah faham, mudah berbahasa, , mudah dalam pendidikan ,mudah urusan kerjayanya, mudah urusan ijab kabulnya dan mudah urusan dunianya serta akhiratnya.. aamiin ya rabbal ala miin.. 🥰🥰

Semoga thaqif suhail sentiasa dibawah dilindungan Allah daripada syaitan yang direjam sehingga hari kiamat.. Aamiin..

Terima kasih semua sebab sudi blogwalking kat sini ..

Aku doakan semoga hampa semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah seperti air zam zam yang mengalir.. aamiin..

Tunggu next entry pulak ye.. stay tuned.. ❤️


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Jumpa cinta hati buat kali pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai la anak ... Teringat lagi 1st day ummi abi jumpa awak sayang.. perasaan rindu + excited semua ada.

Lama awak berjauhan dengan ummi abi.. 

Setelah 6 hri awak duduk kat nicu..
Ummi duduk kat wad 4 hari..

Masa duduk wad tu.. rindu yg teramat sgt..
Tengok org lain baby ada sebelah masa dlm wad..
Hari2 dok doa baby xde apa2 dan bleh blik skali.. hari2 call bhgian nicu tnya pasal baby.. sbb ummi xleh pegi tgk adik ats procedure time covid.. last2 xbleh jugak balik skali sbb baby on antibiotics.. kena cukupkan hari.. redha je la masa kluar wad..

Masa kat rumah, sepatutnya abi kena hntar wan ke hospital yan sbb sakit.. tup2 hospital call sruh pegi ambik baby dah.. baby dh bleh discharge..mujur la ada pak ngah.. pak ngah tlg hntar wan Ke hospital.. 

ummi dgn abi trus siap2 pegi ambik awak sayang thaqif.. abi punya lah excited.. bawak smua kprluan adik yg hospital dah listkan..

Sampai wad nicu tu .. check nama apa smua ..check jantina.. abi pegi ambik sain doc jap.. 

Masa ni adik baru jaga.. mula2 nangis merengek je.. ummi yg xpandai pgang baby ni pon angkat la..1st time kan.. 🤣🤣 makin menangis la plak.. 

Guard kat pintu nicu tu tegur.. "dy lapaq susu tu dik.." .. ummi mcm.. 'eh, xkan nk bg kat sini' . 😂😂
Disebabkan adik nangis.. ummi pon trus bg je susu.. sampai la abi dtg jumpa kami.. dia dah tido.. abi angkat dan azankan..

Masa sampai hospital berharap sangat awak okey sayang..
Rasa tak sabar nak jumpa awak time ni..

Sampai kat lobby, guard check mysejahtera
dan sahkan kemasukan untuk ambil baby

Hallway nak ke nicu

Bila dah nampak pintu ni
start berdebar debar...hehehe..
Sampai sini.. guard mintak isi borang pengambilan baby..
Tandatangan beberapa dokumen untuk sahkan kita waris baby..
Bila guard dah puas hati.. dia mintak kelengkapan pakaian baby..
dia pon masuk dalam cari baby..


Ajak abi thaqif selfie skali
masa guard masuk dalam untuk ambil baby 

Kalau bukan musim covid.. boleh ja masuk..
Tapi faham2 la sekarang musim covid
Memang kawalan ketat sikit.. 

Nurse bawak keluar trolley baby..
Punya la excited..
Nurse buka pampers tunjukkan anu kat guard..
Bagi barang2 baby sepanjang baby kat nicu.. 
Cth : lebihan pampers dan krim baby

Assalamualaikum handsome boy..
Salam perkenalan dia dengan ummi dia ni
 dengan tangisan.. heheehe..
padahal mula2 nurse bawak jumpa ummi ok je tak nangis...
Awak sengaja nak bagi ummi cuak kan.. hahaha...

Masa abi thaqif sampai ni,
anak dah tido sebab dah bagi minum susu badan..
Tak tahu lah cukup ke tak masa tu..
Tapi awak minum2 terus tertido..
Abi angkat dan azankan awak pon tak sedar dah..


Lpas tu kmi trus balik.. adik tido ja spanjang jalan.. ummi xabis2 asyik tenung adik ja.. mcm xpercaya ja ummi dah jadi mak orang. 🤣🤣

Terima kasih ya Allah hadirkan insan baru dlm hidup kami suami isteri setelah sekian lama menanti kehadirannya..

Terima kasih syg thaqif bg ummi pengalaman yg paling indah ..

Terima kasih abi thaqif sbb sanggup korbankan masa, tenaga dan usaha dengan ummi selama ni tanpa jemu dan mengeluh..

#JuniorST 
#MuhammadThaqifSuhail



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 23 November 2021

Kenangan Kelahiran Terindah ( 13/08/2021 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaanNya aku dapat merasai detik-detik terindah dan berharga sebagai seorang wanita dan seorang ibu.. 

Saat yang paling aku dan suami nanti-nantikan..

Detik Kelahiran Cahaya Mata Yang Terindah

Sambungan dari entry Pengalaman Bersalin Time PKP

sampai saja di labour room, aku hanya memerhati suatu ruang yang amat asing dengan ku.. ruang yang bakal mencipta sejarah dalam hidupku untuk melahirkan zuriat yang amat aku cintai.. ruangan labour room tu tak seperti yang aku bayangkan.. aku ingatkan labour room ni hanya dihadang dengan tirai saja dan kita boleh mendengar tangisan dan kesakitan yang dialami pesakit lain.. rupanya tidak.. labour room kat HSAH ni amat selesa.. bilik asing-asing.. kira lepas bersalin tu tenang je... nurse bagi rehat dulu dalam bilik bersalin tu sebelum naik ke wad bersalin. kebetulan je sebenarnya.. sebab katil kat wad masa tu dah penuh.. 

bila sampai saja di labour room, nurse dan doktor sudah sibuk buat persiapan untuk nak sambut anak aku.. lepas dah siap preparation tu, nurse pon buat ve kat aku.. nurse tu jerit.. baru 7cm.. kecoh satu bilik bersalin tu.. aku ni dah la tengah sakit.. jadi nurse pon monitor ctg anak aku.. tapi masa nurse pasang ctg tu, sakit contraction pon mai dengan lebih kerap.. lebih sakit daripada yang kat wad tadi.. aku punya rimas dengan alat ctg tu.. aku pon tanggalkan time nurse dok sibuk-sibuk tu.. 

nurse marah aku," awak jangan la buang alat tu, kami nak monitor jantung anak awak ni.. kalau jadi apa-apa macam mana.."

aku.. " tapi saya sakit sangat-sangat.. benda ni pon berat.. menekan perut saya.. "


pinjam gmbr google jap.. tq google..
serius! benda alah ni (lebih kurang laa) ..
time kita sakit kan.. dia rasa berat sangat..
dan rasa rimas sangat-sangat..
aku asyik dok cabut ja..hahaha..
maaf la nurse.. sakit sangat..sampai rasa rimas..



nurse.. " kalau macam tu, time awak rasa ja sakit tu.. awak pegang buku lali kaki, dagu kat dada.. teran kuat-kuat macam awak nak berak tu.."

lepas tu, aku pon buat macam dia kata.. setiap kali aku rasa sakit.. 

nurse... " yang.. awak teran tu kat muka.. bukan kat bawah.. awak kena teran kat bawah.."

masa ni aku dah macam blur dah.. salah kah apa yang aku buat.. aku dah teran betul-betul dah.. 

nurse.. " awak teran macam awak nak berak tu.. keluar taik pon tak pe.. janji teknik betul."

aku pon teran lagi.. 

doktor chinese yang membidankan aku time tu.. " hah.. bagus puan.. sikit lagi.. sikit lagi.. "

doktor tengok ke arah ctg.. jantung baby dah mula drop..

doktor.. " cepat-cepat.. kita guna forceps.. puan kita terpaksa guna gunting sikit dan guna forceps sebab jantung baby puan nampak macam nak lemah dah ni.. "

aku anggukkan saja.. janji anak aku selamat..

tak lama lepas tu, baby aku diletakkan atas badanku..nmpak bontot baby ja.. baby tak menangis langsung.. doktor kata baby dah lemas,.. depa akan bawa ke nicu untuk pemantauan..

lepas baby keluar, sakit contraction pon hilang serta merta.. tak rasa sakit langsung dah.. 

sebelum tu , nurse tanya aku sambil tunjukkan anu baby kat aku, " anak puan ni anak apa?"

aku dengan laloknya dok hidu gas entonox.. " anak laki.." ( masa ni nurse dok buat persiapan nak jahit)

nurse tadi terus bawak baby lari dari pandangan mata aku.. tanpa sempat aku menatap wajah baby..aku dah start nangis-nangis sambil lalok dah,,..

ada seorang lagi nurse tanya aku.. " puan baca tag nama ni.. betul tak ejaan nama puan dan nom ic tu?"

aku pon baca dan sahkan pada nurse tadi.. 

maka dengan ini lahirlah anak aku ke dunia Allah ini.. alhamdulillah syukur kepada Allah..

B/O/P : Siti Suhani binti Abdul Rahim
Nama diberi : Muhammad Thaqif Suhail bin Muhammad Termizi
Tarikh Lahir : 13/08/2021 (Jumaat)
Waktu Lahir : 21:59 jam
Berat Baby : 3.04kg
Panjang baby : 47.5cm
Lilitan kepala : 32cm
Minggu kehamilan : 39 week 1 days
Tempat Lahir : HSAH
Jenis Kelahiran : SVD (Forceps)
Komplikasi : Fetal Distress (fetal bradycardia)
Skor Apgar : 4 (Masa lahir baby tak menangis langsung)
Check-in NICU : 6 days on antibiotics
Contraction : dari pukul 10 pagi sampai bersalin pukul 9lebih malam.. (hari yang sama)



masa baby lahir tak de gambar.. gambar ada yang lepas kami pergi ambil baby ja.. nanti aku cerita ye yang ni.. 

okey sambung balik...

nurse yang nak jahit tu kata kat aku," puan , saya kena jahit banyak sikit ni.."

aku.. " banyak sangat ka luka nurse?"

nurse.. " banyak jugak ni.. 3 lapih ni.. "

aku dah start cuak dah.. tapi nampak nurse tu cucuk ubat bius sebelum jahit.. ok la sikit..memang lama gila nurse tu jahit.. sampai ketar kaki-kaki.. sebab sejuk sangat dalam labour room tu..

dah siap jahit semua. ada sorang nurse yang lain datang bawakan air milo.. secawan kecil.. alhamdulillah.. leganya dapat minum air milo.. disuapkan pulak tu.. hehehe.. baru aku ingat.. last aku minum dan makan masa pukul 10 pagi tu ja.. patut la rasa dahaga sangat-sangat.. lapar tu tak..

pukul 11 lebih doktor yang membidankan aku tu datang kat aku.. dia check jahitan dan tolong kemaskan lagi jahitan yang masih tertinggal.. masa kali kedua dia jahit ni bius dah habis,.. rasa jugak la sakit tu.. hehehe.. dah siap tu.. sambil-sambil dia basuh tangan dan lap tangan.. dia pun tanya..

doktor..." puan dah bagitau suami puan ka?"

aku.. " belom lagi doktor.. "

doktor.. " nanti bagi nombor telefon suami , senang saya nak terangkan dekat suami."

aku pon bagi nom tel suami.. suami cakap dia call lambat sikit.. dekat pukul 1 pagi .. maybe sebab dia ada pesakit lain kot.. sebab malam tu memang ramai pon yang nak bersalin.. 

lepas je bersalin, aku takut nak bergerak.. memang kaku ja atas katil.. takut sakit.. hahaha.. tak pergi tandas langsung pon.. punya takut plus letih sama.. aku rasa penat yang teramat sangat.. sakit tu tak rasa sangat dah.. masa baby keluar pon dah tak rasa sangat dah sakit tu.. cuma sakit kat jahitan tu terasa gak la sebab dah habis bius dah.... aku mengantuk tapi tak boleh tidur.. dok pikir pasal anak aku.. ye la.. tak sempat tengok pon muka dia.. memang aku asyik menangis ja masa tu.. sampai setiap kali ada nurse yang masuk.. aku akan tanya.. macam mana keadaan anak aku.. nurse tu kata, " awak tahu kan, sekarang awak dah start dalam pantang ni.. jangan banyak pikir.. nanti meroyan.. in shaa Allah anak awak akan sihat.. doctor paeds dah tengokkan dah.. doa banyak-banyak ye." .. Aku pon mengiyakan ja..

aku naik ke wad kenanga 12 pukul 5 pagi.. maybe sebab baru ada katil kot.. tu pon duduk dalam bilik tumpangan.. aku faham.. musim-musim pkp ni memang ramai pon yang bersalin.. dalam pukul 6 lebih pagi macam tu baru nampak suami masuk dalam wad tu hantar barang.. 

masa aku naik atas tu, nurse lupa bagi uri aku.. then suami terpaksa turun balik ke labour room untuk ambil uri.. kesian suami.. katanya dia tunggu di depan dewan bersalin dari pukul 8.30 malam sampai la pkul 2 pagi.. lepas tu, tunggu lagi sampai aku naik wad tu.. kesiannya suami aku.. terima kasih banyak ye sayangku..

memandangkan aku belom boleh balik lagi.. dengan keadaan anak pon duduk nicu lagi.. jadi suami balik dulu ke rumah dan tanam uri. suami aku cakap mak mertua tolong ajarkan basuh dan tanam uri.. alhamdulillah,.. terima kasih banyak mak dah banyak bantu kami.. sayang mak dgn abah sangat-sangat..

rasa macam dah panjang sangat entry ni.. nanti aku sambung lagi ye part dalam wad bersalin pulak.. dalam next entry la ye.. panjang-panjang nanti korang jemu pulak.. stay tuned.. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 30 August 2021

Pengalaman bersalin anak pertama musim covid19 (PKP)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua.. sementara masih lagi segar diingatan bab memori bersalin aku ni.. aku nak rakamkan kat sini ja... boleh jugak anak-anak aku baca nanti kalau aku dah tak dak.. tentang pengorbanan aku yang tak seberapa ni yang penuh dengan rasa kasih dan sayang terhadap anak dan suamiku. 

Masa aku menaip entry ni, alhamdulillah aku dah 18 hari berpantang.. haish.. rasa macam lama sangat kan time berpantang macam ni.. tapi bila tengok orang lain berpantang rasa macam wah... sekejapnya diorang berpantang padahal sama je kan 44 hari jugak.. ni adat je actually.. tapi my mother in law cakap even kita ni bersalin normal ke czer ke still kena pantang jugak .. 44 hari pantang pergerakan dan pemakanan.. 100 hari pantang dengan suami.. bukan apa, orang tua-tua nak kita betul-betul sembuh dalaman baru boleh melasak.. kadang kita tak tahu, kita rasa kita dah sihat.. padahal tak sebenarnya.. kita kena lebih berhati-hati tambah-tambah masa baru-baru lepas bersalin.

okey, aku dah nak start cerita ni.. 

AMARAN!!

ENTRY NI MAYBE PANJANG SIKIT!!

Sepanjang aku mengandung aku memang berhasrat nak bersalin dan berpantang di kedah di kampung halaman aku.. biasa lah typical thinking untuk hadapi anak pertama kan.. 

kawan aku ada la mengusik aku.. katanya jangan nak letak harapan macam tu time pregnant ni.. nanti takut kalau-kalau baby kena keluar awal dari due dan terpaksa lahir di kelantan .. baby tu dia akan susah nak keluar secara normal dan kemungkinan kena czer.. sebab dia kata baby akan stress sebab baby nak keluar kat kedah tapi kena keluar awal.. jadi baby susah nak keluar..

aku time tu punya takut jadi macam tu.. sampai mimpi-mimpi bersalin.. hahaha.. hari-hari sebelum tidur aku dan suami brainwashed anak kami untuk  bersabar dan tunggu sehingga balik ke kedah untuk bersalin.. aku dah bagitahu suamiku masa tu.. in case kalau aku bersalin di kelantan kami memang kena cari confinement lady..

sebabnya..aku fikir benda bukan mudah tau nak hadapi semua berseorangan time berpantang,.. cukuplah masa aku berpantang time keguguran dulu dengan tak berapa teraturnya.. makan suka hati nya.. tidak mengurut nya..so, aku decided kali ni aku nak bersalin kat kedah dengan mak mertua aku.. at least mak mertua boleh guidekan apa yang boleh makan.. apa yang tak boleh makan..  alhamdulillah so far aku berpantang sekarang kat rumah mak mertua aku ok.. semua nya berjalan lancar.. ,mak mertua sangat membantu aku dan suamiku.. tak lah rasa kekok sangat nak uruskan anak sendiri yang masih lagi kecil.. terima kasih mak mertua..

Alhamdulillah perjalanan kami untuk pulang ke kampung halaman berjalan dengan lancar..  kami ambil kebenaran merentas negeri dari balai polis berdekatan.. buat swab test sehari sebelum balik ke kampung.. alhamdulillah dah negatif.. baru kami bersiap-siap untuk balik ke kampung.. banyak gila barang.. aku pon tak sangka.. banyak nak mampus.. hahahaha.. 70% barang baby, 30% barang mak ayah.. hahaha.. 

seronok sangat dapat balik kampung... sudah lama rasanya tak buat perjalanan jauh macam ni.. tapi sakit pinggang jugak dengan sarat-sarat mengandung naik kereta lama-lama.. hahaha.. beberapa kali jugak aku ajak suamiku berhenti untuk ke station minyak atau tandas rnr .. biasalah ibu mengandung kan... faham-faham je la.. hehehe.. mujur la suami memahami dan tak pernah merungut even kena berhenti banyak kali.. terima kasih suamiku.

sampai saja kat kedah, kami disambut baik oleh keluarga belah suami..kami kuarantin selama seminggu.. tapi hari ke 6 tu kami buat swab test.. alhamdulillah sekali lagi negatif result.. kenapa buat sampai dua kali??? sebab kita balik ni kan duduk dengan orang tersayang.. tak nak lah jadi apa-apa atas kesalahan kita jugak.. biarlah sekali swab tu rm100 pon.. janji kita rasa tenang dah negatif result.. alhamdulillah.. 

semasa kami kuarantin kat rumah mak mertua.. alhamdulillah mak mertua rajin sangat melayan menantunya ni nak makan macam-macam sebelum bersalin.. Allahu robbi.. dah macam mak sendiri layanan.. alhamdulillah... terima kasih banyak mak.. mak masakan laksa, wadai kepeng, asam pedas keladi, bihun sup utara,..





durian ni memang asyik mengulang makan ja
sebab masa awal-awal pregnant suami tak bagi makan.. 


 Allahu robbi.. seronok sangat.. semoga Allah memberkati usia mak dgn abah mertua dan memurahkan rezeki kedua-duanya serta diampunkan segala dosa mereka berdua sehingga ke syurga nanti.. aamiiin ya rabbal ala miin.. 

Masa kuarantin ni jugak, aku dan suami tidak lepas buat solat berjemaah, baca yasiin dan aku minta suami buat kan air selusuh untuk aku bersalin nanti.. Alhamdulillah suami aku tengok banyak perubahan bila berada kat kampung ni.. dia seolah-olah dah bersiap sedia untuk sambut anak kami dan mempersiapkan diri dia untuk jadi seorang ayah.. kami pon tak lepas kan peluang yang ada untuk timba ilmu dari kelas-kelas online kat facebook ..  terima kasih kepada page yang dah menganjurkan kelas maternity online..ajar bab breastfeeding, bersalin dan sebagainya.. alhamdulillah ilmu yang sangat berguna. suami pon aku paksa join dengan aku sekali,.. hahaha.. sampai bapa mertua kata.. " orang dulu-dulu mengandung ka bersalin ka tak gaduh belajar pon.. benda tu fitrah .."

 Malam sebelum aku bersalin, suami aku pun mula bercakap-cakap dengan baby sebelum kami tidur.. memang rutin kami pon sebelum tidur cakap dengan baby dulu.. 

suami aku pon kata kat baby.." Assalamualaikum anak abi.. kita dah sampai kedah dah ni.. sayang kalau nak keluar, keluar je la tau.. kita dah sampai rumah maktok dengan wan ni.. " .. 

masa suami aku cakap macam tu, ada rasa macam baby tendang-tendang.. maybe baby dah faham kot hint ummi dengan abi dia bagi..  aku pon sebelum tidur tu, lagi sekali ingatkan baby untuk keluar awal sebab aku risau aku akan dipaksa bersalin.. sebolehnya aku memang bercadang untuk bersalin normal..

13 Ogos 2021 (jumaat)...  alhamdulillah macam faham je anak aku apa kata abi dia tu.., bagai tidak disangka.. pagi tu aku macam biasa terasa untuk ke toilet.. lepas naik ke katil dari toilet tu.. aku baru je terlelap sekejap.. lepas tu rasa basah-basah dah kat katil.. tengok-tengok air ketuban dah leaking.. basah atas katil.. tapi sikit ja.. aku risau yang tu kot2 air baru lepas pergi toilet.. tapi agak mustahil sebab nya tak pernah lagi macam tu.. panggil mak mertua untuk sahkan.. mak mertua kata.. betul dah tu air ketuban.. mak suruh mandi dan makan.. masa tu pukul 3 pagi.. mak gorengkan nasi untuk aku sementara aku mandi.. masa mandi pon air ketuban still lagi keluar jugak.. mak mertua suruh aku pakai pad.. sebab nanti takut nurse nak tengok banyak mana air ketuban dah keluar.. lepas je makan.. angkat barang masuk dalam kereta.. pergi toilet jap.. tengok ada lendir dengan darah sikit..

actually masa ni tak de rasa sakit lagi... sakit jugak perut tu.. tapi bukan yang macam kak aku cakap tu.. ayat kak aku.." sakit contraction ni ti.. rasa sakit yang teramat sangat yang hang tak pernah rasa sebelum ni.. kalau sakit sikit-sikit.. yang tu bukan sakit contraction lagi..".. jadi masa tu aku assume bukan sakit contraction lagi.. tapi aku still bersiap-siap untuk ke HSAH la pagi tu.. dok rasa lagi air ketuban keluar masa tu.. rasa sikit-sikit ja.. tak sakit perut lagi.. masa ni aku buat lengah-lengah sikit.. sebab tak sakit lagi.. takut pulak kena induce.. sebelum ke hospital, mak bagitau suruh minum dulu air selusuh tu untuk memudahkan aku bersalin nanti.. aku bawak dalam botol kecil.. dan minum sepanjang jalan dan sampai ke hospital pon minum lagi..

sampai di bahagian dewan bersalin HSAH dalam pukul 4 pagi macam tu..




 aku terus ke ruangan depan dewan bersalin tu untuk register.. nurse suruh tinggalkan semua barang dekat suami termasuk lah telefon bimbit.. dah siap register dan nurse cakap nak review buku pink dulu.. aku ok ja.. sebab masa ni tak sakit apa-apa pon.. kat depan tu aku sorang-sorang ja.. aku buat ketuk ketampi sorang sorang depan tu.. ala.. bukan ada orang pon. lantak la cctv tu... yang penting, aku nak bersalin dengan mudah dan normal.. tu ja niat aku..

dalam 15 minit macam tu, ada nurse dan doktor yang keluar dari pintu dewan bersalin tu dan bawa aku ke bilik saringan test covid.. untuk buat swab test sebelum masuk dalam dewan bersalin tu.. tunggu dalam 30 minit jugak la.. barulah result keluar.. then nurse panggil aku masuk.. (maksudnya aku negatif).. kalau positif kena ikut laluan belakang untuk ke labour room katanya.. alhamdulillah lega dengar.. 

Masuk je dalam salah satu bilik (dalam dewan bersalin tu) , nurse check jantung baby pa semua.. masa ni memang tak sakit lagi.. tak sakit langsung ok.. aku tengok jam.. nak dekat pukul 7 pagi dah masa tu.. dah habis doktor check laluan rahim pa.. (masa ni baru 1 cm wey).. rupanya sakit jugak ye untuk check bukaan ni... hahaha... padan lah orang tak mau nak check banyak kali.. hahaha...doktor dah ambil darah,.. aku mintak kebenaran nak solat subuh.. tapi nurse tak boleh bagi kata putus.. nurse kata depa dah nak bawak aku naik wad dah.. nanti boleh solat kat wad terus. aku pon ok ja.. naik atas wad kenanga 11.. duduk situ sampai la nak bersalin..

masa dekat kenanga 11 ni.. sampai je kat sini,.. aku tak rasa sakit lagi.. suami datang antarkan barang pa semua.. tinggalkan kat katil pa smua..

nurse bagi baju suruh tukar.
Alhamdulillah tercapai jugak hajat hati nak sarung baju pink..
al maklum la ttc dah lama kan..

suami belikan makanan sekali...terima kasih suami ..
banyak suami belikan makanan ,.. masa ni xsakit lagi.. memang kuat makan la.


 Pukul 9 pagi, aku pon makan la dulu roti apa semua.. air milo.. persiapan awal la untuk bersalin. Habis je makan tu, aku pon start minum balik air selusuh tu.. aku tanya nurse tentang kiblat dan tmpat untuk solat pa smua.. selesai solat, aku still belum rasa apa-apa lagi..aku dok bagitau baby suruh bantu aku untuk keluar hari tu jugak.. sebab memang dari awal mengandung aku harap anak aku keluar hari jumaat.. sambil-sambil menunggu contraction tu datang.. aku pon jalan-jalan keliling wad tu dan berhenti di salah satu spot yang jarang orang lalu untuk buat exercise.. jalan itik dan sebagainya.. masih lagi tak lupa untuk minum air selusuh.. tinggal dalam separuh botol lagi..


pukul 10 pagi.. aku dah mula rasa contraction yang datang tiba-tiba dan sangat kuat.. menyerang perutku dan pinggangku.. mula-mula selang 10 minit contraction tu datang.. masa ni aku still lagi boleh kawal.. aku boleh detect benda ni melalui apps yang aku baru downloaded untuk  check frequency contraction tu.. aku pon pergi mandi.. konon aku dapat rasakan aku kena bersalin dah lepas tu.. hahaha..  

elok je lepas mandi, rupanya sakit tu datang 2x ganda guys.. sakit dalam 5 minit sekali.. yang ni aku memang tak mampu nak tahan sikit.. biasalah dengan baru lepas mandi.. keadaan sejuk dalam wad tu menambahkan lagi rasa sakit aku tu.. lepas tu, mintak nurse check bukaan.. nurse pon buat ve,.. baru 2cm.. masa tu pukul 11 pagi.. aku tengok jam.. dalam hati aku.. ' lambat lagi ka nak bukak 10cm' .. aku dah start nangis-nangis dah masa tu..

aku balik ke katil aku.. masa ni dah start sakit sangat-sangat dah.. contraction dalam 2 minit sekali.. memang sakit sangat-sangat.. masa ni dah macam zombie dah.. aku tengok jam lagi.. baru 1.30 petang.. aku pon gagah kan diri pergi ambil air wuduk.. solat dalam salah satu bilik yang nurse tunjukkan untuk solat subuh tadi.. masa ni rasa sakit yang teramat sangat sebab bilik solat tu aircond.. sakit dia rasa macam 3x ganda sakit.. habis solat.. aku pon panggil nurse lagi.. aku tak kira dah nurse nak kata apa.. aku mintak nurse buat ve lagi.. memang sakit.. tapi sakit lagi rasa contraction aku masa tu.. menangis wey.. mula-mula nurse refused sebab takut terkoyak teruk katanya.. tapi main dengan sakit ni.. aku kata kat nurse tu.. " tak pa nurse.. saya ok ja..saya sakit sangat dah ni.. macam dah nak bersalin dah ni.." ..
nurse pon buat lah ve kat aku.. tengok-tengok baru 3cm.. Allahu robbi.. punyalah lama tunggu dari pkul 11 pagi .. baru 3cm.. aku menangis lagi..

Aku tengok jiran sebelah katil aku relax je.. aku tanya dia ..memang hajat nak sembang.. untuk kurangkan sikit rasa sakit.., 

Aku : awak, saya sakit sangat la..awak tak sakit ka? tengok relax saja.. (saja mula cerita..)
Dia : hah, tak sakit pon.. masuk semalam lagi tapi sampai hari ni xbersalin lagi
Aku : ya ka? macam mana boleh tahu nak bersalin?
Dia : memang due dah.. tapi tak de tanda lagi.. pergi kk check dah 2 cm.. kk suruh datang hospital..pagi tadi check dah 4cm.. tapi xde sakit apa-apa lagi.
Aku : oh yaka.. seronok nya tak sakit... anak nom berapa ni?
Dia : anak nom 2.. dulu anak 1st sakit jugak.. ni tak sakit langsung.
Aku : sya sakit sangat-sangat la.. tak tahu dah nak buat apa..
Dia (tengok je aku, muka dia nmpk kesian kat aku.. tapi dia pon xterkata apa-apa..


makanan ni sampai kat aku tgh hari tu.. tapi aku xlalu makan sangat-sangat..
aku biarkan ja..







Ya.. sakit sungguh-sungguh benar!! 

Betullah orang kata.. sakit contraction tu bukan main-main tau.. :'(

Nurse yang buat ve tadi datang ke katil aku untuk check bp aku.. sambil dia check.. 

dia tanya aku.. " ada ambik ubat apa-apa untuk induce ka?" 

.. aku,..." tak dak pulak nurse"..

nurse.. " ada ambik selusuh ka?"

aku.. " erm... ada.. saya minum air selusuh suami buatkan tu."

nurse.. " ha, patutlah.. kenapa minum awal sangat air selusuh tu? bukaan belum pon 6cm dah minum dah.. sebab tu awak sakit teruk macam ni.."

aku.. " oh yaka, saya tak tahu.. saya minum tu sebab niat nak mudahkan bersalin saja."

nurse.. " memang dia mudahkan bersalin.. tapi sepatutnya awak minum masa 6 cm ke atas.. bukan masa belum ada bukaan.. tengok sekrang awak yang tanggung sakit. kami dapat banyak kes macam ni.. ni anak ke berapa?"

aku.. " anak pertama nurse.. tu la saya pon tak tahu.. saya main minum ja la.."

nurse.. " lepas ni , kalau awak bersalin anak nombor dua beringat lah jangan minum awal air selusuh.. kalau tak awak yang merana.. tanggung sakit..lepas ni, awak pergi toilet .. kerapkan mandi air suam.. sebab dia boleh bantu cepatkan bukaan dan kurangkan sakit awak tu."

aku,.. " ha, ok nurse.. terima kasih banyak-banyak nurse.."

Masa tu, nak bangun dari katil pon tak larat.. nak jalan pon tak larat.. semua serba tak kena.. nak baring pon sakit.. duduk pon sakit.. setiap kali contraction tu datang.. aku akan genggam besi tepi katil.. memang sakit sangat2.. kadang-kadang genggam kain selimut.. reda ja sakit.. aku cepat-cepat bangun ke toilet untuk mandi.. mujur lah kat toilet ada kerusi.. lama aku duduk dalam bilik air dengan pancuran air suam mengenai perutku.. sakit ni.. tak tahu nak gambar dengan kata-kata.. senggugut? xwey.. lagi sakit dari senggugut..  memang masa ni dah macam zombie dah..  

habis je mandi, aku terus ke katil.. sakit tu mula menyerang balik.. aku tengok jam pukul 5 petang.. masa ni aku tak larat sangat dah nak bangun.. aku pon ambil luggage aku letak tepi katil buat hadang laluan org lalu lalang.. aku letak sejadah dan solat duduk.. masa ni solat pon dalam sakit-sakit.. harap-harap Allah terima lah solat aku hari tu.. sebab solat dalam keadaan lalok sakit yang teramat sangat.. makanan sampai pon aku tak usik.. sampai lah yang ppk tu nak ambil makanan.. dia tanya,.." dik, xmakan ka? ada bekas ka? bubuh dalam bekas pon tak pa..".. aku bagitaunya untuk mengambil saja makanan tu sebab memang tak dak selera langsung.. kiranya last aku makan masa pukul 10 pagi tu saja.. sebab memang tak lalu sangat-sangat..

aku pon pergi mandi lagi sekali untuk reda kan rasa sakit aku tu.. lepas je mandi tu, aku ingat nak panggil nurse buat ve.. tapi tengok nurse sibuk masing-masing,.. jadi tak berani nak ganggu.. aku ambil kain napkin dan gigit semahunya.. sebab terlampau sakit... sampai tertido... tak lama lepas tu, ada nurse datang untuk check bp.. aku pon mengadu kat nurse tu untuk buat ve lagi sekali memandangkan aku memang terlalu sakit dan rasa tak mampu berjalan dah.. nurse tu mintak aku tukarkan katil ke katil yang agak tersorok sikit..sebab ada langsir tu.. katil yang aku duduk masa tu katil tambahan ja sebenarnya.. lepas pindah ke katil berhadapan dengan katil asal ku tu.. masa tu pukul 6.50 petang.. ada dua nurse yang ada untuk check ve.. nurse kata okey dah 6cm.. alhamdulillah nurse kata dah boleh siap-siap dah untuk pergi labour room.. masa tu lega sangat.. aku nak bangun la solat.. tapi nurse lain datang nak cek ctg anak.. masa tu jantung anak ok lagi.. 

pukul 7.30 malam aku sakit memuncak sangat-sangat.. mintak nurse check ve sekali lagi.. nurse check dah 7cm.. lepas tu.. nurse tu panggil seorang doktor lelaki ni untuk check.. doktor laki tu check dia jerit.. " okey dah full."  masa tu dalam pukul 8 lebih macam tu.. nurse tanya.. " mana telefon awak.. call suami bagitau kata awak nak masuk labour room dah..".. aku pon ambil dari tepi katil dan dail nombor suamiku.. 

aku...." abg, orang dah nak masuk laboor room ni.. doakan orang ye.. orang mintak maaf banyak-banyak dan halalkan makan minum orang ye." 
suami aku.... " eh, dah nak bersalin dah ka.. ha.. orang maafkan.. ni orang on the way ke hospital ye.. orang tahu ayang kuat.. "

masa tu suami dok rumah lagi.. mula-mula suami tunggu kat hospital dari pagi lagi.. tapi aku yang suruh balik sebab kesian plak kalau tunggu pon kat lobby bawah tu ja.. sebab tu aku suruh balik mandi , makan dan rehat.. sebab masa tu aku tak tahu bila nak bersalin..

Masa aku tengah call tu.. nurse pakat tolak katil nak pergi labour room dah.. nurse berlari tolak katil masa tu.. fuh.. memang cemas masa tu.. dengan dok sakit nak bersalin.. lepas tu, handphone nurse mintak untuk simpan dalam beg.. aku pon hulurkan saja ..

terima kasih untuk nurse-nurse yang membantu di wad kenanga 11 tu.. yang tolong kemaskan barang-barang saya.. terima kasih sangat-sangat.. yang bagi kata-kata semangat.. terima kasih sangat-sangat..

kalau kat labour room HSAH tak boleh bawa apa-apa ye.. handphone pon tak boleh.. hospital lain tak tahu la... tapi kak aku bersalin kat hospital kulim boleh bawa handphone.. 

lagi satu barangan baby ke barangan ibu konon-konon aku spare siap-siap untuk labour room.. siap buat beg asing lagi.. ada tanya nurse masa nak tolak ke labour room tu.. nurse kata tak payah.. guna yang hospital punya.. lagi satu nurse memang nak pad yang jenis bertali ye.. yang aku bawak tu tak valid.. sebab diorang nak pakaikan susah.. aku punya libresse pants tu.. nurse kata kalau nak pakai jugak yang tu kena pakai masa sampai kat wad lepas bersalin. 

sampai kat labour room tu aku tengok jam kat dinding dalam labour room tu baru pkul 8.30 malam..
musim pkp ni suami tak boleh masuk teman isteri ye..sebab ni pun bukan hospital swasta.. kalau swasta tak de masalah..tapi sebelum teman isteri kena buat swab test dulu...sampai-sampai  je dalam tu nurse check bukaan dan bersedia untuk bersalin.. nanti baca kat entry lagi satu ye.. Kelahiran terindah

Alhamdulillah pukul 9.55 malam tu aku dah selamat melahirkan anak aku. anak lelaki.. alhamdulillah syukur kepada Allah... masa tu rasa tak percaya aku ni dah ada anak.. hahaha.. 

lepas bersalin aku naik ke wad pukul 5.50 pagi.. lama kan.. daripada pukul 10 malam sampai 5 pagi.. sebab baru ada katil kosong.. beku aku kat dalam labour room ,... hahaha.. mujur ada nurse baik tolong selimutkan dan angkat sedikit kepala katil kat labour room tu..masa aku dah bersalin tu suami aku tak tahu lagi.. tapi ada la doc mintak nom suami untuk call..xtahu la doctor call pukul berapa.. sebab suami mai kat aku dalam wad kenanga 12 tu pukul 6.30 pagi. kesian jugak kat suami. pada pendapat aku kan.. better HSAH benarkan bawa handphone susah kalau nak bagitau suami apa-apa..

setakat ni dulu cerita pengalaman saya bersalin di HSAH.. overall , bersalin kat HSAH memang terbaik.. ribuan terima kasih kepada doktor dan nurse yang menolong saya dari dalam wad kenanga 11, dalam labour room dan wad kenanga 12.. selama ni dengar macam-macam pasal layanan bersalin di HSAH sehingga saya jadi takut.. tapi selepas mengalaminya sendiri.. tak seteruk yang diperkatakan.. malah doktor dan nurse sangat membantu.. tiada kata-kata kesat pon dikeluarkan dari mana-mana nurse dan doktor.. alhamdulillah semua kakitangan hospital HSAH memang terbaik walaupun dalam kesibukan melayan pesakit covid dan pesakit biasa di sana.. terima kasih banyak.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan semua petugas barisan hadapan terutama doktor dan nurse-nurse kat HSAH dan mengurniakan kesihatan yang baik untuk mereka terus berkhidmat membantu masyarakat.... aamiin..

okey reader.. jumpa kat next entry ye.. tq semua.. :)

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...