sambungan dari entry sebelum ni, pantang hari ke-3
Alhamdulillah , setelah sekian lama tidak menaip.. hari ni Allah berikan kesempatan sedikit waktu untuk menaip. busy dok urus keperluan suami dan anak.. memang betul la, jadi surirumah ni kerja memang tak pernah habis. sampai lembik dibuatnya. tapi in shaa Allah ikhlas kerana Allah taala..
okey, jom sambung kisah berpantang aku hari tu.. hari ke-4 aku still lagi kat hospital tapi dah nak discharged dah la .. anak aku je masa ni tak boleh discharged lagi.. baby kena on antibiotik beberapa hari. sedih sangat.. ingatkan masa ni boleh balik dengan baby.. rupanya tak..
pagi tu morning round dari pakar.. tanya pasal kesihatan aku ni.. bila dr check aku semua dah ok, dr ckp aku dah boleh discharged.. seronok sangat rasanya.. dah la nak mandi kat hospital tak selesa.. memang aku tak sabar sangat nak balik masa tu.
bila dapat tahu ja boleh balik, aku pun terus kemas beg semua.. aku bawak ke hospital satu beg laggage saiz sederhana dan satu bakul makanan.. memang mudah sangat.. xbanyak beg kena bawak.. lagi pun laggage aku tu 360 punya wheel.. mmg mudah sgt.. (sambil suami aku tolak aku sambil aku tolak laggage jdi ringan la kan sebab ada roda beg tu..).. lepas je dah siap kemas..aku terus contact suami aku suruh bersiap datang ambil.
sayu je tgk org lain baby ada kt sebelah |
makanan terakhir before discharged |
nurse ada pesan, sebelum suami naik ke wad untuk ambil aku tu..
1. ambil surat discharged dan bayar kat kaunter hasil dulu
2. ambil kan wheelchair siap-siap sebelum naik atas
alhamdulillah, mujur nurse tu bagitahu awal.. memang memudahkan kerja.. sekali jalan ja.. suami pon tak perlu nak pergi banyak tempat..
mintak kebenaran dekat nurse untuk melawat anak kat nicu.. tapi nurse tak bagi sebab masa tu masih lagi tertakluk kepada notis baru untuk wabak covid 19 sebagai langkah pencegahan nak elak baby terkena jangkitan.
lepas dah settle semua .. alhamdulillah aku balik dengan suami aku.. tak berapa nak jalan sangat aku ni sebab still sakit kat tempat jahit tu. memang smuanya harap kat suami aku je.. terima kasih suamiku sudi tolong semua benda time discharged tu..
masuk je dalam kereta.. suami ajak pergi satu tempat ni.. dia bawak aku ke sana.. aku nampak dia cakap dengan sorang pompuan ni.. tapi aku malas nak ambik port dengan sakit kat bahagian bawah tu.. nak duduk dalam kereta pon tak selesa.. dalam hati, cepatlah... nak balik rumah ni.. hahahaha..
suami masuk je dalam kereta,, dia hulur sejambak bunga..dia kata , " bacalah nota tu." ada nota kat jambangan bunga tu.. aku buka dan baca dalam hati..
lepas tu, suami aku pegang tangan aku sambil bawa keta..dia kata, " terima kasih sayang.. i love u so much."
aku pon happy sangat masa tu.. balik rumah malu nak bawa masuk dalam.. takut apa pulak kata mak mertua.. hehehe..
terima kasih suami untuk semuanya.. sayang abang sangat-sangat.
No comments:
Post a Comment