Thursday 24 August 2023

senarai barangan baby yang dibeli

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai semua ibu kat luar sana.. hari ni nak kongsi kan tentang senarai barangan bayi yang aku beli semasa aku mengandung anak yang pertama dulu..

okey , kat bawah ni aku dah letakkan beberapa item yang aku memang belikan untuk anak aku.. untuk kali ni aku tak nak cerita lagi apa pro and cons dia takut jadi lagi panjang entry ni.. cuma kali ini aku nak cerita tentang betapa excited nya aku untuk menjadi ibu.. dan macam biasa lah kan .. sesiapa pon akan google dan cari apa barang yang perlu untuk baby 1st kan sebab kita tak de guideline yang betul atau orang kata tak dak experience langsung la kan.. jadi, apa saja yang orang lain cadangkan kita akan beli tanpa memikirkan yang kita perlu atau tak untuk baby kita dan yang paling penting sekali, kita terlupa sama ada benda tu sesuai atau tak untuk anak kita..

Nursery furnishing checklist

  • Stroller
  • Car seat
  • Baby Carrier
  • Baby cot
  • Crib bumper baby cot
  • Bouncer
  • Playpen mat
  • Walker
  • High chair
  • Changing table
  • Baby clothes cabinet
  • Mosquito net
  • Potty trainer
  • Harnessess
  • Baby mattress

 Checklist baby daily

  • Short  sleeved shirts
  • Long sleeved shirts
  • Sleeveless shirts
  • Baby eyelet shirts
  • Rompers
  • Sweaters
  • Baby mitten
  • Baby caps
  • Sock
  • Baby booties
  • Baby silicon bibs
  • Baby binders
  • Legging
  • Baby muslin swaddle zip
  • Blanket
  • Air filled rubber cot sheet
  • Waterproof mat non toxic
  • Comforters
  • Washcloth
  • Pillows
  • Bolster
  • Hoodies towel
  • Baby nest
  • Baby mattress
  • Mattress coverings
  • Disposable diapers
  • Changing pad

Feeding & nursing essential

  • Breastpump
  • Nursing pads
  • Nipple cream
  • Nursing pillow
  • Nursing cover
  • Milk storage bag
  • Milk storage bottles 9oz (bpa free)
  • Milk storage bottles 5oz (bpa free)
  • Bottle brush
  • Drying bottle rack
  • Milk containers
  •  Nursery bag
  • Baby pacifier
  • Ice pack box
  • Ice bag
  • Nursing bra

 

Bathing & grooming essentials

  •  Baby towels
  • Sponge
  • Baby tub
  • Basin
  • Water dipper
  • Bathing support net
  • Finger toothbrush
  •  Baby travel toiletries set
  • Baby bath cases
  • Baby soap 100ml
  • Baby shampoo 100ml
  • Baby oil 100ml
  • Baby powder 100ml
  • Baby cream
  • Baby lotion
  • Mosquito repellent
  • Cotton swab / balls/ buds
  • Baby wipes
  • Nappy liners
  • Diapers ointment
  • Diapers rash powder
  • Baby thermometer
  • Medicine spoon
  • Nasal aspirator
  • Essential oil air humudifier
  • Baby nail clipper/trimmer
  • Baby comb and brush set
  • Baby detergent and softener
  • Water spray
  • Diapers litter basket
  • Baby laundry basket
  • Baby powder puff

 

Playing time

  • Baby toys
  • Learning and activity toys
  • Water filled teether
  •  Inflatable water baby mat
  • Baby bath toys

 

Delivery & Confinement time

  •  Luggage
  • Vacuum flask
  • Kain batik
  • Batu tungku
  • Tudung sarung
  • Basket
  •  Stokin tebal
  •  Sweater
  •  Getah rambut
  • Makanan dan minuman (milo, biskut)
  • Kurma dan air zam-zam
  • Urutan pantang
  • Set berpantang nona roguy ( tukar dengan jenama bidan kampung - mil yang arranged)
  • Set pengurusan uri baby ( tak beli sebab mak mertua kata boleh buat sendiri ja)
  •  Mini alquran
  • Charger
  • Buku pink
  • Kad pengenalan
  • Kad nikah & sijil nikah
  • Bengkung zip
  • Bepanthen cream (tukar guna drapoline cream sebab lagi sesuai dengan anak)
  • Overnight panties maternity (libresse / kotex)
  • Panties biasa & bra
  • Toiletries
  • Minyak angin mestika
  • Tuala
  • Selipar jepun
  • Minyak telon
  • Minyak tyt

okey.. untuk kali ini aku cuma senaraikan dulu ye.. nanti untuk next entry aku ceritakan apa yang perlu dan apa yang tak perlu sebenarnya bila kita dah ada anak ni.. dan barang apa yang kita dah boleh delete dari list ni..

sebabnya.. bila anak dah ada depan mata dan membesar ni..baru kita perasan.. aduhai banyaknya barang yang kita beli tapi kita tak guna.. membazirnya la hai.. jadi untuk next child,.. aku memang akan beli barang yang betul-betul perlu saja..

ermmm.. apa barang yang betul-betul perlu tu ye???

ha,,. nanti aku cerita dalam next entry ye..

stay tuned...

papai semua..

terima kasih sebab sudi blogwalking kat sini..

semoga semua readers dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. aamiin...



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday 19 August 2023

Jadual susu untuk bayi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Okey, kali ni aku nak bercerita sedikit tentang cara aku bagi susu kat Thaqif.. tetapi perlu diingatkan setiap bayi berbeza.. yang aku cerita ni, atas pengalaman aku sendiri..

Entry ni jugak merupakan kesinambungan dari entry sebelum ni.. klik sini.

Dalam entry ni aku ceritakan mengenai perjalanan aku menyusukan thaqif suhail ..

Bagi yang malas nak baca panjang2, meh aku ringkas kan..

Sebaik sahaja lahir, Thaqif dimasukkan ke wad nicu untuk pemantauan kerana Thaqif dilahirkan tanpa menangis dan tidak bergerak..

Jadi , Thaqif dipantau selama hampir seminggu di NICU.. Masa tu jugak waktu pkp covid fasa 2.. memang agak straight peraturan untuk melawat bayi.. Aku xpernah melakukan ssc atau sentuhan kulit ke kulit dengan Thaqif..
 Menyebabkan bila Thaqif kluar dari wad NICU tidak dapat menyusu dengan baik kerana terbiasa minum susu di dalam botol atau tiub... Tapi aku tak pernah putus asa untuk mencuba buat ebm atau susu perahan.. malangnya.. disebabkan Thaqif asyik menangis pada 3 hri pertama seolah2 tak cukup susu dan tidak menyusu dengan baik.. jadi kami telah bersetuju untuk bagi susu formula...

Aku dinasihatkan oleh kakak kandungku supaya memulakan dengan memberi susu yang tidak begitu mahal dan melihat dahulu reaksi pada anak.. dari segi tahi , dari segi perutnya dan kondisi kekerapan menyusu.. setelah mencuba beberapa jenama termasuk jenama dutch baby, dupro dan lactogen.. akhirnya kami memilih lactogen kerana sesuai dengan Thaqif.. tidak berak keras , tidak meragam dan nampak thaqif lebih suka.. laju ja dia menghisap susu..

Jadual penyusuan bayi  (sebagai rujukan sahaja bukan wajib follow.. ikut keperluan anak masing2)

Dari usia Thaqif dalam 3 minggu sehingga usia 3 bulan Thaqif minum dalam 3oz untuk setiap 3 jam.. dalam 8 kali sehingga ke 9 kali Thaqif menyusu sehari termasuk tengah malam..

Dari usia Thaqif 4 bulan.. Thaqif mula menunjukkan ciri yang dia tak puas minum susu.. dimana masa tu Thaqif akan menangis setelah susu habis sebotol.. jadi kami decided untuk tambah lagi satu oz menjadikannya 4oz untuk setiap 4 jam.. dan jumlah ini bertambah seiring pertambahan bulan.. sebelah malam Thaqif minum susu sebanyak 3 kali tanpa diminta.. malam Thaqif akan start tidur pukul 9 malam selepas isyak.. jadi pukul 9 sekali.. pukul 2 pagi sekali dan pukul 7 pagi sekali..

5oz untuk usia 5 bulan.. tapi kali ni corak masa telah berubah mengikut permintaan.. dalam 4 atau 5 jam sekali kami akan berikan susu.. sehari dalam 6 kali sehari.. kalau Thaqif tak mintak, kami tetap akan memberikannya susu bila cukup 5 jam..  waktu malam masih sama..

Untuk 6 bulan .. dah start bagi makanan berat macam nasi atau puree atau sup.. jadi susu tu kami tambah jadi 6oz tapi bagi dalam 5 jam atau 6 jam sekali.. sebab dah selang seli dengan makanan.. sehari dalam 6 kali Thaqif menyusu.. 2 kali makan berat.. malam masih macam biasa .

Usia Thaqif 9 bulan , Thaqif minum susu dalam 7 oz setiap 6 jam sekali dalam 5 kali sehari.. makanan berat start bagi 3 kali sehari.. malam start bagi susu 2 kali saja..

Usia Thaqif 12 bulan sehingga usia 20 bulan.. Thaqif minum susu dalam 8 oz dalam 5 kali sehari..malam masih sama..

Usia Thaqif 21 bulan sehingga sekarang.. Thaqif minum susu dalam 9oz untuk 4 kali sehari.. malam hanya minum sekali sahaja.. sbb dah ada makanan berat..

Alhamdulillah syukur..

Sekarang Thaqif dah mudah nak jaga... alhamdulillah.. 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu dalam mengurus bayi.. in shaa Allah..

Jumpa lagi di next entry..

Papai... 

Monday 14 August 2023

Selamat hari lahir anakku...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak bercerita sedikit mengenai sambutan birthday anakku semalam..

Alhamdulillah dapat jugak kami jayakan sambutan birthday kami walaupun hanya untuk family kami ja.. tapi aku bersyukur sebab aku dapat gembirakan anakku.. tapi malangnya dalam dok seronok-seronok..
tak sangka pulak akan jadi jugak perkara yang menyedihkan dan mengecewakan aku.. yang pada asalnya aku ni nak buatkan anak aku happy.. lain pulak jadinya.,.

mengikut perancangan asal kami nak buat di sebelah petang sebabnya sebelah pagi Thaqif ada appointment kat klinik wakaf stan dan jugak klinik kota bharu... tapi disebabkan kelantan dapat cuti peristiwa untuk hari mengundi .. alhamdulillah rezeki Thaqif jugak la kan .. 

jadi, kami telah tukar perancangan kami untuk bawak Thaqif pergi indoor playground.. jadi sebelah paginya aku buatkan sarapan nasi goreng cili padi  dan buatkan kek birthday untuk Thaqif.. memang sebenarnya niat aku nak buat kek dekat Thaqif.. alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya yang asalkan aku tak jadi buat kek sebab perlu ke klinik pagi dan petang.. bila dah klinik cancel appointment, jadi memang menjadi la niat aku tu.. alhamdulillah.. syukur sangat.. semuanya kebetulan.. memang rezeki Thaqif..


kami beli barang untuk birthday decoration di kedai Eco Plus Tunjung.. selepas tu, kami bawa Thaqif bermain indoor playground di H Elite Hotel Tunjung.. seronok sangat tengok Thaqif dok main.. rezeki Thaqif jugak.. time kami sampai .. kami group 1 yang masuk dalam playground tu.. Playground dia tak la besar sangat dan tak jugak terlalu kecil.. sangat berpatutan untuk anak-anak kita.. harga hanya RM20 saja untuk kanak-kanak  dan ibubapa boleh masuk secara percuma.. swimming pool jugak boleh walk in di hotel ni.. hanya RM15 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak.. pool dia besar.. terletak di bahagian atas rooftop..dengan kecantikan 360 view.. kami belum berkesempatan untuk stay kat hotel ini.. pernah booking bilik sekali dengan sahur & iftar tapi disebabkan time tu time covid ada mco tahun 2019 .. jadi pihak hotel cancelkan booking kami.. mereka refund secara berperingkat.. dan kali kedua kami booking tahun lepas.. tapi disebabkan ada beberapa perkara kami tak dapat nak booking jugak.. tapi  kami join jugak untuk iftar ramadan tahun lepas.. memang meriah sangat.. 

bagi sesiapa yang nak stay kat H Elite Hotel.. aku boleh katakan pilihan yang sesuai sebab kat sini dah ada macam-macam dah.. mydin pon dekat.. ada al-khatiri kafe.. ada eco.. ada diy.. pendek kata dah lengkap dah.. macam-macam ada keliling tu.. tambah pulak nanti mesti akan jadi tempat tumpuan .. sebabnya sekarang pon tengah dok buat projek ECRL .. senang la nak pergi KL lepas ni..

Okey dah melalut dah.. sambung balik bab sambutan birthday anak aku.. hehehe..

kami sampai kat playground tu dalam pukul 2 lebih dan kami keluar dalam pukul 4 lebih sebab Thaqif sibuk nak peluk anak orang (actually baby bawah 1 thn budak tu) .. aku tak berapa suka Thaqif buat macam tu sebab kita nak jadi privacy orang lain yang datang kat situ.. jadi aku cepat-cepat ajak suami aku balik.. risau pulak budak tu kena lepuk dengan Thaqif.. nampaknya anak aku ni nak main dengan adik.. tapi kami belum ada rezeki lagi untuk dapat zuriat kedua.. :(    sedih sangat.. doakan kami ye.. mana tahu berkat doa semua aku boleh mengandung sekali lagi.. teringin sangat nak pregnant lagi.. tambah teringin bila tengok orang lain ada baby girl.. doakan aku ye.. tapi aku tak kisah.. laki ka pompuan asalkan ada rezeki anak pon dah besar rahmat.. sebab aku ni ada pcos jadi nak boleh pregnant tu aku tahu macam agak sukar.. banyak yang aku perlu korbankan.. doakan aku berjaya ttc kali ni..

lepas balik dari playground , kami balik rumah dan siapkan decor untuk birthday Thaqif.. seperti dijanjikan.. kami pon bersiap-siap.. bukan apa nak ambil gambar kenang-kenangan untuk Thaqif.. 
Jadi lah serba sedikit majlis Thaqif.. alhamdulillah.. 

Aku bagi hadiah train kat Thaqif dan suami berikan hadiah basikal kat Thaqif.. seronok sangat tengok Thaqif suka.. tapi tak sangka dalam dia suka tu.. terjadi lah perkara yang menyedihkan..

aku beli Train  tu murah ja kat kedai Eco Plus dalam RM 9.00 jer harganya.. aku pon dah sedia maklum yang train tu memang takkan bertahan lama .. mungkin paling lama setahun atau setengah tahun.. tapi malangnya.. tak sampai sejam.. train dah start rosak.. sedih sangat.. Thaqif menangis-nangis.. hancur hati aku tengok Thaqif menangis terkulai.. rasa sedih sangat-sangat,.. menangis sampai terlelap dan terjaga menangis lagi,,aku mintak suami aku sorokkan sebab dah rosak ,, tak sangka Thaqif menangis sampai macam tu sekali.. last-last aku mintak suami aku berikan train tu kat Thaqif sebab nampak Thaqif dah terkulai dengan  tak makan apa-apa lagi.. lepas tu, Thaqif dah okey dah.. alhamdulillah.. dia main-main train tu.. dia sendiri tengok train tu rosak.. baru dia tak main dah.. rupanya dia tak percaya kami cakap train tu dah rosak.. hahaha.. haqu la anak aku sorang ni..

lepas makan, terus ja bawak naik atas katil.. tak sampai 10 minit terus tido awang kenit ni.. hahaha.. letih sangat la tu bokali.. hahaha..

okey, setakat ni saja al-kisah kelmarin... hahaha.. macam-macam.. mama sampai takut dan sedih tengok Thaqif macam tu.. siap suruh papa bukak surah yaseen lagi.. hehehe..

terima kasih semua sebab sudi baca sampai habis.. alhamdulillah segala puji bagi Allah.. kita hanya merancang tapi Allah maha Mengetahui segala nya..

begitu lah kehidupan seharian kita.. sentiasa lah bersyukur dengan apa yang ada dan jadi dalam hidup kita.. bila kita bersabar, Allah akan berikan apa yang kita nak melebihi apa yang kita bakal dapat.. alhamdulillah..

Terima kasih sudi blogwalking ye..

Jgn pernah jemu ye.. kalau ada apa-apa soalan atau cadangan tajuk.. boleh komen kat bawah ye.. terima kasih.. 

Akhir kata..
Marilah kita sama-sama berdoa..

Semoga kita semua dan seluruh keturunan kita diampunkan segala dosa.. menjadi anak yang soleh dan solehah penyejuk mata, menjadi ibubapa yang penyayang..bertakwa, kuat imannya, dijauhkan dari marabahaya, malapetaka, penyakit berjangkit, binatang liar, dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan dapat memasuki syurga Allah tanpa hisab.. aamiin ya rabbal ala min...

Jumpa lagi.. papai.. ❤️🥰


     ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday 11 August 2023

Meja makan cantik untuk dilepaskan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak lelong meja makan kami.. 

Sejujurnya meja makan ni kesayangan aku.. aku yang pilih sendiri sewaktu kami mula membeli barangan perabut untuk rumah kami...

 tapi atas sebab kami nak kosongkan ruangan rumah jadi kami terpaksa menjual meja makan ni supaya dapat memberi ruang kepada anak kami bermain memandangkan keluasan rumah yang agak kecil.. aku terpaksa lepaskan meja ni.. 

Masa beli dulu, kami hanya tinggak berdua,. Jadi tak pernah terpikir rumah akan menjadi terlalu padat dan menyukarkan anak aku untuk bergerak dan bermain..

Setelah berbincang, kami berdua bersetuju untuk menjual meja makan kami ni.. 





Harga asal meja ni semasa dibeli pada awal tahun 2019 .. RM 1699..

Harga yang kami ingin jual dalam RM700.. setengah daripada harga asal meja ini.. kerana dijual berasingan tanpa kerusi.. harga masih boleh dirunding lagi.. sekiranya bersesuaian kami akan lepaskan dengan harga yang dipersetujui..

Boleh datang ambil sendiri ( self pickup)..

Meja makan jenis marble.. berat.. padu.. berkualiti tinggi..

Muat  untuk  6 buah kerusi..

 Harga boleh dirunding lagi..


Terima kasih semua yang sudi baca sampai habis..

Alhamdulillah . Dah sold out ye meja ni.. tq semua. 

Jumpa lagi, papai..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday 7 August 2023

Ilmu kekeluargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah hari ini kita masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan berbuat baik di atas bumi Allah ni.. alhamdulillah...

Sudah lama rasanya tidak bercerita santai dalam blog ni ...

Hari ni terasa nak bercerita sedikit..

Sejak dua menjak ni..
Rasa agak risau tentang diri sendiri..
Tak tahu kenapa..
Mungkin takdir Allah dah sampai untuk aku..
Mintak semua maafkan aku dan doakan aku ye..

Dalam hati aku ni...
Besar sangat hajat..
Nak hidup semati dgn suami..
Selalu aku dok doa supaya cinta kami kekal sampai ke akhir hayat kami.. sampai ke syurga sekali..
Tapi Allah tu maha Mengetahui akan segalanya..
Aku serahkan takdir ku dan urusan rumahtangga ku kepada ilmu Allah..

Sungguh aku jeles dgn kematian yg khusnul khatimah dan kematian suami isteri pada hari yg sama atau dlm satu liang lahad..atau suami isteri yg setia sehingga meninggal walaupun salah seorangnya telah pergi dahulu ..

Kisah arwah mak sndiri..
Mak selalu dok sebut..
"Kalau mak meninggal.. mak nak kubur dekat dgn abah.."
Walaupun mak ada bnyak dugaan di ganggu oleh lelaki miang.. alhamdulillah mak berjaya melepasi ujian tu.. 
Dan rezeki mak dapat kubur berdekatan dgn arwah abah.. 

Bukan senang ye kita nak mencintai seseorang sehingga ke akhir hayat kita.. memerlukan kepercayaan, kekuatan, sokongan, kesetiaan , pengorbanan dan kebergantungan..

Kalau tak ada semua aspek tu atau salah satu darinya hilang ...maka rumahtangga itu akan hancur...

Kenapa aku kata begini...
Suka untuk aku petik kata-kata dari seorang founder Le Maream, Bonda Umirah Taib ..

perkahwinan ni ibarat tali..
suami pegang di hujung...
isteri pegang di hujung sebelah lagi satu..
kadang-kadang tali ini akan jadi terlalu terik..
disebabkan ada perbalahan , crisis atau apa-apa perselisihan faham..
bila berlaku terik tu..
salah seorang bertahanlah..
ikut lengguk tali dan regangkan
supaya tali tidak terputus di tengah-tengah..
bersabar..
kurangkan provokasi..
dan terus menerus pujuk..
sebab apa? 
sebab kita bila berkahwin ni bukan setakat berjanji setia untuk bersama-sama pada waktu bahagia tapi kita juga dah beri harapan untuk terus tertaut sesama sendiri pada waktu getir dan sukar.. 
Jagalah tali ini baik-baik

Nasihat ni sememangnya amat berguna untuk kita supaya kita lebih menghargai pasangan kita.. ya, masing- masing ada kekurangan dan kelebihan..

Why not kalau kita turunkan ego kita untuk bagi peluang pasangan kita berubah.. 

Alhamdulillah.. aku pon dalam proses berubah lagi sekarang ni..

Semoga rumahtangga kita semua berada dalam lindungan Allah dan mendapat keberkatan pahala dari Nya.. aamiin..

Nanti akan aku kupas aspek-aspek penting dalam rumahtangga untuk next entry..

Stay tuned ye..

Terima kasih sudi blogwalking ye..

Jgn pernah jemu ye.. kalau ada apa-apa soalan atau cadangan tajuk.. boleh komen kat bawah ye.. terima kasih.. 

Akhir kata..
Marilah kita sama-sama berdoa..

Semoga kita semua dan seluruh keturunan kita diampunkan segala dosa.. menjadi anak yang soleh dan solehah penyejuk mata, menjadi ibubapa yang penyayang..bertakwa, kuat imannya, dijauhkan dari marabahaya, malapetaka, penyakit berjangkit, binatang liar, dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan dapat memasuki syurga Allah tanpa hisab.. aamiin ya rabbal ala min...

Jumpa lagi.. papai.. ❤️🥰

Wednesday 2 August 2023

Aku

Aku..
Aku hanya seekor merpati..
Terbang ku tinggi tinggi..
Berlari dari rasa sunyi..

Ada kala kehadiranku
Menjadi benci..
Ada kala kehadiranku
Memberi erti..

Aku bawa hati 
Menelusuri langit..
Menebar sayap
Tanpa henti..

Jiwaku kecil..
Mudah terluka..
Hari ini terhiris..
Sembuhnya lusa ...

Mataku tajam 
Mengintai bumi..
Menjadi saksi 
Dunia ini..