Saturday 19 August 2023

Jadual susu untuk bayi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Okey, kali ni aku nak bercerita sedikit tentang cara aku bagi susu kat Thaqif.. tetapi perlu diingatkan setiap bayi berbeza.. yang aku cerita ni, atas pengalaman aku sendiri..

Entry ni jugak merupakan kesinambungan dari entry sebelum ni.. klik sini.

Dalam entry ni aku ceritakan mengenai perjalanan aku menyusukan thaqif suhail ..

Bagi yang malas nak baca panjang2, meh aku ringkas kan..

Sebaik sahaja lahir, Thaqif dimasukkan ke wad nicu untuk pemantauan kerana Thaqif dilahirkan tanpa menangis dan tidak bergerak..

Jadi , Thaqif dipantau selama hampir seminggu di NICU.. Masa tu jugak waktu pkp covid fasa 2.. memang agak straight peraturan untuk melawat bayi.. Aku xpernah melakukan ssc atau sentuhan kulit ke kulit dengan Thaqif..
 Menyebabkan bila Thaqif kluar dari wad NICU tidak dapat menyusu dengan baik kerana terbiasa minum susu di dalam botol atau tiub... Tapi aku tak pernah putus asa untuk mencuba buat ebm atau susu perahan.. malangnya.. disebabkan Thaqif asyik menangis pada 3 hri pertama seolah2 tak cukup susu dan tidak menyusu dengan baik.. jadi kami telah bersetuju untuk bagi susu formula...

Aku dinasihatkan oleh kakak kandungku supaya memulakan dengan memberi susu yang tidak begitu mahal dan melihat dahulu reaksi pada anak.. dari segi tahi , dari segi perutnya dan kondisi kekerapan menyusu.. setelah mencuba beberapa jenama termasuk jenama dutch baby, dupro dan lactogen.. akhirnya kami memilih lactogen kerana sesuai dengan Thaqif.. tidak berak keras , tidak meragam dan nampak thaqif lebih suka.. laju ja dia menghisap susu..

Jadual penyusuan bayi  (sebagai rujukan sahaja bukan wajib follow.. ikut keperluan anak masing2)

Dari usia Thaqif dalam 3 minggu sehingga usia 3 bulan Thaqif minum dalam 3oz untuk setiap 3 jam.. dalam 8 kali sehingga ke 9 kali Thaqif menyusu sehari termasuk tengah malam..

Dari usia Thaqif 4 bulan.. Thaqif mula menunjukkan ciri yang dia tak puas minum susu.. dimana masa tu Thaqif akan menangis setelah susu habis sebotol.. jadi kami decided untuk tambah lagi satu oz menjadikannya 4oz untuk setiap 4 jam.. dan jumlah ini bertambah seiring pertambahan bulan.. sebelah malam Thaqif minum susu sebanyak 3 kali tanpa diminta.. malam Thaqif akan start tidur pukul 9 malam selepas isyak.. jadi pukul 9 sekali.. pukul 2 pagi sekali dan pukul 7 pagi sekali..

5oz untuk usia 5 bulan.. tapi kali ni corak masa telah berubah mengikut permintaan.. dalam 4 atau 5 jam sekali kami akan berikan susu.. sehari dalam 6 kali sehari.. kalau Thaqif tak mintak, kami tetap akan memberikannya susu bila cukup 5 jam..  waktu malam masih sama..

Untuk 6 bulan .. dah start bagi makanan berat macam nasi atau puree atau sup.. jadi susu tu kami tambah jadi 6oz tapi bagi dalam 5 jam atau 6 jam sekali.. sebab dah selang seli dengan makanan.. sehari dalam 6 kali Thaqif menyusu.. 2 kali makan berat.. malam masih macam biasa .

Usia Thaqif 9 bulan , Thaqif minum susu dalam 7 oz setiap 6 jam sekali dalam 5 kali sehari.. makanan berat start bagi 3 kali sehari.. malam start bagi susu 2 kali saja..

Usia Thaqif 12 bulan sehingga usia 20 bulan.. Thaqif minum susu dalam 8 oz dalam 5 kali sehari..malam masih sama..

Usia Thaqif 21 bulan sehingga sekarang.. Thaqif minum susu dalam 9oz untuk 4 kali sehari.. malam hanya minum sekali sahaja.. sbb dah ada makanan berat..

Alhamdulillah syukur..

Sekarang Thaqif dah mudah nak jaga... alhamdulillah.. 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu dalam mengurus bayi.. in shaa Allah..

Jumpa lagi di next entry..

Papai... 

No comments: