Showing posts with label penjualan dan promosi. Show all posts
Showing posts with label penjualan dan promosi. Show all posts

Friday, 11 August 2023

Meja makan cantik untuk dilepaskan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak lelong meja makan kami.. 

Sejujurnya meja makan ni kesayangan aku.. aku yang pilih sendiri sewaktu kami mula membeli barangan perabut untuk rumah kami...

 tapi atas sebab kami nak kosongkan ruangan rumah jadi kami terpaksa menjual meja makan ni supaya dapat memberi ruang kepada anak kami bermain memandangkan keluasan rumah yang agak kecil.. aku terpaksa lepaskan meja ni.. 

Masa beli dulu, kami hanya tinggak berdua,. Jadi tak pernah terpikir rumah akan menjadi terlalu padat dan menyukarkan anak aku untuk bergerak dan bermain..

Setelah berbincang, kami berdua bersetuju untuk menjual meja makan kami ni.. 





Harga asal meja ni semasa dibeli pada awal tahun 2019 .. RM 1699..

Harga yang kami ingin jual dalam RM700.. setengah daripada harga asal meja ini.. kerana dijual berasingan tanpa kerusi.. harga masih boleh dirunding lagi.. sekiranya bersesuaian kami akan lepaskan dengan harga yang dipersetujui..

Boleh datang ambil sendiri ( self pickup)..

Meja makan jenis marble.. berat.. padu.. berkualiti tinggi..

Muat  untuk  6 buah kerusi..

 Harga boleh dirunding lagi..


Terima kasih semua yang sudi baca sampai habis..

Alhamdulillah . Dah sold out ye meja ni.. tq semua. 

Jumpa lagi, papai..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 21 November 2022

update!!!! Wah!! Banyaknya warna!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
Jom shopping !!! Tudung Bawal Instant..

Tudung Sauk Arena :)

🍁TUDUNG SAUK ARENA🍁
😱😱 SAUK-SAUK TERUS MUDA 😱😱

❤️ Pelbagai pilihan warna yang menarik ❤️

Kelebihan tudung bawal instant ni..
1. Mudah dipakai.. hanya perlu sauk /sarungkan saja..
2. Mudah dibentuk..
3. Tudung yang sangat ON POINT..
4. Mudah digosok.. (minimal iron / lebih kepada ironless)..
5. Material kain yang tidak panas dan selesa dipakai..
6. Materialnya terasa ringan πŸ₯°
7. Harga yang mampu milik dengan kualiti terbaik..

🌹 Size M
🌹 Bidang : 45
🌹 Material : CHIFFON VOILE
🌹1 helai RM25

🌹 Size L
🌹 Bidang : 55
🌹 Material : CHIFFON VOILE
🌹1 helai RM30

🍁 4 helai free postage
πŸ’ Boleh mix warna πŸ’πŸ˜Š
🎁Free gift disediakan πŸ€—

#tudungsaukarena #tudungarena #tudungbawalmurah #bawalonpoint #tudungarena #bawalinstant #saukarenabytina #saukarenakelantan #dropshipwanted #teamhanasuhana

klik je kat sini..



jemput singgah ye ... :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 9 November 2022

Pengenalan projek baru aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai semua, sihat ke tu?

okey, aku nak berkongsi sikit tentang blog ni.

Blog ni merupakan blog bisnes aku. 

terima kasih kepada semua followers yang sudi shopping dengan aku...

 sokongan korang semua amat aku perlukan.

Aku sebenarnya ada dua bisnes yang aku join sekarang iaitu 

Tudung Sauk Arena dan Inai Daun Asli.

Nak tau lebih lagi?

boleh tengok dekat website baru aku tau.. 

lepas ni, aku akan masukkan satu per satu..

kalau ada yang berkenan boleh la hubungi aku...

whatsapp je .. okey.. :  :)

kali ni aku memang sungguh-sungguh dah nak berbisnes ni..

mintak sangat korang sokong aku depan , belakang, kiri dan kanan.. hehehe..

semoga niat baik aku nak bantu ekonomi rumahtangga kami ni dipermudahkan oleh Allah s.w.t.. aamiiin..

orang kata rezeki ni takkan salah alamat kan.. aku harap bisnes aku kali ni berjaya berjalan dengan lancar.. ye aku faham.. bukan senang nak senang kan.. tapi aku akan terus mencuba untuk menjadi yang lebih baik daripada yang sebelum ni...

 Jadi surirumah ni sebenarnya stress jugak sebab setiap hari menghadap benda yang sama je kan.. dengan adanya bisnes baru aku ni dapatlah jugak aku mengisi ruang yang ada supaya aku tak sempat nak stress .. hahahaha.. busy keeennnn... hahahaha...

korang doakan aku ye.. semoga aku menjadi surirumah yang berjaya dunia dan akhirat bukan hanya untuk keluarga, untuk agama dan ekonomi negara... .. aamiin..  ace gituh.. hehehe..

terima kasih ye semua readers.. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 24 November 2021

Jumpa cinta hati buat kali pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai la anak ... Teringat lagi 1st day ummi abi jumpa awak sayang.. perasaan rindu + excited semua ada.

Lama awak berjauhan dengan ummi abi.. 

Setelah 6 hri awak duduk kat nicu..
Ummi duduk kat wad 4 hari..

Masa duduk wad tu.. rindu yg teramat sgt..
Tengok org lain baby ada sebelah masa dlm wad..
Hari2 dok doa baby xde apa2 dan bleh blik skali.. hari2 call bhgian nicu tnya pasal baby.. sbb ummi xleh pegi tgk adik ats procedure time covid.. last2 xbleh jugak balik skali sbb baby on antibiotics.. kena cukupkan hari.. redha je la masa kluar wad..

Masa kat rumah, sepatutnya abi kena hntar wan ke hospital yan sbb sakit.. tup2 hospital call sruh pegi ambik baby dah.. baby dh bleh discharge..mujur la ada pak ngah.. pak ngah tlg hntar wan Ke hospital.. 

ummi dgn abi trus siap2 pegi ambik awak sayang thaqif.. abi punya lah excited.. bawak smua kprluan adik yg hospital dah listkan..

Sampai wad nicu tu .. check nama apa smua ..check jantina.. abi pegi ambik sain doc jap.. 

Masa ni adik baru jaga.. mula2 nangis merengek je.. ummi yg xpandai pgang baby ni pon angkat la..1st time kan.. 🀣🀣 makin menangis la plak.. 

Guard kat pintu nicu tu tegur.. "dy lapaq susu tu dik.." .. ummi mcm.. 'eh, xkan nk bg kat sini' . πŸ˜‚πŸ˜‚
Disebabkan adik nangis.. ummi pon trus bg je susu.. sampai la abi dtg jumpa kami.. dia dah tido.. abi angkat dan azankan..

Masa sampai hospital berharap sangat awak okey sayang..
Rasa tak sabar nak jumpa awak time ni..

Sampai kat lobby, guard check mysejahtera
dan sahkan kemasukan untuk ambil baby

Hallway nak ke nicu

Bila dah nampak pintu ni
start berdebar debar...hehehe..
Sampai sini.. guard mintak isi borang pengambilan baby..
Tandatangan beberapa dokumen untuk sahkan kita waris baby..
Bila guard dah puas hati.. dia mintak kelengkapan pakaian baby..
dia pon masuk dalam cari baby..


Ajak abi thaqif selfie skali
masa guard masuk dalam untuk ambil baby 

Kalau bukan musim covid.. boleh ja masuk..
Tapi faham2 la sekarang musim covid
Memang kawalan ketat sikit.. 

Nurse bawak keluar trolley baby..
Punya la excited..
Nurse buka pampers tunjukkan anu kat guard..
Bagi barang2 baby sepanjang baby kat nicu.. 
Cth : lebihan pampers dan krim baby

Assalamualaikum handsome boy..
Salam perkenalan dia dengan ummi dia ni
 dengan tangisan.. heheehe..
padahal mula2 nurse bawak jumpa ummi ok je tak nangis...
Awak sengaja nak bagi ummi cuak kan.. hahaha...

Masa abi thaqif sampai ni,
anak dah tido sebab dah bagi minum susu badan..
Tak tahu lah cukup ke tak masa tu..
Tapi awak minum2 terus tertido..
Abi angkat dan azankan awak pon tak sedar dah..


Lpas tu kmi trus balik.. adik tido ja spanjang jalan.. ummi xabis2 asyik tenung adik ja.. mcm xpercaya ja ummi dah jadi mak orang. 🀣🀣

Terima kasih ya Allah hadirkan insan baru dlm hidup kami suami isteri setelah sekian lama menanti kehadirannya..

Terima kasih syg thaqif bg ummi pengalaman yg paling indah ..

Terima kasih abi thaqif sbb sanggup korbankan masa, tenaga dan usaha dengan ummi selama ni tanpa jemu dan mengeluh..

#JuniorST 
#MuhammadThaqifSuhail



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 10 June 2020

Rancangan diet aku - Treadmil & Cycling

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Atas persetujuan suami aku, aku berjaya jugak lengkapkan goal diet aku untuk memiliki set treadmil dan cycling set untuk planning ttc aku.. ceewah.. planning la sangat.. memang kena pada masanya.. selepas je kami balik jumpa doc dan dengar saranan doc untuk aku mulakan diet hari tu..

aku ajak suami aku ronda-ronda kat Aeon mall kota bharu.. hajatnya just nak window shopping tu.. jalan-jalan berdua habiskan masa.. hahaha.. last-last masuk jugak dalam senQ Aeon Mall tu.. ingat nak risik-risik je dulu.. sekali abang tu bagi offer ambik treadmil dengan cycling set tu dapat harga rm3***.. kalau kira ikut lazada, memang harga dia dah untuk dua set tu.. tapi kalau kira ikut kedai under ogawa ni.. kalau treadmill saja dah 2*** dan bicycle tu harga almost rm1***... so memang berbaloi la kan..


Treadmil Trek Pro T7.2


treadmil ni boleh incline dengan decline.. oklah overall guna.. actually dah guna almost 10 bulan dah sekarang.. jarang-jarang guna sebab tuan dia terlebih rajin nak exercise.. mula-mula dulu je rajin.. hehehe... dia boleh connect guna phone kita.. boleh detect sejauh mana kita nak lari.. plus boleh dengar lagu sambil jogging sebabnya dia ada dua speaker kiri kanan kat atas handling dia.. memang dengar awesome giler bunyi dia.. tapi jangan bukak kuat-kuat nanti jiran marah kang.. bising sangat.. hahaha.... dan ada guide kalau nak ikut secara plan yang dia dah programkan kat treadmil ni.. memang mudah la orang kata.. rajin dengan malas je nak buat. hahaha..

kami ambik sekali dengan bicycle dia tu.. dah offer kan.. alang-alang...

Activo Spin Pro B1.3 X-Bike

Bicycle ni kan memang best.. ringan jugak la tapi bukan tahap ringan sangat.. dia ada roda kat bahagian depan tu.. so, boleh tolak-tolak je kalau nak ubah.. memang letak kat ruang tamu supaya senang nak bersenam sambil tengok tv.. hehehe.. memang best sangat.. aku kalau malas guna treadmil.. ni je la gunanya.. ok la.. korang boleh lipat-lipat yang ni.. memang jimat ruang la.. yang ni tak boleh nak connect dengan handset.. dia biasa saja..

freegift :

hand held massage

Kami dapat free je yang ni.. kegunaan dia okey.. untuk massage tu memang la sedap.. tapi aku jarang sangat guna..

IntelLAB Bluetooth Body Scale

Penimbang ni memang sampai sekarang aku guna pon.. ok senang je.. connect dengan phone je.. boleh collect data dan ada graf dalam apps dia.. memang mudah sangat..

so, kami grab je la.. sekali tak pulang dengan tangan kosong..hahaha... window shopping la sangat kan.. hahaha..

suami aku cakap Aeon Mall ni memang berhantu.. hahahaha.. habis duit poket.. hahaha..

Apa-apa pon tq husband..  Semoga Allah murahkan lagi rezeki abang lepas ni.. Aaamiin..

Semoga dengan adanya benda ni.. kita dapat ttc dengan jayanya.. hehehe.. Doakan kami dapat zuriat yang soleh solehah, sihat walafiat dan berjaya didunia dan akhirat.. in shaa Allah.. aaamiiin..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 8 April 2015

Promosi penjualan inai mekah asli

Pengumuman!

Assalamualaikum dan salam sejahtera... pada hari ini saya nak melancarkan pembukaan promosi utk pembelian inai..

beli 5  kon percuma 1..

Beli 3 bekas percuma 1..

Beli 2 jar percuma 1..

Sah sehingga 29 April 2015..

Saya berbesar hati melancarkan promosi ini bersempena dengan birthday saya yang akan datang..

Bulan ni je tau.. :)

Tuesday, 10 March 2015

Pembungkusan Inai Mekah Original Dah bertukar wajah????

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya nak beritahu anda.. inai yang saya jual telah ditukarkan ke dalam bekas pembalutan yang baru yang lebih menarik berbanding pembalutan terdahulu..

kami baru tukar packaging ini sejak penghujung tahun lepas.. nyata, rata-rata pelanggan kami lebih meminati jenis pembungkusan sebegini.. kami sentiasa berubah untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan kami..

inai package lama


sekarang... kami bertukar kepada...
Disini saya ingin memperkenalkan saja bagi yang belum mengetahui tentang inai mekah original ini.. namun begitu, jenis pembungkusan lain sama ada dalam bentuk bekas, jar ataupun serbuk masih lagi diteruskan untuk pengambilan order..

TUNGGU APA LAGI!!!

ORDER DI BUKA SEKARANG!!!

Hubungi saya, 012-5705495.. (Whatsapp @ msg saja)

      ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 23 December 2014

Penjualan Inai Mekah asli - merah ang-ang -

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada kali ini saya ingin memperkenalkan inai pokok dari mekah.. 100% original... 

siapa peminat tegar atau pemakai tegar inai macam saya angkat tangan!!!

saya ni minat giler dengan inai.. abis je merah.,. terus sambung pakai inai..

ada palapes ke tak dak ke.. pakai je... huhuhu..

ramai dah yang pakai.. 

Alhamdulillah hasilnya terbaik.. 

merah elok je warna dia.. lambat nak hilang plak tu.. 

merahkan?? insyaAllah.. dijamin puas hati..

Pernah orang tanya saya, "merahnya inai, inai apa ni?"
okey, disebabkan saya nak kongsi rahsia inai saya merah, saya telah membuat penjualan inai mekah ini untuk semua orang.. jangan risau semua peringkat umur boleh guna.. tiada bahan kimia atau bahan pengawet.. khas untuk semua yang ikuti blog saya ini.. ni rahsia kita tau..






Memang sekarang nak cari inai yang asli susah sangat.. bila beli kat kedai tu dia dah campurkan dengan bahan kimia lain.. bila pakai rasa rengsa je kat jari..then.. kuku pon boleh rosak tau...tapi kalau guna inai asli.. tak pulak rasa macam tu..

Saya jual inai dalam beberapa jenis..









ni antara yang saya jual la... 

kalau berminat, boleh la wassap or mesej saya 0125705495

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...