Tuesday 11 October 2016

Bukti wanita itu lemah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sudah lama rasanya saya tidak menulis diblog ni... rasa macam dah bersawang dah..
sekali tulis, nah amik hampa, baca lah sampai muntah na,.. hahahaha..

Untuk entry kali ini saya akan menerangkan isu yang sering diperkatakan dan dikaitkan dengan wanita.

 Baiklah, wanita sering dianggap lemah oleh kaum lelaki dan diperakui pernyataan ini sejak azali kewujudan manusia.

Ya, wanita itu lemah dari segi fizikalnya namun wanita kuat dari segi mentalnya berbanding lelaki.

Ada  beberapa bukti yang mengaitkan tentang kelemahan wanita ini.

apa bukti nya? habaq mai sikit.. hehehe..

1.       Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki yang bengkok seperti mana firman Allah dalam Al-Quran.


2.       Menurut kajian perubatan moden, wanita lebih mudah dijangkiti penyakit berbanding lelaki. Wanita juga berisiko menghadapi tulang reput dan wajah yang dimamah usia lebih awal berbanding lelaki. 


3.       Wanita mempunyai satu akal dan sembilan nafsu iaitu keinginan terhadap kecantikan, kewangan dan lelaki.


4.       Wanita dinyatakan lebih ramai menjadi penghuni di neraka berbanding lelaki.


5.       Wanita tidak tahan dengan pujuk rayu dan mudah menerima pengaruh dari lelaki.

Ini adalah beberapa bukti yang wanita itu lemah , 

namun begitu wanita juga berkemampuan dan kuat dalam menghadapi cabaran dan dugaan berbanding lelaki kerana kebiasaannya lelaki akan bergantung harap lebih kepada wanita dalam kehidupan sehariaannya. 

Hal ini lah yang menyebabkan lelaki memerlukan wanita sebagai pelengkap dan pendamping sehingga ke syurga.

Istimewakan wanita?

Walaupun lemah tapi tetap ada yang ingin bertaut dan berkasih sayang..


Hebat wanita ni..

Nak tau kenapa kata wanita ni istimewa sangat?

sebab ada jugak lelaki yang tukar hampir sepenuhnya anggota badan untuk menjadi seperti wanita.. 

hebatkan penangan wanita ni.. hahahaha...

laki pon sanggup tukar jantina kot... hahahaa.. :P

okey, papai... jumpa nanti next entry pulak ye.. :*



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Masalah cirit birit ? keracunan makanan?? jom buat ini..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

bagi sesiapa yang ada  mengalami cirit birit dan ada tanda-tanda keracunan makanan.. 

jom cuba salah satu daripada cara kat bawah ni.. in shaa Allah , boleh cepat sembuh.. yang penting, niatkan kerana Allah dan percaya dengan kuasa Allah.. kita cuma ikhtiaq ja.. okey,,

  • Masak lobak dengan api kecil selama 2 jam ( 1kg lobak dengan 1 ½ liter air) .. tambahkan 3g garam halus dan minum setelah sejuk.
  • Goreng  2/3 sudu besar beras tanpa minyak sehingga hangus, masukkan ke dalam secawan air panas, biarkan selama beberapa minit kemudian minum ke semuanya.
  • Celur beberapa biji kurma dengan sedikit air mendidih. Lumatkan dengan cara menekannya menggunakan sudu. Campurkan sedikit madu kemudian minum 3 kali sehari.
  • Basuh dan bersihkan akar anggur. Rendam dalam air masak selama beberapa minit kemudian minum.
  • Buang kulit dua biji delima putih. Panggang sehingga kering dan tumbuk halus. Masukkan satu sudu besar bahan ini ke dalam air panas, kacau hingga rata lalu minum 3 kali sehari.
  • Makan buah delima putih muda dengan madu lebah.
  • Tumbuk halus kulit batang delima dan 3 sudu besar biji habatussauda. Masukkan air perahan rizom halia dan madu. Kacau hingga rata. Minum satu sudu besar setiap kali selepas makan setiap hari.
  • Campurkan daun , kulit berbatang kayu, buah muda, dan kulit buah delima yang masak. Rebus sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu minum.
  • Rebus kulit buah delima sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu minum.
  • Kupas 7 – 9 biji epal, kemudian parut setelah dibersihkan dan buang biji yang ada di dalamnya. Berikan kepada kanak-kanak sehingga kenyang sebanyak 3 kali sehari dalam tempoh 2 hingga 3 hari. Jika terdapat tanda untuk pulih, kurangkan jumlah epal dan tambahkan rebusan oat. Jauhi daripada pemakanan lain selain epal selama dia cirit-birit.
  • Hiris 3 biji epal dengan kulitnya, kemudian rebus dalam 1 liter air selama ¼ jam. Minum rebusan tersebut sebanyak 4 gelas setiap hari. In shaa Allah dapat mengubati segala penyakit dalam perut.
  • Kupas epal dan parut kemudian rebus dengan air bercampur gula. Setelah sejuk, berikan kepada kanak-kanak yang cirit birit tanpa mencampurkan dengan makanan lain.
  • Parut lobak merah dan campurkan ke dalam makanan atau susu kanak-kanak. Kemudian berikan sesudu madu selepas bangun tidur dan sebelum tidur.
  • Kupas kulit 2 ulas bawang putih, cuci kemudian rebus dengan segelas air. Setelah sejuk, minum air rebusan sebelum makan. Lakukan 3 kali sehari sehingga sembuh.
  • Kupas kulit 5 ulas bawang putih dan remdam didalam air panas selama 10 minit dan makan. Lakukan 2 kali sehari.
  • Kupas kulit kunyit , bawang besar dan bawang putih lalu rebus. Minum air rebusan tersebut.
  • Bakar 5 ulas bawang putih, kupas kulitnya dan makan. Lakukan dua kali sehari.
  • Makan biji habatussauda ( 7 biji) setiap pagi bersama sesudu madu.


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Cara mencari titik persefahaman antara suami isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1.       Tidak mengharapkan pasangan kita menjadi seratus peratus seperti yang kita inginkan.


2.       Bertimbang rasa dan menerimanya seadanya.


3.       Melihat kebaikan pasangan lebih daripada keburukannya.


4.       Tidak terlalu memfokuskan perkara yang remeh temeh.


5.       Buat perubahan diri sendiri melebihi daripada mengharapkan pasangan yang berubah.


6.       Kurangkan mencari cacat cela pasangan.


7.       Banyakkan muhasabah diri dan beristighfar sekiranya mengalami masalah rumahtangga.


8.       Fikirkan perkara yang positif


9.       Gunakan kewarasan minda untuk membuat keputusan berbanding menggunakan emosi.


10.   Elakkan mengadu domba dan membuat kritikan mengenai pasangan kepada orang lain.


11.   Menghargai apa yang kita miliki.


12.   Fahami diri sendiri untuk memahami pasangan.


13.   Sentiasa memberikan kemaafan kepada pasangan.


14.   Merendahkan ego dan sentiasa memohon kemaafan daripada pasangan.


Sumber  : Buku Keluarga Menuju Syurga

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Masalah kegemukan dan badan banyak lemak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

  • Ramas-ramas 2 genggam daun delima dengan sedikit garam dan segelas air masak, perah kemudian minum ½ gelas bagi sekali minum. Lakukan 2 kali sehari.
  • Tumbuk isi 2 biji buah delima putih beserta biji sehingga lumat. Campurkan 3 sudu besar air masak dan letakkan sedikit garam, kacau rata, tapis dan minum. Lakukan 3 kali sehari.
  • Rebus barli sekurang-kurangnya 3g bersama air secukupnya, setelah barli kembang, minum bersama air biasa dan tambahkan sedikit gula. Minum setiap hari.
  • Mengamalkan juga Talbinah iaitu bancuhan barli bersama susu segar dan sedikit madu.
  • Makan buah anggur, jagung masak, mangga atau pisang masak secukupnya setiap hari.
  • Memakan 1 @ 2 biji buah tomato yang ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan.
  • Rebus kacang kuda ½ cawan kecil atau ¾ cawan sehingga kembang. Makan sehingga menghilangkan rasa lapar.
  • Ambil 3 – 4 batang serai yang telah dibuang akar dan daun, diracik-racik dan direbus. Ambil segelas air rebusan itu dan minum perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Ciri-ciri yang perlu ada pada pasangan yang bakal berkahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1.       Pasangan yang dipilih mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab.

2.       Mencari nafkah yang halal dan berkat.

3.       Pasangan ideal yang mampu bersikap baik terhadap isterinya kelak.

4.       Pasangan yang dapat memberikan  kebebasan berfikir dan memberi pendapat serta menerima kekurangan dan kelemahan.

5.       Pasangan yang mampu membantu dan memahami antara satu sama lain.

6.       Pasangan yang dapat menjaga kewibawaan suami ataupun isteri serta mampu membimbing ke jalan yang baik.

7.        Pasangan dapat menghormati dan menyayangi keluarganya.

8.       Pasangan yang mampu menjadi ibubapa yang baik.

9.       Pasangan yang kecintaannya ikhlas kerana Allah s.w.t


Sumber : Buku Keluarga Menuju Syurga

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday 5 October 2016

Keunikan wanita berbanding lelaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. .

Entrykali ni saya nak kongsikan mengapa wanita ni diciptakan ? Dan apa yang menyebabkan wanita ini dilihat begitu unik berbanding lelaki..?

Tapi sebelum tu, nak tau mcm mna Allah jadikan wanita, nah baca ni..

http://solehahkahaku.blogspot.my/2014/11/wanita-jom-kenali-diri-kita.html ...

Setelah Allah jadikan Hawa untuk kaum  Adam..

Malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"


Allah menjawab:
"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita? Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".


Malaikat menjawab dgn takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"


Allah menjawab,
"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"


Allah menjawab,
"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat. 

Allah melanjutkan, 
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita. "


Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, 

Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,
Dia mampu menyanyi ketika menangis, 
Dia akan menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, 
Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, 
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran. 
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
Tapi dia mampu mengatasinya. 
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.


Allah S.W.T berfirman: 
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan ketenangan. Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang"

Apakah simbol kekuatan untuk melahirkan anak itu?

kebiasaannya manusia dapat menampung kesakitan sebanyak 45 Del.. 
tapi saat wanita melahirkan anak akan menanggung kesakitan sebanyak 57 del... kesakitan yang ditanggung juga bersamaan dengan 20 tulang yang patah dalam satu masa.

secara normalnya, badan manusia dewasa mempunyai 206 tulang yang menjaga kekuatan badan manakala bagi bayi, dilahirkan dengan 300 tulang.. bayangkan kesakitan yang ditanggung semasa melahirkan anak.. Allahu.. memang kuat insan yang bernama wanita ni.

Biasanya, wanita akan  kehilangan...
10ml hingga 35ml darah setiap kali haid..
350ml setiap kali derma darah..
500ml setiap kali melalui proses kelahiran anak...

saiz rahim yang biasa sebesar bola pingpong..
ketika mengandung, saiz rahim akan membesar 500 kali ganda daripada saiz normal/biasa..

walaupun wanita tahu akan kesakitan yang bakal dialami tapi mereka tak pernah mengeluh untuk meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w..

Baginda s.a.w pernah bersabda: 
“Berkahwinlah dengan perempuan yang melahirkan anak ramai lagi penyayang kerana sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya bilangan kamu.”

Itulah kehebatan wanita yang lelaki takkan mampu untuk mengalaminya..

respect my mum, sis , sis-in-law and my future mum-in-law..
love all of u..

hope soon i'll be a part from them as a MOTHER..
in shaa Allah.. aamiin..

Tlg doakan sya yee,, :*

Last but not least,  thanks ye sudi walk away kat blog saya..

Meh la singgah slalu ye..
Kalau nak saya singgah blog anda juga, bleh bg link kat komen ye,, :*

#sayangsemua

#gambar dari mr. Google..


Monday 3 October 2016

Dah berkahwin tapi belum ada anak.. nah baca nih!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. .

Kali ni saya nak kongsikan tentang,..

PERKAHWINAN TANPA ZURIAT.. Kesedihan atau Keuntungan?

“Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama..

Tiada satupun pasangan suami isteri yang telah ALLaH satukan dalam pernikahan yang sah yang tidak mahukan zuriat.. Tapi rezeki manusia itu berbeza-beza.. Ada yang sudah bernikah bertahun-tahun lamanya tapi masih belum ada rezeki anak.. Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain..

Banyak lah mulut yang bercakap-cakap...

“Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil”
“Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri”
“Takde berubat mana-mana ke? Cubalah ikhtiar”
“Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk”
“Bro.. Air mani kau tak power kut…”

MashaALLaH… Yang berkata dan bertanya pun seolah-olah seperti tiada iman.. Ingat anak ni macam beli air kat vending machine ke? Masuk duit, tekan punat nak jantina apa, terus keluar anak tu? Satu lagi, pasti ke yang kita akan hidup sampai tua?

Sedangkan Nabi ALLaH Zakaria a.s. diuji dengan tiada zuriat sehinga Baginda tua.. dan Baginda tak putus-putus berdo’a memohon agar dikurniakan zuriat.. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi ALLaH SWT.. Akhirnya Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang mandul dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Yahya a.s.

Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan harapan biarlah “sangkut”.. Alangkah kecewanya hati, alangkah sedihnya hati bila tiba-tiba “bocor”.. Air mata cepat-cepat dikesat agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira seolah-olah takde apa yang dirasa kerana taknak suami turut kecewa..

Bukan taknak ikhtiar.. Fitrah manusia itu sendiri berikhtiar.. Zaman sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih.. Tapi bukan semua orang mampu.. Katalah kalau mampu sekalipun, bohong kalau takde rasa bimbang.. Bagi si isteri, bagaimana kalau terbukti memang dia tak boleh mengandung? Bagaimana penerimaan suami nanti? Apa fungsi seorang isteri? Perlukah diizin suami menikah lagi?

Bagi si suami pula, bagaimana jika terbukti dia tak mampu memberi zuriat? Hancurkah ego seorang lelaki? Hilangkah kejantanannya? Bagaimana harus dijelaskan kepada isteri? Semua ini memerlukan tahap redha dan persediaan mental yang amat tinggi.. Ada juga suami yang salahkan isteri setiap bulan apabila isteri datang haid..

Seolah-olah isteri itu yang menentukan dia mahu hamil atau tidak.. Tak semua pasangan mampu duduk bertentang mata untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini..

Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar shopping bersama?

Bertabahlah sayangku,,,

Kau bukan ditakdirkan tidak memiliki anak cuma Allah rindukan rintihan hambaNya untuk sentiasa berteleku di atas tikar sejadah .. menadah tangan dalam keadaan berjemaah bersama suami .. pengharapan itu yang Allah inginkan.. Allah nak uji sejauh mana anda pasangan suami isteri mampu bersabar untuk menghadapi nya,,

Saya amat respek.. Anda berdua memang insan yang kuat..

Anak angkat… ?

Memang mudah untuk dilafazkan tapi tak semua pasangan mampu melakukannya.. Ada suami yang berkeras hanya mahukan zuriat daripada bakanya sendiri.. Ada pula yang memikirkan masa depan anak itu nanti.. Bagaimana nak hadapi waktu untuk menjelaskan status anak itu nanti bila dia sudah dewasa.. Satu lagi yang ramai terlupa.. Anak angkat juga merupakan rezeki anugerah ALLaH..
baby

Bukan semua pasangan ALLaH hadiahkan anak angkat.. Ada kes yang bertahun-tahun mencari anak angkat tapi ada je halangannya.. Duit dah keluar, tapi akhirnya si ibu ubah fikiran.. Ada juga yang memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi proses itu tidak semudah ABC.. Banyak prosedur dan saringan yang akan dilakukan.. Akhirnya penantian itu jadi terlalu menyiksakan..

Kepada pasangan yang ALLaH uji tanpa zuriat lagi, kuatkanlah semangat kalian..

Bukan suatu kesedihan atau malang sekiranya memiliki anak lambat atau tidak memiliki anak,,

Tapi ia merupakan suatu Keuntungan untuk kalian berdua..

Kerana...

Mungkin ALLaH nak bagi masa untuk kalian kuatkan ikatan perkahwinan.. Mungkin ALLaH nak kalian enjoy honeymoon lama sikit.. Bersangka baiklah kepada ALLaH.. Jangan putus berdo’a dan cubalah cari masa yang sesuai untuk berbincang suami isteri.. Pilihlah jalan terbaik.. Jika nak ikhtiar, biarlah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.. Bagi keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hentikan soalan-soalan yang boleh mengguris perasaan.. Ini semua hak mutlak ALLaH..

Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada’ dan Qadar ALLaH.. Hati-hati jangan sampai jatuh kufur.. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.. Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka.. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan..

Kepada yang masih mencuba, amalkanlah do’a Nabi Zakaria a.s. iaitu Ayat 89 daripada Surah al-Anbiya’.. Pastikan isteri ambil EPO, Acid Folic dan Vitamin E 400 secara berterusan dan suami pula makan Multivitamin (apa-apa brand pun boleh).. Boleh beli di farmasi untuk stabilkan hormon dan sihatkan sperma.. Pastikan “bersama” di antara hari ke-9 sehingga hari ke-21 daripada hari haid pertama dan mesti “bersama” setiap 4 hari sekali dalam tempoh 13 hari ini.. Ini waktu subur wanita dan tempoh 4 hari sekali memastikan sperma suami berada dalam keadaan kualiti yang paling optimum.. 

Ramai lelaki berpendapat air mani yang tersimpan lama adalah lebih baik, tetapi ianya SALAH! Menurut pakar perubatan, air mani lelaki berada dalam keadaan yang paling sihat adalah ketika ia minimum 3 hari dan maksimum 5 hari. Selepas hari ke-5, sperma di dalam air mani mula bertukar menjadi sperma yang tidak berkualiti lagi. Para suami semua sila ambil perhatian!

kalau masih belum berkesan, dapatkan nasihat pakar perubatan tentang kesuburan dan kelahiran bayi.. in shaa Allah.. Allah takkan pernah sia2kan hambaNya yang meminta denganNya.. cuma sama ada cepat atau lambat..

Mana tau , setelah ikhtiar anda dapat anak kembar.. be strong okey..

Yang pastinya, jangan terlalu stress dan pikir sangat.. jalani ja hubungan suami isteri seperti baru-baru berkahwin.. in shaa Allah. . Sya doakan kalian cepat2 dikurniakan anak kembar ye,, yang penting,  jangan putus asa ye,,

Sekian, terima kasih .

Petikan : Salin dan tampal melalui mesej di Whatsapp grup.
●●●
Terima kasih buat penulis asal .

Ini adalah motivasi bagi setiap pasangan suami isteri yang sedang ikhtiar Zuriat.

InsyaAllah. Berlapang dadalah.

Setiap ikhtiar itu Allah Tahu dan DIA ambil kira😊

Apa2 pon , kalian yg dah berkahwin ini, jauh lebih bertuah daripada saya yang belum berkahwin ni., doakan saya juga cepat diijabkabulkan dengan pasangan saya ye.. :*

#wishmelucktoo

Hehehe,.

Derma darah ( bahagian 2 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. .

Erm.. banyak benda nak cerita kali ni.. hahahaha,,

sambungan entry
 http://solehahkahaku.blogspot.my/2012/03/argh-darah-tak-nak-takut.html

Alhamdulillah.. dapat jugak derma darah akhirnya. . 1 botol penuh.. xsampai 8 minit pon ambil darah,. Tengok2 dah siap,,

Tanya nurse, " eh, dah siap ke? "

" haah, dah penuh dah., okey tak boleh bangun lagi.. rest dulu 10 ke 15 minit ye,, kalau rasa dah okey tak pening bagitau ye.. ha, lepas ni boleh la derma darah lagi.. tak sakitkan..."

Serius wey, aku ketaq gila masa nak derma darah., hahahaha..

Macam2 dalam fikiran, jap gi aku pengsan ka apa ka macam mana.. boleh ka orang yg nak terima darah aku tu sihat macam biasa..

Alhamdulillah akhirnya semua selamat. .

#thanksAllah

semoga 'awk' yg menggunakan darah saya sihat selalu..

Darah saya akan mengalir dalam badan awak.. semoga semuanya baik2 saja..
Terinspirasi drp tgk arwah abah dialisis dulu.. rasa nak bantu sapa2 yg perlukn darah 0..

#2ndtimes

Masa first time dulu,aku derma darah dalam plkn masa tu.. kempen derma darah dalam plkn teluk nipah atau dikenali sebagai kem plkn sri kandi.. 



 Masa tu, nurse ambil darah 1/2 botol ja sebab kurang berat badan tapi gedik sangat merayu kat nurse dgn doktor nak derma darah jugak.. masa tu darah punya bacaan pon tengah2 urat ja.. berat badan pon 45kg ja.

Lpas derma tu, rasa macam nak pitam ja.. mujur depa bagi ayaq dgn roti gardenia sorang satu utk penderma,. Makan2 rasa segar balik.. doktor ada bagi ubat folic acid dgn iron tablet.. doktor kata untuk tambah darah.. so then lain kali boleh derma darah lagi..

Dan alhamdulillah hasil makan folic acid, iron tablet dan minyak ikan kod., dah boleh derma darah semula., berat sekarang pon 55kg walaupum sebenarnya 3 minggu lepas berat 58kg.. sejak dok rumah sewa ni, makan tak tentu, tido tak tentu, jalan kaki ke usm.. mau tak nye la berat badan turun,. Tapi itu yg membuatkan sya happy.. yeah,!

Apa2 pon janji dpt derma darah..

Masa second punya derma darah lupa nak bawak buku, jadi doktor bagi kad ja ganti buku, katanya nnti kalau pi derma darah lagi depa akan update semula..

nak bago cukup 3 ke 4 kali derma darah, sebab boleh cucuk hepatitis percuma,, (com sikit).. hahahaha,,

Kajian kesihatan :

* wanita sihat bleh derma darah 2 @ 3 kali setahun. (Krana wanita kehilangan darah yg banyak semasa period )
* lelaki sihat bleh derma darah maksimum 5 kali setahun.
* setelah derma darah, darah baru akan ambil masa utk terbentuk dlm bdn kira2 sebulan barulah darah merah diperbaharui sepenuhnya.
* digalakan setelah menderma darah, 3 @ 4 bulan selepas itu baru boleh menderma lagi..

Okey la,, tunggu bulan 12 pulak kita pi derma lagi.. yahoo.. bestnya..

Jom lah join derma darah.. tak sakit pom,, :*

#dermadarah





Cara shopping yang cepat dan puas hati..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. ..

Kali ni saya nak crita macam mana nak buat bagi kita pergi dan balik shopping dengan selesa dan puas hati..

1. Pergi shopping mall dengan hanya membawa duit dalam jumlah yang terhad atau bawa kad debit sahaja (bukan kad kredit ye). Kad diskaun atau membership card juga pastikan bawa ye.. ni untuk penjimatan berganda.. Elak bawak duit dlm beg tgn beribu raban sbb kita tak tahu tengah kita ralit, pencuri pon dok ralit tgk beg kita.

2. Pastikan hari tersebut merupakan promotion days atau  membership days. . Elakkan pergi sehari before perayaan atau cuti umum kerana kesesakan jalan raya dan shopping mall akan jadi terlalu busy (counter queue) . Padahal kalau hampa nak tau, masa tu bukan ada sangat pon size hampa tu kebanyakan nya dah habis saiz dah.. sebaiknya 2 atau 3  hari sebelum perayaan.. itu lebih baik..

3. Kalau membership depa akan antar flyers kat rumah, cek dulu  jenis kasut atau baju dan harga yang nak dibeli.. dah tau jenis kasut baru la pi shopping mall.

4. Semasa berada di booth2 kasut atau baju dalam shopping mall,  ambil sekeping kertas atau bawa buku 555 , catatkan nama booth atau kedai kasut atau baju  dan juga harga kasut yg kita minat tu.. cth : sembonia : rm90, polo club : rm150, carlo rina : rm40.. supaya senang kita buat perbandingan.. nnti bila kira rasa yg booth 1 kita pi lagi cantik, trus ja pergi kat sembonia.. kalau kita tak buat macam ni, kemungkinan besar kita akan cari semula kasut tu kat semua kedai sebab lupa kedai mana kasut yang kita berkenan tu.

5. Tidak digalakkan kita berada di satu2 booth tu lama2 sematanya nak pilih satu kasut kerana ia akan menyebabkan kita rambang mata .. last2 kita beli sampai lari bajet.. hahaha..

6. Kalau dibenarkan ambil gambar, ambillah gambar kasut yg kita berkenan itu supaya bila berada di booth lain , kita boleh compare lawa ke tak kasut atau baju tu..

7. Belilah baju atau kasut yang harga nya berpatutan dan bersesuaian dengan kita. Jangan beli saja , ( masa beli tu nampak cantik) tapi balik2 tak pakai pon.. ini pon masalah jugak.. hahahah.. pastikan untuk nak tahan lama, jangan beli yang terlalu murah dan tiada kualiti dari segi pembuatannya.. cari yang betul2 berkualiti kalau ingin pakai lebih 3 ke 5 tahun ke atas..

8. Beli saiz yang sesuai dan pada masa yang sesuai..
Sebagai contoh,  kalau nak beli kasut, pastikan beli pada waktu  petang kerana pada masa itu, kaki kita mula mengembang, jadi kalau kita beli pada waktu kaki menguncup saiz tu akan kecil sedikit dan membuatkan
kita tak selesa nak pakai lama.

9. Wanita yang mengandung seeloknya tidak berjalan banyak untuk memilih kasut kerana dikhuatiri bengkak kaki. Jadi, sebagai suami yg bertanggungjawab,  hendaklah membantu isteri memilih kasut atau baju..

10. Bagi wanita yang memiliki anak kecil dan barang belian yang banyak, minta supaya suami anda tengok2 kan anak2. Give and take la kan.. terutama beg tangan, minta suami galaskan sebab org perempuan ni kalau nampak kasut time nak try tu dy main letak ja mana2.. bahaya tu,.. no..no..no.. jgn buat ye..

So, apa2 pon kena pastikan kita enjoy but safe, okey,,