Tuesday, 11 October 2016

Masalah kegemukan dan badan banyak lemak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

  • Ramas-ramas 2 genggam daun delima dengan sedikit garam dan segelas air masak, perah kemudian minum ½ gelas bagi sekali minum. Lakukan 2 kali sehari.
  • Tumbuk isi 2 biji buah delima putih beserta biji sehingga lumat. Campurkan 3 sudu besar air masak dan letakkan sedikit garam, kacau rata, tapis dan minum. Lakukan 3 kali sehari.
  • Rebus barli sekurang-kurangnya 3g bersama air secukupnya, setelah barli kembang, minum bersama air biasa dan tambahkan sedikit gula. Minum setiap hari.
  • Mengamalkan juga Talbinah iaitu bancuhan barli bersama susu segar dan sedikit madu.
  • Makan buah anggur, jagung masak, mangga atau pisang masak secukupnya setiap hari.
  • Memakan 1 @ 2 biji buah tomato yang ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan.
  • Rebus kacang kuda ½ cawan kecil atau ¾ cawan sehingga kembang. Makan sehingga menghilangkan rasa lapar.
  • Ambil 3 – 4 batang serai yang telah dibuang akar dan daun, diracik-racik dan direbus. Ambil segelas air rebusan itu dan minum perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: