Assalamualaikum dan salam sejahtera..
1.
Tidak mengharapkan pasangan kita
menjadi seratus peratus seperti yang kita inginkan.
2.
Bertimbang rasa dan menerimanya
seadanya.
3.
Melihat kebaikan pasangan lebih
daripada keburukannya.
4.
Tidak terlalu memfokuskan perkara
yang remeh temeh.
5.
Buat perubahan diri sendiri
melebihi daripada mengharapkan pasangan yang berubah.
6.
Kurangkan mencari cacat cela
pasangan.
7.
Banyakkan muhasabah diri dan
beristighfar sekiranya mengalami masalah rumahtangga.
8.
Fikirkan perkara yang positif
9.
Gunakan kewarasan minda untuk
membuat keputusan berbanding menggunakan emosi.
10.
Elakkan mengadu domba dan membuat
kritikan mengenai pasangan kepada orang lain.
11.
Menghargai apa yang kita miliki.
12.
Fahami diri sendiri untuk memahami
pasangan.
13.
Sentiasa memberikan kemaafan
kepada pasangan.
14.
Merendahkan ego dan sentiasa
memohon kemaafan daripada pasangan.
Sumber
: Buku Keluarga Menuju Syurga
No comments:
Post a Comment