Showing posts with label azam tahun baru. Show all posts
Showing posts with label azam tahun baru. Show all posts

Thursday, 1 June 2023

First Aid / Peti kecemasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Perjalanan pulang ke kampung atau bercuti luar dan dalam negara yang mengambil masa yang lama perlu berhati-hati dengan sebarang kemungkinan yang bakal  berlaku..  Jadi, untuk sesiapa yang merancang untuk melakukan perjalanan jauh hendaklah bersedia sebarang kecemasan yang bakal berlaku dengan menyediakan peti kecemasan terutamanya bagi mereka yang telah berkeluarga.. malang ni tidak berbau ye.. lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan.

Peti kecemasan / first aid tidak semestinya beli yang jenis complete kit kat farmasi tu.. kita boleh custom ikut keperluan kita.. cuma perkara asas perlulah ada terlebih dahulu.. benda-benda penting wajib ada.. nanti aku beritahu apa benda penting tu.. 

tidak semestinya beli first aid kit box ni
tq google untuk pic ni..


Boleh ja guna box biasa yang beli kat kedai eco rm2 tu pon boleh.. tapi pastikan ada label .. bahaya kalau anak-anak main... 

kami guna box yang macam ni saja.. beli yang kedap udara tu..
lepas tu, label saja first aid..



Saja la nak share sikit kan... Macam kami suami isteri memang akan bawa balik ke kampung atau kalau pergi travel bawa sekali dengan custom first aid kami.. meh aku cerita apa yang kami letak dalam first aid kami..

Apa yang kita perlu sediakan di dalam peti kecemasan / first aid kita?

Basic first aid

  • Bandages
  • sterile gauze
  • Antiseptic swabs
  • Antibiotic cream/lotion
  • Any ointment (minyak gamat, minyak serai wangi, minyak panas)
  • Mask
  • Hot cold pack
  • scissors
  • Hyrocyn aqua

Additional 

  • Thymol mouthwash - macam aku kalau perjalanan jauh,.. bila terlalu kering mulut, akan jadi ulcer..so mmg akan bawak balik yang ni sekali..
  • Muscle plast (banyak jenis jenama.. ikut la nak bawak jenama apa...neobun ke hundredplast ke salonplast ke)- yang ni bila kita angkat banyak barangkan.. mula rasa nak demam, badan sakit-sakit
  • Paracetamol - ubat tahan sakit/ demam ni memang akan letak siap-siap dalam box
  • Oral rehydration - air garam ni kalau time demam memang kena minum..
  • Copastin - ubat untuk redakan batuk.. berkesan la jugak yang ni.. memang akan bawak sekali..
  • Charcoal - ubat untuk time keracunan makanan.. sebab biasanya bila kita pi travel, kita akan makan banyak tempatkan.. so memang akan jadi keracunan makanan kadang-kadang tu..
  •  Loperamide hydrochloride - ubat untuk cirit-birit
  • Fucon - ubat sakit perut
  • cold fever - pelekat untuk demam (dewasa dan kanak-kanak.. yang ni memang kami akan bawak balik sekali .. senang tak perlu singgah mana-mana farmasi dah)
  • Bromhexine - ubat kalau kita kerap batuk untuk cair kahak
  • Buscopan - ubat untuk sakit perut
  • Oral aid - untuk ulcer
  • Cough lozenges
  • Hyoscine buthylbromide - ubat untuk perut memulas
  • Bisacodyl - ubat untuk mudah berak/lawas berak (boleh juga kalau nak try guna enema/lactul/pil/ pil chii kit teck aun)
Ubat aku sendiri (wajib)
  • Glucoxit (metformin) - ubat diabetes
  • Domperidone - ubat gastrik
  • Pantoprazole - ubat gastrik ( kurangkan acid dalam perut)
Ubat untuk anak
  • Sterimar set

Tak wajib bawa semua ni untuk orang lain.. kami bawa balik yang lengkap macam ni sebab tau dah bakal kena macam ni.. hahaha.. sokmo-sokmo sangat dah jadi.. hahaha.. so bagi kami macam wajib la ubat-ubatan ni.. in case kalau terlalu lama sakit dan tidak reda juga, baru kami ke klinik atau hospital berdekatan..

semoga Allah memberikan kita semua kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik,..aamiin ya rabbal ala min..

kalau boleh kita memang nak sihat ja kan, tapi biasa lah kita ni manusia.. memang akan diuji oleh Allah.. 

sebenarnya ketika kita sihat sekarang ni pon adalah ujian dari Allah.. bukan time sakit saja ujian Allah bagi..jadi, tak salah sekiranya kita beringat sebelum terkena.. 

Apa orang putih kata, Prevention is better than cure.. :)

Terima kasih sudi blogwalking kat blog ni..

jumpa lagi di next entry ye.. papai.. :) 


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Nama-nama anak lelaki dalam islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

kali ini aku nak kongsikan nama-nama yang sesuai untuk cahaya mata kita bagi bayi lelaki..

nama yang baik beserta maksud yang baik adalah digalakkan kerana ia merupakan doa dan akan dipanggil pada hari kiamat kelak..


Daripada Abi al-Darda’ R.A, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ
Maksudnya: ‏ Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.
Riwayat Abu Daud (4948) - dari page mufti wilayah persekutuan

A    B       F    G    H    I    J

Ibad - yang rajin beribadah
Ibrahim - Nama Nabi
Ibhar - gilang gemilang
Ibtisam - senyuman
Idlan - keadilan
Idris - Nama Nabi
Idrus - singa
Iffat - kehormatan diri
Idraki - pengetahuanku, kefahamanku
Iftiqar - keperluan
Ihsan - kebaikan
Iftikhar - kehormatan
Ihtisam - kehebatan
Ijlal - penghormatan
Ikhwan - persaudaraan
Ikhlas - memuliakan
Iktidal - keadilan
Ikhtiari - pilihanku
Iktisam - tenaga
Ikhtiaruddin - pilihan agama
Iktimad - berserah
Ilyas - nama rasul
Ilyasa' - nama rasul
Iliya' -nama Nabi
Ilham - ilmu /ilham/idea
'Imadi - sokonganku
Imaduddin - tiang agama
Iman - iman / yakin
Imdad - tolong , bantu, sokong
Imtiyaz - pilihan
Imran - budi bahasa
Inayat - pertolongan
Insaf - kesedaran
Intisar - kemenangan
Inas - kelembutan
Iqtidar - kekuatan , tenaga 
Iqbal - kejayaan
Irfan - kebijaksaan, kesyukuran
Irsyad - nasihat, panduan
Irsyaduddin - panduan agama
Is'ad - beroleh taufiq
Ishak - nama rasul
Iskandar - nama seorang raja
Isma - pemeliharaan
Isyhad - penyaksian
Islam - penyerahan
Islah - pembetulan
Ismail - nama rasul
Ismat - ketulinan, kesucian
Isa - nama Nabi
Isnawi -  nisbah
Israr - persendirian
Israq - memberi sinar
Istafa - pilih, sukakan
Isyraf - ketinggian
Iwadh - pengganti
Ithar - mengasihi orang lain
Iyad - sokongan, kekuatan
Iyas - yang mengecewakan lawan, pemberian
Iylia' - nama Nabi
Izdiyad - pertambahan
Izdihar - perkembangan
Izz - kekuatan
Izzan - kepatuhan
Izzat - kemuliaan
Izuddin - kemuliaan agama
Izzul islam - kemuliaan islam
Iz'aan - kepatuhan


Rujukan dari buku
1. 3000 pilihan dan panduan nama- nama islam oleh Abu Anees
2. 3000 nama- nama indah, tips amalan ibu mengandung dan pedoman melahirkan anak pintar oleh Abu Muhamaad Nukman Muqrin

Terima kasih kepada semua readers..

Semoga dengan panduan ini dapat membantu para ibu bapa memilih nama anak yang sesuai dengan maknanya.. mendapat panggilan yang baik- baik maknanya.. in shaa Allah..aamiin..

Semoga anak-anak kita dan seluruh keturunan kita menjadi anak yang soleh dan solehah penyejuk mata, bertakwa, kuat imannya, dijauhkan dari marabahaya, malapetaka, penyakit berjangkit, binatang liar, dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan dapat memasuki syurga Allah tanpa hisab.. aamiin ya rabbal ala min...


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 31 May 2023

Selamat hari lahir untuk diri ku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak kongsi sikit pasal aku. seorang insan yang agak kasar dan baik hati dalam pada masa yang sama.. ceh.. hahaha.. masuk bakul angkat sendiri.. hahaha.. sapa lagi kan nak puji kalau bukan diri kita sendiri.. hahaha..

okey lah, first thing first.. aku nak cerita tentang fasa kematangan aku ni.. sebelum ni aku ada cerita jugak sikit-sikit kan tapi kali ni aku nak detailkan lagi..

umur aku sudah memasuki tangga 3* ke atas.. cepatkan masa berlalu..sebab tu lah Allah ada pesan..sesungguhnya demi masa, manusia itu dalam kerugian .. melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..

tapi memang betul pon.. kadang aku pernah berzikir dalam 100 kali xsampai 10 minit dah siap dh.. kalau aku dok meralit tengok fon.. rasa kejap je.. tup-tup rupanya dah sejam aku tengok fon.. ya Allah lalainya aku kan.. maafkan aku ya Allah hamba mu yang hina ini.

Aku cuba untuk nak baiki lagi kelemahan diri aku sebagai seorang muslimah, sebagai seorang isteri, sebagai seorang anak serta ibu kepada anak-anak aku.. in shaa Allah.. aku akan cuba sehabis baik dan sehabis daya untuk baiki diri sendiri..

setiap hari aku akan muhasabah diri aku dan cuba untuk baiki apa yang kurang sedikit demi sedikit.. maafkan diriku ini wahai suamiku.. belum mampu jadi isteri solehah macam yang abang nak.. abang doakan ayang semoga mampu berubah 360 darjah ye.. 

Hari-hari aku berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan ku ini.. untuk jadi isteri yang solehah , anak yang baik serta ibu yang penyayang.. ya, begitu susah untuk kita berubah 100% yerr.. tapi aku still nak cuba jugak.. semoga aku berpeluang untuk masuk ke syurga Allah dan menjadi bidadari syurga untuk suamiku.. aamiin..

Hari birthday aku tahun ni ..aku rasa bahagia sangat.. suami aku tak pernah tak prepare hadiah untuk aku.. kali ni ada surprise delivery pulak.. terima kasih ye suami.. amat terharu sangat.. Aku dah beritahu dah kat suami.. jangan bagi hadiah mahal-mahal.. kalau nak bagi yang mahal bagi aku emas je.,. hahahaha,,..demand sangat kan... bukan apa kalau beli emas, boleh la jugak guna time masa-masa susah akan datang kan.. hehehe.. aku pikir untuk kebaikan bersama jugak.. contoh time anak nak kerja ka time anak nak masuk sekolah ka.. time-time memerlukan .. boleh la jugak gadai emas yang ada..

Tapi aku terima saja dah suami bersusah payah buat surprise delivery kat aku.. alhamdulillah bahagia sangat rasanya.. tak pernah seumur hidup dapat surprise delivery macam ni.. cuma tak surprise jugak sebabnya.. hahahaha.. lawak betul aku rasa..

Runner surprise delivery tu whatsapp aku tanya rumah dan waktu free.. hahaha.. sepatutnya boleh ja dia tanya  suami aku ..which is orang yang nak buat surprise kat aku.. bukan tanya kat orang yang nak di buat kejutan.. so, pada hari kejadian tak delah terkejut sangat.. hahaha.. suami aku pon pelik kenapa dia buat macam tu,..hahahaha..yela, aku kan suri rumah.. ofcourse la aku ada kat rumah.. hahaha..

Aku terima dengan hati terbuka dan sangat gembira dengan hadiah pemberian suami ku..

sejambak bunga cadbury dan kek brownies kedut dari Mamasab Bakery.. kek ni memang dah lama teringin nak makan,.. tup-tup suami hadiahkan sempena birthday.. rasa macam Allah dengar isi hati aku ni.. terima kasih ya Allah atas pemberian nikmat yang tak terhingga ini.. terima kasih suamiku sebab sudi bersusah payah cari rezeki untuk kita sekeluarga.. semoga Allah sentiasa murah kan rezeki abang, berikan kebahagiaan dan kejayaan yang besar di dunia dan diakhirat kelak.. aamiin ya rabbal ala min.. Ayang sentiasa doakan keselamatan dan kesejahteraan untuk abang..

Tahun ni alhamdulillah birthday aku jatuh dalam bulan syawal.. dapat la makan-makan.. 
tahun sebelum-sebelum ni selama 3 tahun birthday aku jatuh bulan ramadhan.. hehehe.. dapat sambut lepas buka puasa ja la.. hehehe... tapi tua-tua bangka macam ni, tak sambut pon xpe .. cuma harap suami sentiasa ingatlah tarikh keramat bagi aku ni.. hahaha.. lepas ni, nak hadiah ja untuk tahun-tahun akan datang.. tak nak kek dah.. hahaha.. dah terkena pre-diabetes ni.. kurang sangat dah beli kek.. hehehe.. kalau tak ka, dulu aku ni hantu kek la jugak.. hahaha.. abang, tahun depan birthday ayang beli emas tau.. hahahaha.. :p (gurau je).. 

terima kasih semua reader sudi singgah kat blog ni..

semoga kita semua berada dalam perlindungan dan rahmat Allah sentiasa,.. aaamiin..

jumpa lagi di next entry ye.. 

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday, 18 February 2023

Matang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kalau semua nak tahu, dulu aku seorang yg susah nak terima bila sesuatu keadaan tu membuatkan aku xselesa atau perkara yang buat aku tak suka..

Tapi selepas ada anak ni.. aku dah boleh adapt dan cuba menerima apa saja kebarangkalian perkara dan situasi yang bakal berlaku.. makin tua ni, makin sedar aku ni tak boleh stick dgn apa yang aku suka saja..

Aku cuba untuk memahami org lain dan perbaiki diri.. bila aku buat aku semakin tenang.. mungkin atas faktor sakit migran yg aku ada..aku dah malas nak memikirkan banyak perkara.. aku cuma ambik langkah berdiam diri dan cuba memendam rasa..

Ya, mungkin itu lebih baik untuk diriku. Bila kita terlalu berharap org yg kita syg.. setia dan jujur dgn kita.. sebaliknya yg kita akan dapat. Bertahan itu kenyataan mudah. Aku bukan seorang penyabar. Tapi aku cuba ajar diri aku untuk jadi penyabar. 

Kedengaran seperti orang merajuk. Rajuk itu lah yang cuba pujuk hatiku. Bila kita dah makin tua ni, kematangan diri turut mengekori sekali. Seiring dengan kematangan.. aku pun dah jadi malas nak ambil port perkara yang remeh. Cuma bila berkait dengan sesuatu yang serius tu, aku memang susah sikit nak bersabar la.

 Orang kata mudah saja nak sabar.. kena ajar diri untuk tidak bercakap tentang perkara yang kurang penting dan banyakkan mendengar. Untuk orang yang pendiam, mungkin mudah melakukannya. Sebaliknya sukar untuk aku. 

Kerana sejak azali, aku seorang yang suka bercakap dan suka sekiranya orang lain mendengar apa yang aku cakap. Doakan aku dipermudah untuk menjadi seorang yang penyabar dan pendiam. 

Hari-hari aku titipkan doa.. " Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, hapuskanlah sifat amarah ku dan kau limpahkan kesabaran untuk ku..aamiin..." . 

Semoga suatu hari nanti Allah makbulkan segala doaku.. aamiin..

semoga kita semua dapat istiqamah dalam menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari..aamiin..

orang kata tak mudah itu jadi mudah..

kadang kita rasa benda yang mudah itu tidak penting tapi hakikatnya penting untuk orang lain.

jadi tak salah kan kita berubah untuk diri kita dan orang lain. tak rugi pon kan..

Dalam hidup ni, kalau kita hendak bahagia, kita tak boleh harapkan orang lain untuk bahagiakan diri kita, kita yang kena usaha untuk cipta kebahagiaan itu.

semoga segala urusan hidup kita Allah permudahkan..aamiin..

terima kasih kepada semua reader..

hari ni terluah sikit rasa hati.. hehehe..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 9 November 2022

Pengenalan projek baru aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai semua, sihat ke tu?

okey, aku nak berkongsi sikit tentang blog ni.

Blog ni merupakan blog bisnes aku. 

terima kasih kepada semua followers yang sudi shopping dengan aku...

 sokongan korang semua amat aku perlukan.

Aku sebenarnya ada dua bisnes yang aku join sekarang iaitu 

Tudung Sauk Arena dan Inai Daun Asli.

Nak tau lebih lagi?

boleh tengok dekat website baru aku tau.. 

lepas ni, aku akan masukkan satu per satu..

kalau ada yang berkenan boleh la hubungi aku...

whatsapp je .. okey.. :  :)

kali ni aku memang sungguh-sungguh dah nak berbisnes ni..

mintak sangat korang sokong aku depan , belakang, kiri dan kanan.. hehehe..

semoga niat baik aku nak bantu ekonomi rumahtangga kami ni dipermudahkan oleh Allah s.w.t.. aamiiin..

orang kata rezeki ni takkan salah alamat kan.. aku harap bisnes aku kali ni berjaya berjalan dengan lancar.. ye aku faham.. bukan senang nak senang kan.. tapi aku akan terus mencuba untuk menjadi yang lebih baik daripada yang sebelum ni...

 Jadi surirumah ni sebenarnya stress jugak sebab setiap hari menghadap benda yang sama je kan.. dengan adanya bisnes baru aku ni dapatlah jugak aku mengisi ruang yang ada supaya aku tak sempat nak stress .. hahahaha.. busy keeennnn... hahahaha...

korang doakan aku ye.. semoga aku menjadi surirumah yang berjaya dunia dan akhirat bukan hanya untuk keluarga, untuk agama dan ekonomi negara... .. aamiin..  ace gituh.. hehehe..

terima kasih ye semua readers.. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 31 December 2021

Penghujung tahun 2021 ( most wonderful year)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

seronok untuk aku kongsi kan perasaan aku ketika ini. Hari ni hari terakhir tahun 2021.. tahun yang amat bermakna dan memberikan seribu satu pengalaman baru untuk aku dan suami aku.

Alhamdulillah setelah penantian hampir 4 tahun ni, kami dapat seorang putera yang comel yang kami idamkan. Alhamdulillah.. aku amat yakin dengan kekuasaan Allah untuk memberikan kami zuriat bila tiba masa yang sesuai setelah aku keguguran sekali. 

susah untuk digambarkan betapa bersyukurnya aku dan betapa bermaknanya tahun 2021. kenangan yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila..

Kenangan ttc July 2017 - Dec 2020
Kenangan berpantang Aug 2021 - Sept 2021

semua kenangan indah ini tercipta sekelip mata dengan kekuasaan Allah s.w.t .. alhamdulillah..

ingatlah, Allah akan bagi rezeki anak kat kita bila Allah rasa masa itu bersesuaian dengan kita punya status kewangan, status pekerjaan, dan status kediaman. maksudnya bila kita dah stabil semua tu baru Allah bagi.. tapi ada orang yang dapat rezeki anak awal berbanding rezeki lain.. itu pon suatu nikmat jugak.. bersyukurlah atas apa jua keaadaan.. Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani..

Antara banyak kenangan.. kenangan yang paling indah adalah time pregnant dan bersalin.

Aku cerita sikit la.. 

bila kita pregnant ni kan.. suatu perasaan gembira yang sukar digambarkan..

1. melalui saat alahan..
 bau perfume suami tak boleh bau.. bau kambing tak boleh.. bau wap nasi yg masa kita buka periuk tak boleh.. bau sampah kat dapur pon tak boleh.. pening kepala dan asyik mengantuk dari awal trimester 1 sampai 2nd trimester.. 

2. sakit pinggang yg teramat sgt masa perut besar.. hahaha.. biasalah.. nak tido tak boleh.. hehehe.. mengiring lama-lama sakit tgn.

3. mengidam... tiba-tiba makanan yang kita tak suka jadi suka.. hahaha... cth aku ni tak suka sushi, tiba-tiba masa pregnant pergi cari sushi.. mujur jumpa sushi yang full cook dan banyak flavour..tiba-tiba suka makan buah salak.. tiba-tiba suka spageti carbonara pulak.. (fav aku sebenarnya bolognese).. dulu mmg anti dgn carbonara.. dlm pregnant tiba-tiba boleh suka carbonara..
mujurlah xde mengidam pelik-pelik.. cuma satu benda ja aku mengidam yang tak dapat : nasi kandar.. lepas pantang baru dpt makan,.. hahaha...

4.perasaan paling rasa pelik masa pregnant.. kalau orang tak bagi apa yang kita nak, tiba-tiba mengalir air mata.. 2 benda yg suami aku susah nak lepas aku makan masa pregnant.. air neslo ais dengan durian.. memang merayu-rayu tapi suami aku tak bagi jugak.. menangis la.. hahaha.. dia rasa nak nangis sendiri.. perasaan tu mai sndiri.. hahaha.. last-last suami bagi rasa jugak 5 ulas durian dan sebelum bersalin dpt minum neslo ais.. hahaha..

5. benda paling syok skali, bila baby dah boleh tendang-tendang dalam perut.. seronok sgt.. tekan perut sikit.. baby tendang balik.. hahaha.. comey sgt.. bila panggil nama baby, baby tendang.. seronok sgt.. suami pon slalu kiss perut.. seronok sgt masa pregnant..  rasa macam nak pregnant lagi ja.. eh!!! tiber!! hahaha,...

lepas bersalin.. benda paling seronok sekali dapat pegang dan tgk baby dalam keadaan berdarah-darah tu,.. hahaha.. nurse tnya.. laki ka pompuan ni>?? laki.. terus nurse bawa lari.. cuma sedih la baby tak bergerak langsung dan tak menangis.. aku ingat baby aku dah tak de.. tapi nurse bagi tau lepas tu baby dah stabil.. alhamdulillah..

masa berpantang, mula-mula tak boleh nak adapt lagi cara pegang baby, mandikan baby, menyusukan baby.. rasa kekok sgt-sgt,.. tapi dengan bantuan mak mertua.. semuanya jadi mudah.. alhamdulillah.. terima kasih mak.. sepanjang bersalin.. mak la yang banyak tolong dari awal bersalin sampai habis berpantang. masak makan.. cuci pakaian.. lipat baju baby.. semua mak yg uruskan.. aku dah mintak nak buat sendiri cuci baju tu.. tapi mak aku offer diri nak basuhkan baju.. rasa segan sangat,.. masakan mak masa berpantang memang sedap sangat-sangat.. terima kasih banyak mak..

first time mengurut badan masa berpantang dulu.. memang best sgt.. tak pernah mengurut.. lepas je mengurut rasa ringan badan.. alhamdulillah.. rasa nya lepas ni kena curi masa untuk pergi mengurut.. hehehe..

masa dalam pantang baby asyik nangis .. tak tahu apa yang dia nak.. bila kita dah buat semua benda, cth.. tukar pampers, lapkan badan baby, bagi susu, letak ubat kat perut baby.. still lagi menangis.. masa tu memang tak tahu nak buat apa..dengan masih baru kan nak belajar jadi ibu.. hahaha.. 

tapi sekarang ni alhamdulillah lagi seminggu baby dah nak masuk 5 bulan dah.. yeehaa!! skrg ni mudah ja jaga.. malam-malam tepuk sikit2 dah tido dah.. alhamdulillah.. menangis pon sbb lapar atau mengantuk ja.. kira kita dah boleh detect apa dia nak.. rasa mudah sangat jaga.. alhamdulillah..

okey, last but not least, penghujung tahun 2021 ini ada banyak hikmah yang berlaku berkat kesabaran sepanjang dari tahun 2017 sampai 2021.. terima kasih jugak buat suami yang setia mengharungi suka dan duka bersama-sama.. tak pernah pon sesekali curang.. walaupun dalam tempoh 3 ke 4 tahun sebelum ni kita belum ada anak.. terima kasih ya Allah sebab sudi tetapkan hati suamiku untuk ku..

semoga kasih sayang kita suami isteri berkekalan dan kita sekeluarga dapat masuk ke syurga Allah bersama-sama.. aamiin ya rabbal ala min....in shaa Allah..

terima kasih semua readers yang sudi blogwalking dari awal saya buka blog ni sampai lah sekarang..

okey, dah akhir tahun ni, mestilah akan ada ucapan dan azam untuk tahun baru nanti kan.. kurang dari 24 jam dah kita akan memasuki tahun baru..

Azam tahun 2022 

1. harap-harap dapat kerja tetap dan berpencen.. aamiin.
2. harap dapat didik anak dan diri sendiri istiqhomah membaca al-quran
3. nak kurus ( impian tiap tahun.. hahaha.. kurusnya idok.. hahaha..)
4. nak ada rumah bukan menyewa lagi
5. nak pergi bercuti/ honeymoon sekali pon jadi la
6. nak jadi insan yang lebih baik akhlaknya daripada tahun2 sebelumnya
7. nak baiki ibadah solat 
8. nak elakkan diri dari kerap bercakap benda tidak berfaedah dan menyakitkn hati orang lain

semoga tahun depan tercapai apa yang dihajati.. kalau tak semua, sebahagiaan besar jika terlaksana, itu lebih membahagiakan. aamiin..

semoga hajat dan azam korang semua jugak dapat dipenuhi tahun depan.. aamiin.. 

yang penting , jangan putus asa dan teruslah berusaha ye..

jumpa lagi di next entry tahun depan.. :)

tapi sebelum tu, nak belanja sikit gambar kami sekeluarga sbg penutup tahun 2021..







  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...