Tuesday, 17 December 2024

Ujian Allah bagi ada hikmahnya (Part 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua, sambung lagi dari part 2 sebelum ni..


Okey, sekarang aku nak masuk part penting yang aku nak cerita..

sebelum tu, hampa boleh baca apa yang suami aku luahkan dalam statusnya yang panjang lebar di facebook.. hampa baca sendiri.. aku bagi link ja..

sebab kalau aku tulis ni, maunya sampai esok hampa dok baca entry ni lagi.. hahaha.. 
sekarangkan banyak cerita pasal suami / isteri yang meninggal kan.. kat tiktok, facebook atau dalam media sosial lain... atas banyak sebab la kan.. terkecuali yang meninggal sebab pembunuhan ye.. maksud aku yang sebab meninggal tu secara natural atau kenderaan atau  binatang ke apa saja lah yang bukan melibatkan pihak ketiga.. 

sebagai contoh, yang ni salah satu nya lah.. hampa baca sendiri.. aku bagi link ja..

dan banyak lagi kisah lain..isteri excident sebab balik tergesa-gesa dengan prank suami.. suami excident otw balik kerja.. excident jatuh gaung.. kematian semasa mandi air terjun ada kepala air.. macam-macam lagi kan kisah lain kan.. kerap sekarang kita dengar..


aku ni kan.. bila tengok kes-kes macam tu kita akan jadi insaf kan.. masa suamiku excident, aku diberitahu melalui panggilan telefon dari lelaki tak dikenali.. masa tu rasa nak luruh jantung..bawak kereta pon dalam keadaan tangan shaking..aku bernasib baik masa tu dapat dengar suara suamiku.. aku rasa macam lega sangat dapat dengar suara suamiku.. sampai je hospital tengok suamiku terlantar atas katil, menangis aku rasa macam sesak nafas sangat..mujurlah thaqif behave sangat masa tu.. thaqif takut tengok keadaan suami..biasa lah budak-budak..

apa pengajaran yang kita dapat bila kita tengok orang lain pasangannya meninggal dan kita melihat sendiri pasangan kita terlantar sakit??? takkan tak de sedikit pun rasa keinsafan kan..mestilah ada,,.. tak terkecuali aku.

masa tu, dalam fikiran aku mujur lah tidak berlaku apa-apa yang lebih serius kepada suamiku.. dahlah suamiku kerja malam masa tu.. tak dapat spend masa sama-sama.. last peluk pon sebelum suami pergi kerja.. mujur lah Allah masih beri peluang kedua untuk aku berbakti sebagai isteri..

aku kan sekarang kalau ada perselisihan faham .. dah tak nak gaduh lama-lama.. cukuplah paling lama sejam atau beberapa jam ja.. kalau boleh sebelum ke hari esoknya, aku akan pastikan kami boleh berbaik kembali..biarlah sapa pun yang salah.. aku cuba untuk cool down by myself.. rendahkan diri untuk mintak maaf walaupun situasi amat tegang.. 

biasalah rumahtangga.. mcm pepatah melayu la kan, lidah mana yang tidak tergigit kan.. 

kak aku selalu ingatkan aku, kalau bukan perkara besar, kita masih ada peluang untuk baiki hubungan suami isteri..

jadi isteri ni memang kena banyak bersabar.. macam yang kita tau la biasa nya urusan rumahtangga memang diserahkan kepada isteri.. kita memang akan stress sikit tapi just enjoy je..

Allah sentiasa bersama orang yang bersabar..

kenapa aku bagitau macam ni.. sebab kita tak tahu bila pengakhiran kita didunia ni.. kita nak ka diselimuti rasa bersalah dan penyesalan seumur hidup kita hanya sebab ego kita..

sekarang ni pon aku banyak muhasabah diri sendiri, bilamana ada perselisihan faham, aku duduk kejap.. aku cuba untuk pikir balik kebaikan pasangan kat aku.. rasanya lebih banyak yang baik berbanding yang buruk-buruk tu.. jadi aku lebih cepat cool down.. dan mula mintak maaf dulu tanpa kira siapa salah siapa betul.

tapikan bila pasangan kita tak bercakap dengan kita bukan bermaksud suatu kebebasan untuk kita.. boleh jadi pasangan kita memendam rasa dengan kita.. ambil cakna dan  sebelum kita nak diri kita dibahagiakan.. kita kena bahagiakan pasangan atau orang yang kita sayang dulu.. 

kita automatik akan jadi bahagia apabila orang lain bahagia.. 

kak aku pernah bagi nasihat dan aku rasa apa yang kak aku cakap tu betul.. aku patut kongsikan kat sini.. kak aku cakap, dalam dunia ni , kita takkan dapat apa yang kita nak.. kita nak orang buat baik dengan kita, kita nak orang jadi macam ni macam tu.. memang takkan dapat.. sebab dunia ni hanyalah sementara dan ujian buat kita.. betul la kan..  kalau kita lulus ujian, kat syurga banyak nikmat Allah bagi kan.. bersabar lah ye..

peringatan untuk diri dan semua readers jugak,
kita kena berlapang dada dan terima segala ujian yang Allah bagi kat kita dengan redha..
bila ada perselisihan faham, cepat-cepat redakan keadaan dan mintak maaf segera jika perlu..
jangan biar berhari-hari.. sebab kita tak tahu bila ajal kita..
nak ka kita meninggal dalam keadaan pasangan kita tak redha dengan kita..
itulah benda yang paling merisaukan..

semoga kita semua dapat berubah ke arah kebaikan dan tak salah pun untuk kita rendahkan ego kita untuk satukan balik keharmonian rumahtangga kita..

entry ni lebih kepada peringatan kepada diri aku sendiri sebenarnya.. 

Hidup kita ni takkan lari dari ujian.. 

Sejauh mana kita lari dari ujian, lagi banyak kita akan diuji..

Jangan lari dari ujian, hadapi dengan ilmu dan sabar.. kak aku cakap, hidup kita ni kena penuhkan dengan dengar ceramah, dengar ilmu-ilmu dari ustaz ustazah..barulah kita dapat muhasabah diri kita..

Kalau ada yang berminat untuk beli pendrive ustaz wadi annuar...

Dalam pendrive tu ada macam-macam ceramah dan bacaan ayat suci al-quran.. hampa boleh tekan link dan beli kat situ..

Sebenarnya ujian ni lah yang menambahkan warna dalam hidup manusia..

Macam dalam lagu bawah ni.. cuba hayati lirik nya..

Kesenangan yang datangTak akan selamanyaBegitulah selepas susah ada kesenanganSeperti selepas malam (malam)Datangnya siangOleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatanUntuk kebaikkanSebelum segalanya terlepas dari genggamanKelak menyesal nantiTak berkesudahanApa guna sesalanHanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjanganKelak akan membawah putus asa pada TuhanIngatlah biasanya kabusTak berpanjanganSetelah kabus berlaluPasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari AllahApakah kita kan sabarAtaupun sebaliknya
Ya betul, lepas kesusahan akan datang kesenangan..

Berbaik sangka lah kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Allah takkan uji kita kalau tak mampu..

Cuba hampa senyum.. 😁😁😁 

Ha... kan comey senyum macam tu.. 🤗🤗🤗🤗

La tahzan okey..


terima kasih sudi baca sampai habis..

jumpa lagi next entry ye..

Kalau perlu save la blog ni dalam google bookmark hampa.. bila-bila nak baca dialu-alukan.. 🥹🥹🥹

papai..

assalamualaikum..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: