Showing posts with label rancang kehamilan. Show all posts
Showing posts with label rancang kehamilan. Show all posts

Thursday, 24 August 2023

senarai barangan baby yang dibeli

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai semua ibu kat luar sana.. hari ni nak kongsi kan tentang senarai barangan bayi yang aku beli semasa aku mengandung anak yang pertama dulu..

okey , kat bawah ni aku dah letakkan beberapa item yang aku memang belikan untuk anak aku.. untuk kali ni aku tak nak cerita lagi apa pro and cons dia takut jadi lagi panjang entry ni.. cuma kali ini aku nak cerita tentang betapa excited nya aku untuk menjadi ibu.. dan macam biasa lah kan .. sesiapa pon akan google dan cari apa barang yang perlu untuk baby 1st kan sebab kita tak de guideline yang betul atau orang kata tak dak experience langsung la kan.. jadi, apa saja yang orang lain cadangkan kita akan beli tanpa memikirkan yang kita perlu atau tak untuk baby kita dan yang paling penting sekali, kita terlupa sama ada benda tu sesuai atau tak untuk anak kita..

Nursery furnishing checklist

  • Stroller
  • Car seat
  • Baby Carrier
  • Baby cot
  • Crib bumper baby cot
  • Bouncer
  • Playpen mat
  • Walker
  • High chair
  • Changing table
  • Baby clothes cabinet
  • Mosquito net
  • Potty trainer
  • Harnessess
  • Baby mattress

 Checklist baby daily

  • Short  sleeved shirts
  • Long sleeved shirts
  • Sleeveless shirts
  • Baby eyelet shirts
  • Rompers
  • Sweaters
  • Baby mitten
  • Baby caps
  • Sock
  • Baby booties
  • Baby silicon bibs
  • Baby binders
  • Legging
  • Baby muslin swaddle zip
  • Blanket
  • Air filled rubber cot sheet
  • Waterproof mat non toxic
  • Comforters
  • Washcloth
  • Pillows
  • Bolster
  • Hoodies towel
  • Baby nest
  • Baby mattress
  • Mattress coverings
  • Disposable diapers
  • Changing pad

Feeding & nursing essential

  • Breastpump
  • Nursing pads
  • Nipple cream
  • Nursing pillow
  • Nursing cover
  • Milk storage bag
  • Milk storage bottles 9oz (bpa free)
  • Milk storage bottles 5oz (bpa free)
  • Bottle brush
  • Drying bottle rack
  • Milk containers
  •  Nursery bag
  • Baby pacifier
  • Ice pack box
  • Ice bag
  • Nursing bra

 

Bathing & grooming essentials

  •  Baby towels
  • Sponge
  • Baby tub
  • Basin
  • Water dipper
  • Bathing support net
  • Finger toothbrush
  •  Baby travel toiletries set
  • Baby bath cases
  • Baby soap 100ml
  • Baby shampoo 100ml
  • Baby oil 100ml
  • Baby powder 100ml
  • Baby cream
  • Baby lotion
  • Mosquito repellent
  • Cotton swab / balls/ buds
  • Baby wipes
  • Nappy liners
  • Diapers ointment
  • Diapers rash powder
  • Baby thermometer
  • Medicine spoon
  • Nasal aspirator
  • Essential oil air humudifier
  • Baby nail clipper/trimmer
  • Baby comb and brush set
  • Baby detergent and softener
  • Water spray
  • Diapers litter basket
  • Baby laundry basket
  • Baby powder puff

 

Playing time

  • Baby toys
  • Learning and activity toys
  • Water filled teether
  •  Inflatable water baby mat
  • Baby bath toys

 

Delivery & Confinement time

  •  Luggage
  • Vacuum flask
  • Kain batik
  • Batu tungku
  • Tudung sarung
  • Basket
  •  Stokin tebal
  •  Sweater
  •  Getah rambut
  • Makanan dan minuman (milo, biskut)
  • Kurma dan air zam-zam
  • Urutan pantang
  • Set berpantang nona roguy ( tukar dengan jenama bidan kampung - mil yang arranged)
  • Set pengurusan uri baby ( tak beli sebab mak mertua kata boleh buat sendiri ja)
  •  Mini alquran
  • Charger
  • Buku pink
  • Kad pengenalan
  • Kad nikah & sijil nikah
  • Bengkung zip
  • Bepanthen cream (tukar guna drapoline cream sebab lagi sesuai dengan anak)
  • Overnight panties maternity (libresse / kotex)
  • Panties biasa & bra
  • Toiletries
  • Minyak angin mestika
  • Tuala
  • Selipar jepun
  • Minyak telon
  • Minyak tyt

okey.. untuk kali ini aku cuma senaraikan dulu ye.. nanti untuk next entry aku ceritakan apa yang perlu dan apa yang tak perlu sebenarnya bila kita dah ada anak ni.. dan barang apa yang kita dah boleh delete dari list ni..

sebabnya.. bila anak dah ada depan mata dan membesar ni..baru kita perasan.. aduhai banyaknya barang yang kita beli tapi kita tak guna.. membazirnya la hai.. jadi untuk next child,.. aku memang akan beli barang yang betul-betul perlu saja..

ermmm.. apa barang yang betul-betul perlu tu ye???

ha,,. nanti aku cerita dalam next entry ye..

stay tuned...

papai semua..

terima kasih sebab sudi blogwalking kat sini..

semoga semua readers dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. aamiin...



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 31 May 2023

Nama-nama anak lelaki dalam islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

kali ini aku nak kongsikan nama-nama yang sesuai untuk cahaya mata kita bagi bayi lelaki..

nama yang baik beserta maksud yang baik adalah digalakkan kerana ia merupakan doa dan akan dipanggil pada hari kiamat kelak..


Daripada Abi al-Darda’ R.A, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ
Maksudnya: ‏ Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.
Riwayat Abu Daud (4948) - dari page mufti wilayah persekutuan


A    B    D           G

Fadhlan - keutamaan
Fadil - yang mulia
Fadli - kelebihanku, ihsanku
Fadlin - keutamaan
Fadal - keutamaan
Fadlullah - kelebihan Allah
Fahad - harimau bintang
Fahim - yang faham, cerdik
Fahmi - kefahamanku
Fahman - kefahaman
Faid - yang tetap, yang berhasil
Faiq - tertinggi, utama
Faqih - yang mengerti
Faisal - penyelesaian
Faiz - berjaya
Fajar - cahaya putih
Fakhri - kemegahanku
Fakhruddin - kebanggaan agama
Falah - kejayaan
Fakhrullah - kemegahan Allah
Farabi - gembira, girang , periang
Farhad - kegirangan
Farhadi - kegiranganku, kegembiraanku
Farid - yang istimewa, permata, tiada bandingan
Fariduddin - permata agama, keistimewaan
Faridzuan - yang terpuji,  dirahmati
Fannani - seniman
Faris - yang alim. ahli penunggang kuda
Farisi - nisbah
Faruq - pembeza antara benar dan salah
Faruqi - nisbah
Fathi - pembukaanku, kemenanganku
Farhun - kegembiraan
Fathuddin - Pelupor, kejayaan agama
Fathul islam - pembukaan, kejayaan islam
Fathullah - pembukaan , kejayaan Allah
Fatih - pembuka, perintis
Fathurrahman - pembukaan, kejayaan Allah yang pengasih
Fattah - penakluk 
Fasahat - Fasih, lancar
Fauzi - kejayaanku
Fauzan - kejayaan
Fazari - nisbah
Fawwaz - Berjaya
Fayyad - murah hati
Fidaie - pengorbanan
Fikri - fikiranku
Firas - kecerdikan, celik akal
Firdaus - nama syurga
Fitri - semulajadi
Fuad - hati jiwa
Fuadi - jiwaku
Furqan - bukti , kenyataan
Fudail - kelebihan, kemuliaan

Rujukan dari buku
1. 3000 pilihan dan panduan nama- nama islam oleh Abu Anees
2. 3000 nama- nama indah, tips amalan ibu mengandung dan pedoman melahirkan anak pintar oleh Abu Muhamaad Nukman Muqrin

Terima kasih kepada semua readers..

Semoga dengan panduan ini dapat membantu para ibu bapa memilih nama anak yang sesuai dengan maknanya.. mendapat panggilan yang baik- baik maknanya.. in shaa Allah..aamiin..

Semoga anak-anak kita dan seluruh keturunan kita menjadi anak yang soleh dan solehah penyejuk mata, bertakwa, kuat imannya, dijauhkan dari marabahaya, malapetaka, penyakit berjangkit, binatang liar, dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan dapat memasuki syurga Allah tanpa hisab.. aamiin ya rabbal ala min...


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday, 6 April 2023

Cara penjagaan luka bersalin secara cser @ caesarean delivery

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak kongsi kan sedikit tentang kelahiran bayi secara pembedahan atau lebih dikenali dengan caesarean atau cser.. 

untuk kami orang perempuan ni, dengar perkataan cser saja dah takut.. setiap wanita kalau boleh memang nak bersalin secara normal terutamanya bagi si ibu yang pertama kali mengandung dan bersalin.. di sogokkan dengan pengalaman ngeri ketika bersalin, ketika dijahit dan ketika berpantang sudah cukup membuatkan si ibu berasa kurang selesa atau takut malah ada yang sanggup untuk 'hold' dulu untuk memiliki anak..

namun sudah semestinya dalam hubungan rumahtangga akan menginginkan anak sebagai penyeri rumahtangga.. itu adalah lumrah dan kami setiap wanita  akan menghadapinya jugak akhirnya..

ada yang kata.. boleh tak.. nak mengandung saja bersalin tak nak.. hahahaha..

gurauan sebegini biasanya terjadi kepada wanita yang trauma selepas melahirkan anaknya.. namun ada juga wanita yang diduga semasa mengandung contohnya mengalami alahan yang berpanjangan sehingga terpaksa masuk wad sepanjang mengandung sehingga menyebabkan wanita itu trauma untuk mengandung lagi.

berbalik kepada topik utama kita tentang cser.. 




bersalin cser ini dilakukan atas faktor-faktor tertentu dan bukannya kehendak kebiasaaanya namun ada para ibu yang lebih gemar untuk cser berbanding normal.. mungkin mereka ada alasan yang tersendiri.. aku pernah dengar ada yang beralasan kalau bersalin normal akan menyebabkan ruangan vagina menjadi luas dan tak seronok ketika bersama pasangan. jadi mereka ini memilih untuk melakukan cser. 

namun keputusan untuk membolehkan seseorang wanita itu melakukan cser ini bergantung kepada nasihat dari doktor pakar.

ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang wanita perlu menjalani pembedahan secara cser ni.. antaranya adalah:-

1. Plasenta previa
2. Plasenta abruption
3. Kehamilan songsang
4. tali pusat jatuh
5. Bayi lemas
6. Bukaan lambat
7. Repeat Cser
8. Masalah darah tinggi atau kencing manis semasa hamil
9. Masalah tumbesaran bayi
10. Bayi kembar

Jadi, kalau kita kena cser, macam mana nak jaga bahagian luka cser ni???



luka cser *tq google*



Ada seorang sahabat aku kat tempat kerja lama ada kongsikan tips untuk jaga luka pembedahan caeserean ni...

1) kena rajin cuci dengan air suam atau air biasa. lap secara perlahan-lahan.

2) make sure masa mandi cover dengan kain dekat bahagian cser. masa nak mandi ambil kain kering atau apa2 yang boleh cover bahagian operate, bukan apa nanti bekas nanti tak payah cuci banyak kali dekat bekas operate.

3) masa nak bangun tak boleh terus bangun, kena mengiring. Tangan kena tolak sambil badan bangun pelan2.

4) jalan pun kena pelan2. Makanan tak boleh sebarangan yang boleh menyebabkan gatal mcm benda makanan berasaskan telur, atau mcm yang boleh menyebabkan gatal2 bahagian cser.

5) masa nak berak tak boleh teran macam biasa. Perlu ubat untuk memudahkan berak, jangan risau tak memudaratkan. Bagi tempoh yang agak lama mcm 2-3 minggu mcm tu, sementara badan nak dapat tenaga sepenuhnya.Memang susah nak berak time dalam pantang. Suruh suami beli ubat lancar berak dekat farmasi. Jangan risau ia tak berbahaya ianya untuk bagi memudahkan 💩 .

6) nak bagi luka cepat sembuh makan buah oren Sunkist ok. Buah oren Sunkist boleh menyembuhkan luka - luka.INGAT BIAH OREN SUNKIST BUKANNYA JUS SUNKIST 🥰

7) lepas balik dari hospital doktor kena make sure doktor bagi ubat cucuk cair darah itu penting. masa doktor kata dah boleh discharge dan boleh balik dari hospital, make sure doktor bagi slip ubat cucuk untuk cair darah. Itu penting tau. Jangan malu2 untuk bertanya ok 🥰

8) tak boleh mengurut, bertungku, bengkung pun tak boleh lagi. Dalam tempoh setahun. Kalau bengkung tu takut berpeluh dan gatal dekat tempat operate.

9)  kalau boleh jgn angkat berat2, jgn buat keja berat. 

10) Mkn pun kena pantang jugak.. makan tak boleh sebarangan macam benda yang boleh buat gatal2, contoh:- telur, ayam, seafood, ikan yang ada isi hitam macam ikan termenung, kayu, bawal hitam & lain2.. makanan pedas2 pun tak boleh makan lagi. Kalau nak makan jugak makan sikit2 kalau tak tahan stop dulu nahh. - kalau teringin nak makan macam2 cuba makan sikit2 dulu tau, kalau tak ok stop dulu nahh 🥰.

11) Kalau boleh elakkan duduk bawah bebetul atas lantai... klu ikut kn tak digalakkan. Sbb sejuk. kalau nak duduk bawah lapik la toto ka karpet ka.. Sbb tu kak kalau pi rumah org kak suka duduk atas kerusi atau sofa. kalau tidoq pun Smpai la kak pakai stokin.

12) tak boleh garu tempat luka cser..KALAU RASA GATAL SIKIT2 TU JANGAN GARU, GOSOK PELAN2 JA. 🥰

13) air ais dari ais batu tak boleh makan ok, pantang dalam setahun. Bukan apa takut malam2 sejuk badan dan kancing gigi. Kancing gigi nie bahaya tau.

14) masa mula2 lepas bersalin batuk pun tak boleh kuat2, takut luka terbuka. Lepas tu ok dah la 🥰. Jangan angkat berat2 dalam tempoh setahun gitu.

15) kalau boleh rancang @ plan dengan suami untuk tambah anak, takut risiko bekas luka tak baik sepenuhnya. Seeloknya pantang 3 tahun. Kalau lekat nak buat macam mana kan dah rezeki, tapi kena ikut nasihat misi dan doktor ok. Walaupun dah habis pantang 45 hari setahun dua tahun 3 tahun, kadang tu ada jugak yang rasa kebas2. Jangan risau. Tapi kalau sakit terlampau dekat bekas operate tu cepat2 jumpa doktor 🥰.

Kalau tak pasti kena tanya misi atau doktor ok 🥰🥰 itu pengalaman kak masa bersalin kat ali. Alhamdulillah bekas cser elok. Kalau boleh kena plan untuk second baby dalam tempoh 3 tahun. Walaupun kita dah habis pantang, dah setahun dua tahun pun kadang2 rasa kebas2 tu biasa. Batuk pun tak boleh keras2. Jangan angkat berat2. Mcm2 kena berpantang kalau cser nie.

Kalau diberi pilihan semua orang nak bersalin normal tapi kalau ada komplikasi atau takut risiko dekat baby kak memang tak pikir panjang kak terus sign untuk cser lepas doktor bagi keterangan. Demi nyawa anak.

CARA BERPANTANG OPERATE NIE MEMANG COMPLICATED SIKIT. TAPI UNTUK KEBAIKAN KITA. 🥰🥰 SEMOGA BERMANFAAT..

terima kasih kak ecah atas nasihat tentang cara penjagaan luka cser ni..

semoga kita semua mampu menjaga kesihatan kita dengan baik..aamiin..

kepada yang bakal bersalin tak lama lagi.. walau cara apa pon kita bersalin.. janganlah kita berasa bersedih sekiranya kita bersalin bukan seperti kehendak kita.. 

bersyukurlah at least kita boleh memiliki zuriat berbanding insan lain yang masih menunggu zuriat bertahun-tahun.

semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti ye.. aamiin

terima kasih semua readers sudi join blogwalking kat blog ni.. trima kasih ye..

papai.. jumpa lagi next entry..



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 5 April 2023

Teknik Pencegahan Kehamilan (Khas untuk Rancangan Keluarga) Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

kali ni aku nak kongsikan tentang cara aku menjarakkan kehamilan.. sebenarnya ada banyak cara untuk kita menjarakkan kehamilan ni.. aku dah pernah ceritakan sebelum ni dalam part 1.. hampa boleh tengok kt entry sebelum ni..

untuk entry kali ni aku nak sambung lagi.. 

Apa aku buat bila aku rasa diri aku tak sesuai ambil kaedah depo-provera ni?

Aku ke klinik kesihatan kat kawasan aku ni dan mintak pandangan doktor untuk next step..

Doktor  mencadangkan aku mengambil pil perancang (contraceptive pill) untuk stabilkan kembali period aku.



1st pil perancang : Jenama Desolon


Pro : berat tak naik
Cons : sakit kepala berpanjangan.. hampir setiap hari sampai susah nak tidur..(bagi aku ye)
Jangka masa guna : 2 bulan 


kebiasaannya kk bagi.. jadi tiap bulan kena pergi kk untuk ambil stock.. macam biasa lah... bila pergi ambil stock, kena check berat, tinggi, tekanan darah, kadang-kadang air kencing.. makan masa la sikit...nak mudah beli kat luar.. kat farmasi..

Jadi, aku rasa tak sesuai dengan aku.. tak sesuai dengan aku tak bermaksud tak sesuai dengan hampa jugak.. hampa kena try dulu.. kalau jadi macam aku baru jumpa doktor hampa sendiri.. side effect dia berbeza setiap orang sebab macam kita tau.. pil perancang kan dia akan kacau hormon kita.. jadi ikut hormon badan masing-masing la.

 aku pon jumpa balik doktor kk untuk bincang balik tentang jenis pil perancang tu..

lepas tu, doktor bagi next pil perancang.. kk bagi kat aku yang ni...

2nd pil perancang : Oralcon


pro : berat badan naik cepat.. selera makan naik.. period datang on time lepas habis makan pil..
cons : period datang sikit-sikit.. dalam sehari hingga 3 hari saja.. lepas tu rasa macam perut asyik kembung even lepas dah period ( orang pompuan ja faham bab ni).. asyik rasa macam nak muntah.. 

aku pon jumpa balik doktor... tanya dengan doktor..normal ka kalau datang period 3 hari saja lepas makan pil. doktor kata sepatutnya normal tapi kalau ada side effect lain yang teruk.. itu dah jadi tak normal..

then, doktor suggest tukar lagi pil perancang.. cuma pil perancang yang doktor cadangkan tu .. tiada stock kat kk.. doktor suruh beli sendiri kat farmasi..


3rd pil perancang : Rigevidon

Pil perancang yang kali ni aku beli sendiri kat farmasi harga dalam RM6.90 macam tu..sebab doktor kata kat kk stock dah habis yang ni..

pil ni last aku tukar sebab sesuai dengan aku.. berat tak naik.. tak de pening kepala dah.. tak de rasa loya dah.. 

aku makan pil ni dari bulan 7 2022 sehingga lah bulan 12 2022..

overall okey.. cuma lambat sikit datang period lepas aku dah habis makan ubat.. tapi tak beza banyak pon setakat sehari dua je selang untuk period..ok la kan.. nama pon ubat hormon.. biasalah tu..

kenapa aku berhenti sampai hujung bulan 12, 2022??

ha... nanti ada masa lagi aku cerita dalam next entry ye...

terima kasih kepada semua readers blog ni..sudi blogwalking.. 

saya doakan semua readers blog ni ..dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki di dunia dan akhirat... aamiin..

papai semua...



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 20 April 2022

Teknik Pencegahan Kehamilan (Khas untuk Rancangan Keluarga) Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak kongsikan sedikit mengenai cara nak elak dari mengandung atau dalam kata lain, cara nak jarakkan kehamilan..

AWAS : ENTRY NI HANYA UNTUK GOLONGAN YANG BERKAHWIN SAHAJA!

Mengapa pentingnya perancangan untuk kuantiti anak dalam sesebuah rumahtangga?

Anak ini anugerah daripada Allah. Anak adalah suatu bentuk nikmat rezeki dan jugak suatu bentuk ujian daripada Allah untuk menilai keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.

Jadi, bila sebut pasal anak merupakan amanah besar dari Allah ni maksudnya ia datang dengan pahala dan jika tersalah langkah boleh jadi dosa. Mendidik anak ni bukan suatu yang mudah.. Anak ramai tidak menjamin kehidupan kita bahagia begitu juga jika kita tidak punya ramai anak.. tetapi anak ni lahir selari dengan rezeki dariNya yang tersendiri.. jangan anggap anak itu suatu beban..rezeki setiap orang berbeza-beza dan kita hendaklah berusaha untuk dapatkan rezeki yang lebih baik.

Ada anak ramai ni banyak kelebihan dan keburukannya.. namun ada anak sedikit bukan suatu kesalahan.. ramai orang cakap ada anak ramai ni esok-esok boleh jaga masa kita tua.. anda pasti ka semua tu? jangan buat kerja Allah.. Anak ni amanah Allah kepada kita .. sepatutnya kita pikul tanggungjawab kita sehabis baik untuk memastikan mereka cukup ilmu agama, ilmu dunia dan ilmu akhirat.. selebihnya jika mereka beramal dan berbuat kebaikan itu semua bonus untuk kita... bukan kita berharap anak mesti berkhidmat kepada kita pulak setelah kita tua.. jika mereka melakukan khidmat mereka kepada kita itu bonus..

Esok-esok kat akhirat, Allah tak tanya anak kita kerja hebat ke tak? tak tanya anak kita balas ke tak jasa kita? Allah tanya apa yang kita bekalkan kepada anak-anak untuk berkhidmat kepada Allah? 

Sebab tu pentingnya perancangan keluarga ni.. kita nak pastikan anak-anak kita mampu hidup dalam keadaan selesa dan cukup keperluan asasnya.. supaya anak kita berasa selesa untuk menuntut ilmu dan beribadah kepada Allah.. 

Ada beberapa jenis cara untuk rancang keluarga ni..

Teringat saat aku baru saja selesai bersalin pada sebelah malamnya.. keesokannya ada morning round dari doktor pakar.. bertanyakan kepada aku, " Puan, dah fikir ke nak guna kaedah perancang keluarga apa?"

Aku agak blur masa tu..

"Belum.. nanti saya tanya husband saya dulu."

"Puan, sekarang musim covid, saya cadangkan puan ambil apa-apa jenis perancang keluarga kerana banyak komplikasi terhadap ibu mengandung sekiranya ibu mengandung itu terkena covid ni.. benda kita tak nampak puan.. kalau puan nak merancang sendiri tiada masalah, tetapi saya harap puan dapat fikirkan tentang kesihatan puan jugak kerana merancang sendiri tidak semua berjaya..saya harap puan faham.."

Aku agak terkejut dengan kata-kata doktor tu.. tapi ada betulnya dalam nasihat tu. " baik doktor. terima kasih.. "

"Kalau puan nak ambil mana-mana perancang.. nanti puan boleh bincang dengan jururawat di klinik kesihatan yang terdekat dengan tempat tinggal puan."

" okey doktor." 

Aku bukan tidak mahu ambil perancang keluarga tapi memikirkan kami dah lama nak ada anak.. tambahan pula, aku ni jenis yang susah untuk hamil.. kira macam bukan kata kahwin-kahwin terus bunting pelamin macam orang lain.. kami sendiri pon berusaha bertahun-tahun untuk dapatkan anak pertama kami ni.. jadi, aku berhasrat la untuk ada lagi seorang anak.. macam sekarang ada anak lelaki, kalau boleh nak ada anak perempuan pulak dalam masa terdekat.. lepas tu nak jarak berapa lama pon tak pa dah.. memang la anak ni rezeki daripada Allah tapi tak salah kan kalau kita merancang dan berusaha.

Berat sebenarnya untuk aku buat keputusan.. 

Bagi yang ingin tahu, merancang sendiri ini macam mana? Natural Method ni macam mana?

Merancang sendiri ni ada banyak cara antaranya...
1) Apabila pasangan melakukan 'al-azl' dimana si suami mengeluarkan air mani di luar vagina isteri
2) Menggunakan kondom
3) Si isteri mengira waktu kesuburan dan bersama diluar waktu subur (AWAS: UNTUK YANG PERIOD TERATUR SAHAJA)
4) Fully Breastfeeding dan jadual breastfeeding yang teratur ye.. penyusuan untuk setiap sesi mesti diantara 4 jam hingga 6 jam.. Secara umumnya, apabila kita menyusu penuh baby kita, period akan delay, kadang-kadang sampai setahun, dua tahun macam tu. Tetapi kalau kita menyusu tidak teratur, kemungkinan untuk hamil itu ada jugak..

Banyak cara untuk nak tengok waktu kesuburan kita... (Part ni nanti aku cerita dalam entry yang lain ye)
1) dengan cara buat opk test
2) tengok suhu badan kita (BBT)
3) tengok lendir servik kita

Tapi kaedah ni kami tak guna sebab aku risau tempat jahit aku.. luka nak bagi betul-betul sembuh dulu.. ye la, kaedah ni kan belum tentu berhasil..

Aku nak cerita jugak la kan...

Ada lagi satu cara menggunakan Pil Perancang Emergency @ Pil Plan B @ Pil Morning After.. Ni pon  antara kaedah untuk rancang sendiri jugak.. tapi tak digalakkan.. kalau tak silap sebulan boleh ambik sekali ja ubat ni.. maksudnya satu cycle period saja.. nak ambik lagi kena tunggu next cycle period dulu..bukan main ambil setiap hari ye.. ubat ni biasanya dijual satu pek ada 2 biji saja.. wajib makan 2 biji ye.. 72 jam pertama makan sebiji, sebiji lagi makan selepas 12jam daripada pil yang pertama..

pil ni guna kalau kita bersama dengan suami tapi suami terlupa pakai kondom atau buat azl.. time tu kita pulak tengah subur.. bolehlah guna pil ni.. macam yang kita tahu, sperma kan bertahan dalam tempoh 3 hingga 5 hari dalam rahim dan saluran fallopian, jadi bila kita makan pil ni, kira macam boleh halang dari pregnant la sebelum sempat sperma berenang ke ovum.. sebab pil ni biasanya dimakan dalam tempoh 72 jam atau 3 hari selepas hubungan suami isteri.. tetapi ada satu jenis lagi yang dimakan dalam tempoh 120 jam atau 5 hari selepas bersama suami... yang ni kena tanya farmasi yang mana sesuai untuk diri sendiri.. jangan main beli ja..

Tapi pil ni tak boleh ambil secara kerap, boleh ganggu kitaran period , hormon badan dan waktu subur.. kang kalau ambik kerap, susah pulak nak lekat kalau betul-betul nak pregnant next time. pil ni jugak tak digalakkan ambil sebab ada side effect dia yang tersendiri.. contohnya mudah rasa loya, pening kepala,  kemungkinan berlakunya pendarahan di luar waktu period, berat badan naik mendadak, susu badan berkurangan, risiko darah beku, sakit jantung, dan darah tinggi..

Bila dengar macam-macam risiko ni macam takut je kan nak try..

So, setelah bincang dengan suami aku, suami aku mintak aku guna kaedah Depo-Provera Injection.. orang kita kata guna cara cucuk la.. hehehe.. 

Kiranya sejak lepas pantang, aku ambil kaedah cucuk ni dah 3 kali dah la setakat ni.. alhamdulillah berjaya tak mengandung.. hahahaha...

Kaedah cucuk ni ada 2 jenis 
1) cucuk 2bulan sekali ( yang ni aku pernah cucuk sekali sebabnya ubat yg 3 bulan habis kat klinik)
2) cucuk 3bulan sekali ( yang ni aku cucuk 2 kali dah.. aku lebih prefer yang ni sebab rasa lama sikit nak cucuk yang 2nd dose.. hahaha...sejenis yang penakut jarum.. hahaha..)

secara puratanya, setahun pengambilan kaedah cucuk ni sebanyak 4 kali. Dicucuk dibahagian punggung atau atas lengan. tapi biasanya yang aku dok pi cucuk semua kat bahagian punggung.. maybe lebih effective kot area punggung tu,.. hahaha.. 

Sepanjang aku cucuk 3 kali tu.. dia lain-lain jenama tau untuk yang 2 bulan dengan 3 bulan tu.. jadi, effect dia pon lain-lain la..

okey, aku cerita bahagian aku la kan.. kalau macam aku.. kalau aku cucuk yang dos 2 bulan tu kan, period aku jadi gelong terus.. pagi ada,..petang takdak pulak.. dah mandi wajib.. esok tu ada balik.. jenis ada period tapi sikit-sikit.. lepas tu biasa nya dalam tempoh 7 hari ja.. tapi setiap bulan macam tu.. dos 2 bulan ni aku tak de effect sangat..cuma rasa berat badan naik dengan selera makan pon naik..

kalau aku cucuk yang dos 3 bulan tu pulak, lepas ja hari cucuk tu, aku tak period dalam 2 atau 3 bulan then sekali period tu lama.. contohnya period tu sampai 15hari ke 20 hari.. sampai kena ambil ubat stop period dari doktor. untuk dos 3 bulan ni.. aku mudah rasa pening, tambah-tambah time nak dekat period rasa perut macam kembung dan time period kerap jadi senggugut.

okey, ni yang aku cerita berdasarkan pengalaman aku.. kalau korang ada pengalaman yang lain, boleh komen kat ruangan komen ye,.. terima kasih ye semua readers yang sudi blogwalking kat blog aku ni..

Aku doakan korang semua dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah..aamiin..

mintak tolong doakan aku dan seluruh keluarga aku dimurahkan rezeki ye.. tq .. :)

Jumpa lagi dalam next entry .. 

Papai... :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...