Saturday 23 April 2022

Doa-doa Al-Quran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Kali ini aku nak kongsi sikit antara doa-doa yang aku jumpa dalam Al-Quran yang boleh kita sama-sama amalkan,. In shaAllah..

Doa yang pertama : Surah Al-Fatihah

sumber dari google







  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday 22 April 2022

Susu untuk baby Thaqif Suhail

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku bagi susu baby untuk anak aku. Yang ni bukannya perkara yang wajib ikut dan semestinya ikut keperluan badan anak kita jugak. setiap anak kan tak sama keperluannya dari segi pemakanan dan tumbesaran.

Aku pernah melalui fasa memberikan susu badan kepada anak aku.. Aku mengalami kesukaran memberikan susu badan kepada anak aku dimana aku sendiri mengalami inverted nipple..bila mana baby menghisap susu.. nipple akan tenggelam masuk ke dalam dan baby tidak dapat menghisap susu dengan baik dan mula menolak untuk breastfeeding. Untuk kawal keadaan tu jadi lebih parah , aku beli la silicone nipple sheild tapi tak menjadi.. baby tak pandai hisap susu guna nipple sheild tu.. macam ni.. bila baby hisap susu, susu tu berkumpul didalam nipple sheild tu saja .. tak masuk dalam mulut, bila lama-lama air susu meleleh keluar di tepi-tepi nipple sheild sebab macam tak berapa melekat .. aku dah letak air dah before tekap nipple sheild tu tapi tak jadi jugak.. maybe aku salah beli saiz nipple sheild tu.. 

Dulu, masa aku baru beli nipple sheild tu aku ingat kan dia free saiz.. lepas dah beli dan guna, baru tau rupanya ada saiz tertentu dan perlu ukur ikut nipple kita sendiri.. tu la, main beli ja.. korang kalau nak beli kan, better buat research dulu okey..aku hari tu buat research jugak tapi tak habis.. terus beli... hahahaha..

last sekali anak aku bebai tak nak minum susu badan.. puas aku pujuk dia.. tapi dia tak nak jugak.. maybe sebab sebelum ni dia duduk dalam nicu lama jugak kan.. jadi, dah terbiasa minum susu formula dari hospital.. masa kami nak ambil anak dari nicu, ada tanyakan nurse jugak brand apa yang hospital guna untuk baby kan.. tapi nurse tak bagitahu pulak..bukan apa hajatnya nak continue je yang hospital dah bagi kan.. tapi mujur lah baby okey.. 

first trial kami guna susu Lactogen sebab kak aku yang recommend katanya bagus untuk budak yang ada kuning. kami try baby okey, kami continue sampai sekarang.. so far, alhamdulillah dy dah masuk 8 bulan still lagi guna jenama yang sama..tapi kami just tukar step dia je la.. dulu guna step 1 , sekarang dah guna step 2.. alhamdulillah okey.. lactogen ni korang jangan terkejut pulak nanti kalau bagi anak minum susu ni, najis baby akan jadi hijau gelap atau hijau lumut sebab dalam susu ni ada zat besi/iron dan kultur probiotic. memang elok untuk baby.. tapi kena dapatkan nasihat dari doktor jugak ye sebab ada baby tak sesuai terutamanya baby pramatang.

Mula-mula aku bagi anak aku minum susu badan (ebm) dengan susu formula (fm).. masa ni aku buat perahan susu badan (ebm) je la .. dah baby tak nak minum susu badan.. aku dapat dalam 2oz macam tu sekali dapat.. ni kira aku dah makan sayur dan buah untuk tambah susu badan .. plus ada jugak aku beli ubat kat farmasi untuk tambah susu badan.. tapi still dapat sikit ja.. cuma malam-malam dia keluar banyak.. ada seminggu tu aku tak larat sangat sebab baby merengek nak bertempekkan.. dengan sakit luka jahitan masa pantang tu.. aku pon tak perah sepanjang seminggu tu.. sebab kalau perah, sakit habis badan.. aku biarkan ja.. dan lap guna kain.. next other week tu, husband aku ada.. cuti ambil aku kat kampung.. so boleh tengok-tengokkan baby.. aku pon start nak perah balik.. korang tau tak apa jadi?? susu tak de langsung wey.. ada dalam 1oz saja kadang-kadang 0.5oz ja.. aku menangis sangat-sangat.. masa ni dah habis pantang dah..

* please ibu-ibu yang baru 1st time jadi ibu.. korang kalau penat tera mana sekali pun, kalau korang tak buat breastfeeding macam aku, please jangan skip ebm.. sebab nanti jadi macam aku,.. please.. korang kena pastikan anak korang dapat minum susu korang.. suatu bentuk pahala yang Allah bagi percuma saja tau tak.. 

lepas dari kejadian tu, susu aku dah makin drop.. even aku try beli makanan dan minuman booster.. apa pon tak menjadi.. makin lama breast makin tak de susu.. orang cakap bagi suami hisap nanti lama-lama ada balik susu.. aku dah try wey sama ja.. takkan nak suruh laki hisap sampai tiap 4 jam kan.. jap g jadi benda lain plak.. kita dok sakit-sakit tak habis lagi.. aku tak nak la tanggung risiko.. hahaha..(maaf benda tak elok sikit sebut kat sini) ,.. tapi yang ni tips yang ramai suggestkan untuk aku.. hahaha,, malangnya untuk aku tak berhasil untuk aku.. hahaha..

Aku memang rasa down sangat-sangat bila aku tak dapat nak menyusukan anak aku..

conclusion nya, aku buat fully fm ja untuk anak aku.. aku fikir macam ni.. setakat pujuk hati aku.. kalau guna fm, mudah pon mudah.. tak perlu selak baju dah depan public kan.. ni aku tak judge sapa-sapa ye.. just kongsi my opinion ja untuk sedapkan hati yang sedih.. 

boleh ja kalau korang nak guna kaedah fully fm pon asalkan betul-betul tak boleh breastfeeding macam aku.. bukannya haram.. tapi seeloknya kalau boleh direct feeding lagi bagus kan..

sebab ada satu hadis kata :-

sumber dari google



dan dikatakan hadis itu sahih,..


Jadi, kalau korang boleh fully breastfeeding, bagus la .. teruskanlah.. memang penat dia lain macam sikit bila kita breastfeeding ni.. sakit belakang badan, sakit pinggang, sakit tengkok.. sakit nipple kalau baby dah pandai mengigit.. tapi ingatlah,, pahalanya amat besar.. terutama orang yang boleh menyusukan anak sampai umur 2 tahun. 

sumber dari google


sumber dari google


okey, setakat ni dulu kita kongsi cerita, ada apa-apa nak tanya atau ada suggestion untuk next entry bagitau je kat ruangan komen ye.. atau ada apa-apa nak nasihat ka.. in shaaAllah kita akan baiki dari semasa ke semasa.. 

terima kasih ye semua sudi blogwalking kat sini.. semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kalian yang berkunjung ke blog ni.. semoga setiap ilmu dan pengalaman yang dikongsikan memberi manfaat dan menjadi rujukan dalam kehidupan semua yang membacanya.. aamiin..

jumpa lagi dalam next entry..

papai..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~


Wednesday 20 April 2022

Teknik Pencegahan Kehamilan (Khas untuk Rancangan Keluarga) Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak kongsikan sedikit mengenai cara nak elak dari mengandung atau dalam kata lain, cara nak jarakkan kehamilan..

AWAS : ENTRY NI HANYA UNTUK GOLONGAN YANG BERKAHWIN SAHAJA!

Mengapa pentingnya perancangan untuk kuantiti anak dalam sesebuah rumahtangga?

Anak ini anugerah daripada Allah. Anak adalah suatu bentuk nikmat rezeki dan jugak suatu bentuk ujian daripada Allah untuk menilai keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.

Jadi, bila sebut pasal anak merupakan amanah besar dari Allah ni maksudnya ia datang dengan pahala dan jika tersalah langkah boleh jadi dosa. Mendidik anak ni bukan suatu yang mudah.. Anak ramai tidak menjamin kehidupan kita bahagia begitu juga jika kita tidak punya ramai anak.. tetapi anak ni lahir selari dengan rezeki dariNya yang tersendiri.. jangan anggap anak itu suatu beban..rezeki setiap orang berbeza-beza dan kita hendaklah berusaha untuk dapatkan rezeki yang lebih baik.

Ada anak ramai ni banyak kelebihan dan keburukannya.. namun ada anak sedikit bukan suatu kesalahan.. ramai orang cakap ada anak ramai ni esok-esok boleh jaga masa kita tua.. anda pasti ka semua tu? jangan buat kerja Allah.. Anak ni amanah Allah kepada kita .. sepatutnya kita pikul tanggungjawab kita sehabis baik untuk memastikan mereka cukup ilmu agama, ilmu dunia dan ilmu akhirat.. selebihnya jika mereka beramal dan berbuat kebaikan itu semua bonus untuk kita... bukan kita berharap anak mesti berkhidmat kepada kita pulak setelah kita tua.. jika mereka melakukan khidmat mereka kepada kita itu bonus..

Esok-esok kat akhirat, Allah tak tanya anak kita kerja hebat ke tak? tak tanya anak kita balas ke tak jasa kita? Allah tanya apa yang kita bekalkan kepada anak-anak untuk berkhidmat kepada Allah? 

Sebab tu pentingnya perancangan keluarga ni.. kita nak pastikan anak-anak kita mampu hidup dalam keadaan selesa dan cukup keperluan asasnya.. supaya anak kita berasa selesa untuk menuntut ilmu dan beribadah kepada Allah.. 

Ada beberapa jenis cara untuk rancang keluarga ni..

Teringat saat aku baru saja selesai bersalin pada sebelah malamnya.. keesokannya ada morning round dari doktor pakar.. bertanyakan kepada aku, " Puan, dah fikir ke nak guna kaedah perancang keluarga apa?"

Aku agak blur masa tu..

"Belum.. nanti saya tanya husband saya dulu."

"Puan, sekarang musim covid, saya cadangkan puan ambil apa-apa jenis perancang keluarga kerana banyak komplikasi terhadap ibu mengandung sekiranya ibu mengandung itu terkena covid ni.. benda kita tak nampak puan.. kalau puan nak merancang sendiri tiada masalah, tetapi saya harap puan dapat fikirkan tentang kesihatan puan jugak kerana merancang sendiri tidak semua berjaya..saya harap puan faham.."

Aku agak terkejut dengan kata-kata doktor tu.. tapi ada betulnya dalam nasihat tu. " baik doktor. terima kasih.. "

"Kalau puan nak ambil mana-mana perancang.. nanti puan boleh bincang dengan jururawat di klinik kesihatan yang terdekat dengan tempat tinggal puan."

" okey doktor." 

Aku bukan tidak mahu ambil perancang keluarga tapi memikirkan kami dah lama nak ada anak.. tambahan pula, aku ni jenis yang susah untuk hamil.. kira macam bukan kata kahwin-kahwin terus bunting pelamin macam orang lain.. kami sendiri pon berusaha bertahun-tahun untuk dapatkan anak pertama kami ni.. jadi, aku berhasrat la untuk ada lagi seorang anak.. macam sekarang ada anak lelaki, kalau boleh nak ada anak perempuan pulak dalam masa terdekat.. lepas tu nak jarak berapa lama pon tak pa dah.. memang la anak ni rezeki daripada Allah tapi tak salah kan kalau kita merancang dan berusaha.

Berat sebenarnya untuk aku buat keputusan.. 

Bagi yang ingin tahu, merancang sendiri ini macam mana? Natural Method ni macam mana?

Merancang sendiri ni ada banyak cara antaranya...
1) Apabila pasangan melakukan 'al-azl' dimana si suami mengeluarkan air mani di luar vagina isteri
2) Menggunakan kondom
3) Si isteri mengira waktu kesuburan dan bersama diluar waktu subur (AWAS: UNTUK YANG PERIOD TERATUR SAHAJA)
4) Fully Breastfeeding dan jadual breastfeeding yang teratur ye.. penyusuan untuk setiap sesi mesti diantara 4 jam hingga 6 jam.. Secara umumnya, apabila kita menyusu penuh baby kita, period akan delay, kadang-kadang sampai setahun, dua tahun macam tu. Tetapi kalau kita menyusu tidak teratur, kemungkinan untuk hamil itu ada jugak..

Banyak cara untuk nak tengok waktu kesuburan kita... (Part ni nanti aku cerita dalam entry yang lain ye)
1) dengan cara buat opk test
2) tengok suhu badan kita (BBT)
3) tengok lendir servik kita

Tapi kaedah ni kami tak guna sebab aku risau tempat jahit aku.. luka nak bagi betul-betul sembuh dulu.. ye la, kaedah ni kan belum tentu berhasil..

Aku nak cerita jugak la kan...

Ada lagi satu cara menggunakan Pil Perancang Emergency @ Pil Plan B @ Pil Morning After.. Ni pon  antara kaedah untuk rancang sendiri jugak.. tapi tak digalakkan.. kalau tak silap sebulan boleh ambik sekali ja ubat ni.. maksudnya satu cycle period saja.. nak ambik lagi kena tunggu next cycle period dulu..bukan main ambil setiap hari ye.. ubat ni biasanya dijual satu pek ada 2 biji saja.. wajib makan 2 biji ye.. 72 jam pertama makan sebiji, sebiji lagi makan selepas 12jam daripada pil yang pertama..

pil ni guna kalau kita bersama dengan suami tapi suami terlupa pakai kondom atau buat azl.. time tu kita pulak tengah subur.. bolehlah guna pil ni.. macam yang kita tahu, sperma kan bertahan dalam tempoh 3 hingga 5 hari dalam rahim dan saluran fallopian, jadi bila kita makan pil ni, kira macam boleh halang dari pregnant la sebelum sempat sperma berenang ke ovum.. sebab pil ni biasanya dimakan dalam tempoh 72 jam atau 3 hari selepas hubungan suami isteri.. tetapi ada satu jenis lagi yang dimakan dalam tempoh 120 jam atau 5 hari selepas bersama suami... yang ni kena tanya farmasi yang mana sesuai untuk diri sendiri.. jangan main beli ja..

Tapi pil ni tak boleh ambil secara kerap, boleh ganggu kitaran period , hormon badan dan waktu subur.. kang kalau ambik kerap, susah pulak nak lekat kalau betul-betul nak pregnant next time. pil ni jugak tak digalakkan ambil sebab ada side effect dia yang tersendiri.. contohnya mudah rasa loya, pening kepala,  kemungkinan berlakunya pendarahan di luar waktu period, berat badan naik mendadak, susu badan berkurangan, risiko darah beku, sakit jantung, dan darah tinggi..

Bila dengar macam-macam risiko ni macam takut je kan nak try..

So, setelah bincang dengan suami aku, suami aku mintak aku guna kaedah Depo-Provera Injection.. orang kita kata guna cara cucuk la.. hehehe.. 

Kiranya sejak lepas pantang, aku ambil kaedah cucuk ni dah 3 kali dah la setakat ni.. alhamdulillah berjaya tak mengandung.. hahahaha...

Kaedah cucuk ni ada 2 jenis 
1) cucuk 2bulan sekali ( yang ni aku pernah cucuk sekali sebabnya ubat yg 3 bulan habis kat klinik)
2) cucuk 3bulan sekali ( yang ni aku cucuk 2 kali dah.. aku lebih prefer yang ni sebab rasa lama sikit nak cucuk yang 2nd dose.. hahaha...sejenis yang penakut jarum.. hahaha..)

secara puratanya, setahun pengambilan kaedah cucuk ni sebanyak 4 kali. Dicucuk dibahagian punggung atau atas lengan. tapi biasanya yang aku dok pi cucuk semua kat bahagian punggung.. maybe lebih effective kot area punggung tu,.. hahaha.. 

Sepanjang aku cucuk 3 kali tu.. dia lain-lain jenama tau untuk yang 2 bulan dengan 3 bulan tu.. jadi, effect dia pon lain-lain la..

okey, aku cerita bahagian aku la kan.. kalau macam aku.. kalau aku cucuk yang dos 2 bulan tu kan, period aku jadi gelong terus.. pagi ada,..petang takdak pulak.. dah mandi wajib.. esok tu ada balik.. jenis ada period tapi sikit-sikit.. lepas tu biasa nya dalam tempoh 7 hari ja.. tapi setiap bulan macam tu.. dos 2 bulan ni aku tak de effect sangat..cuma rasa berat badan naik dengan selera makan pon naik..

kalau aku cucuk yang dos 3 bulan tu pulak, lepas ja hari cucuk tu, aku tak period dalam 2 atau 3 bulan then sekali period tu lama.. contohnya period tu sampai 15hari ke 20 hari.. sampai kena ambil ubat stop period dari doktor. untuk dos 3 bulan ni.. aku mudah rasa pening, tambah-tambah time nak dekat period rasa perut macam kembung dan time period kerap jadi senggugut.

okey, ni yang aku cerita berdasarkan pengalaman aku.. kalau korang ada pengalaman yang lain, boleh komen kat ruangan komen ye,.. terima kasih ye semua readers yang sudi blogwalking kat blog aku ni..

Aku doakan korang semua dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah..aamiin..

mintak tolong doakan aku dan seluruh keluarga aku dimurahkan rezeki ye.. tq .. :)

Jumpa lagi dalam next entry .. 

Papai... :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday 18 April 2022

Inai Merah Asli

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

sesiapa yang berminat untuk membeli inai merah asli , boleh pm saya kat sini ye..

kita masih jual inai macam biasa ye..








  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Makanan Berpantang 44 hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entry ni sebenarnya intipati dalam entry sebelum ni... yang ni.. 

Kali ni aku nak tunjuk beberapa jenis masakan mak mertua aku untuk aku time dalam pantang..
alhamdulillah, mak amat menjaga kualiti makanan.. hari-hari mak masakkan lauk yang baru dan fresh..
alhamdulillah bersyukur sangat mak layan aku macam anak sendiri.. terima kasih banyak mak.. sayang mak sangat-sangat.. 

mak kata...
1. makanan dalam pantang tak boleh makan yang sejuk-sejuk
2. nasi kena panaskan atau masak yang baru, tak boleh makan nasi yang dah sejuk
3. lauk mesti panaskan kalau nak makan sebelah petang
4. sawi nak bagi tambah susu.. yang ni memang betul.. bila makan sawi je.. breast rasa penuh ja..
5. tak boleh makan makanan berangin


Bawah ni antara menu yang mak buat untuk aku tiap hari selama 44 hari..


nasi + ikan masak asam + sayur sawi + epal



nasi + ayam goreng (air fryer) + sayur sawi + buah oren



Nasi + sayur sawi+ ikan bakar (air fryer) + buah epal dan oren



Nasi + ikan kerisi masak asam + sayur sawi + buah oren


Nasi + ayam bakar (air fryer) + sayur sawi + buah epal dan oren



Nasi + ikan selar masak singgang + sayur sawi + buah oren


Nasi + ayam goreng kunyit + sayur sawi + oren


Nasi + ikan kerisi goreng + sayur sawi + buah oren



Nasi + ikan kerisi goreng + rendang ayam + sayur sawi + buah oren



menu-menu simple ni korang kalau berpantang sorang-sorang pon boleh mintak tolong suami masakkan..

tak perlu yang terlalu advance pon dah sedap dan kenyang.. tak perlu salmon pon.. jimat ja sebenarnya berpantang ni..

sebab dalam pantang kita tak fokus pada makanan sangat sebenarnya.. bukan makan untuk sedap tapi dalam pantang kita makan untuk bagi ada tenaga dan ada banyak susu untuk anak breastfeeding.

untuk menu yang saya tunjuk ni, lebih kepada makanan untuk lunch dan dinner saja. mak mertua pon tak bagi makan banyak sangat.. tak nak perut jadi buncit.. mak selalu pesan, dalam pantang tak boleh tambah nasi.. kalau nak makan banyak, ambil banyak terus nasi.. hehehe..

tapi apa-apa pon, yang penting lebihkan makan sayur dan buah , in shaa Allah kenyang..

untuk minum pagi dan minum petang, saya tak sempat snap.. lebih kurang gambar dibawah ni ye..gambar ni saya ambil dalam google saja ye.. sebagai contoh.. yang saya makan hari tu tak sempat snap..



yang ni orang kedah panggil biskut lutut



harap-harap entry ni sedikit sebanyak bagi idea untuk ibu-ibu berpantang dan juga para suami yang perlu menjaga isteri berpantang..

terima kasih ye semua reader.. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Berpantang hari ke 5 sehingga hari ke 11

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 


Alhamdulillah bersyukur sangat dapat keluar dari wad.. rasa macam baru dapat hirup nafas segar tanpa bau ubat dalam wad. hahaha..

sejak dari berpantang hari ke 5 sampai hari ke 44 ni, aku berpantang dengan mak mertua aku sebab mak aku dah lama meninggal dunia.. aku tak kisah pon.. aku ok ja.. janji boleh berpantang dengan baik ja.. mak memang jaga aku dengan baik masa dalam pantang.. mak jaga aku macam anak sendiri,, sayang mak sangat-sangat..

Aku ingat lagi balik je dari hospital, mak dah siapkan makan malam.. mak kata makan malam kena makan sebelum pukul 9.. jadi lepas mandi petang dalam pukul 5 petang macam tu, aku memang akan makan pukul 6.00 petang .. makan roti dlu.. cicah dengan milo atau kopi... pukul 8 lebih baru makan makanan berat..nasi pa semua.. masakan mak semua sedap-sedap walaupun lauk pantang tapi sedap sangat.. sekarang pon rasa teringat ja lauk-lauk pantang yang mak buat.. semua sedap-sedap..

yang ni minum petang aku..
sbb mak cakap dalam pantang tak boleh lapar..
mak kata lapar ambik ja makan..
tukar2 antara roti gardenia dengan roti 4 segi..
air pon tukar-tukar antara milo dengan kopi..


lepas je makan, aku kena tabahkan hati makan ubat yang banyak tu.. sabar je la.. hahahaha...

mak mertua aku siapkan bekas untuk letak ubat lagi

terima kasih banyak mak sebab banyak ajar siti apa yang perlu , apa yang dilarang dan apa yang kena buat dalam pantang.. tanpa mak, aku rasa aku jadi blur dan pantang sesuka hati aku ja..

untuk berpantang aku guna set bersalin dari mak saudara suami aku.. bidan kampung..
memang tak beli set luar la.. beli yang ni ja.. gambar aku lupa nak ambil.. tapi memang lengkap dah set dia..

ada 2 jenis set.. set untuk ibu dan set untuk baby.. satu set rm150.. kalau ada yang berminat boleh pm saya kat sini ye .

set untuk ibu dalam dia ada...
1. jamu siang
2. jamu malam
3. minyak urut homemade
4. bengkung herba (tali) - dalam bengkung tu ada herba ye
5. serbuk param
6. herba mandian

set untuk baby dalam dia ada...
1. minyak 
2. herba kuning (ada gambar kat bawah)

benda yang paling aku manja dengan mak bab nak pakai bengkung jenis tali tu.. lepas mandi je merap la kat mak suruh ikat.. kadang-kadang suami jadi mangsa ikat bengkung.. pakai kan stokin..

Dalam pantang , mak bagitau aku kena mandi guna air suam dan ada beberapa jenis daun untuk bagi tenaga kat badan.. sebab masa bersalinkan banyak hilang tenaga.. kira untuk pulihkan balik tenaga la.. puas tak terkata la mandi kat rumah berbanding kat hospital. hahaha... mak panaskan air .. tuangkan dalam baldi.. memang mak layan macam anak sendiri.. sayang mak sangat-sangat..

setiap kali habis mandi, aku akan pakai pilis dan param.  bertungku dibahagian perut, bawah ari-ari, paha, betis dan kaki.. kalau rajin aku akan tuam jugak sisa panas tungku kat bahagian dada.. memang akan buatkan susu keluar banyak.. tapi aku ni mula-mula macam ni tak de ransangan dari baby lagi.. so susu tak kluar sangat..


masa hari 1 pump kat rumah tu dapat banyak ni ja.
sebab baby tak de lagi masa ni.
ada kat nicu lagi..

Biasanya lepas habis bertungku , aku akan letak minyak panas di bahagian perut , paha, betis dan tapak kaki.. baru aku akan pakai bengkung.. itulah rutin aku tiap hari sampai 44 hari.. lepas tu, baru keluar makan.. 


Disebabkan masa ni tak de baby lagi .. memang relax sangat.. hahaha... tidur je keje aku.. sebab mak tak bagi duduk sangat dekat kerusi.. mak suruh baring dalam bilik.. aku ni bukan baring saja la.. tidur terus.. hahaha.. nikmati sepuas-puasnya me time sebelum ada baby kat tangan.. hahaha.. tapi hakikatnya rindu gila dengan baby,. hehehe...

almari baby abie Thaqif belikan..
tapi aku tak recommend korang beli almari tu..
nak pakai sekejap okey..
nak pakai lama2 untuk letak baju baby better beli almari kayu atau rak plastik ja..
yang ni tak sampai 6 bulan dah relai satu2 pintu tu.. hahaha..




aku guna pump jenama anakku yang ni.. seronok pakai.. sebab senyap je... 
xbunyi kuat sangat kalau pump..
sesuai la untuk yg keje office ke travel ke..
cuma tu la.. suction pump dy tak kuat sangat.. tapi tak sakit puting..silicone dy lembut..
botol xmelekat kat breast.. susah asyik kena pegang je..
bila pump dapat la dalam 2oz untuk dua-dua belah breast..
mula-mula dia keluar sikit sangat,.. titis-titis je...
hasil aku bangun malam-malam pump.. 
dapat la dalam 2 oz.. okay la kan.. dah la baby tak hisap pon..


hari ke 6 tu aku dah start kena check up kat klinik desa gurun dah.. dulu biasanya nurse akan datang ke rumah tapi disebabkan musim pandemik covid 19 ni.. ibu-ibu kena pergi sendiri ke klinik.. macam aku kena pergi hari-hari ke klinik selama 6 hari.. 17/8, 18/8, 19/8, 20/8, 21/8 dan 22/8..

check air kencing
check bp
check berat
check rahim
check jahitan dan luka

disebabkan baby xde lagi, aku check sorang je la.. nurse dah pesan kalau baby dah keluar wad bawa ke klinik sekali.

tuan punya katil tak balik rumah lagi time ni.. hahaha..



tup-tup petang hari ke 6 baby dah keluar nicu.. pihak hospital telefon.. apa lagi melompat la hati ni.. tak sabar nak jumpa baby.. 

                                                          ni kisah kami jumpa baby kami..
B/O/P : Siti Suhani binti Abdul Rahim
Nama diberi : Muhammad Thaqif Suhail bin Muhammad Termizi
Tarikh Lahir : 13/08/2021 (Jumaat)
Waktu Lahir : 21:59 jam
Berat Baby : 3.04kg

Allah saja yang tahu betapa aku rindu dekat anak aku ni.. hahaha..

lepas ada baby gak, qheja dok ambik gambar anak ja la.. hahahaha...









hari ke 7, aku bawa baby ke klinik sekali bersama aku.. 




untuk procedure aku sama ja macam biasa..

untuk anak..

check berat
check ukuran panjang dan berat
check ukur lilit kpala
check kemaluan baby
check tali pusat baby

untuk nak check jaundice tak boleh check kat klinik desa gurun .. jadi aku dan suami kena ke klinik kesihatan bedong. bayangkan kena pergi dua klinik dalam satu hari..dengan procedure yang memakan masa.. dengan kesakitan tempat jahit.. aku ni tak boleh duduk pon atas kerusi sbb seriau.. sakit dia rasa macam seregai-seregai sikit orang kedah panggil.. tapi mujurlah kami kena pi klinik bedong tu 3 hari ja sebab anak kuning kejap ja.. alhamdulillah.. syukur sangat.. 

1st time check jaundice thaqif - 108
2nd check jaundice - 69
3rd check jaundice - 40

lepas tu doktor kata tak perlu check dah.. alhamdulillah syukur sangat.. sebenarnya aku risau  sejak mengandung lagi.. risau kalau kuning anak aku tinggi sebab ada orang kata kalau mak darah o , anak kemungkinan ada jaundice yang lama dan teruk.. aku dok doa supaya Allah permudahkan urusan anakku..

walaupun 3 hari ja check jaundice ni.. sebenarnya meluluhkan hati aku.. sebabnya masa thaqif discharged dari hospital tu.. kaki dan tangan thaqif dah banyak kesan cucuk dan mungkin bagi thaqif trauma bab cucuk ni.. 

setiap kali ambik darah untuk check jaundice, thaqif mesti akan menangis.. mujur sekejap saja nangis.. aku rasa dia masih teringat pasal hari2 kena cucuk kat wad kan.. kesian thaqif anak ummi ni...

Untuk jaundice ni.. masa mak mandikan Thaqif , mak mandikan guna ubat ni..
mungkin asbab jugak la .. 
jaundice thaqif turun cepat..
alhamdulillah..

 
Dah panjang dah ni entry ni.. nanti hampa tak larat baca pulak.. hahaha.. 
aku pon lenggah tangan dah menaip..
nanti kita sambung kat entry lepas ni plak ye..

terima kasih sudi blogwalking dekat blog aku ni..
yang baik itu datangnya daripada Allah,
yang buruk itu datang dari aku sendiri..

yang baik tu kalau rasa nak ikut, boleh ikut..
kalau rasa was-was nak ikut, jangan ikut,..

kat sini aku just kongsikan pengalaman aku saja.. bukan wajib untuk diikuti.. :)

stay tuned ye.. jumpa lagi di lain entry.. 

papai semua..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Berpantang hari ke 4 (still in hospital)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

sambungan dari entry sebelum ni, pantang hari ke-3

Alhamdulillah , setelah sekian lama tidak menaip.. hari ni Allah berikan kesempatan sedikit waktu untuk menaip. busy dok urus keperluan suami dan anak.. memang betul la, jadi surirumah ni kerja memang tak pernah habis. sampai lembik dibuatnya. tapi in shaa Allah ikhlas kerana Allah taala..

okey, jom sambung kisah berpantang aku hari tu.. hari ke-4 aku still lagi kat hospital tapi dah nak discharged dah la .. anak aku je masa ni tak boleh discharged lagi.. baby kena on antibiotik beberapa hari. sedih sangat.. ingatkan masa ni boleh balik dengan baby.. rupanya tak..

pagi tu morning round dari pakar.. tanya pasal kesihatan aku ni.. bila dr check aku semua dah ok, dr ckp aku dah boleh discharged.. seronok sangat rasanya.. dah la nak mandi kat hospital tak selesa.. memang aku tak sabar sangat nak balik masa tu. 

bila dapat tahu ja boleh balik, aku pun terus kemas beg semua.. aku bawak ke hospital satu beg laggage saiz sederhana dan satu bakul makanan.. memang mudah sangat.. xbanyak beg kena bawak.. lagi pun laggage aku tu 360 punya wheel.. mmg mudah sgt.. (sambil suami aku tolak aku sambil aku tolak laggage jdi ringan la kan sebab ada roda beg tu..).. lepas je dah siap kemas..aku terus contact suami aku suruh bersiap datang ambil.


sayu je tgk org lain baby ada kt sebelah

makanan terakhir before discharged



nurse ada pesan, sebelum suami naik ke wad untuk ambil aku tu..
1. ambil surat discharged dan bayar kat kaunter hasil dulu
2. ambil kan wheelchair siap-siap sebelum naik atas

alhamdulillah, mujur nurse tu bagitahu awal.. memang memudahkan kerja.. sekali jalan ja.. suami pon tak perlu nak pergi banyak tempat..

mintak kebenaran dekat nurse untuk melawat anak kat nicu.. tapi nurse tak bagi sebab masa tu masih lagi tertakluk kepada notis baru untuk wabak covid 19 sebagai langkah pencegahan nak elak baby terkena jangkitan.

lepas dah settle semua .. alhamdulillah aku balik dengan suami aku.. tak berapa nak jalan sangat aku ni sebab still sakit kat tempat jahit tu. memang smuanya harap kat suami aku je.. terima kasih suamiku sudi tolong semua benda time discharged tu..

masuk je dalam kereta.. suami ajak pergi satu tempat ni.. dia bawak aku ke sana.. aku nampak dia cakap dengan sorang pompuan ni.. tapi aku malas nak ambik port dengan sakit kat bahagian bawah tu.. nak duduk dalam kereta pon tak selesa.. dalam hati, cepatlah... nak balik rumah ni.. hahahaha.. 

suami masuk je dalam kereta,, dia hulur sejambak bunga..dia kata , " bacalah nota tu." ada nota kat jambangan bunga tu.. aku buka dan baca dalam hati..




lepas tu, suami aku pegang tangan aku sambil bawa keta..dia kata, " terima kasih sayang.. i love u so much." 

aku pon happy sangat masa tu.. balik rumah malu nak bawa masuk dalam.. takut  apa pulak kata mak mertua.. hehehe..

terima kasih suami untuk semuanya.. sayang abang sangat-sangat. 

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~