Friday 28 November 2014

Throw Back : Aniversary mak dan arwah abah (27.11)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini saya ingin menceritakan tentang aniversary mak dan arwah abah.. 
sebelum tu, sya nak mintak semua sedekahkan al-fatihah ke atas arwah ayah saya..

~ Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya juga kita kan kembali ~

Saya nak cerita kisah semalam, pukul 11 lebih mak ada call saya bertanyakan tentang hal ini.

Mak : Dik ti ingat dak hari ni hari apa?
Saya : ingat la mak. hari ini birthday kak ila..tadi dah wish dah kat kak ila.. :)
Mak : ha, lupa la tu,. Hari ini kan hari ulangtahun mak dengan abah. (sambil gelak)
Saya : ingat la mak.. tapi nak wish macam mana abah dah tak dak. tu yang tak wish tu.. 

Krik.. krik.. kejap.. Bukannya saya tak sedar kelmarin hari apa tapi saya tak tahu macam mana nak ucap. sebenarnya saya lebih kepada nak jaga hati mak,. tak nak lagi tengok mak sedih-sedih.. sebab tahun ni first time kami sambut tanpa abah di sisi..

Throw back
*Sambutan Aniversary Mak & Abah 2013*
HSAH,SP







Jadi, saya tak cakap apa-apa la pasal hal ini kat mak.
sambung balik kisah tadi :

Mak : Dik ti tau tak, tadi kan depa suruh pi ambik kereta baru sepatutnya sampai hari sabtu (hari ini) atau bulan 1 ni tapi last-last depa suruh pi ambik tadi. Dah la sempena hari mak dengan abah. Dulu abah pernah cakap dekat mak, abah nak beli kereta baru kat mak masa abah sihat dulu la. tengok-tengok kereta sampai hari ni dah la hari mak dengan abah. ( dengar suara serak mak)
Saya : kan mak macam abah pulak yang bagi hadiah kat mak. (tahan nak nangis)
Mak : tu lah.. lepas jugak hajat abah tu. ha, tak pa lah ti mak tepon nak habaq yang tu ja ingatkan dik ti dah lupa.
Saya : ok mak. ti da discussion ni dengan kawan-kawan nanti cakap lain. 

masa ni tahan ja mata nak nangis. lepas letak je, air mata laju je jatuh. cover kejap sbb still masa discussion dengan kawan-kawan. Bila fikir-fikirkan balik betul jugak apa yang mak cakap tu seolah kereta tu pemberian abah walaupun abah dah tak ada. 

Kalau saya setiap hari rindu kat abah, Mak apatah lagikan.. seribu satu rasa yang dirasai.. 35 tahun bersama bukan satu tempoh yang singkat untuk pasangan veteran seperti mak dan abah. 
semoga jodoh mak dan abah kuat sehingga ke syurga.

" Semoga Allah melindungi ayahku, Abdul Rahim binti Sabi dan menjauhkan ayahku dari siksaan kubur dan azab api neraka sampai hari kiamat dan ditempatkan ayahku bersama golongan hamba-hamba yang soleh di dalam syurga nanti. Semoga Allah meletakkan kami sekeluarga berkumpul bersama-sama di dalam syurga yang kekal abadi. amin ya rabbal alamin. "

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday 18 November 2014

My Wedding Date

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejak daripada saya mula bertunang sampai ke hari ini, ramai yang telah bertanya mengenai status perkahwinan yang bakal kami hadapi. 

Memang ini merupakan salah satu dugaan untuk saya hadapi semua jenis persoalan yang timbul. Alhamdulillah selama 3 bulan lebih ni saya lebih selesa dengan status saya sekarang.. malah terasa lebih berhati-hati dalam setiap pergerakan dan percakapan dengan lelaki lain yang bukan mahram saya.

Ramai yang bertanya,"bila nak kahwin?"

Apa yang boleh saya katakan untuk mereka, "sabar...lambat lagi.. nanti kalau kad kahwin sampai ke tangan ang nanti maksudnya nak kahwin dah la tu."

Mendengar pertanyaan macam tu, hati saya menangis je,, tak mampu nak kata apa-apa. Saya bukan siapa-siapa yang dapat menentukan takdir saya, saya hanya mampu merancang tapi Allah yang menggerakkan hati kedua ibubapa kami untuk menyatukan kami. Jadi, saya tak mampu nak berkata lebih tentang perancangan Allah terhadap kehidupan kami.

Mengikut perancangan saya, lebih kurang 2 tahun lagi untuk kami disatukan. Mungkin ada pihak yang menyatakan bahawa ia satu tempoh yang agak lama dan mempertikaikan mengapa kami mengambil tempoh yang panjang untuk bertunang.

Alhamdulillah saya bersyukur sangat dengan golongan yang amat prihatin dengan saya ini. At least menunjukkan mereka sangat teruja untuk melihat saya disatukan dalam ikatan yang sah.. terima kasih kawan-kawan. Saya anggap kata-kata semua itu sebagai satu doa untuk saya. 


Kenapa nak bertunang awal? Sedangkan masih belajar lagi?

Seperti yang telah saya beritahu beberapa orang rakan saya, Sejujurnya saya sendiri dah penat bercinta dan bercouple bertahun-tahun, tak berfaedah dan tak de matlamat langsung. Mengikut nasihat daripada beberapa orang ustaz dan ustazah secara langsung atau tidak langsung kepada saya yang menjelaskan bahawa melalui pertunangan ini sedikit sebanyak kami mengumpul pahala daripada bercouple tanpa tujuan.



Saya sendiri pon menginginkan pernikahan antara kami dipercepatkan malah saya sendiri letih menyayangi dan merindui insan yang belum halal bagi saya kerana saya tahu perasaan saya itu hanya melalaikan saya. Bahkan hanya Allah saja yang tahu betapa hampir setiap hari saya mendoakan agar kami bersama. Jauh dari sudut hati saya lebih mengharapkan kami segera disatukan seperti yang telah diperkatakan oleh orang lain. 


Ni saya sertakan kata-kata daripada my senior yang dah kahwin...
Saya ambil kata-kata ini sebagai pendorong untuk saya dan tunang saya.
Terima kasih my senior, Puan Che Shiema

Hampir setahun berkahwin (kahwin muda), mgkin dah tiba masenya utk jwb semua soalan demi soalan drp sanak saudara, sahabat & mrk disekelilingku yg kdng2 buat diri trsenyum sendri, sebak dll.

S: Knp awal sgt kawin?
J: Sbb sy dh letih cintakan seseorang yg blum halal bg sy. Wlpn sy sering sembunyikan rse cinta itu, namun hati kerap merintih merinduinya. Lalu sy memilih utk dptkan redha Allah wlpn ada insan2 mengeji.
S: Knp kahwin klau msih nk blajar? Org yg dh kahwin ni, memori confirm full, mcmn nk fokus belajar?
J: Sy merencanakan sebuah kehidupan yg lebih bermakna. Bkn sparuh jalan. Ada impian sendiri wlpn laluannya x semudah org lain.
S: Dah kahwin, sibuk bwk perut boyot ke sana ke mari, nk belajar lagi, nk fikir suami lagi, rumahtangga lg, ni anak nk keluar lagi..larat ke nk tanggung semua? Sape suruh kawin awal.
J: Allah swt beri sy kekuatan yg mungkin tidak ada pada semua org, sbg manusia adakalnya sy terasa sgt letih & tidak bermaya..sy tetap yakin bahawa sy msih ada Allah sbg tempat utk merintih, lalu sy kembali bersemangat dan tersenyum.
S: Awk msih belajar, suami keje gaji ckup2. Nk tanggung mkn minum awk, anak, pelajaran awk..awk tak kesian kat suami awk ke?
J: Suamiku, maaf klau sy menjadi beban pd awk. Namun, utk semua org jgn rsau krn sy sudah punya simpanan sblum dirikan rumahtangga, alhamdulillah sampai skrg simpanan itu blum habis. Dia suami yg baik, nafkah diberikan dgn cukup..wlpn gajinya biasa, namun setiap bulan ada duit yg dihulurkan utk beli gincu, bedak, baju dll. Setiap hari msih ckup mkn 3x sehari. Malah lebih dr ckup, krn setiap bulan kami ada ruang utk bercuti bersama.
S: Soalan utk suami sy, tk ssh ke kahwin tp keje sorg2?
J: Sy sering dgar suami jwb, wlpn hdup kami tk mewah, pakai kereta viva shj, tak dapat pakai Honda, tp kami bahagia.
Sy dh jwb semua soalan kalian, lpas ni hrp jgn ada lg yg mengeluh melihat kehidupan sy. Jgn sshkan diri memikirkan betapa sshnya sy melalui hidup krn sy rasa ckup tenang dan bahagia dgn apa yg Allah berikan pd sy.
P/s: Bg yg ingin berumahtangga awal, nak belajar tp nak kahwin, rancang semuanya dgn baik, simpan duit ckup2, bkn utk sebulan tetapi utk bertahun2. Kuatkan semangat, berkahwin bkn suka2, ianya amanah dan tanggungjawab.
Sekian, wassalam.


Ni pula feedback daripada En. Tunang..

terima kasih nasihat dr senior ayg.. insyaAllah b cba sdaya mampu tok kuatkn smgat.. dgn izin Allah, klu niat kita baik untk dirikan masjid, Allah akan permudahkan..
b pn pham.. kdg kdg b pn sndiri kna soalan soalan mcm ni.. b sllu egatkn diri b.. klu kita nk wat smethg yg baik.. mmg sllu org akan prtikai.. tp b aggap smua ni ujian dr Allah tok kita..

Susah untuk memuaskan hati orang lain sedangkan hati kita pula terabai. Kami memiliki cabaran yang besar untuk bersama tapi saya harap kami mampu bertahan atas apa yang telah kami lalui bersama sepanjang hidup ini. Takkanlah kami akan mudah goyah sedangkan bukan setahun dua kami menghadapi cabaran malah telah bertahun sudah jadi saya berharap kalau saya mampu bertahan, tunang saya juga mampu bertahan.

Kenapa kami merancang untuk bertunang dalam tempoh yang lama?


  1. Saya percaya jodoh, pertemuan, takdir dan kematian adalah hak milik Allah, jadi saya hanya merancang untuk yang terbaik sahaja.
  2. Semasa perbincangan, kedua-dua pihak dah bersetuju kami akan bertunang dalam satu tempoh yang panjang, jadi kenapa orang lain nak mempertikaikan.
  3. Kami mementingkan restu ibubapa kami melebihi keperluan dan kepentingan diri kami sendiri kerana kami menghormati kedua ibubapa kami dan kami mengharapkan kebahagiaan daripada rumahtangga kami bukannya desakan nafsu semata-mata. (sedangkan kami tak terdesak sangat pon nak kahwin)
  4. Kami ingin menamatkan pembelajaran kami dengan baik terlebih dulu sebelum berkahwin.
  5. Tuntutan kerja perlu kami utamakan terlebih dahulu sebelum kahwin.
  6. Banyak persediaan mental, fizikal dan rohani yang belum dimantapkan sepenuhnya jadi diharapkan selama 2 tahun ni kami dapat memperbaiki diri kami mendai seorang yang lebih baik sebelum kami berkahwin. (sebab bila dah kahwin nanti nak bentuk khalifah baru macam mana kalau diri sendiri pon tak mampu nak bentuk kan)
InsyaAllah, segala ilmu yang bakal saya perolehi mengenai agama, diri sendiri dan isu rumahtangga akan saya kongsikan dalam blog saya ni. Prinsip saya mudah, ilmu untuk dikongsi bukan untuk simpanan sendiri.. Jadi, saya mintak sangat lepas ni jangan lah hujani saya dengan pertanyaan tentang perkahwinan lagi sebab saya tak dak jawapan untuk itu. Hanya yang mampu saya katakan adalah tolong doakan hubungan kami berjalan lancar dan urusan pernikahan kami dipercepatkan dan dimudahkan oleh Allah s.w.t. Itu saja luahan hati saya yang sangat kecewa untuk hari ni. :'(


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday 17 November 2014

Mataku coklat??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sudah banyak hari tak menaip untuk entry baru ni. Rindu lah pulak sebab tulah yang buka balik bahagian entry ni.. Bukan apa, sibuk sedikit dengan aktiviti palapes. Alhamdulillah dah habis latihan tempatan untuk minggu ni. tetapi kali ni bukan saya ingin menceritakan tentang palapes. saya ingin menceritakan akan diri saya yang saya kaji sikit demi sikit dan saya kongsikan bersama semua pembaca blog saya. Maaflah kalau terpaksa baca entry ni..

Saya teruskan dengan apa yang ingin saya ceritakan. Baiklah.

thanks mr. google

Gambar mata??
Nak cerita apa ni?
Semua orang telah mengetahui akan mata.. Mata adalah salah satu anugerah Allah yang sangat bernilai. Mata terbahagi kepada dua iaitu Mata Hati dan Mata. Mata Hati merupakan hati yang dapat membezakan antara hak dan batil. Mata normal mampu melihat sesuatu dari jarak dekat mahupun jauh malah mampu melihat dalam gelap. Unik kan mata yang Allah ciptakan untuk manusia ini. HebatNya Allah..Alhamdulillah saya masih dapat rasa nikmat ada mata sehingga ke hari ini.

Sebelum ni ada beberapa orang kawan saya telah menegur mengenai warna mata saya, katanya warna mata saya coklat seperti dalam gambar yang tunjukkan tadi seolah-olah saya ni pan-asia (darah kacukan) hakikatnya tak pon.. hehehe ..Dia tanya saya, "ang pakai contact lens ka?".. Serius, seumur hidup saya belum pernah lagi pakai contact lens yang warna-warni tu sebab saya rasa pakai contact lens warna-warni (TAK DAK POWER) means macam kita ubah ciptaan Allah..tapi saya tak kata salah sebab tak dak hukum dalam islam pon kan. ni cuma pandangan peribadi saya ja.. jangan lah marah ye.. *nanti kite cubit pipi die*.. Bagi siapa-siapa yang pakai tu go on la untuk keyakinan diri anda..

 Tapi seriusly saya tak pernah percaya warna mata saya coklat, baru-baru ni bila saya nak pakai celak, saya perhatikan mata saya, memang betul mata saya warna coklat (Dark Brown Eye). Wah, cantiknya mata kurniaan Allah.. terima kasih Ya Allah.. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab tak perlu pakai contact lens warna-warni untuk membangkitkan seri mata. Alhamdulillah...

Jadi, beberapa hari ni saya telah mengkaji beberapa perkara mengenai mata coklat saya. serius saya amat teruja dengan keunikan warna mata saya. Bukan untuk bermegah-megah kerana memiliki mata coklat padahal mata saya sendiri pon da kekurangan iaitu masalah myopia ( short-sighted / rabun jauh) iaitu apabila mata tidak dapat menumpu dengan tepat objek yang jauh tetapi hanya mampu melihat objek yang dekat sahaja. Jadi, tak de siapa pon yang perfect.

contoh ; gambar yang saya ambil dari link di atas

Berbalik kepada kisah mata coklat gelap :

Sebenarnya saya tertanya-tanya mengapa mata saya berwarna coklat gelap ( Dark Brown Eye)?
Apabila saya mengkaji mengenai mata ini, saya dapati mata memiliki beberapa spektrum warna yang berbeza mengikut keturunan dan jenis darah.

Spektrum warna mata

Mata saya yang bahagian nom 6 atas berwarna biru tu, iaitu Dark Brown Eye. Golongan mata berwarna coklat ini biasanya ditemui di Asia seperti bahagian Timur Tengah, Asia Tenggara,Asia Selatan, Asia Barat, dan lain-lain.

 Bahagian manakah yang terlibat dalam peralihan warna mata ini?




Bahagian yang terlibat dalam perbezaan warna mata ini merupakan bahagian iris. Bahagian iris ini terletak dibahagian Tunika Vaskulosa yang merupakan lapisan tengah bola mata yang kaya dengan pembuluh darah, turutan dari belakang iaitu iris, corpus ciliaris dan koroid. 



Saya akan fokus kepada bahagian mengenai pigmen mata sahaja, nak tahu yang lain baca sendiri, saya ada selitkan sekali dengan link, klik je.

Koroid merupakan jaringan lapisan yang nipis yang berada di bahagian belakang dan mengandungi banyak pembuluh darah serta berwarna coklat yang mengandungi pigmen. Bahagian inilah yang memberikan nutrisi pada bahagian tunika mata. Pigmen inilah yang menyebabkan bahagian bola mata menjadi gelap. Daerah ini pada mata kasar dipanggil sebagai iris (anak mata) dan ia berbentuk bulat. Bahagian inilah yang menyebabkan perbezaan warna mata antara individu. 

Warna mata ini ditentukan oleh jumlah melanin, suatu pigmen coklat gelap yang terdapat dalam iris. Mata yang berwarna biru itu menunjukkan jumlah melanin yang sedikit manakala mata yang berwarna coklat itu menunjukkan jumlah melanin yang banyak. Mereka yang memiliki mata berwarna coklat ini kebanyakkannya mereka yang memiliki rambut dan kulit yang berwarna gelap. Setiap individu memiliki jumlah kandungan melanin yang berbeza pada iris mata mereka yang menyebabkan berlakunya perbezaan warna mata mereka. Hal ini disebut sebagai Heterochoromia Iridium yang merupakan akibat daripada perbezaan gen yang mengatur warna mata.

Seperti yang telah saya katakan tadi, warna mata yang berlainan ini adalah bergantung kepada genetik @ keturunan yang disebabkan oleh proses mutasi genetik. Proses ini bermula dari proses fertilisasi yang merupakan proses penyatuan nukleus sel telur dengan nukleus sperma. Hasil fertilisasi yang mengandungi kromosom dalam jumlah diploit. Kromosom inilah yang akan menentukan jantina. Kromosom yang berpasangan atau alel ini pada lokus tertentu mengekodkan fungsi umum yang sama misalnya,untuk mensintesis protein yang menghasilkan warna mata. 

Gen berpasangan (alel) ini disingkatkan dalam bentuk huruf.
B untuk warna coklat (dominan)
b untuk warna biru (resesif)
G untuk warna hijau

Kombinasi genetik :

BBGG - Coklat
BbGG - Coklat
BBGb - Coklat
BbGb -Coklat
BBbb - Coklat
Bbbb - Coklat
bbGG - Hijau
bbGb - Hijau
Bbbb - Biru

contoh bergambar dari mr.google

Ini hanya kajian sains, kita percayalah kepada kuasa Allah.. kalau Allah nak jadikan kita sebaliknya Allah boleh buat. misalnya, diri saya sendiri dalam keluarga saya ibubapa saya bukan berketurunan mata coklat ke biru ke hijau ke...ahli keluarga saya yang lain mata berwarna hitam biasa ja.. hanya saya, mata berwarna coklat..  Jadi percayalah dengan kuasa Allah..

Perbezaan warna ini ditentukan oleh SNP ( SINGLE NUCLEOTIDE POLIMORPHISM). Semua SNP yang menyebabkan variasi warna mata dalam gen dipanggil OCA2. Gen ini diketahui menghasilkan protein yang mengatur warna kulit, rambut dan mata. setiap orang memiliki dua salinan SNP yang mengatur seberapa banyak protein yang perlu dihasilkan oleh gen. Jadi orang yang bermata coklat ini mungkin memiliki protein yang banyak pada bahagian mata.

Mata yang terlebih iris ini telah dinyatakan dalam ilmu IRIDOLOGY yang merupakan suatu kajian saintifik mengenai bentuk dan struktur di dalam iris mata hitam dimana dapat memberi gambaran setiap organ dalam badan manusia. Iris mata ini dapat menggambarkan  tentang sistem tubuh badan, kekuatan dan kelemahannya,tahap kesihatan dan perubahan yang terjadi dalam tubuh seseorang kaedah alamiah.

cara mengetahui penyakit dalam badan melalui mata

Mengikut teori melalui carta iris ini yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh badan manusia yang menyatakan iris mata itu ada kaitan dengan setiap organ dan tisu tubuh badan manusia menerusi sistem saraf dan otak manusia. 

Melalui warna iris mata dapat mentafsirkan berlakunya penyakit kulit. 
Seseorang yang memiliki mata berwarna coklat ini berisiko menghidapi penyakit kanser kulit (melanoma).
Melanoma ini adalah kanser kulit (tumor malignant) yang berasal dari sel-sel dalam kulit iaitu melanosit ( sel yang menghasilkan pigmen melanin pada warna kulit, rambut dan mata) dan berbentuk seperti tahi lalat yang semakin membesar. biasanya pada wanita berlaku dibahagian bawah kaki.

Walaupun begitu, semua ini merupakan kajian ke atas sebahagian kecil saja sebagai faktor beringat kepada mereka yang memiliki kelebihan berbanding orang lain. Jadi, percayalah terhadap kuasa Allah.. sekiranya penyakit ini ada, percayalah dengan ujian Allah.. Terima dengan redha.


Melalui beberapa kajian personaliti ke atas orang yang bermata coklat ini ialah

  • warna coklat ialah warna tanah yang melambangkan kesederhanaan, kekuatan dan kreativiti. (BETUL)
  • mereka yang memiliki mata berwarna coklat lebih dipercayai berbanding mereka yang memiliki mata berwarna biru atau warna lain (yeke? boleh percaya kah aku ni? InsyaAllah.. kenal dulu baru tahu ye..)
  • merupakan golongan yang menarik, menawan dan nampak comel. (BETUL... ahahaha.. sebab ramai puji comel.. hahah.. perasan!)
  • pemilik anak mata coklat ini gemarkan kecantikan alam semulajadi dan tidak terlalu mementingkan kebendaan (materialistik) (BETUL)
  • seorang pencinta yang hebat dan tahu bagaimana untuk membuatkan pasangan rasa istimewa dan berharga (BETUL)
  • Takut untuk menunjukkan perasaan sebenar di hadapan orang lain (Salah kot.. aku ni lebih kepada berterus-terang lah..)
  • seseorang yang suka mencari kawan baru (Extrovert) (BETUL)
  • pandai bergurau dan boleh membahagiakan orang lain (BETUL)
  • terlalu menjaga hati orang lain sehingga hati sendiri terabai (BETUL)
  • seorang yang bijak dan mampu memberikan nasihat kepada orang lain (BETUL)
  • kreatif dan mempunyai citarasa yang tinggi dalam fesyen (BETUL)
  • cenderung kepada bersosial (BETUL)
  • golongan ini merupakan golongan independent dan memiliki mental yang kuat (BETUL la kan.. kalau tak, takkan aden nak masuk palapes kot.)
  • umumnya individu ini memiliki bibir yang lebar dengan sudut yang menaik, dagu lebar, mata besar dan kening merapat antara satu sama lain. ( ada BETUL, ada SALAH)
  • Memiliki struktur tulang muka yang mampu menyihirkan atau mengaburi mata orang lain terhadap penampilan mereka (yeke? entahlah..)

Yang saya senaraikan tu cuma based on kajian je..janganlah percaya sangat.. just ambil tahu, tapi jangan ambil pusing sangat.


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday 9 November 2014

Wanita : Jom kenali diri kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada kali ini saya ingin mengajak semua terutama kita sebagai seorang wanita memahami akan kejadian diri kita sendiri. Saya pun masih belajar tetapi apa kata kita belajar sama-sama mengenali diri kita.

Baiklah, seperti yang diketahui umum, asal usul kejadian wanita ini telah diceritakan secara detail di dalam al-quran tetapi kat sini saya hanya ingin mengambil intipati penting sahaja melalui kisah Nabi Adam a.s.

Ringkasannya, Nabi Adam a.s semasa tinggal di syurga memerlukan seseorang untuk menjadi peneman apabila baginda melihat makhluk lain berpasang-pasangan, jadi Allah s.w.t telah menciptakan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam yang bengkok untuk menemani Nabi Adam.

Berdasarkan kisah ini, dapatlah kita ketahui tujuan Hawa iaitu kaum wanita dicipta. Kaum wanita menjadi pengaruh kuat kepada golongan lelaki dalam segenap aspek. Kaum wanita ini juga menjadi peneman kepada golongan lelaki dan memberikan kesenangan kepada mereka. Walaupun tujuan asal sebegini, tidak bermaksud golongan wanita selayaknya ditindas oleh golongan lelaki. Sebaliknya lelaki perlulah menjadi pemimpin kepada kaum wanita kerana wanita ini dikatakan wanita ini lemah dan perlu dibimbing.

Manusia dijadikan berpasang-pasangan untuk kenal-mengenali dan saling berkasih sayang serta berkembang biak.Kejadian lelaki dan perempuan ini memiliki perbezaan yang tersendiri dari sudut fizikal dan kemampuannya yang mampu melengkapi antara satu sama lain. Allah dah cipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. 

Manusia tidak kira lelaki atau wanita secara normally akan mengalami beberapa fasa iaitu..

Fasa kelahiran -> Fasa tumbesaran -> Fasa Akil baligh -> Fasa dewasa -> Fasa tua -> Fasa kematian


Namun, apa yang saya nak fokuskan kat sini bagi membincangkan perihal wanita.

wanita biasa tidak seperti barbie doll ni 

Secara umumnya pula, wanita ini merupakan salah satu daripada dua jantina bagi manusia iaitu lelaki dan perempuan. Panggilan lain ialah gadis, anak dara, dan betina. Dari bayi, seseorang ibu atau bapa dapat mengesahkan jantina anak mereka dengan adanya perbezaan alat kelamin tetapi perbezaan ini mula ketara dalam fasa akil baligh. 

Percaya atau tidak, Wanita ini merupakan golongan yang istimewa.. 

kenapa saya katakan begini?

Golongan wanita mampu melakukan sebahagian besar pekerjaan yang dilakukan oleh lelaki tetapi hakikatnya golongan lelaki tidak mampu melakukan banyak perkara yang dilakukan oleh wanita. Misalnya,terdapat sesetengah golongan wanita yang boleh melakukan kerja-kerja buruh, kerja-kerja pejabat dan sebagainya. Namun, golongan lelaki tidak sehebat wanita yang mampu melakukan kerja-kerja rumah dan mengandungkan seorang lagi insan lain dalam rahimnya. Hal ini kerana sifat semulajadi yang terdapat dalam diri wanita iaitu sifat keibuan- sifat penyayang, lemah-lembut, dan mengambil berat.

Seperti yang telah saya katakan tadi, golongan wanita melalui zaman kanak-kanak sama seperti golongan lelaki tetapi selepas akil baligh, sifat-sifat tertentu akan wujud dalam diri setiap wanita mahupun lelaki seperti pemalu dan pendiam biasanya pada awal perubahan hormon akibat daripada perubahan fizikal dan dalaman.

thanks En.Google
ilustrasi hanya untuk pembelajaran


Fokus kepada proses akil baligh wanita

Kita abaikan bab lelaki, sekarang kita fokus kepada hal kita sebagai wanita. 

Hai.. awak-awak semua, kena ambil tahu tau perkara ni penting walaupun dah tau, jangan la abaikan hal ni. Sebenarnya semasa saya menaip ni pun saya cuba belajar sikit dengan cara not copy paste.. but cuba fahamkan satu-satu.. harap-harap ilmu ini saya dapat kongsi sama-sama dengan wanita lain kat luar sana.

Habis bab membebel, sekarang jom kita kaji sikit demi sikit walaupun tak la begitu mendalam sangat. Seperti semua tahu, akil baligh ini berlaku pada usia 9 tahun sekurang-kurangnya, namun kebiasaannya pada usia 11 tahun dan paling lewat 15 tahun. Ambil perhatian ye, kalau umur 15 tahun ke atas tu, tak period-period lagi (bahasa yang mudahnya), minta sangat-sangat jumpalah doktor pakar sakit puan ye. Kitaran haid ini berlaku sehingga menopaus kecuali waktu hamil.

Nak bercerita kejap, pernah sebelum ni, ada seseorang pernah bercerita tentang pengalamannya sendiri, dia berasa pelik kerana tidak datang period lagi sedangkan masa tu dia dah 16 tahun dah. Kemudian, dia berjumpa dengan dr pakar sakit puan dan terus disarankan operation kerana dia tidak memiliki lubang faraj. Alhamdulillah, sekarang dia dah ok dah.. Terdapat juga ibubapa pada zaman sekarang sudah prihatin dan mengambil langkah pencegahan awal dari bayi lagi.

Proses akil baligh akan menyebabkan perubahan-perubahan yang telah dinyatakan dalam gambar sebelum ini. Akibat daripada proses akil baligh ini, bermulalah tanggungjawab setiap wanita untuk menjaga tubuh badan dengan lebih ketat. Bahagian yang paling penting dan ditekankan penjagaannya dalam islam ialah bahagian payu dara dan juga kawasan kemaluan. Syariat Islam menyarankan kita melabuhkan tudung hingga ke paras bawah dada dan menjaga kemaluan agar terjaga maruah diri.


kawasan kemaluan wanita


Bagaimanakah proses kitaran haid berlaku?






setiap wanita mempunyai 450 000 telur yang tersimpan dalam ovary sejak bayi dalam keadaan tidak berkembang. Semasa berumur 9 tahun ke atas, apabila seseorang wanita itu mengalami haid yang pertama. Salah satu daripada telur-telur ini akan matang setiap bulan. Kitaran haid mengandungi 3 fasa iaitu fasa perembesan, fasa pembiakan dan fasa haid. Pada setiap bulan, otak akan menghantar maklumat kepada ovari untuk menghasilkan folikel. folikel yang dominan akan berkerkembang menjadi sel telur dewasa dan akan dilepaskan dan ditangkap oleh hujung fallopian tiub yang bercabang-cabang. kemudian telur akan digerakkan hingga ke uterus. folikel adalah kumpulan sel yang mengelilingi sel telur untuk menyuburkannya.Pada masa ini dinding rahim sedang menebal sebagai persiapan untuk pertumbuhan telur yang telah disenyawakan.

Fasa perembesan Selain itu,Ovary juga menghasilkan hormon Estrogen dan Progesteron. Apabila hormon Estrogen tinggi,hormon ini akan memberikan maklumat kembali ke otak untuk melepaskan LH : Luteinizing Hormone. Untuk persediaan telur untuk disenyawakan, FSH : Follicel Stimulating Hormone mula mengeluarkan dari genetiknya.Ini tanda mulanya reproduksi. Folikel kemudian melepaskan hormon estrogen dan progesteron yang membuat lapisan uterus dapat menerima telur yang disenyawakan. 

Fasa pembiakan =
Dalam perjalanan menuju ke uterus, ada dua perkara  kemungkinan berlaku pada telur diterima oleh sperma atau tidak iaitu Jika telur ini disenyawakan oleh sperma dalam perjalanannya itu, ia akan terus menanamkan diri ke dinding rahim apabila sampai di bahagian rahim dan membesar menjadi bayi dan plasenta.

Fasa haid =
 Jika telur tidak disenyawakan dalam tempoh 24 jam, telur akan berhenti berkembang dan hancur sebelum sampai uterus. Sebagai gantian, uterus akan mengeluarkan lapisannya dalam bentuk menstruasi / haid selama 4- 5 hari. Proses ini berulang pada setiap bulan bagi wanita yang tidak hamil.

terima kasih en.google 
Apa itu haid?

Dari segi bahasa, As-Saylan yang bermaksud mengalir.Dipanggil juga sebagai azayan iaitu kotoran.
Umumnya, darah haid ialah darah yang keluar dari rahim wanita ke farajnya pada masa tertentu dan dalam keadaan sihat jasmaninya.Darah ini keluar tanpa disedari oleh wanita. Baunya agak busuk tidak seperti bau darah biasa.

Warna darah haid?
Darah haid biasanya berwarna merah @ merah sedikit kehitaman tetapi jika darah warna lain (coklat / merah cair) itu juga dianggap sebagai haid selagi dalam tempoh haid. haid ini bersifat suam @ hangat.
  1. Hitam = berbau busuk dan agak panas
  2. Merah = berbau busuk dan agak panas
  3. Kelabu = berbau (xbusuk sangat) dan agak panas
  4. Kuning tua @ coklat = berbau dan agak panas
  5. Kuning cair @ kuning keputihan = tidak berbau sangat, lebih kurang keputihan, masa nak habis period.


Tempoh kitaran haid

Biasanya satu kitaran haid purata berlangsung selama 28hari. Tempoh mengalami haid sekurang-kurangnya 1 hari dan semaksimumnya 14 hari. lepas tempoh ini, darah itu dianggap darah penyakit dalam islam. normalnya, 5 -7 hari.

Usia putus haid
mengikut syarak, sehingga umur 60 tahun. jika lebih daripada 60 tahun, dikira darah penyakit (istihadhah)

Perkara yang perlu adik-adik lakukan sekiranya mengetahui diri adik-adik haid untuk pertama kalinya :
  1. Pastikan jenis darah yang terdapat pada seluar dalam.
  2. Beritahu ibu adik dengan segera dan minta ibu adik ajarkan cara pemakaian tuala wanita yang betul.
  3. Seeloknya gunalah tuala wanita jenis 'wing' bagi memudahkan pergerakan adik-adik kerana kali pertama pemakaian akan berasa janggal sedikit.
  4. Pakai tuala wanita @ modes ini pada seluar dalam yang baru yang bersih.
  5. Basuh seluar dalam yang telah dikotori dengan darah menggunakan sabun pencuci dan bilas sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. (cara yang sama digunakan untuk membasuh tuala wanita yang telah dipakaidan jika terkena pada pakaian)
  6. Tukar tuala wanita dalam tempoh 4-5 jam sekali dan sekurang-kurangnya 3 kali sehari (jika beraliran banyak)
pesanan : perlu diingat, JANGAN membuang tuala wanita yang masih terkena darah terus ke dalam tong sampah kerana ada tigabenda yang menjadi makanan syaitan iaitu darah,asap dan tulang. berhati-hati ye. kalau period kena baju, jangan terus masuk mesin basuh, cuci dulu, sabun dan selawat, baru bubuh dalam mesin basuh.


Gejala awal berlakunya haid ialah
  • Sakit perut / senggugut
  • sakit di bahagian payudara
  • perubahan sikap dan emosi
  • pertumbuhan jerawat
  • mengidam pelbagai jenis makanan
  • sakit pada bahagian punggung
  • terlalu dahaga air minuman
  • sakit di sekeliling pinggang
  • sakit kepala dan kelelahan
  • rasa loya
  • tidak dapat konsentrasi dalam tempat sejuk
  • rasa lengah/cramp di bahagian paha hingga kaki
Perkara yang tidak boleh dilakukan semasa haid :
  • membaca dan memegang al-quran
  • bersetubuh bersama suami (jika telah berkahwin)
  • tidak boleh puasa
  • tidak boleh solat
  • tidak boleh masuk ke dalam masjid
  • tidak boleh tawaf masa ihram haji @ umrah
  • tidak boleh rujuk semula dalam tempoh haid jika berlaku penceraian











~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday 8 November 2014

Cara mencegah jangkitan ke atas faraj/ vagina

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kali ini saya akan menyentuh tentang kesihatan diri wanita.. Sebagai seorang wanita, kita harus memahami akan keadaan diri sendiri dari segi tahap kesihatan luaran dan dalaman. Percaya atau tidak, ramai wanita yang memandang remeh tentang hal kesihatan dalaman mereka, kebanyakkannya hanya mementingkan kesihatan, kecantikan dan kebersihan luaran sahaja untuk menarik golongan adam. Hakikatnya kesihatan dan kebersihan dalaman tidaklah sewajarnya diabaikan. Sekiranya kebersihan dalaman tidak dijaga, akan menyebabkan pelbagai faktor kepada terjejasnya tahap kesihatan dan kebersihan.

Tahukah anda, sekiranya kawasan sulit wanita tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan berlakunya jangkitan vagina?

Dua Jenis jangkitan =

  1. Jangkitan kulat vagina @ Candida Albicans ini adalah pembiakan sejenis kulat yang berlebihan ke atas vagina tetapi bukannya penyakit kelamin.
  2. Jangkitan Bakteria jenis Neisseria Gonorrhoeae yang menyebabkan penyakit kelamin berjangkit.
Fokus Jangkitan 1


Masa jangkitan = Biasanya berlaku ke atas wanita yang masih subur dan jarang berlaku ke atas wanita menopaus.
Jenis kulat ini dijumpai di = mulut, usus dan faraj

Wanita yang berkemungkinan menghidapi jangkitan ini ialah

  1. penghidap penyakit HIV
  2. wanita mengandung
  3. kegemukan
  4. diabetes mellitus
  5. rawatan antibiotik
  6. wanita yang tidak menjaga kebersihan
  7. menggunakan rawatan kanser
Tanda-tanda jangkitan berlaku =
  1. gatal dan rasa tidak selesa
  2. sakit semasa hubungan seksual
  3. sakit semasa membuang air kecil
  4. berlakunya irritasi (kerengsaan)
Fokus Jangkitan 2

Cara Jangkitan : melalui hubungan seksual , boleh dipindahkan oleh ibu yang dijangkiti kepada anak yang baru dilahirkan
Golongan yang berisiko : bukan hanya wanita tetapi juga golongan lelaki  yang aktif dalam hubungan seksual berumur 15 tahun - 29 tahun
Tempoh gejala : 3 hari - 2 minggu selepas jangkitan

Tanda-tanda berlakunya jangkitan =
  1. kerap membuang air kecil dan diikuti rasa sakit
  2. berlakunya pendarahan sekali-sekala
  3. berlakunya lelehan dari faraj atau zakar
  4. demam dan sakit perut yang mendalam
  5. ketidakselesaan semasa melakukan hubungan kelamin
  6. pendarahan antara tempoh haid
  7. jangkitan boleh berlaku di tekak ( sakit tekak) dan dalam rektum

Cara untuk mencegah berlakunya jangkitan ke atas faraj / vagina =
  1. Mencuci vagina dengan air yang bersih setiap hari terutama setelah membuang air besar 
  2. Mengeringkan vagina setelah membuang air kecil atau air besar
  3. Ketika mandi, basuh kawasan uretra dan klitoris dengan air bersih..
  4. Gunakan sabun pelembap yang khusus untuk mencuci kawasan vagina bukan sabun mandian biasa ye.
  5. Hindari pakaian dalam yang dibuat daripada sintetik dan poliester
  6. Elakkan dari meletakkan produk wangi-wangian di kawasan sulit
  7. Kalau penyakit diabetis, pastikan paras glukos terkawal
  8. Jika pesakit HIV, CD4 yang tinggi dan viral load yang rendah boleh membantu.
  9. Sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin (bagi wanita yang telah berkahwin), hendaklah membersihkan vagina terlebih dahulu selama 20 minit.
  10. Ganti penggunaan seluar dalam minimum 2 kali sehari
  11. Mencukur bulu kemaluan secara kerap kerana bulu kemaluan yang lebat akan menyebabkan kawasan vagina menjadi lembap.
  12. Semasa haid, ganti tuala wanita sekurang-kurangnya 3-4 jam sekiranya beraliran banyak.
  13. Hindari penggunaan tampon semasa haid.
  14. Jangan pakai seluar dalam yang ketat atau telah basah.
  15. Semasa menggunakan tandas 'duduk' , bersihkan permukaan tandas agar kering dan tidak kotor.
  16. Hindari memakan daging terlalu kerap kerana menyebabkan vagina berbau
  17. Makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan serta minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
Sekiranya tidak berkesan dan semakin teruk, berjumpalah dengan pakar sakit puan/ tuan, supaya jangkitan ini dapat dipulihkan segera.



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday 7 November 2014

Makanan yang diharamkan kepada umat islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya ingin menceritakan tentang makanan yang haram dimakan oleh orang islam. Ilmu ini saya perolehi daripada buku Surat Daripada Tuhan.

Makanan yang diharamkan itu ialah

  1. Bangkai iaitu binatang yang mati dengan sendirinya tanpa disembelih kecuali ikan dan belalang.
  2. Darah yang mengalir kecuali hati dan limpa.
  3. Daging babi ( keseluruhan tubuhnya) termasuk juga lemaknya.
  4. Binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah s.w.t
  5. Binatang yang mati tercekik secara sengaja atau tidak sengaja
  6. Binatang yang mati dipukul
  7. Binatang yang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi
  8. Binatang yang mati ditanduk
  9. Binatang yang mati kerana dimakan binatang buas.
  10. Binatang yang disembelih atas nma berhala.
Namun binatang no 5 - no.9 ini boleh dimakan sekiranya sempat disembelih.



Tip memilih makanan

  1. Halal dari hukum syarak
  2. Dimasak menggunakan peralatan yang suci
  3. Makanan yang berzat dan seimbang
  4. Tidak berasa syubhah sewaktu hendak makan atau membeli makanan.
  5. Memastikan bahan mentah di basuh dengan bersih terlebih dahulu sebelum masak.


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday 4 November 2014

Cara untuk menjadi Calon Syurga Allah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syurga adalah tempat impian setiap insan di dunia ini dimana syurga ini merupakan tempat yang paling indah dan tenang yang Allah swt berikan kepada insan-insan yang berjaya mengikut perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Telah digambarkan dalam Syurga nanti manusia dapat bersenang-lenang, berpasang-pasangan di tempat yang teduh dan bersandar di atas pelamin yang indah serta memperolehi buah-buahan dan apa saja yang diingini..( dipetik dari maksud surah yasin, ayat 55 - 57).

Jadi, jom kita semak apa yang perlu kita lakukan selain amalan fardu ain yang dapat membawa kita ke syurga Allah..

1) Mendermakan harta yang disayangi pada masa susah atau senang
*syarat menderma : penuhi keperluan asas diri dan keluarga terlebih dahulu kemudian lebihan baru kongsi bersama pihak lain, bukanlah pada saat-saat kematian kerana harta tersebut adalah hak waris bukan lagi untuk pihak lain dan harta tersebut sebaik-baiknya harta yang paling disayangi serta mendermakan harta ketika susah atau senang,sakit atau sihat,sukarela atau terpaksa, siang atau malam dan secara terangan atau sembunyi.

2) Menahan kemarahan
* sekiranya sedang marah, ingatlah Allah.. kawal kemarahan dengan syarat jangan mengungkit..belajar untuk berdiam diri dan mendengar.. kalau masih marah, beredar dari tempat itu.
* cara-cara yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk mengatasi marah :
- jika waktu marah sedang berdiri, duduklah.
- kalau duduk pon belum reda marah, berbaringlah.
- jika masih marah, ambillah wuduk
- sebutlah " a'uudzu billahi minasy syaitonirrojim"

3) Memaafkan kesalahan orang lain
* memaafkan kesalahan orang lain sebelum tidur adalah lebih baik supaya dapat menenangkan hati.
* Rasulullah s.a.w pernah bersabda ," Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Seseorang yang pemaaf , Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawadduk ( merendah diri) kepada Allah, maka Allah akan meninggikan darjatnya". H.R MUSLIM.

4) Selalu mengingati Allah swt
* sentiasa berzikir dan memuji kebesaran Allah s.w.t
* Cuba hindari bisikan-bisikan syaitan dan hawa nafsu dengan zikir yang berpanjangan.
* basahkan lidah dengan tasbih dan tahmid.

5) Bertaubat kepada Allah
* melakukan dosa bermaksud menganiayai diri sendiri. Dosa tersebut akan kekal dalam diri selagi kita tidak bertaubat dan menyesal.
* sentiasa beristighfar kepada Allah s.w.t terutamanya selepas solat.
* selain beristighfar, bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh sambil berazam untuk tidak mengulangi dosa itu lagi. Jika terasa ingin mengulanginya lagi, bermakna hati kita tidak sepenuhnya bertaubat,
* bergaullah dengan orang yang baik supaya terpengaruh menjadi baik juga.

Daripada : Buku Surat Daripada Tuhan oleh Ruhana Zaki


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~