Tuesday, 4 November 2014

Cara untuk menjadi Calon Syurga Allah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syurga adalah tempat impian setiap insan di dunia ini dimana syurga ini merupakan tempat yang paling indah dan tenang yang Allah swt berikan kepada insan-insan yang berjaya mengikut perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Telah digambarkan dalam Syurga nanti manusia dapat bersenang-lenang, berpasang-pasangan di tempat yang teduh dan bersandar di atas pelamin yang indah serta memperolehi buah-buahan dan apa saja yang diingini..( dipetik dari maksud surah yasin, ayat 55 - 57).

Jadi, jom kita semak apa yang perlu kita lakukan selain amalan fardu ain yang dapat membawa kita ke syurga Allah..

1) Mendermakan harta yang disayangi pada masa susah atau senang
*syarat menderma : penuhi keperluan asas diri dan keluarga terlebih dahulu kemudian lebihan baru kongsi bersama pihak lain, bukanlah pada saat-saat kematian kerana harta tersebut adalah hak waris bukan lagi untuk pihak lain dan harta tersebut sebaik-baiknya harta yang paling disayangi serta mendermakan harta ketika susah atau senang,sakit atau sihat,sukarela atau terpaksa, siang atau malam dan secara terangan atau sembunyi.

2) Menahan kemarahan
* sekiranya sedang marah, ingatlah Allah.. kawal kemarahan dengan syarat jangan mengungkit..belajar untuk berdiam diri dan mendengar.. kalau masih marah, beredar dari tempat itu.
* cara-cara yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk mengatasi marah :
- jika waktu marah sedang berdiri, duduklah.
- kalau duduk pon belum reda marah, berbaringlah.
- jika masih marah, ambillah wuduk
- sebutlah " a'uudzu billahi minasy syaitonirrojim"

3) Memaafkan kesalahan orang lain
* memaafkan kesalahan orang lain sebelum tidur adalah lebih baik supaya dapat menenangkan hati.
* Rasulullah s.a.w pernah bersabda ," Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Seseorang yang pemaaf , Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawadduk ( merendah diri) kepada Allah, maka Allah akan meninggikan darjatnya". H.R MUSLIM.

4) Selalu mengingati Allah swt
* sentiasa berzikir dan memuji kebesaran Allah s.w.t
* Cuba hindari bisikan-bisikan syaitan dan hawa nafsu dengan zikir yang berpanjangan.
* basahkan lidah dengan tasbih dan tahmid.

5) Bertaubat kepada Allah
* melakukan dosa bermaksud menganiayai diri sendiri. Dosa tersebut akan kekal dalam diri selagi kita tidak bertaubat dan menyesal.
* sentiasa beristighfar kepada Allah s.w.t terutamanya selepas solat.
* selain beristighfar, bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh sambil berazam untuk tidak mengulangi dosa itu lagi. Jika terasa ingin mengulanginya lagi, bermakna hati kita tidak sepenuhnya bertaubat,
* bergaullah dengan orang yang baik supaya terpengaruh menjadi baik juga.

Daripada : Buku Surat Daripada Tuhan oleh Ruhana Zaki


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: