Showing posts with label Bulan ramadan. Show all posts
Showing posts with label Bulan ramadan. Show all posts

Wednesday, 20 April 2022

Teknik Pencegahan Kehamilan (Khas untuk Rancangan Keluarga) Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak kongsikan sedikit mengenai cara nak elak dari mengandung atau dalam kata lain, cara nak jarakkan kehamilan..

AWAS : ENTRY NI HANYA UNTUK GOLONGAN YANG BERKAHWIN SAHAJA!

Mengapa pentingnya perancangan untuk kuantiti anak dalam sesebuah rumahtangga?

Anak ini anugerah daripada Allah. Anak adalah suatu bentuk nikmat rezeki dan jugak suatu bentuk ujian daripada Allah untuk menilai keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.

Jadi, bila sebut pasal anak merupakan amanah besar dari Allah ni maksudnya ia datang dengan pahala dan jika tersalah langkah boleh jadi dosa. Mendidik anak ni bukan suatu yang mudah.. Anak ramai tidak menjamin kehidupan kita bahagia begitu juga jika kita tidak punya ramai anak.. tetapi anak ni lahir selari dengan rezeki dariNya yang tersendiri.. jangan anggap anak itu suatu beban..rezeki setiap orang berbeza-beza dan kita hendaklah berusaha untuk dapatkan rezeki yang lebih baik.

Ada anak ramai ni banyak kelebihan dan keburukannya.. namun ada anak sedikit bukan suatu kesalahan.. ramai orang cakap ada anak ramai ni esok-esok boleh jaga masa kita tua.. anda pasti ka semua tu? jangan buat kerja Allah.. Anak ni amanah Allah kepada kita .. sepatutnya kita pikul tanggungjawab kita sehabis baik untuk memastikan mereka cukup ilmu agama, ilmu dunia dan ilmu akhirat.. selebihnya jika mereka beramal dan berbuat kebaikan itu semua bonus untuk kita... bukan kita berharap anak mesti berkhidmat kepada kita pulak setelah kita tua.. jika mereka melakukan khidmat mereka kepada kita itu bonus..

Esok-esok kat akhirat, Allah tak tanya anak kita kerja hebat ke tak? tak tanya anak kita balas ke tak jasa kita? Allah tanya apa yang kita bekalkan kepada anak-anak untuk berkhidmat kepada Allah? 

Sebab tu pentingnya perancangan keluarga ni.. kita nak pastikan anak-anak kita mampu hidup dalam keadaan selesa dan cukup keperluan asasnya.. supaya anak kita berasa selesa untuk menuntut ilmu dan beribadah kepada Allah.. 

Ada beberapa jenis cara untuk rancang keluarga ni..

Teringat saat aku baru saja selesai bersalin pada sebelah malamnya.. keesokannya ada morning round dari doktor pakar.. bertanyakan kepada aku, " Puan, dah fikir ke nak guna kaedah perancang keluarga apa?"

Aku agak blur masa tu..

"Belum.. nanti saya tanya husband saya dulu."

"Puan, sekarang musim covid, saya cadangkan puan ambil apa-apa jenis perancang keluarga kerana banyak komplikasi terhadap ibu mengandung sekiranya ibu mengandung itu terkena covid ni.. benda kita tak nampak puan.. kalau puan nak merancang sendiri tiada masalah, tetapi saya harap puan dapat fikirkan tentang kesihatan puan jugak kerana merancang sendiri tidak semua berjaya..saya harap puan faham.."

Aku agak terkejut dengan kata-kata doktor tu.. tapi ada betulnya dalam nasihat tu. " baik doktor. terima kasih.. "

"Kalau puan nak ambil mana-mana perancang.. nanti puan boleh bincang dengan jururawat di klinik kesihatan yang terdekat dengan tempat tinggal puan."

" okey doktor." 

Aku bukan tidak mahu ambil perancang keluarga tapi memikirkan kami dah lama nak ada anak.. tambahan pula, aku ni jenis yang susah untuk hamil.. kira macam bukan kata kahwin-kahwin terus bunting pelamin macam orang lain.. kami sendiri pon berusaha bertahun-tahun untuk dapatkan anak pertama kami ni.. jadi, aku berhasrat la untuk ada lagi seorang anak.. macam sekarang ada anak lelaki, kalau boleh nak ada anak perempuan pulak dalam masa terdekat.. lepas tu nak jarak berapa lama pon tak pa dah.. memang la anak ni rezeki daripada Allah tapi tak salah kan kalau kita merancang dan berusaha.

Berat sebenarnya untuk aku buat keputusan.. 

Bagi yang ingin tahu, merancang sendiri ini macam mana? Natural Method ni macam mana?

Merancang sendiri ni ada banyak cara antaranya...
1) Apabila pasangan melakukan 'al-azl' dimana si suami mengeluarkan air mani di luar vagina isteri
2) Menggunakan kondom
3) Si isteri mengira waktu kesuburan dan bersama diluar waktu subur (AWAS: UNTUK YANG PERIOD TERATUR SAHAJA)
4) Fully Breastfeeding dan jadual breastfeeding yang teratur ye.. penyusuan untuk setiap sesi mesti diantara 4 jam hingga 6 jam.. Secara umumnya, apabila kita menyusu penuh baby kita, period akan delay, kadang-kadang sampai setahun, dua tahun macam tu. Tetapi kalau kita menyusu tidak teratur, kemungkinan untuk hamil itu ada jugak..

Banyak cara untuk nak tengok waktu kesuburan kita... (Part ni nanti aku cerita dalam entry yang lain ye)
1) dengan cara buat opk test
2) tengok suhu badan kita (BBT)
3) tengok lendir servik kita

Tapi kaedah ni kami tak guna sebab aku risau tempat jahit aku.. luka nak bagi betul-betul sembuh dulu.. ye la, kaedah ni kan belum tentu berhasil..

Aku nak cerita jugak la kan...

Ada lagi satu cara menggunakan Pil Perancang Emergency @ Pil Plan B @ Pil Morning After.. Ni pon  antara kaedah untuk rancang sendiri jugak.. tapi tak digalakkan.. kalau tak silap sebulan boleh ambik sekali ja ubat ni.. maksudnya satu cycle period saja.. nak ambik lagi kena tunggu next cycle period dulu..bukan main ambil setiap hari ye.. ubat ni biasanya dijual satu pek ada 2 biji saja.. wajib makan 2 biji ye.. 72 jam pertama makan sebiji, sebiji lagi makan selepas 12jam daripada pil yang pertama..

pil ni guna kalau kita bersama dengan suami tapi suami terlupa pakai kondom atau buat azl.. time tu kita pulak tengah subur.. bolehlah guna pil ni.. macam yang kita tahu, sperma kan bertahan dalam tempoh 3 hingga 5 hari dalam rahim dan saluran fallopian, jadi bila kita makan pil ni, kira macam boleh halang dari pregnant la sebelum sempat sperma berenang ke ovum.. sebab pil ni biasanya dimakan dalam tempoh 72 jam atau 3 hari selepas hubungan suami isteri.. tetapi ada satu jenis lagi yang dimakan dalam tempoh 120 jam atau 5 hari selepas bersama suami... yang ni kena tanya farmasi yang mana sesuai untuk diri sendiri.. jangan main beli ja..

Tapi pil ni tak boleh ambil secara kerap, boleh ganggu kitaran period , hormon badan dan waktu subur.. kang kalau ambik kerap, susah pulak nak lekat kalau betul-betul nak pregnant next time. pil ni jugak tak digalakkan ambil sebab ada side effect dia yang tersendiri.. contohnya mudah rasa loya, pening kepala,  kemungkinan berlakunya pendarahan di luar waktu period, berat badan naik mendadak, susu badan berkurangan, risiko darah beku, sakit jantung, dan darah tinggi..

Bila dengar macam-macam risiko ni macam takut je kan nak try..

So, setelah bincang dengan suami aku, suami aku mintak aku guna kaedah Depo-Provera Injection.. orang kita kata guna cara cucuk la.. hehehe.. 

Kiranya sejak lepas pantang, aku ambil kaedah cucuk ni dah 3 kali dah la setakat ni.. alhamdulillah berjaya tak mengandung.. hahahaha...

Kaedah cucuk ni ada 2 jenis 
1) cucuk 2bulan sekali ( yang ni aku pernah cucuk sekali sebabnya ubat yg 3 bulan habis kat klinik)
2) cucuk 3bulan sekali ( yang ni aku cucuk 2 kali dah.. aku lebih prefer yang ni sebab rasa lama sikit nak cucuk yang 2nd dose.. hahaha...sejenis yang penakut jarum.. hahaha..)

secara puratanya, setahun pengambilan kaedah cucuk ni sebanyak 4 kali. Dicucuk dibahagian punggung atau atas lengan. tapi biasanya yang aku dok pi cucuk semua kat bahagian punggung.. maybe lebih effective kot area punggung tu,.. hahaha.. 

Sepanjang aku cucuk 3 kali tu.. dia lain-lain jenama tau untuk yang 2 bulan dengan 3 bulan tu.. jadi, effect dia pon lain-lain la..

okey, aku cerita bahagian aku la kan.. kalau macam aku.. kalau aku cucuk yang dos 2 bulan tu kan, period aku jadi gelong terus.. pagi ada,..petang takdak pulak.. dah mandi wajib.. esok tu ada balik.. jenis ada period tapi sikit-sikit.. lepas tu biasa nya dalam tempoh 7 hari ja.. tapi setiap bulan macam tu.. dos 2 bulan ni aku tak de effect sangat..cuma rasa berat badan naik dengan selera makan pon naik..

kalau aku cucuk yang dos 3 bulan tu pulak, lepas ja hari cucuk tu, aku tak period dalam 2 atau 3 bulan then sekali period tu lama.. contohnya period tu sampai 15hari ke 20 hari.. sampai kena ambil ubat stop period dari doktor. untuk dos 3 bulan ni.. aku mudah rasa pening, tambah-tambah time nak dekat period rasa perut macam kembung dan time period kerap jadi senggugut.

okey, ni yang aku cerita berdasarkan pengalaman aku.. kalau korang ada pengalaman yang lain, boleh komen kat ruangan komen ye,.. terima kasih ye semua readers yang sudi blogwalking kat blog aku ni..

Aku doakan korang semua dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah..aamiin..

mintak tolong doakan aku dan seluruh keluarga aku dimurahkan rezeki ye.. tq .. :)

Jumpa lagi dalam next entry .. 

Papai... :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 24 November 2021

Jumpa cinta hati buat kali pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai la anak ... Teringat lagi 1st day ummi abi jumpa awak sayang.. perasaan rindu + excited semua ada.

Lama awak berjauhan dengan ummi abi.. 

Setelah 6 hri awak duduk kat nicu..
Ummi duduk kat wad 4 hari..

Masa duduk wad tu.. rindu yg teramat sgt..
Tengok org lain baby ada sebelah masa dlm wad..
Hari2 dok doa baby xde apa2 dan bleh blik skali.. hari2 call bhgian nicu tnya pasal baby.. sbb ummi xleh pegi tgk adik ats procedure time covid.. last2 xbleh jugak balik skali sbb baby on antibiotics.. kena cukupkan hari.. redha je la masa kluar wad..

Masa kat rumah, sepatutnya abi kena hntar wan ke hospital yan sbb sakit.. tup2 hospital call sruh pegi ambik baby dah.. baby dh bleh discharge..mujur la ada pak ngah.. pak ngah tlg hntar wan Ke hospital.. 

ummi dgn abi trus siap2 pegi ambik awak sayang thaqif.. abi punya lah excited.. bawak smua kprluan adik yg hospital dah listkan..

Sampai wad nicu tu .. check nama apa smua ..check jantina.. abi pegi ambik sain doc jap.. 

Masa ni adik baru jaga.. mula2 nangis merengek je.. ummi yg xpandai pgang baby ni pon angkat la..1st time kan.. 🤣🤣 makin menangis la plak.. 

Guard kat pintu nicu tu tegur.. "dy lapaq susu tu dik.." .. ummi mcm.. 'eh, xkan nk bg kat sini' . 😂😂
Disebabkan adik nangis.. ummi pon trus bg je susu.. sampai la abi dtg jumpa kami.. dia dah tido.. abi angkat dan azankan..

Masa sampai hospital berharap sangat awak okey sayang..
Rasa tak sabar nak jumpa awak time ni..

Sampai kat lobby, guard check mysejahtera
dan sahkan kemasukan untuk ambil baby

Hallway nak ke nicu

Bila dah nampak pintu ni
start berdebar debar...hehehe..
Sampai sini.. guard mintak isi borang pengambilan baby..
Tandatangan beberapa dokumen untuk sahkan kita waris baby..
Bila guard dah puas hati.. dia mintak kelengkapan pakaian baby..
dia pon masuk dalam cari baby..


Ajak abi thaqif selfie skali
masa guard masuk dalam untuk ambil baby 

Kalau bukan musim covid.. boleh ja masuk..
Tapi faham2 la sekarang musim covid
Memang kawalan ketat sikit.. 

Nurse bawak keluar trolley baby..
Punya la excited..
Nurse buka pampers tunjukkan anu kat guard..
Bagi barang2 baby sepanjang baby kat nicu.. 
Cth : lebihan pampers dan krim baby

Assalamualaikum handsome boy..
Salam perkenalan dia dengan ummi dia ni
 dengan tangisan.. heheehe..
padahal mula2 nurse bawak jumpa ummi ok je tak nangis...
Awak sengaja nak bagi ummi cuak kan.. hahaha...

Masa abi thaqif sampai ni,
anak dah tido sebab dah bagi minum susu badan..
Tak tahu lah cukup ke tak masa tu..
Tapi awak minum2 terus tertido..
Abi angkat dan azankan awak pon tak sedar dah..


Lpas tu kmi trus balik.. adik tido ja spanjang jalan.. ummi xabis2 asyik tenung adik ja.. mcm xpercaya ja ummi dah jadi mak orang. 🤣🤣

Terima kasih ya Allah hadirkan insan baru dlm hidup kami suami isteri setelah sekian lama menanti kehadirannya..

Terima kasih syg thaqif bg ummi pengalaman yg paling indah ..

Terima kasih abi thaqif sbb sanggup korbankan masa, tenaga dan usaha dengan ummi selama ni tanpa jemu dan mengeluh..

#JuniorST 
#MuhammadThaqifSuhail



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 21 July 2021

Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
Kali ni nak cerita pengalaman masuk ke trimester ke 2.. 

Alhamdulillah syukur aku dapat melepasi fasa yang mendebarkan iaitu trimester pertama.. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.. risau sangat kalau-kalau jadi apa-apa macam kandungan yang sebelum ni.. memang aku risau sangat.. tiap malam suarakan kerisauan kat suami.. 

mujur lah suami sabar melayan dan menasihati aku supaya tidak terlalu stress untuk pregnancy kali ni.. risau jugak kalau stress aku memudaratkan baby dalam kandungan.. tapi alhamdulillah syukur sangat.. anak kami kali ni memang kuat.. terima kasih ya Allah atas kurniaan Mu ini..

Sepanjang aku trimester 1 , tak de la nak alahan sangat cuma tak lalu makan nasi dengan pening-pening ja.. serius... pening kepala ni memang mula dari awal trimester satu sampai lah nak masuk trimester 3.. tapi mujur la awal-awal trimester 3 dah ok dah.. anak aku ni kuat sangat.. alhamdulillah..  tak tahu lah apa puncanya aku ni jadi pening yang teramat sangat.. aku ni tak boleh duduk tempat yang terlalu crowded.. dia mula rasa pening nak pitam macam tu.. nak kata hb low.. hb aku ok start dari booking buku pink sampai la  sekarang.. doktor check darah semua okey.. masa mula-mula pregnant dulu, minyak cap kapak memang peneman setia aku sampai lah hujung trimester 2 .. masuk trimester ke 3 , aku dah ok dah.. xde langsung sakit kepala.. aku rasa sakit kepala tu pembawakan baby la kot kan.. hehehe..

walaupun mak dia lasak macam ape lagi... sampai semua orang kat tempat kerja tegur suruh jalan perlahan.. buat kerja jangan berat-berat.. nak buat macam mana mak dia jenis yang aktif..  tapi syukur alhamdulillah.. dia still maintain nak bersama-sama dengan ummi dia.. masih lagi setia dalam rahim ummi.. terima kasih sayang... ummi abi sayang sayang sangat-sangat.. terima kasih ya Allah .. Kau dah berikan pengalaman yang menakjubkan dengan adanya kandungan ini.. :)

Bab fizikal aku ni, masa trimester 1 memang tak de perubahan sangat.. perut tak nampak sangat lagi.. lepas tu berat badan pon tak berubah sangat.. berat badan ni kira maintain je dari sebelum pregnant..

Pasal berat badan ni.. erm...saja la nak cerita sedikit.. masa aku kahwin berat aku 62kg.. bila dah kahwin punya lah happy hidup bersama orang yang dicintai.. masa tu dah tak kisah dah pasal makanan.. makan je apa nak makan.. lepas 3 minggu kahwin, berat badan aku naik mendadak jadi 65kg. baju lama jangan cakap la memang tak muat pon.. hahahaa.. bila berat badan dah macam belon, mula lah period pon xok.. tambah pula aku makan ubat jamu ape ntah kat instagram tu.. memang out terus la period aku.. then masa tu lah bermulanya ttc aku.. boleh baca kat sini.. ttc 1 aku.. 

then lepas aku berusaha untuk kurus before pregnant ni, berat aku dalam 55kg.. alhamdulillah.. mcm2 aku buat untuk dapat berat ni.. workout, jamu semulajadi, ubat utk iui, sauna dan sebagainya.. tup-tup pregnant.. alhamdulillah.. syukur sgt2.. kiranya masa booking buku pink berat 55 kg la.. yeehaa... 

semasa melalui fasa trimester 1, berat aku naik dalam 3kg..jadi dalam 58kg..  masa trimester 2 pon naik dalam 0.5kg ja.. hujung-hujung trimester 2 pon naik sikit je.. jadi 59kg.. ni paling tinggi naik berat aku.. aku risau sangat..

aku pernah tanya suami aku.. " abg.. nape tak de perubahan apa-apa pon? kenapa macam tak rasa macam pregnant pon? perut pon tak nampak lagi.. tak rasa pon baby lagi.." 

lepas tu, suami aku kata kat aku, " memang la macam tu.. kan baru lagi ni... baby memang la kecik lagi.. takkan lah baby nak tendang-tendang dah sekarang ni.. hahaha.." suami aku gelakkan aku.. kureng asam betul tok laki.. hahaha...

bila pergi klinik kesihatan, check memang berat aku tak berubah sangat dari awal pregnant... lebih kepada berat badan statik sampai kena refer doktor.. disebabkan berat badan tak naik.. jadi doktor kena check la baby balik.. takut baby tidak ikut perkembangan mingguannya.. 

Selepas scan dengan doktor.. doktor kata berat baby dengan organ baby pa semua ikut perkembangan baby yang normal.. alhamdulillah lega sangat dengar.. jantung baby pon okey. alhamdulillah... mungkin sebab aku jarang makan berat.. sebab nya tak lalu sangat nak makan.. jadi banyak makan buah, roti, mee ke bihun ke.. nasi tu boleh kira dengan jari je bila aku makan.. sebab tu jugak kot..

para ibu sekelian, please ye.. kalau tak lalu pon makan.. please ambik apa-apa untuk isi perut.. sebab anak dalam kandungan perlukan nutrisi untuk terus hidup.. jangan pentingkan diri sendiri.. ceewah.. nasihat kat orang lain bukan main.. dengan diri sendiri sampai suami kena paksa diri ni mkn la.. hahaha.. 

akhirnya, disebabkan takut sangat baby tumbesaran terbantut ke pe ke.. aku paksa jugak diri aku makan nasi , roti atau apa-apa saja benda berat yang boleh kenyangkan perut.. trauma bila dengar doctor kata kemungkinan kalau baby tak cukup nutrisi, baby boleh jadi keguguran dan mati di dalam kandungan.. Ya Allah, dengar macam tu, takkan aku nak kehilangan sekali lagi anak aku.. aku akan cuba yang terbaik untuk bagi yang terbaik kepada anak aku... Alhamdulillah bila aku fikir macam ni, aku mampu jugak makan dengan kadar yang banyak semasa hujung trimester 2. 

okey cukup dulu setakat ni, nanti kita sambung lagi dalam entry lain ye.. trima kasih kepada semua yang sudi membaca blog ni.. semoga Allah memurahkan rezeki semua pembaca blog saya di dunia dan akhirat... aamiin.. jangan lupa temu janji kita di entry seterusnya.. :)

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday, 17 June 2021

sekitar sambutan birthday aku dan birthday suamiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 


Hai semua.. untuk entry kali ni special sikit sebab nya nak cerita pasal birthday aku sebagai owner blog ni dan juga birthday suamiku...hehehe.. nasib la korang la kena baca.. hahahaha....

Tahun ni tahun kedua sambut masa penangan covid ni.. macam biasa sambut ala kadar.. nak sambut macam biasa tak boleh.. selalunya birthday aku, kami akan pergi jalan-jalan tak pon kalau jauh sikit pergi mana-mana hotel untuk release tension.. erm.. kali ni.. jangan harap la.. 

Birthday aku tahun ni dalam pkp dan dalam bulan puasa ramadan.. macam tahun lepas je.. tapi tahun ni.. awal-awal bulan 4 lagi suami aku dah bagitahu dia ada tempah hotel untuk kami menginap kat sana.. dia kata ada pakej buffet untuk sahur dan buka puasa.. aku pon excited gila.. masa ni yang dia tempah ni bukan pkp lagi.. jadi  tu yang pihak hotel buat promo macam tu.. dekat H Elite Hotel Kota Bharu..



then tup tup.. pkp pulak start.. sampai lah 29/4/2021. sedih yang teramat sangat.. baru je nak happy boleh duduk hotel.. last-last jadi macam ni pulak.. sedih sangat.. pihak hotel cakap dia akan refund balik duit.. tapi sampai ke hari ni (17/6/2020) belum dapat sebarang refund balik.. bila tanya pihak hotel jawab by pringkat.. aku on je.. tapi masalah nya aku baru ni antar meseg.. dah tak reply dah.. seen je.. nak suruh suami aku call lagi sekali sebab atas nama dia.. kalau dia tak bagi feedback yang munasabah untuk kes ni.., aku dan suami aku takkan teragak-agak lagi untuk buat polis report.. bukan soal duit sebenarnya.. soal management hotel.. habis nanti kalau kami tak report polis , mungkin akan ada orang lain yang kena macam kami.. cukup lah setakat kami yang teraniaya..

Okey back to my birthday.. bila dah sampai birthday aku tu, suami aku mintak maaf dengan aku, dia kata tak sangka nak jadi macam ni.. aku tak kisah pon sebenarnya.. aku faham bukan salah suami aku.. cuma dalam hati tu sedih jugak la.. sebab memang dah lama rindu nak release tension kat hotel.. last-last dia kata sebagai ganti hadiah birthday, dia belikan microwave.. alhamdulillah,.. aku lega jugak la.. dengan adanya microwave tu lagi mudah la keje aku.. tq suami susah payah buat macam-macam dan spend duit untuk hadiah birthday aku.., tak sangka sangat,... sayang suami ketat-ketat,. hehehe..

Baru-baru ni birthday suami aku yang ke 29 tahun , 11/6/2021 .. aku sebenarnya dah rancang lama dah nak buat candle light dinner lagi dekat rumah,, tapi memandangkan sejak-sejak pregnant ni rasa macam tak larat sangat. aku buat yang simple-simple ja.. aku buat laksa kedah , beli kek sikit dengan hadiah untuk suami aku.. alhamdulillah mujur suami suka.. aku cadang nak buat masa betul-betul tarikh birthday suami aku tu tapi memandangkan cuti aku tak lulus.. jadi aku buat awal sikit laksa dan kebetulan suami aku cakap dia kena kerja malam masa tu.. balik dari kerja, suami aku cakap memang dia teringin nak makan laksa,. kebetulan sungguh,.. hahaha.. maaf lah suami ku.. buat tak ikut tarikh sebenar.. 

ha.. setakat ni dulu entry kali ni.. nanti aku sambung lagi cerita lain plak.. terima kasih kerana sudi blogwalking kat sini.. semoga Allah memurahkan lagi rezeki semua yang sudi membaca blog ni.. aamiin.. papai.. tq..


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 5 May 2021

Air teh kulit kayu manis ( cinnamon tea )

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 


Hari ni ada masa terluang sikit jadi boleh aku ceritakan tentang cara aku untuk atasi pcos aku ni. Ya, seperti semua wanita lain.. kita takkan tahu yang kita ni ada masalah bab kewanitaan selagi kita belum berkahwin atau selagi kita belum mempunyai anak. 

secara jujurnya, aku sendiri pon rasa macam sebelum kahwin aku tak dak masalah untuk mempunyai anak. tapi siapalah kita untuk dustakan kejadian tuhan kan. 

Aku dapat tahu aku pcos setelah aku tidak datang period seperti sebelum berkahwin means macam pelik la bila sebelum kahwin tiap bulan kau period, then bila lepas kahwin kau ingat kau tak period sebab pregnant. but big nooo.. sebabnya, aku check pregnancy hampir setiap hari dan setiap minggu. 

then bila aku tak period selama berbulan-bulan almost 5 bulan tak period masa tu. then aku agak curious nak tau apa punca aku tak period dan tak pregnant. aku pergi husm dengan suami, check itu check ini.. 

Dr sahkan aku ada pcos dan aku perlu rawat dulu period aku before get ready untuk pregnant. nak tau pasal ni.. korang boleh rujuk kat Journey 2 aku ni. aku malas nak cerita panjang-panjang sebab dah cerita dah sebelum ni.

Dari situ lah aku mula tahu yang aku ada pcos. serius lah baru tahu time tu! yes.. memang pon, so means that dah lama.. sekarang dah 2021 dah pon, dan dr cakap mungkin pcos ni dy susah nak hilang even aku dah pregnant sekarang ni pon akan still ada lagi pcos tu lepas bersalin nanti.

Antara usaha yang aku buat untuk atasi pcos aku dan ttc my second pregnancy..  kalau ada yang nak tahu pasal first pregnancy aku bleh klik kat sini.. Journey 4 .. 

okey, sambung balik,..ni lah salah satu nya.. sebab dalam perubatan india ayurveda.. ada dua bahan yang elok untuk ttc iaitu cinnamon dengan tumeric. memang dalam perubatan mereka banyak kait dengan dua benda ni. so, tak salahkan kita mencuba.



tq google 

Cinnamon tea

5 batang   Kulit kayu manis (diketuk)
1 sudu besar  jintan hitam ( biji habatusssauda )
madu (apa-apa jenis madu)
air seliter

Cara-cara :-

1. Rebus air bersama kulit kayu manis dan habatussauda
2.  tapiskan dan masukkan air rebusan ke dalam botol mineral kecil ( semasa sejuk )

Cara minum :-

1. panaskan air rebusan cinnamon tea
2. tunggu sedikit suam 
3. masukkan madu ( satu sudu kecil )
4. sedia untuk dinikmati.


yang ni antara kebaikan dalam air teh ni





Cinnamon tea ni sehari minum sekali saja.. sama ada waktu pagi selepas bangun tidur dalam keadaan perut kosong ataupun sewaktu hendak tidur. Alhamdulillah aku amalkan sebulan lebih sebelum aku tahu aku pregnant. alhamdulillah. korang try la , mana tahu berjaya jugak. better start lepas habis ramadan la ye.. 

good luck ..  :) 



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Jamu jus asam kunyit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
Hari ini nak kongsi sikit tentang pemakanan aku untuk try to conceive (ttc) tahun lepas . Antaranya Jamu asam kunyit ni. Petua ni aku dapat dari kawan aku yang berjaya hamil dengan natural. Sebenarnya pada permulaan aku nak minum jamu ni sebab aku nak stabilkan period. Sebelum nya, aku ni kalau nak period kena makan ubat baru period kalau tidak, tak de la period. jadi aku try la buat jamu ni sebab banyak yang aku study bab pcos ni. bagus jus kunyit ini untuk bantu rawat pcos.


tq google.


Jadi aku cuba  yakinkan diri untuk minum benda alah ni, walaupun hakikatnya memang tak lalu sangat-sangat. Aku cuba yang terbaik untuk ttc. ada dua benda yang aku minum masa ttc kali ini,. aku minum air jamu asam kunyit ni dengan air cinnamon tea untuk menjayakan lagi  usaha aku untuk pregnant. tapi bab air cinnamon tea tu nanti aku ceritakan semula dalam entry lain ye. bukan apa, tak nak korang boring baca lama-lama. 

Disebabkan aku buat jamu ni untuk ttc dan period bukan tujuan untuk kurus ke awet muda ke pe ke.. jadi dalam jamu aku.. aku buat yang ringkas saja.. tak perlu banyak bahan.. barang pon mudah dapat kat kedai. 



JAMU ASAM KUNYIT 

6 ketul kunyit hidup
asam jawa semangkuk kecil (buang biji ye, nak ambil air asam saja)
gula melaka / gula kabung / madu (secukup rasa)
garam (sedikit saja)
air (seliter mcm tu)

cara-cara :-

1. kunyit hidup tu kena blend halus dan tapis air nya.
2. didihkan air di atas api.
3. masukkan air kunyit dan air asam jawa sehingga mendidih.
4. letakkan gula / madu dan sedikit garam
5. setelah sedikit suam, bleh masukkan ke dalam botol mineral kecil dan simpan didalam peti sejuk atau bahagian beku (untuk tahan lama).



Bagi aku, jus kunyit ni sesuai minum waktu suam. so, korang boleh buat macam aku. In case nak minum, bawak keluar peti sejuk dan panaskan semula atas api. Bolehlah nikmati suam-suam. sedikit sebanyak membantu la jugak aku yang tak lalu minum ni., 

Jus ni bukan minum hari-hari ye. seminggu dalam 2/3 kali saja. boleh minum sehinggalah datang period. bila period kena stop minum dulu sekejap. habis je period boleh sambung minum lagi.. sehinggalah pregnant macam aku. then kena start stop terus sampai dalam pantang pulak baru boleh minum. 

Kalau untuk kecantikan atau kurus, boleh lah tambah manjakani, halia, atau daun sirih dalam menu ni. tapi untuk yang ttc jangan tambah semua ni ye.. bahan-bahan ni panas sikit. takut susah lekat.. ha,.. gittew.. faham-faham sendiri lah.. :p 
nak mention jugak kat sini, untuk bulan puasa ni, elak dulu kot jamu asam kunyit ini, sebabnya kalau nak minum air ni, dlm masa sehari kena minum air banyak. biasalah jamu kan,..

Rasanya ini je nak kongsi untuk resepi jamu asam kunyit yang simple tapi menjadi ni.. korang yang mana yang ttc tu boleh try macam aku ni.. mana tau berjaya dpt zuriat. kita ni merancang ja, Allah yang tentukan.. tak salahkan ikhtiar. untuk air cinnamon tea.. nanti aku ajar dalam entry lain ye.. jangan risau semua resepi yang aku bukan.. senang-senang dan mudah untuk dibuat. nak minum je susah.. hahahaha..

so, i wish.. good luck u'olls.. :)

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 19 June 2020

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (8)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sambungan dari entry sebelum-sebelum ni....

Lepas habis je buat HSG tu aku kena tunggu result doc. so, next appointment bulan 3 pulak.
Sebelum tunggu result tu, suami aku antar sample semen ke makmal untuk check sebelah suami aku jugak sebab doc cakap kena check dua-dua sebelum buat iui. result tu akan dapat masa appointment sekali dengan aku jugak nanti.

11 March 2020 - kami ke HUSM sekali lagi untuk dapatkan result HSG dengan Semen test hari tu.,, hari ni jumpa pakar O&G  terus sebab aku nak kena deal pasal iui treatment.. doc cakap semen suami aku ok.. normal.. rahim aku pon normal .. tak de blocking.. dan doc check ultrasound.. doc tunjuk rahim semua cantik.. xde cyst.. cuma ada pcos ja.. so, dia memang cadangkan  buat iui.. so, kami pon proceed ja.. memandangkan itu yang terbaik. doc cakap dia akan monitor period selama 4 bulan.. lepas tu, makan clomid dan teruskan untuk process iui. berdebar la pulak dengar. lepas tu, doc ada bagi suggestion ubat apa yang perlu diambil sebelum memulakan rawatan iui ni yang dijangka akan buat masa bulan Jun 2020 ni.. tarikhnya tak tetap lagi sebab nak tunggu period aku masa bulan 6 nnti.

ni antara suggestion yang doc bagi kat kami..




sebelum kami balik, doc suruh aku ambik darah untuk serum testosterone test... mybe sebab doc tengok result untuk level progesteron aku sedikit ja maksudnya bukan tahap normal la .... rendah lagi dari tu. =(

memang lah senangkan untuk doc bagitau suruh diet itu ini sebab hanya perlu nasihat je kan.. kita sebagai tuan punya badan ni lah yang susah nak maintain bab diet ni.. memang susah sangat.. aku pun faham, kalau berat badan dah okey, bmi pon dah cantik nanti period pon akan comey.. secara saintifiknya ada betulnya apa yang doc cakap tu sebab yela, benda berkaitan hormon kan mestilah kena maintain dalaman badan dulu..

Aku ni bukan tak cuba untuk kurus.. puasa berhari-hari sampai nak lembik badan.. sehari makan satu senduk je nasi.. memang siksaan.. nak makan lebih takut gemuk, nak tinggalkan nasi takut gastrik ke pitam ke.. aku admit memang aku jenis kuat makan, so aku tak boleh nak tinggalkan nasi secara drastik untuk buat diet atkin tu sebab aku tahu badan aku macam mana.. aku try jugak workout dengan set treadmil aku tu.. bertahan lah sehari dua.. bila badan dah letih, otak pon letih.. mudah jadi lemau time bekerja.. tu yang aku jadi risau tu.. mungkin sebab masa tu aku terlalu drastik sangat nak kurus sampai hari-hari workout. memang menyeksakan. turun pon tak banyak dalam 1- 2 kg je.. sedih tau..

orang lain cakap memang senang, kita nak buat tu yang susah.. best friend aku sendiri pon dok tanya aku macam mana nak kurus sebab dia kata boyfriend dia suruh dia kurus barulah nak masuk meminang.. aku tahu macam mana struggle nya aku untuk nak kurus dan macam mana sakitnya hati bila kau dah diet apa semua tapi berat tak pernah berkurang.. kau rasa???

aku kesian jugak dekat sahabat aku tu sampai hati boyfriend dia suruh dia diet sampai macam tu. kalau dia tahu diet ni tak semudah makan kacang mesti dia akan lebih prihatin... susah wey nak jaga hati orang yang kita dah sayang.. aku sampaikan tak tahu nak nasihat apa lagi kat sahabat aku... bagi aku lah, syarat untuk kurus kalau nak kahwin tu melampau sangat.. maybe ada kebaikan nya untuk sahabat aku tu dari segi kesihatan dan dalaman wanita dia tu.. tapi menjadikannya syarat untuk kahwin macam tak sesuai.. sebab lepas kahwin pon still boleh diet.. tapi kalau betul2 komited la.. kalau hangat-hangat tahi ayam macam aku ni..hahaha.. sendiri faham lah.. hahaha.. serious wey susahhhhhh... macam mana ek korang buat bagi kurus... ce cite pengalaman sikit.. meh bisik meh.. hahahaha...

11 May 2020 - masuk hari ni dah 2 bulan dah makan provera.. alhamdulillah.. makan je provera ada la period.. kalau tak memang susah nak ada period ni. tapi memang fungsi dia macam tu pon. bulan ni habis je makan provera tu.. actually ni papan terakhir yang doc bagi sebelum pergi repeat ubat kat husm. aku masih berharap kalau-kalau aku pregnant, so aku mintak izin suami aku untuk stop dulu ubat provera ni.. sebab aku nak cuba untuk pregnant cycle kali ni,.. memang ttc sungguh-sungguh bulan ni.. period baru je bulan mei ni aku terus start kira waktu subur .. memang aku study habis la untuk ttc kali ni.. kalau korang nak lebih info boleh tengok kat laman web doc yang bertauliah.. ni salah satunya...sekarang ni dah canggih, semua dihujung jari je,..

Nak tahu apa yang aku buat untuk check waktu subur dan prepare untuk hari ovulation untuk orang yang irregular period macam aku ni.. Jumpa next entry tau pasal ttc aku ni.. Tq sebab sudi baca ttc journey aku ni.. Sayang semua.. ☺ 😘


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Friday, 1 May 2020

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (7)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

sambungan dari entry sebelum ni ....

1 Jan 2020.. bermula lah episod ttc (try to conceive) aku dengan lebih extreme lagi.. hari ni jumpa doc pakar infertality.. doc check balik data tentang aku masa appointment yang tahun lepas tu.. doc kata progesteron aku rendah dari paras normal.. sebab tu susah nak pregnant atau nak period..

lepas tu, doc suggestkan untuk buat HSG ( hysterosalpingogram )
HSG ni untuk check ada blocking tak kat fallopian tube aku. mula-mula doc cadangkan untuk buat HSG kat hospital kpj perdana kota bharu sebab katanya  mesin fluroscopy HUSM  tu rosak lagi.. so, doc ada bagi surat untuk refer ke kpj perdana.. dan suami doc mintak buat semen test sebelum next appointment bulan mac 2020. aku doc ada bagi tarikh untuk ambil darah RFT ( Renal Function Test )  untuk buat HSG kalau incase tak jadi buat kat kpj.

lebih kurang mcm ni la yang husm punya tu
lepas tu, balik tu kami call kpj tanya pasal nak buat HSG kat sana.  Staff pihak hospital bagitau dalam rm600 sehingga rm800 untuk HSG.. elok je nak booking. suami aku bagitau kata mesin fluroscopy tu dah okey dah. means that kami dah tak perlu booking kat kpj.. alhamdulillah.. syukur.. jimat sikit.. bagi aku tak kisah pon nak berhabis duit demi zuriat tercinta.. so, kami proceed buat kat HUSM.. 

9 Jan 2020 - aku jumpa doc untuk ambil darah RFT tu. RFT ni ujian darah untuk tengok buah pinggang okey ke tak sebelum buat hsg. kalau okey bru proceed.   hari ni start ambil provera untuk 5 hari.. 2 biji sehari.. doc ada bagi juga ubat prednisoline sebab takut aku alergik. habis makan ubat provera.. aku start period pada 19 jan 2020.. masa period hari pertama ni kena bagitau doc kata dah start period.. doc akan bagi tarikh yang sesuai untuk hsg.. means dalam hari ke 9 atau hari ke 10 lepas period..tapi doc tak de hari ke 10 tu bawak ke hari ke 11.. 29 Jan 2020..

28 Jan 2020 - aku kena makan ubat alergik dan kena puasa..aku start puasa pukul 5.30 pagi.. buka puasa pukul 7.20 malam tu aku makan  10 biji.. sepapan beb..sepapan.. nak pitam rasa..hehehe..
lepas tu, malam pukul 12 malam.. makan lagi 10 biji.. lagi sepapan..  dah 20 biji dah.. fuh... gila betul..
29 Jan 2020 - Pagi tu pukul 7 pagi, aku makan lagi 10 biji menjadikan semua sekali 30 biji .. 3 papan wey..memang stress wey kena makan ubat sebanyak tu.. Rasa macam nak nangis tau tak.. Tapi untuk zuriat.. Ummi rela buat apa saja.. Sampai je HUSM  terus pergi bahagian tafsiran untuk ambik borang.. Then bawak pergi antar ke tempat xray dan tunggu giliran.. Masuk dalam bilik xray dalam pkul 10 pagi macam tu.. Aku dah cuak semacam dah.. Aku dah bawa siap siap pad pa semua.. Mujur bilik xray tu ada toilet.. Aku pergi toilet.. Buang apa yg patut.. Kira macam kosong gila time tu.. Hahaha.. Pastu diminta pakai kain yg disediakan dan baring kat atas mesin fluoroscopy tu.. Mujur la doc perempuan.. Takla malu sangat.. Disebabkan suami aku juruxray situ jugak.. So, bolehlah suami aku temankan aku dalam bilik tu.. Siap pegang tangan bagi kata semangat kat aku.. Dah macam nak bersalin dah.. Apa apa pon terima kasih my husband yang always be by my side.. I love u so much..

Sebenarnya aku ada baca pengalaman orang lain yang buat hsg ni.. Kebanyakkannya akan cakap sakit dan ada rasa macam senggugut.. Aku punya takut aku ada pengalaman yang serupa.. So aku pon ada sediakan handkerchief untuk letak dalam mulut supaya kalau aku sakit tak de la terpekik terlolong kat situ.. Erm.. Tapi sepanjang buat hsg tu suami aku tolong buat jugak.. (means macam dia bekerja jugak la.. Tolong handle kes aku).. Tq hubby..

Mula mula doc tu kata dia nak cuci dulu dalam rahim tu.. Untuk elakkan jangkitan kuman dan sebagainya.. Sejuk je dia cuci.. Geli wey.. 😁😁 Sambil2 dia cuci.. Dia ada tanyakan kot2 aku ada keputihan ke apa ke.. Aku ni memang ada keputihan tapi tak de la sampai tahap kronik.. Just biasa2 ja.. Lepas cuci tu.. Doc bagitau dy nak masukkan mulut itik.. Dia cakap sakit sikit ni tapi awak relaks je ye.. Ok.. Dah siap masukkan.. Then dia nak masukkan tube untuk contrast tu dalam rahim.. Dia macam pewarna macam tu la.. Masa doc masukkan tu tak sakit langsung pon.. Cuma sakit sebab mulut itik tu je.. Bila doc dah masukkan tube tu.. Then dia tarik keluar mulut itik.. Kira pakai sekejap je.. Tips dia tak nak rasa sakit kena relaks je supaya doc senang nak masukkan dalam servik.. Klu dah masuk dye tu then boleh la nampak dalam gambar xray tu dy keluar dari fallopian tube tu ok ke tak.. Kalau tak keluar kemungkinan ada blocking la dalam tu..



Klu dia block, dye tu tak keluar kiri dan kanan

Macam ni la dye tu masuk


Alhamdulillah aku punya masuk lancar tapi yang 1st tu doc cakap macam ada bubbles sikit dalam tu.. Jadi doc mintak untuk masukkan dye sekali lagi.. Masa masukkan dye tu.. Aku tak rasa sakit.. Cuma rasa lah macam ada tekanan air dalam rahim ni.. Bagi aku okey ja.. Tak de pon sakit macam orang lain bagitau kata sakit senggugut lepas masukkan tu.. Tak de pulak.. Kali ke 2 buat tu dengar doc kata okey cantik.. Ambik gmbar.. Doc siap tanya lepas siap tu.. Awak sakit tak.. Aku cakap tak sakit.. Doc ada bagitau kadang kadang ada orang akan rasa sakit macam senggugut dalam sehari dua ni.. Aku mengangguk dan berterima kasih kat doc tu.. Ada yg kata sakit tgh malam lepas buat hsg. Bagi aku tak sakit pon.. Siap boleh pi jalan lagi. Kami pi AEon mall.. Hehehe..

Nanti aku cerita result hsg aku tu dalam entry lpas ni.. Papai.. Assalamualaikum.. 


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday, 30 April 2020

Mengkasikan kucing atas sebab tertentu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Aku baru je balik dari klinik haiwan kubang kerian. Aku puas hati gila dengan servis dia. Overall okay… layanan pon okey.. klinik pon bersih.. sebelum ni laki aku pm staff klinik ni kat facebook page . ni nama page dia.. Klinik Haiwan Wakaf Baharu..  Doc ni baru bukak cawangan kat kubang kerian.. ni page yang terbaru dia.. Klinik Haiwan Kubang Kerian..


tq doc


ni antara servis yang diorang buat

boleh guna card klu takde cash kat tangan

kemas dan bersih klinik dia



kucing ni antara haiwan kesayangan nabi kita ,Nabi Muhammad s.a.w.. jadi kucing ni sepatutnya dipelihara dengan baik dan dijaga rapi. kalau tak mampu membela jangan pula mendera kucing ni.. ada juga yang sanggup makan kucing kesayangan Nabi Allah s.w.t ni.. tiadalah sedetik dalam hati kita kasihan terhadap kucing yang tidak berdosa ini. 

kucing aku ada dalam 4 ekor sekarang tapi 2 hari lepas kucing aku yang sekor ni dah bersalin.. anak dia semua ada 6 ekor.. tapi mati 4 ekor.. so yang tinggal 2 ekor ja.. mujur la.. kalau tak jenuh nak jaga.. bukan tak nak menjaga, tapi aku takut tak mampu menjaga..sebab kami suami isteri berkerja.. jadi waktu untuk grooming dan menjaga keperluan mereka terhad.. setakat 2 3 ekor tu mampu la aku jaga lagi.. jadi sekarang ni tinggal lah dalam 6 ekor kucing.. what??? banyak wey.. aku harap aku mampu jaga dengan baik.. aamiin.. 

Disebabkan aku tersayangkan kucing-kucing aku ni jadi aku ambil keputusan untuk mengkasikan kucing-kucing aku ni..yela.. takkan nak buang pulak anak-anak kucing aku ni.. nak buang kesian.. nak bagi orang adopt pon aku masih sayangkan depa ni.. nak bagi dok luar rumah pon aku kesian jugak kat depa ni tambah pula nanti apa pula kata jiran-jiran kalau kucing aku berkeliaran tak tentu hala dan berak sana sini.. kalau boleh aku nak elak semua ni terjadi. lagipon bukannya tak boleh kasi dalam islam asalkan ada sebab yang munasabah.. aku tak nak menganiaya kucing-kucing aku tu.. aku sayang semua kucing aku tu. 

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata:

وأما الخصاء فهو جائز إذا كان فيه مصلحة، ولكن يجب أن تتخذ الإجراءات اللازمة لمنع تألم البهيمة

Maksudnya: “Adapun mengkasi haiwan, hukumnya adalah harus jika ada maslahah, akan tetapi mestilah menggunakan proses-proses yang dapat mengelakkan daripada menyakiti haiwan tersebut.” (Liqa al-Bab al-Maftuh 15/37)

Dikesempatan yang lain al-Syeikh al-Uthaimin berkata tentang mengkasi haiwan seperti kucing:

إذا كانت القطط كثيرة مؤذية ، وكانت العمليَّة لا تؤذيها : فلا حرج ؛ لأن هذا أولى من قتلها بعد خلقها .. وأما إذا كانت قططاً معتادة ولا تؤذي : فلعلَّ في بقائها تتنامى خيراً

Maksudnya: “Jika kucing itu banyak (jumlahnya) dan menyusahkan, dan proses mengkasinya tidak memudharatkannya, tidak mengapa, kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah menciptakannya.. adapun jika jumlah kucing itu tidak banyak (jumlah yang biasa) dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan dia berkembang (membiak) itu adalah lebih baik.” (Fatawa Islamiyah 4/448)

hari ni aku antar kucing aku yang betina dulu untuk kasi.. rm120 sekali dengan warded 3 hari 2 malam.. makanan depa bagi kat kucing sepanjang depa jaga tu.. okey la kan harga tu.. tapi aku rasa harga ni mesti akan berubah ikut harga semasa kan.. tapi untuk hari ni harga tu la.. doc cadangkan untuk vaksin kucing aku, lico.. cuma aku mintak postponed dulu sebab kucing jantan kat rumah aku ni asyik nak terkam lico ja.. jadi sebelum jadi apa-apa aku terpaksa kasi dulu.. vaksin kucing dalam rm25.. okey la kan.. 


ni deposit yang suami aku bayar tadi


alhamdulillah .. semalam aku dah biarkan kucing aku dalam sangkar semalaman atas nasihat doc suruh dia posa.. so aku pon kurungkan,..







 hari ni antar kat klinik sampai hari ahad ni baru pergi ambil kucing aku tu.. aku bagi nama lico sebab dia akan 3 warna kat badan dia.. comel tau kucing aku ni.. hehehe.. 

kucing aku sekarang ni ada kat klinik lagi.. hari ahad ni bru ambil.


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 22 April 2020

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (5)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


22/05/2018, Aku smpai je kat husm.. Msuk kat wad kecemasan tu depa tolak aku naik wheelchair.. First time org tolak guna wheelchair.. Jnggal rasa.. Hahaha.. Sampai ja kat wad kecemasan.. 

kat wad kecemasan HUSM

time ni perut aku dok sakit2.. Mybe sbb dlm tu sejuk sgt.. Aku tahan je la.. Sbb happy kan dpt tau pregnant..doc check upt skli lgi positif.. Pastu buat ultrasound xjumpa baby.. Buat transvaginal pon xjumpa baby.. Tapi jumpa mcm gumpalan hitam sikit kat dlm rahim dgn luar rahim.. ( rupanya yg tu aku dah start darah beku dah, dah nak tunggu utk pendarahan ja..) .. time ni doc tak pasti lagi apa dia.. So doc decide time tu aku kena warded .. Utk amik darah 48jam tu.. Beta hcg.. Klu result ok dan masih tidak tahu punca (means aku still pregnant tapi baby tak jumpa)  ,doc kata kena buat larascopic..  bawah ni contoh larascopic dari google..
gambar dari sisi


doc ada cakap depa bius bagi tidur. 





maaf ye guna gambar meta

Aku disuruh puasa smpai hari jumaat.. Sbb takut klu2 nak kena operate segera.. Doc kata larascopic tu xsakit pon.. doc tebuk kat area bawah pusat macam dalam gambar tu.. Pastu masukkan camera utk cari baby kat mna ja..tp aku dgr pon mcm ngeri.. Mujur la xkena buat.. Hahaha..

terima kasih suami sudi teman kat wad kecemasan dan sanggup ulang alik ke hospital

masa ni suami dok tanya nak bagitau mak abah tak? aku cakap tunggu la dulu .. ingat nak buat surprise kat mak abah. tapi apakan daya takdir Allah tiada siapa boleh melawannya.


masa kat kecemasan dah amik dah darah sekali untuk test hcg

masa ni memang dok harap anak okey ja dalam rahim. segala jenis doa dah aku baca.. aku mintak Allah selamatkan kandungan aku.

yang ni antara yang aku dapat masa google 


 tak lama lepas tu, nurse cakap boleh masuk ke wad biasa dah.. suami tak de masa tu sebab dia pergi settle untuk daftar. so nurse yang tolak ke wad. sampai wad kena timbang berat dan ukur tinggi. aku ingat lagi time tu berat aku 55kg. aku rasa penimbang tu rosak la. hahahaha.. tapi masa last aku timbang bulan 3 58kg lagi masa tu.. cepatnya turun berat masa bulan puasa ni. hahaha,..kalau macam ni, tiap bulan, bulan puasa pon tak pa.. hahaha.. lepas tu, nurse tolak ke katil. then bermulalah hari aku kat wad 1 utara, wad gynae..



Admit ward la paling xbest.. Tapi mujur nurse2 baik. Depa dah amik darah utk 1st test sebelum tu.. Ari rabu ambik.. Ari khamis ptg tu tau result.. Result dy ok cuma result dy rendah sikit bacaan daripada bacaan org yang hamil.. Aku memang pregnant, mybe masih baru lagi kandungan..  doc kata depa akan ambil darah lagi hari khamis tu dan sepatutnya result hari jumaat tapi waktu cuti so kena tunggu hari ahad baru dapat result. doc kata kalau bacaan makin menurun untuk yang 2nd hcg .. maksudnya hormon pregnant aku dah makin turun..jadi kemungkinan besar luar rahim atau keguguran. Tp msih lgi xpasti luar rahim ke dlm rahim.. Msa ni mlm je aku start sakit kuat.. Tapi xde bleeding lagi..

time admit ward tu suami aku tak stay skali dengan aku sebab laki kan tak boleh duduk kat ward wanita. so, suami aku mai melawat waktu yang ditetapkan ja. aku okey ja, cuma bila mai time sakit perut tu rasa mental down jugak la. siap buat video call semata-mata nak bagitau sakit. :p

gigih vc dengan suami aku 

mula-mula doc kata tak yah puasa sebab dia nak tengok keadaan aku. lepas tu tengah malam tu doc bagitau suruh puasa start pukul 3 pagi. dah la dengan tak de apa-apa makanan nak sahur. Aku ni ingt aku tak yah posa masa mula admit ward tu jadi tak bagitau pulak laki aku suruh bawak makanan.. Pastu ada sorg nurse ni mai.. Adik ada makanan x nk mkn? ni ambik la mkn ni.. Ada org bg kat bawah.. Baik betul nurse tu.. Ingt jugak dy dkt aku..  then aku start posa balik sbb dr takut aku kena buat operation mngejut.. Kan aku dok sakit2..


terima kasih nurse bawakan makanan


Klu ikutkan baby aku dlm 5 minggu lebih nak dekat 6 minggu mcm tu la.. Dr pon ckp mcm tu.. 

UPT clear blue

UPT Clear Blue ni aku minta suami beli kan kat watson sebab aku tak masih tak percaya tentang kehamilan aku tu. Dah doc kata tak nampak baby kan. so, aku tak puas hati sangat.harga masa beli ni dalam rm45 tak ada promosi masa ni. main beli ja. bila dah test je, memang aku puas hati sangat. nampak sah terang dia tulis tu,, kali ni dah 2 kali aku guna clear blue ni.. yang first time, yang ni.. tapi yang ni tak berjaya.. alhamdulillah yang kali berjaya..







Dy kata sptutnya bleh nmpk dh.. Tp aku xnmpk lg.. Aku pon redha ja la..  last ambik darah tu ari jumaat tapi disebabkan result xleh antar lagi.. Jumaat sabtu cuti.. Kena la aku tunggu hari ahad.. Tapi smentara tunggu tu.. Darah dah mula mcm nak kluar dah.. Mula2 mcm spotting.. Lama2 makin bnyak.. Last kena pakai pad.. sakit ni macam senggugut sikit .. sakit pinggang tak tahu nak cakap . malam sebelum aku keguguran tu, memang dah sakit sangat2.. tahan dari pkul 11 malam sampai pukul 2 pagi terlelap sendiri sebab terlampau tahan sakit. minta ubat tahan sakit kat nurse, nurse xbagi .. yela, bukan bidang dy kan kena la tunggu doc jugak.. nak tak nak doc subuh baru mai tengok.. sabar je la yang mampu.. bangun suruh pagi tu dah start keluar yang ketul-ketul macam daging kecil. cerita kat doc masa doc mai melawat pagi tu. 

Doc dah start dok agak yg aku ni miscarriage atas sebab ectopic pregnancy sbb aku xde mual ke sakit tengkuk ke pengsan ke muka pucat ke.. Darah pon fresh blood .. Bukan yg wrna koko ke hitam ke.. Buang air besar pon xde msalah.. Last2 dpt result 2nd tu hari ahad.. Mmg betul aku pregnant tapi keguguran.. Sbb beta hcg aku mkin menurun drp yg 1st intake. 


ni contoh bacaan hcg


Aku rasa lega walaupun sedih tu tetap ada.. Lega sbb xgaduh nak operate2 larascopic bagai.. Klu x hat tu lagi susah la nak pantang.. Jenuh aku.. Dah la sorg2 kat sini.. doc kata aku tak perlu buat D&C ( cuci rahim ) sebab dia dah keluar yang ketul-ketul tu.. lagi pon kandungan kecil lagi. nanti dia akan keluar macam darah period biasa. 



yang ni dari laman web Dr. Zubaidi.


lepas dah tau aku ni keguguran yang mungkin disebabkan oleh ectopic pregnancy. suami pon decide nak bagitau mak abah.. minta maaf sangat-sangat mak abah.. tak de niat nak rahsiakan tapi ingat nak buat surprise.. lastnya, baby tak menjadi. abah kata tak pa la nak buat macam mana.. 

so, doc bagi aku balik rumah. Alhamdulillah akhirnya boleh balik rumah. time nak balik ni memang dok start sakit kuat dah. masa nak buat urusan discharge tu, suami aku kerja sebenarnya hari tu, tapi dia terus datang ke wad dan terus ambil dokumen untuk ke bahagian hasil. rancangnya lepas tu, suami terus pergi ambil kereta di rumah sebab kami tak tahu bila boleh check out sebenarnya. tu yang tak prepare tu. masa suami balik ke rumah tu kebetulan kawan-kawan suami datang melawat. terima kasih kepada yang sudi melawat sepanjang di ward dulu.  tak de gambar sebab masa ni memang sakit gila perut aku ni. maaf lah kalau tak terlayan sangat. *harap faham ye. 


Yeah dah discharge dah..

  26.5.2019.. suami ambilkan wheelchair then turun kat kereta.. Alhamdulillah everything is ok.. Aku still lagi sakit2.. Bleeding tu biasa la.. Nma pon keguguran kan.. Sakit perut extravaganza plak.. Superb.. Sakit dy.. Fuh.. Dasyat betul.. Senggugut pon xmcm ni.. 3 mlm brturut sakit smpai xleh tido.. Klu tertido pon sbb penat sgt. 

Balik rumah suami lah yang banyak tolong daripada kat hospital sampai lah jaga dalam pantang. Allah kurniakan aku seorang suami yang hebat dan kuat.. terima kasih suamiku. maafkan aku tak dapat jaga zuriat sebaiknya.  semoga Allah tak jemu bagi kita rezeki anak lagi lepas ni buat kita. aamin..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...