Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni ada masa terluang sikit jadi boleh aku ceritakan tentang cara aku untuk atasi pcos aku ni. Ya, seperti semua wanita lain.. kita takkan tahu yang kita ni ada masalah bab kewanitaan selagi kita belum berkahwin atau selagi kita belum mempunyai anak.
secara jujurnya, aku sendiri pon rasa macam sebelum kahwin aku tak dak masalah untuk mempunyai anak. tapi siapalah kita untuk dustakan kejadian tuhan kan.
Aku dapat tahu aku pcos setelah aku tidak datang period seperti sebelum berkahwin means macam pelik la bila sebelum kahwin tiap bulan kau period, then bila lepas kahwin kau ingat kau tak period sebab pregnant. but big nooo.. sebabnya, aku check pregnancy hampir setiap hari dan setiap minggu.
then bila aku tak period selama berbulan-bulan almost 5 bulan tak period masa tu. then aku agak curious nak tau apa punca aku tak period dan tak pregnant. aku pergi husm dengan suami, check itu check ini..
Dr sahkan aku ada pcos dan aku perlu rawat dulu period aku before get ready untuk pregnant. nak tau pasal ni.. korang boleh rujuk kat Journey 2 aku ni. aku malas nak cerita panjang-panjang sebab dah cerita dah sebelum ni.
Dari situ lah aku mula tahu yang aku ada pcos. serius lah baru tahu time tu! yes.. memang pon, so means that dah lama.. sekarang dah 2021 dah pon, dan dr cakap mungkin pcos ni dy susah nak hilang even aku dah pregnant sekarang ni pon akan still ada lagi pcos tu lepas bersalin nanti.
Antara usaha yang aku buat untuk atasi pcos aku dan ttc my second pregnancy.. kalau ada yang nak tahu pasal first pregnancy aku bleh klik kat sini.. Journey 4 ..
okey, sambung balik,..ni lah salah satu nya.. sebab dalam perubatan india ayurveda.. ada dua bahan yang elok untuk ttc iaitu cinnamon dengan tumeric. memang dalam perubatan mereka banyak kait dengan dua benda ni. so, tak salahkan kita mencuba.
tq google |
Cinnamon tea
5 batang Kulit kayu manis (diketuk)
1 sudu besar jintan hitam ( biji habatusssauda )
madu (apa-apa jenis madu)
air seliter
Cara-cara :-
1. Rebus air bersama kulit kayu manis dan habatussauda
2. tapiskan dan masukkan air rebusan ke dalam botol mineral kecil ( semasa sejuk )
Cara minum :-
1. panaskan air rebusan cinnamon tea
2. tunggu sedikit suam
3. masukkan madu ( satu sudu kecil )
4. sedia untuk dinikmati.
yang ni antara kebaikan dalam air teh ni |
Cinnamon tea ni sehari minum sekali saja.. sama ada waktu pagi selepas bangun tidur dalam keadaan perut kosong ataupun sewaktu hendak tidur. Alhamdulillah aku amalkan sebulan lebih sebelum aku tahu aku pregnant. alhamdulillah. korang try la , mana tahu berjaya jugak. better start lepas habis ramadan la ye..
good luck .. :)
No comments:
Post a Comment