Showing posts with label awal muharram. Show all posts
Showing posts with label awal muharram. Show all posts

Thursday, 17 November 2022

Nama-nama Rasul- rasul s.a.w

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni saja la nak refresh balik kan nama-nama Rasul Allah. 

Nama-nama Rasul juga sesuai dijadikan nama anak-anak kita..

Antaranya;-
  1. Adam
  2. Idris
  3. Nuh
  4. Hud
  5. Salih
  6. Ibrahim
  7. Lut 
  8. Ismail
  9. Ishaq
  10. Ya'qub
  11. Yusuf
  12. Ayyub
  13. Zulkifli
  14. Syu'aib
  15. Yunus
  16. Musa
  17. Harun
  18. Ilyas
  19. Ilyasa
  20. Daud
  21. Sulaiman
  22. Zakaria
  23. Yahya
  24. Isa
  25. Muhammad
Nama-nama Nabi ulul-azmi
  1. Nabi Nuh - diberikan mukjizat keselamatan dari Allah untuk berlindung didalam bahtera besar sebelum berlakunya banjir besar.
  2. Nabi Ibrahim - diberikan mukjizat keselamatan dimana Baginda terselamat dari panas api yang membakarnya.
  3. Nabi Musa - diberikan mukjizat berupa tongkat yang boleh bertukar menjadi ular dan Baginda boleh menggunakan tongkatnya untuk membelah laut.
  4. Nabi Isa - diberikan mukjizat dengan cara Baginda mampu menyembuhkan orang-orang yang buta dan menghidupkan orang-orang yang meninggal dunia.
  5. Nabi Muhammad s.a.w - diberikan mukjizat dengan cara Baginda mampu membelah bulan terbahagi dua dan Baginda juga dapat mengeluarkan air dari celah jari-jemari Baginda s.a.w. Baginda juga diberikan keistimewaan untuk memberikan syafaat kepada umat Baginda ketika di padang mahsyar kelak.
Nabi-Nabi dan kitabnya
  1. Nabi Daud a.s diberikan kepadanya Kitab Zabur
  2. Nabi Musa a.s diberikan kepadanya Kitab Taurat
  3. Nabi Isa a.s diberikan kepadanya Kitab Injil
  4. Nabi Muhammad s.a.w diberikan kepadanya Kitab Al-Quran sebagai kitab yang menyempurnakan kitab-kitab sebelumnya.
Nama-nama Nabi yang bukan Rasul
  1. Khidhir
  2. 'Uzair
  3. Luqman
  4. Iylia'

setakat ini dulu perkongsian kali ni, kalau banyak-banyak sangat nanti ada yang tak larat bacakan.. hehehe..

jumpa di next entry ye..

tq semua reader.. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 14 November 2022

Nama-nama Allah s.w.t yang mulia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Nama-nama Allah s.w.t ini disebut bagi menunjukkan sifat-sifat Allah s.w.t dan merupakan salah satu cara kita mengenal Allah s.w.t pencipta kita.. kita disuruh menyebut nama-nama Allah s.w.t terutamanya ketika kita berdoa. Nama-nama Allah ini bukan bermaksud Tuhan ada 99 tapi ianya menunjukkan sifat Allah yang Maha Menguasai segalanya apa yang ada di bumi dan seluruh alam semesta.


Jom kita menyebut nama-nama Allah s.w.t yang mulia.

tq google


Ar- Rahman - 
Yang Maha Pemurah

Ar- Rahim - 
Yang Maha Mengasihani

Al- Malik - 
Yang Maha Menguasai ( Maharaja Teragung)

Al- Quddus - 
Yang Maha Suci

Al- Salam - 
Yang Maha Selamat Sejahtera

Al- Mu'min - 
Yang Maha Melimpahkan Keamanan

Al- Muhaimin - 
Yang Maha Mengawal dan Mengawasi

Al- Aziz - 
Yang Maha Berkuasa

Al- Jabbar -
Yang Maha Kuat ( menundukkan segalanya )

Al- Mutakabbir - 
Yang Melengkapi Segala KebesaranNya

Al- Khaliq - 
Yang Maha Pencipta

Al- Bari -
Yang Maha Menjadikan

Al- Musawwir -
Yang Maha Pembentuk

Al- Ghaffar -
Yang Maha Pengampun

Al- Qahhar -
Yang Maha Perkasa

Al- Wahhab -
Yang Maha Penganugerah

Al- Razzaq - 
Yang Maha Pemberi Rezeki

Al- Fattah - 
Yang Maha Pembuka

Al- Alim - 
Yang Maha Mengetahui

Al- Qabidh - 
Yang Maha Pengekang

Al- Basit - 
Yang Maha Melimpahkan Nikmat

Al- Khafidh - 
Yang Maha Perendah (Pengurang)

Ar- Rafi' - 
Yang Maha Peninggi

Al- Muizz -
Yang Maha Menghormati

Al- Muzill -
Yang Maha Menghina

As- Sami' - 
Yang Maha Mendengar

Al- Basir - 
Yang Maha Melihat

Al- Hakam - 
Yang Maha Mengadili

Al- Adl - 
Yang Maha Adil

Al- Latif - 
Yang Maha Lembut serta Halus

Al- Khabir - 
Yang Maha Mengetahui

Al- Halim - 
Yang Maha Penyabar

Al- 'Azim - 
Yang Maha Agung

Al- Ghafur - 
Yang Maha Pengampun

Asy- Syakur - 
Yang Maha Bersyukur

Al - 'Aliy - 
Yang Maha Tinggi serta Mulia

Al- Kabir - 
Yang Maha Besar

Al- Hafiz - 
Yang Maha Memelihara

Al- Muqit - 
Yang Maha Menjaga

Al- Hasib - 
Yang Maha Penghitung

Al- Jalil - 
Yang Maha Besar serta Mulia

Al- Karim - 
Yang Maha Pemurah

Ar- Raqib - 
Yang Maha Waspada

Al- Mujib - 
Yang Maha Pengkabul

Al- Wasi' - 
Yang Maha Luas RahmatNya

Al- Hakim - 
Yang Maha Bijaksana

Al- Wadud - 
Yang Maha Penyayang

Al- Majid - 
Yang Maha Mulia

Al- ba'ith - 
Yang Maha Membangkitkan Semula

Asy- Syahid - 
Yang Maha Menyaksi

Al- Haqq - 
Yang Maha Benar

Al- Wakil - 
Yang Maha Pentadbir

Al - Qawiy - 
Yang Maha Kuat

Al- Matin - 
Yang Maha Teguh

Al- Waliy - 
Yang Maha Melindungi

Al- Hamid - 
Yang Maha Terpuji

Al- Muhsi - 
Yang Maha Penghitung

Al- Mubdi - 
Yang Maha Pencipta dari asal 

Al- Mu'id - 
Yang Maha Mengembalikan dan Memulihkan

Al- Muhyi - 
Yang Menghidupkan

Al- Mumit - 
Yang Mematikan

Al- Hayy - 
Yang Sentiasa Hidup

Al- Qayyum - 
Yang Hidup serta Berdiri sendiri

Al- Wajid - 
Yang Maha Penemu

Al- Majid - 
Yang Maha Mulia

Al- Wahid - 
Yang Maha Esa

Al- Ahad - 
Yang Tunggal

As- Samad - 
Yang Menjadi Tumpuan (makhluk memohon doa)

Al- Qadir - 
Yang Maha Berupaya

Al- Muqtadir - 
Yang Maha Berkuasa

Al -Muqaddim - 
Yang Maha Menyegera


Al- Mu'akhir - 
Yang Maha Penangguh

Al- Awwal - 
Yang Pertama

Al- Akhir - 
Yang Akhir

Az- Zahir - 
Yang Zahir

Al- Batin -  
Yang Batin

Al- Wali - 
Yang Memerintah

Al- Muta'ali - 
Yang Maha Tinggi serta Mulia

Al- Barr - 
Yang Banyak Membuat Kebaikan

At- Tawwab - 
Yang Menerima Taubat

Al- Muntaqim -
Yang Menghukum (mereka yang bersalah)

Al- 'Afuw - 
Yang Maha Pengampun

Ar- Ra'uf - 
Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Malik-ul-Mulk - 
Pemilik Kedaulatan yang Kekal

Dzul-Jalal Wal- Ikram - 
Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan

Al- Muqsit - 
Yang Maha Saksama

Al- Jami' - 
Yang Maha Pengumpul

Al- Ghaniy - 
Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap

Al- Mughni - 
Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan

Al- Mani' - 
Yang Maha Pencegah

Al- Darr - 
Yang Mendatangkan Mudharat

Al- Nafi' - 
Yang Memberi Manfaat

Al- Nurr - 
Cahaya

Al - Hadi - 
Yang Memberi Petunjuk dan Memimpin

Al- Badi' - 
Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandingNya

Al- Baqi - 
Yang Maha Kekal

Al- Warith -
Yang Maha Mewarisi

Ar- Rasyid - 
Yang Memimpin (ke arah kebenaran)

As- Sabur - 
Yang Maha Penyabar

Semoga kita beroleh pahala bersama-sama dengan menyebut nama-nama Allah s.w.t ini.. aamiin..

Terima kasih semua readers..

Jumpa di next entry ye. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday, 26 December 2021

Berpantang day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Entry kali ini aku dah nak start cerita pasal pengalaman aku berpantang .. bermula dari hari 1 sehingga hari ke 44 aku berpantang.. tapi  untuk entry ni, aku hanya nak cerita pengalaman aku berpantang dekat hospital untuk 4 hari.. 

Entry ni sebenarnya sambungan dari entry yang aku cerita pasal aku bersalin tu je.. hehehe..kenangan bersalin di HSAH dan anak pertamaku

Okey, lepas je aku bersalin dalam pkul 10 malam macam tu, tapi katil kat wad penuh lagi masa tu.. tunggu punya tunggu pukul 5.30 pagi nurse inform baru boleh naik ke wad..   nurse pindahkan aku dari katil labour room tu ke katil biru yang utk transit pesakit tu. Naik ke wad, nurse tanya. boleh jalan tak.. actually rasanya aku boleh je jalan.. tapi aku tak berani.. tau tak sepanjang rest kat labour room tu yang dari pukul 10 malam sampai 5 pagi tu.. aku tak pergi mana-mana pon sebab takut nak bangun dari katil.. rasa badan macam berat sangat.. nak mengesot badan pon aku takut.. hahaha..

Aku bagitau nurse tu, aku try tengok bangun sendiri.. once aku bangun je.. rasa macam darah turun .. hahaha.. biasalah kan baru lepas bersalin.. memang la macam tu kan.. baring je atas katil tu... aku tak pi mana-mana pon.. nak pergi toilet pon xberani.. padahal masa tu rasa geli gila dengan pad penuh.. tapi disebabkan aku takut dan tak larat.. aku xbangun pon..hahaha.. 


Aku tengok jiran sebelah katil aku dah terjaga.. dia bangun ke toilet.. jalan laju wey.. tak de kepit-kepit pon.. dia balik je dari toilet .. siap boleh bersila wey atas katil.. aku terkejut.. aku pon tanya dia..( hahaha.. aku ni memang ramah sikit orangnya.. hahaha)..

Aku : Awk bersalin bila?
Dia : pagi tadi pukul 1 pagi..  (Aku macam... wah.. baru je bersalin.. baru 4 jam.. dah bersila..dasyat.. jahit tak banyak kot)..
Aku : anak dok nicu jugak ka?
Dia : ha, anak duduk nicu sbb saya tadi ada masalah darah keluar banyak.. jadi doc nak bagi rehat dulu.. baby tak de masalah..
Aku : owh yaka.. saya nak tanya, awk duduk bersila tak sakit ka? ka awak jahit tak banyak?
Dia : ha, tak sakit sangat pon.. rasa jugak... tak jahit banyak tadi..
Aku : owh.. tak pela.. bagus la mcm tu.. seronok tgk awak boleh jalan kuat dah.. saya nak bangun pon xberani. (lepas tu, aku tgk dia pon macam letih, aku pon letih,, xsembang dah la.. aku terlena..

Nak dekat pukul 6 lebih baru nampak suami aku bawak barang ke bilik tu.. aku terjaga sebab suami aku yang kejutkan..

Aku : eh, baru naik ka? ingatkan balik dah..
Suami : tak balik lagi rumah dari pkul 8 malam semalam..
Aku : Ya Allah, pastu tidur mana? duduk mana?
Suami : tak tido lagi.. duduk kat kerusi batu depan labour room tu.. tunggu ayang.. tak tahu ayang dah bersalin.. tak de nurse inform pon.
Aku : Astaghfirullah hal azim.. aik bukan doc ada kata nak telefon ka?doc tak call ka?
Suami : Doc call pukul 3 pagi tapi masa tu ayang tak naik wad lagi.. 
Aku : la.. org bersalin awal lagi.. mybe doc sibuk kot.. sebab semalam memang ramai yang bersalin.
Suami : yela kot.. tak pe la.. ni brg semua.. tgk cukup tak.. mana uri? tadi tanya nurse, nurse wad kata ada sekali dengan ayang..
Aku : cukup barang.. eh, mana ada dengan org.. ada kat bilik bersalin tadi tu la.. nurse lr xbg apa-apa pon..
Suami : ha, tak pa lah.. tadi doc kata baby tak boleh balik lagi.. org ambik uri .. lepas tanam, ingat nak rehat sat.. mengantuk sangat.
Aku : ha, xpa la.. balik hati-hati bawak kereta tu. bawak slow-slow dah la..
Suami : okey.. balik dulu.. rehat la ye..

Dalam pukul 7 lebih macam tu, ada doc pakar buat am review kat ward.. seorang doc lelaki berbangsa cina memulakan pertanyaan dia..

Doc : puan ok ke ? sekarang rasa macam mana ? ada rasa sakit dalam perut tak? (dia tekan-tekan perut)
Aku : okey, saya okey dah,.. tak rasa sakit apa-apa dah..
Doc : puan ada pergi toilet tak hari ni? ada pergi kencing tak? rasa sakit tak masa kencing?
Aku : saya tak pergi toilet lagi.. tak berani nak bangun lagi..
Doc : puan kena pergi toilet ye,,. ke puan nak pakai tube kencing? 
Aku : (dgr je mcm tu laju je aku jawab) eh, tak pe doc saya dah nak pergi toilet dah ni.
Doc : nurse, pastikan katil *** pergi toilet ye.. kalau tak boleh kencing atau sakit masa kencing, pasang tube kencing ye.. pantau untuk 24 jam.
Nurse : okey doc..

elok je doc pakar tu pergi, cepat-cepat aku bangun ke toilet.. aku bukannya tak nak pakai tube kencing tu.. tapi aku tak suka sebab tak selesa.. 

alhamdulillah aku boleh pergi toilet ..nurse datang kat aku..

Nurse : awk dah pergi toilet ke? boleh kencing ka? berapa kali dah pergi toilet?
Aku : ha dah pergi dah toilet nurse.. ok kencing semua ok.. dah 3 kali dah pergi toilet..
Nurse : dalam masa 5 jam 3 kali dah ke toilet?
Aku : ha, sya memang jenis macam ni..
Nurse : okey, kalau ada apa-apa, bagitau saya ye..
Aku : ha okey nurse..

Lega aku tak kena pakai tube kencing tu.. seronok ja rasa seharian dapat bersenang lenang.. walaupun rasa sakit tempat jahit tu ada.. bosan pon ada.. lepas tu, aku tanya nurse, kalau nak bagi susu perahan kat baby di nicu boleh ke..? nurse cakap boleh.. nanti dah siap pam.. bagi kat nurse.. depa akan tolong hantarkan.. aku pon bersemangat nak pam,.. orang kata lepas bersalin susu melimpah ruah..

 malangnya, hanya beberapa titik je yang keluar..

Aku menangis lagi.. dah la tak boleh jumpa anak.. susu pon aku tak mampu bagi kat dia lagi.. :'(

aku tanya nurse, nurse kata mula-mula memang macam tu.. lama-lama banyak la susu..

makanan pertama aku makan sejak dari lepas bersalin
tak berani makan ikan.. makan nasi dengan kuah je..
tapi licinkan nasi.. hahaha.. punya la lapar.. tau tak..
dari pkul 10 pagi (13.8) sampai pkul 1 tgh hari (14.8) 
baru jumpa nasi... hahaha.. 

belah pagi tu aku tak makan sangat sebab dia bagi roti gardenia 2 keping dgn air milo panas.. belah malam dia bagi nasi lauk ayam.. tapi tak ambil gambar pulak.. lapar sangat.. licin nasi dengan ayam... orang kata ayam gatai.. Alhamdulillah aku makan okey ja..

lepas tu, nurse datang tanya dah cucuk vaksin ke belom? aku pon jawab.. belum.. dia tanya nak ambik vaksin terus tak.. sebab dia nak kena antar borang hari tu jugak.. so, aku setuju je la.. ye la, bila lagi kan nak ambik vaksin dah alang-alang dapat peluang ni.. aku pon isi ja borang.. nurse tu pon berlalu pergi..

aku pon jadi boring balik.. dengan anak tak ada.. dengan semua orang buat hal masing-masing.. maybe semua penat kot .. yela, baru lepas berjuang kan.. aku pon rehat la sekali..

dalam lepas isyak macam tu, nurse kejutkan aku, nak tukar katil sebab bilik tu bilik tumpangan je.. jadi nurse bawak aku ke bilik 4 orang.. masa ni aku okey lagi boleh bergerak bebas,.. hahaha.. 

nak tahu apa jadi lagi? tunggu ye di next entry.. tq semua reader.. love all of u.. :)

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 24 November 2021

100 Hari Mencintaimu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni genap 100 hari si manja thaqif suhail menikmati indahnya dunia tipu-tipu..

Pejam celik pejam celik dah 3 bulan dah sayang thaqif suhail ada dengan ummi ni.. 


Happy 3rd month birthday.. 

❤️ my handsome boy.. ❤️🥰




Okay, dah dpt pembayang x muka kita ikut sapa? 🤣🤣😝😝😜😘

Alhamdulillah dah masuk 3 bulan makin bnyak la peelnya.. baby milestones pon dah bnyak yg dah 'achieved and unlocked'.. alhamdulillah..

Pejam celik.. pejam celik.. cepatnya sayang membesar.. (Lap air mata..😭😭)

Skrg ni ummi perasan syg bnyak pegang something tgn kiri.. bila bg mainan.. pegang tgn kanan mesti akn trjatuh balik dan xlama .. tapi kalau pegang mainan belah kiri.. lama jugak.. siap boleh goncang2 lg mainan..then klu tarik rambut ummi, jari yg paling kuat ummi rasa payah nak cabut dri rambut tgn belah kiri.. 

Oh my love, don't say u're left-handed.. (mommy's nightmare)

Kalau betul la left-handed.. mcm mna ummi abi nak ajar awk menulis yunk.. sbb ummi dgn abi right-handed.. 

Let's just husnuzon, mybe awk tu kecik lgi.. mybe both hand aren't strong enough.. 

Apa2 pon, semoga Muhammad Thaqif Suhail bin Muhammad Termizi membesar dgn baik dan sihat serta menjadi ank yg genius dan soleh di dunia dan akhirat.. aamiin..

Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah atas kurniaanMu ini yang telah lama aku dan suamiku menunggu kehadirannya.. 

Hadirnya membawa sinar kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah.. alhamdulillah..

Menjaganya adalah amanahMu..
Suatu pengalaman yang amat berharga dan mendewasakan diri aku ini.. mengajar aku erti kesabaran yang sebenar.. mengajar aku menjadi seorang ibu.. mengajar aku erti sebuah kehidupan..

Terima kasih sayang thaqif suhail.. hadirmu penyeri rumahtangga dan penyejuk hati ummi abi ...

Nama diberi : 

Muhammad Thaqif Suhail bin Muhammad Termizi

Thaqif yang bermaksud bijak dan mudah faham..

Suhail yang bermaksud senang dan mudah ...

Dengan harapan melalui nama yang diberi.. anak ini bakal menjadi anak yg bijak pandai dalam segenap aspek.. dari segi agama, pergaulan, pendidikan, akhlak, dan kerjayanya.. serta didoakan jugak supaya sentiasa dipermudahkan segala urusannya bersesuaian dgn namanya.. mudah dapat rezeki, mudah faham, mudah berbahasa, , mudah dalam pendidikan ,mudah urusan kerjayanya, mudah urusan ijab kabulnya dan mudah urusan dunianya serta akhiratnya.. aamiin ya rabbal ala miin.. 🥰🥰

Semoga thaqif suhail sentiasa dibawah dilindungan Allah daripada syaitan yang direjam sehingga hari kiamat.. Aamiin..

Terima kasih semua sebab sudi blogwalking kat sini ..

Aku doakan semoga hampa semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah seperti air zam zam yang mengalir.. aamiin..

Tunggu next entry pulak ye.. stay tuned.. ❤️


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Jumpa cinta hati buat kali pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai la anak ... Teringat lagi 1st day ummi abi jumpa awak sayang.. perasaan rindu + excited semua ada.

Lama awak berjauhan dengan ummi abi.. 

Setelah 6 hri awak duduk kat nicu..
Ummi duduk kat wad 4 hari..

Masa duduk wad tu.. rindu yg teramat sgt..
Tengok org lain baby ada sebelah masa dlm wad..
Hari2 dok doa baby xde apa2 dan bleh blik skali.. hari2 call bhgian nicu tnya pasal baby.. sbb ummi xleh pegi tgk adik ats procedure time covid.. last2 xbleh jugak balik skali sbb baby on antibiotics.. kena cukupkan hari.. redha je la masa kluar wad..

Masa kat rumah, sepatutnya abi kena hntar wan ke hospital yan sbb sakit.. tup2 hospital call sruh pegi ambik baby dah.. baby dh bleh discharge..mujur la ada pak ngah.. pak ngah tlg hntar wan Ke hospital.. 

ummi dgn abi trus siap2 pegi ambik awak sayang thaqif.. abi punya lah excited.. bawak smua kprluan adik yg hospital dah listkan..

Sampai wad nicu tu .. check nama apa smua ..check jantina.. abi pegi ambik sain doc jap.. 

Masa ni adik baru jaga.. mula2 nangis merengek je.. ummi yg xpandai pgang baby ni pon angkat la..1st time kan.. 🤣🤣 makin menangis la plak.. 

Guard kat pintu nicu tu tegur.. "dy lapaq susu tu dik.." .. ummi mcm.. 'eh, xkan nk bg kat sini' . 😂😂
Disebabkan adik nangis.. ummi pon trus bg je susu.. sampai la abi dtg jumpa kami.. dia dah tido.. abi angkat dan azankan..

Masa sampai hospital berharap sangat awak okey sayang..
Rasa tak sabar nak jumpa awak time ni..

Sampai kat lobby, guard check mysejahtera
dan sahkan kemasukan untuk ambil baby

Hallway nak ke nicu

Bila dah nampak pintu ni
start berdebar debar...hehehe..
Sampai sini.. guard mintak isi borang pengambilan baby..
Tandatangan beberapa dokumen untuk sahkan kita waris baby..
Bila guard dah puas hati.. dia mintak kelengkapan pakaian baby..
dia pon masuk dalam cari baby..


Ajak abi thaqif selfie skali
masa guard masuk dalam untuk ambil baby 

Kalau bukan musim covid.. boleh ja masuk..
Tapi faham2 la sekarang musim covid
Memang kawalan ketat sikit.. 

Nurse bawak keluar trolley baby..
Punya la excited..
Nurse buka pampers tunjukkan anu kat guard..
Bagi barang2 baby sepanjang baby kat nicu.. 
Cth : lebihan pampers dan krim baby

Assalamualaikum handsome boy..
Salam perkenalan dia dengan ummi dia ni
 dengan tangisan.. heheehe..
padahal mula2 nurse bawak jumpa ummi ok je tak nangis...
Awak sengaja nak bagi ummi cuak kan.. hahaha...

Masa abi thaqif sampai ni,
anak dah tido sebab dah bagi minum susu badan..
Tak tahu lah cukup ke tak masa tu..
Tapi awak minum2 terus tertido..
Abi angkat dan azankan awak pon tak sedar dah..


Lpas tu kmi trus balik.. adik tido ja spanjang jalan.. ummi xabis2 asyik tenung adik ja.. mcm xpercaya ja ummi dah jadi mak orang. 🤣🤣

Terima kasih ya Allah hadirkan insan baru dlm hidup kami suami isteri setelah sekian lama menanti kehadirannya..

Terima kasih syg thaqif bg ummi pengalaman yg paling indah ..

Terima kasih abi thaqif sbb sanggup korbankan masa, tenaga dan usaha dengan ummi selama ni tanpa jemu dan mengeluh..

#JuniorST 
#MuhammadThaqifSuhail



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday, 23 November 2021

Kenangan Kelahiran Terindah ( 13/08/2021 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaanNya aku dapat merasai detik-detik terindah dan berharga sebagai seorang wanita dan seorang ibu.. 

Saat yang paling aku dan suami nanti-nantikan..

Detik Kelahiran Cahaya Mata Yang Terindah

Sambungan dari entry Pengalaman Bersalin Time PKP

sampai saja di labour room, aku hanya memerhati suatu ruang yang amat asing dengan ku.. ruang yang bakal mencipta sejarah dalam hidupku untuk melahirkan zuriat yang amat aku cintai.. ruangan labour room tu tak seperti yang aku bayangkan.. aku ingatkan labour room ni hanya dihadang dengan tirai saja dan kita boleh mendengar tangisan dan kesakitan yang dialami pesakit lain.. rupanya tidak.. labour room kat HSAH ni amat selesa.. bilik asing-asing.. kira lepas bersalin tu tenang je... nurse bagi rehat dulu dalam bilik bersalin tu sebelum naik ke wad bersalin. kebetulan je sebenarnya.. sebab katil kat wad masa tu dah penuh.. 

bila sampai saja di labour room, nurse dan doktor sudah sibuk buat persiapan untuk nak sambut anak aku.. lepas dah siap preparation tu, nurse pon buat ve kat aku.. nurse tu jerit.. baru 7cm.. kecoh satu bilik bersalin tu.. aku ni dah la tengah sakit.. jadi nurse pon monitor ctg anak aku.. tapi masa nurse pasang ctg tu, sakit contraction pon mai dengan lebih kerap.. lebih sakit daripada yang kat wad tadi.. aku punya rimas dengan alat ctg tu.. aku pon tanggalkan time nurse dok sibuk-sibuk tu.. 

nurse marah aku," awak jangan la buang alat tu, kami nak monitor jantung anak awak ni.. kalau jadi apa-apa macam mana.."

aku.. " tapi saya sakit sangat-sangat.. benda ni pon berat.. menekan perut saya.. "


pinjam gmbr google jap.. tq google..
serius! benda alah ni (lebih kurang laa) ..
time kita sakit kan.. dia rasa berat sangat..
dan rasa rimas sangat-sangat..
aku asyik dok cabut ja..hahaha..
maaf la nurse.. sakit sangat..sampai rasa rimas..



nurse.. " kalau macam tu, time awak rasa ja sakit tu.. awak pegang buku lali kaki, dagu kat dada.. teran kuat-kuat macam awak nak berak tu.."

lepas tu, aku pon buat macam dia kata.. setiap kali aku rasa sakit.. 

nurse... " yang.. awak teran tu kat muka.. bukan kat bawah.. awak kena teran kat bawah.."

masa ni aku dah macam blur dah.. salah kah apa yang aku buat.. aku dah teran betul-betul dah.. 

nurse.. " awak teran macam awak nak berak tu.. keluar taik pon tak pe.. janji teknik betul."

aku pon teran lagi.. 

doktor chinese yang membidankan aku time tu.. " hah.. bagus puan.. sikit lagi.. sikit lagi.. "

doktor tengok ke arah ctg.. jantung baby dah mula drop..

doktor.. " cepat-cepat.. kita guna forceps.. puan kita terpaksa guna gunting sikit dan guna forceps sebab jantung baby puan nampak macam nak lemah dah ni.. "

aku anggukkan saja.. janji anak aku selamat..

tak lama lepas tu, baby aku diletakkan atas badanku..nmpak bontot baby ja.. baby tak menangis langsung.. doktor kata baby dah lemas,.. depa akan bawa ke nicu untuk pemantauan..

lepas baby keluar, sakit contraction pon hilang serta merta.. tak rasa sakit langsung dah.. 

sebelum tu , nurse tanya aku sambil tunjukkan anu baby kat aku, " anak puan ni anak apa?"

aku dengan laloknya dok hidu gas entonox.. " anak laki.." ( masa ni nurse dok buat persiapan nak jahit)

nurse tadi terus bawak baby lari dari pandangan mata aku.. tanpa sempat aku menatap wajah baby..aku dah start nangis-nangis sambil lalok dah,,..

ada seorang lagi nurse tanya aku.. " puan baca tag nama ni.. betul tak ejaan nama puan dan nom ic tu?"

aku pon baca dan sahkan pada nurse tadi.. 

maka dengan ini lahirlah anak aku ke dunia Allah ini.. alhamdulillah syukur kepada Allah..

B/O/P : Siti Suhani binti Abdul Rahim
Nama diberi : Muhammad Thaqif Suhail bin Muhammad Termizi
Tarikh Lahir : 13/08/2021 (Jumaat)
Waktu Lahir : 21:59 jam
Berat Baby : 3.04kg
Panjang baby : 47.5cm
Lilitan kepala : 32cm
Minggu kehamilan : 39 week 1 days
Tempat Lahir : HSAH
Jenis Kelahiran : SVD (Forceps)
Komplikasi : Fetal Distress (fetal bradycardia)
Skor Apgar : 4 (Masa lahir baby tak menangis langsung)
Check-in NICU : 6 days on antibiotics
Contraction : dari pukul 10 pagi sampai bersalin pukul 9lebih malam.. (hari yang sama)



masa baby lahir tak de gambar.. gambar ada yang lepas kami pergi ambil baby ja.. nanti aku cerita ye yang ni.. 

okey sambung balik...

nurse yang nak jahit tu kata kat aku," puan , saya kena jahit banyak sikit ni.."

aku.. " banyak sangat ka luka nurse?"

nurse.. " banyak jugak ni.. 3 lapih ni.. "

aku dah start cuak dah.. tapi nampak nurse tu cucuk ubat bius sebelum jahit.. ok la sikit..memang lama gila nurse tu jahit.. sampai ketar kaki-kaki.. sebab sejuk sangat dalam labour room tu..

dah siap jahit semua. ada sorang nurse yang lain datang bawakan air milo.. secawan kecil.. alhamdulillah.. leganya dapat minum air milo.. disuapkan pulak tu.. hehehe.. baru aku ingat.. last aku minum dan makan masa pukul 10 pagi tu ja.. patut la rasa dahaga sangat-sangat.. lapar tu tak..

pukul 11 lebih doktor yang membidankan aku tu datang kat aku.. dia check jahitan dan tolong kemaskan lagi jahitan yang masih tertinggal.. masa kali kedua dia jahit ni bius dah habis,.. rasa jugak la sakit tu.. hehehe.. dah siap tu.. sambil-sambil dia basuh tangan dan lap tangan.. dia pun tanya..

doktor..." puan dah bagitau suami puan ka?"

aku.. " belom lagi doktor.. "

doktor.. " nanti bagi nombor telefon suami , senang saya nak terangkan dekat suami."

aku pon bagi nom tel suami.. suami cakap dia call lambat sikit.. dekat pukul 1 pagi .. maybe sebab dia ada pesakit lain kot.. sebab malam tu memang ramai pon yang nak bersalin.. 

lepas je bersalin, aku takut nak bergerak.. memang kaku ja atas katil.. takut sakit.. hahaha.. tak pergi tandas langsung pon.. punya takut plus letih sama.. aku rasa penat yang teramat sangat.. sakit tu tak rasa sangat dah.. masa baby keluar pon dah tak rasa sangat dah sakit tu.. cuma sakit kat jahitan tu terasa gak la sebab dah habis bius dah.... aku mengantuk tapi tak boleh tidur.. dok pikir pasal anak aku.. ye la.. tak sempat tengok pon muka dia.. memang aku asyik menangis ja masa tu.. sampai setiap kali ada nurse yang masuk.. aku akan tanya.. macam mana keadaan anak aku.. nurse tu kata, " awak tahu kan, sekarang awak dah start dalam pantang ni.. jangan banyak pikir.. nanti meroyan.. in shaa Allah anak awak akan sihat.. doctor paeds dah tengokkan dah.. doa banyak-banyak ye." .. Aku pon mengiyakan ja..

aku naik ke wad kenanga 12 pukul 5 pagi.. maybe sebab baru ada katil kot.. tu pon duduk dalam bilik tumpangan.. aku faham.. musim-musim pkp ni memang ramai pon yang bersalin.. dalam pukul 6 lebih pagi macam tu baru nampak suami masuk dalam wad tu hantar barang.. 

masa aku naik atas tu, nurse lupa bagi uri aku.. then suami terpaksa turun balik ke labour room untuk ambil uri.. kesian suami.. katanya dia tunggu di depan dewan bersalin dari pukul 8.30 malam sampai la pkul 2 pagi.. lepas tu, tunggu lagi sampai aku naik wad tu.. kesiannya suami aku.. terima kasih banyak ye sayangku..

memandangkan aku belom boleh balik lagi.. dengan keadaan anak pon duduk nicu lagi.. jadi suami balik dulu ke rumah dan tanam uri. suami aku cakap mak mertua tolong ajarkan basuh dan tanam uri.. alhamdulillah,.. terima kasih banyak mak dah banyak bantu kami.. sayang mak dgn abah sangat-sangat..

rasa macam dah panjang sangat entry ni.. nanti aku sambung lagi ye part dalam wad bersalin pulak.. dalam next entry la ye.. panjang-panjang nanti korang jemu pulak.. stay tuned.. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...