Saturday 13 April 2024

Edisi Tawar menawar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni saja la nak sembang-sembang santai sikit...

Kalau hampa nak tau, dulu-dulu kalau aku beli sesuatu dlm kuantiti yg bnyak, aku akan minta kurang..atau tawar menawar la kan..

Jadi pernah suatu hari sewaktu suamiku membeli barangan, aku bertanyakan suamiku sudah mintak kurang (discount) ke belum..

Suamiku ni jenis dia tak suka mintak kurang.. kalau orang bagi harga tu.. harga tu la dia bayar tanpa tawar menawar.. 

Sebab dia kata dlm rezeki kita ada rezeki org lain.. orang tu pon cari nafkah kat anak bini dia..kesian lah kat dia kalau kita mintak kurang..

 lagipun kalau kita mintak kurang, orang lain (peniaga/kontraktor/wiremen/tukang paip/tukang baiki/tukang elektrik & apa jua pekerjaan freelancer lain) akan bagi kita discount yang kita nak.. atas dasar empati kt kita.. tapi nanti mereka terpaksa guna untung mereka untuk cover modal mereka.. atau mereka guna bahan ala kadar untuk penuhi citarasa kita.. kasihanlah mereka.. dan boleh jadi kita dapat barang pon tak berapa elok (ala kadar).. Lepas tu,kita pon xpuas hati dgn brg akhir yg kita terima..

Jadi, nak bagitau kat sini.. tak perlu lah kita menormalisasi tawar menawar tu.. 

kalau tempat A kita rasa mahal, kita pergi ke tempat B dan seterusnya.. tak perlu kita membanding dan mintak org itu ikut kehendak kita ..

Perlu ingat.. kalau kedai A boleh jual murah berkemungkinan dia beli barang secara pukal (modal banyak).. kalau kedai B jual mahal, berkemungkinan dia dapatkan barangan dgn modal yg mahal atau kuantiti yang sedikit(modal sedikit).. jadi tak perlu banding.. 

Kenapa saya beli kedai A boleh bg harga mcm ni ..kedai encik tak boleh dpt harga macam ni .. jadi bila peniaga dgr.. peniaga akan cakap.. ok2 cincai la.. angkat2..

 sebenarnya.. mereka cuma mampu untuk berharap selepas tu akan ada customer lain yang beli utk tampung modal mereka..kesiankan.. mereka pon ada anak bini untuk bagi makan.. ada pekerja yang perlu digajikan.. ada haiwan yang perlu dijaga...

Jadi kalau kita dapat harga sekian-sekian... Bayar sajalah sbb kita guna servis dan barang yang sama..

Sekarangkan aku tgk, asal kedai tu atau peniaga tu tak de sistem perniagaan je.. kau nak mintak kurang itu ini.. cuba kau pergi mcd, texas, mall besar2, butik.. kau mintak tawar menawar x?? Xpon kan.. kenapa?? Sbb kau sedar mereka tu pekerja bukan owner.. 

mcm tu jugak peniaga jalanan atau freelancer ni.. mereka pon sebenarnya pekerja (walaupun mereka owner) sbb mungkin mereka tak mampu menggaji pekerja.. jadi jangan lah kita budayakan tawar menawar ni.. kasihanilah mereka . Mereka pon ada mulut utk disuapkan .. modal untuk dikembangkan..

Setuju sangat bila page ni cakap.. kalau mahu murah, jangan mintak kualiti... Kalau mahu kualiti, jangan mintak murah..

Ingat barang asas ni murah2 ke zaman sekarang??..

 so, apa2 letak diri kita dlm diri orang lain.. 

tak rugi pon kalau kita tak kedekut..rezeki Allah dah tentukan setiap orang.. jadi tak perlu kedekut..

Ni jela nak bagitau.. harap-harap..posting ni dapat buka hati dan minda kita.. aku pon banyak belajar dari suami..

Setiap kali kita membeli, biasanya dengan mendoakan orang lain..

Ya Allah, murahkanlah rezeki mereka dan permudahkanlah rezeki utkku sekeluarga.. aamiin..

Prinsip dia mudah saja.. kenapa kita ditakdirkan untuk beli dengan orang tu (dengan harga tu) bukan dengan orang lain??? Sebab Allah dah tentukan haritu rezeki orang itu.. bukan rezeki orang lain.. jadi Allah gerakkan hati kita untuk beli dengan orang tu..

Perlu ingat ye, Allah adalah pemilik hati kita .. Allah boleh bolak balikkan hati kita dalam masa sesaat saja.. begitu jugak rezeki.. Allah boleh tarik rezeki dan kekayaan yang kita ada dalam masa sesaat saja andai Allah mahu..

Jadi jangan pernah sombong, bongkak dan kedekut..

Duit banyak-banyak pon bukan boleh bawa ke kubur.. nanti lepas kita meninggal anak-anak akan cakap pasal harta kita jugak ..

Sebab tu Alim Ulama kata.. tinggalkan dan wariskan ilmu bukan harta..

Ilmu boleh dapat pahala..
Harta boleh dapat dosa..

Okey, terlalu panjang pulak post ni..

Semoga bermanfaat untuk semua ye..

Jumpa lagi di next entry..

Terima kasih sudi berblogwalking kat sini.. 

🥰🥰🥰