1. Kesukaran
untuk menurunkan gaji
Gaji
minimum ini merupakan gaji yang dikuatkuasakan oleh undang-undang kepada pihak
majikan dalam penetapan gaji para pekerja. Gaji ini sememangnya dapat
meningkatkan taraf hidup rakyat. Hal ini kerana gaji ini telah diukur
berdasarkan pendapatan garis kemiskinan. Namun, apabila skim gaji minimum ini
telah dilaksanakan, berlakunya kesukaran untuk menurunkan gaji sekiranya
berlaku kegawatan ekonomi. Hal ini kerana majikan terpaksa membayar pada kadar
gaji yang sama dengan jumlah sebelumnya. Dengan ini akan membebankan para
majikan untuk membiayai para pekerja.
2. Membahayakan
golongan yang miskin dan berpendapatan rendah
Gaji minimum ini merupakan gaji yang
telah ditetapkan pada paras tertentu dan pihak majikan hanya boleh meletakkan
atau memperuntukkan jumlah gaji bagi setiap pekerja melebihi paras yang
ditetapkan dan tidak boleh kurang daripada itu. Pihak majikan yang ingkar akan
dikenakan tindakan undang-undang. Jadi, hasil daripada pelaksanaan skim gaji
minimum ini,kos buruh ini dilihat semakin meningkat. Hal ini telah menyusahkan
majikan kerana majikan tidak dapat
menampung kos buruh tersebut tetapi belum dicampurkan lagi dengan caruman KWSP
yang terpaksa dibayar oleh majikan. Akibatnya, ramai pekerja yang terpaksa
diberhentikan. Hal ini kerana majikan terpaksa memikirkan kos bahan mentah, kos
pengeluaran dan kos pemprosesan termasuklah caruman KWSP. Sebagai contoh, jika
seorang pekerja dibayar RM 5,000 sebulan. Kos kepada syarikat jika dicampurkan
dengan caruman KWSP (12%) , ialah RM5,600. Kos tambahan itu sangat tinggi. Jadi
majikan tidak akan mampu mengaji pekerja yang ramai jadi terpaksa dikurangkan
gaji pekerja baru atau menamatkan kontrak bagi pekerja sambilan. Sedangkan
pekerja yang bergaji rendah tersebut amat bergantung harap dengan upah yang
diberikan oleh majikan. Situasi yang dialami oleh
pekerja ini memaksa mereka memperolehi pekerjaan yang baru. Hal ini amat
dibimbangi terutama kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah kerana
kehidupan mereka akan lebih sukar berbanding sebelumnya dan mereka terpaksa
menganggur.
3. Lambakan
pekerja Asing dari Luar Negara
Apabila
skim gaji minimum ini dilaksanakan, kita dapati majikan tidak mampu untuk
menanggung kos buruh tempatan yang semakin tinggi tersebut. Jadi, terdapat
ramai majikan yang sanggup mengambil dan menggunakan khidmat pekerja asing yang
meletakkan kos buruh yang rendah sebagai pekerja di tempat kerja masing-masing
bagi membolehkan majikan tidak mengeluarkan lebih banyak modal untuk melakukan
perniagaan tersebut berbanding pekerja tempatan yang meletakkan kos yang tinggi
sehingga membebankan majikan. Tambahan pula, majikan tidak perlu membayar
bayaran Levi terhadap pekerja sebaliknya gaji pekerja asing akan dipotong
sedikit demi sedikit pada bulan berikutnya. Hal ini sememangnya memudahkan
majikan dalam pengendalian organisasi tetapi ianya menyebabkan rakyat asing
semakin bercambah di Malaysia. Dengan ini sedikit sebanyak memberikan
keuntungan kepada pekerja asing mengikut garis panduan Perkara 23 Pengistiharan
Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) yang menyatakan bahawa setiap orang tanpa
sebarang pembezaan, adalah berhak kepada pengajian yang sama bagi kerja yang
sama. Semua orang juga berhak kepada saraan yang adil dan berfaedah yang dapat memastikan
diri dan keluarganya mendapat suatu kehidupan yang wajar dan manusiawi. Memang
tidak dapat menolak kemungkinan bahawa aliran tunai kita yang mengalir adalah
dengan adanya pekerja asing dalam pasaran kerja namun nasib rakyat Malaysia
masih sama.
4. Kesan
terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana
Menyentuh
dakwaan gaji minimum akan memberikan impak negatif kepada Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS),Fiscal Policy Institute
di Amerika Syarikat telah menjalankan satu kajian pada tahun 2006 untuk
membandingkan kesan gaji minimum terhadap pertumbuhan PKS dan juga tahap gaji
antara negeri-negeri di Amerika Syarikat. Hasil kajian sepanjang tempoh tahun
1998 hingga 2003 menunjukkan prestasi negeri dengan pelaksanaan gaji minimum
yang lebih tinggi adalah lebih baik :
·
5.4% pertumbuhan bilangan perniagaan
kecil (kurang daripada 50 pekerja) adalah lebih tinggi daripada negeri yang
meletakkan gaji minimum kepada para pekerjanya iaitu 4.2%.
·
6.7% pertumbuhan peluang pekerjaan dalam
sektor perniagaan kecil adalah lebih tinggi berbanding 5.3% bagi negeri yang
mengamalkan skim gaji minimum ini.
·
24.5% pertumbuhan jumlah gaji tahunan
juga lebih tinggi berbanding bagi negeri dengan gaji minimum iaitu 21.2%.
Menurut
Setiausaha Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN), T Shanmugam memberitahu
Berita Harian bahawa sebelum ini terdapat 4,200 daripada 800,000 syarikat yang
telah memohon penangguhan sementara bagi melaksanakan skim gaji minimum ini
disebabkan oleh faktor kewangan. Hal ini membuktikan terdapat syarikat yang masih
meragui keadilan dan kesukaran untuk melaksanakan skim gaji minimum ini kerana
terdapat pelbagai perkara yang perlu diselesaikan terutama dari segi
perancangan kewangan dan operasi perniagaan syarikat itu sendiri.
5. Penindasan
terhadap pekerja swasta
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF)
umpamanya, berpendirian bahawa penetapan gaji para pekerja di sektor swasta
berkait rapat dengan prestasi syarikat. Pastinya, bagi sesebuah syarikat
korporat, produktiviti serta keuntungan syarikat merupakan aspek utama yang
mempengaruhi kadar penetapan gaji kakitangan mereka. Jadi, walaupun pihak kerajaan meletakkan
kemestian untuk pelaksanaan skim gaji minimum ini, namun bagi pihak swasta
mereka mempunyai kuota dan syarat mereka tersendiri untuk membolehkan para
pekerjanya mendapat kenaikan gaji. Bukankah ini akan hanya membunuh
produktiviti para pekerja serta menurunkan minat pekerja untuk menyertai sektor
swasta di negara ini. Sepertimana kenyataan Timbalan Menteri Kementerian Sumber
Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar baru-baru ini di dalam media, para majikan
perlulah sensitif kepada para pekerjanya terutama sekali dengan mereka yang terlibat
dengan pekerjaan yang berbahaya, kotor dan sukar. Perjuangan bagi merealisasikan dasar
gaji minimum di negara ini adalah satu perjuangan yang besar dan panjang. Ia
tidaklah hanya melibatkan pihak yang memberi dan menerima gaji semata-mata. Ia
melibatkan pelbagai pihak.Ini termasuklah usaha meningkatkan kefahaman pimpinan
kesatuan sekerja serta akar umbi mengenai kepentingan serta cabaran-cabaran
dalam melaksanakan dasar gaji minimum.
6.
Berlakunya kekurangan peluang pekerjaan dan penularan jenayah
Pelaksanaan
skim gaji minimum ini akan memberikan impak negatif ke atas sistem sosioekonomi.
Dalam bab Enam Laporan Model Ekonomi Baru (MEB), dengan terang menyatakan
bahawa MPEN tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan gaji minimum kerana
boleh mengurangkan peluang pekerjaan di Malaysia. Pandangan MPEN ini tepat
sekali. Hal ini dapat dilihat apabila kebimbangan para majikan khususnya majikan kecil yang lebih merasai
derita menanggung kos buruh yang kian meningkat atau caruman pekerja-pekerja
lain yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Dengan ini, para majikan tidak akan
mampu untuk menaikkan gaji pekerja mereka malahan terdapat segelintir majikan
yang terpaksa menutup operasi perniagaan mereka kerana menghadapi masalah yang
besar untuk beroperasi. Kemungkinan besar, pekerja terbabit berisiko tinggi
untuk kehilangan pekerjaan. Kata-kata ini telah dipetik daripada Kementerian
Sumber Manusia. Hal ini kerana penetapan gaji ini adalah berbeza kadarnya dari
satu tahun ke satu tahun yang lain. Apabila rakyat mula kehilangan pekerjaan,
kadar jenayah juga turut meningkat tanpa disedari akan mengugat keamanan negara
dan merosakkan imej negara apabila terdapat rakyat yang menjadikan kaki lima
bangunan sebagai tempat kediaman mereka.
7.
Ketidakadilan dalam sesebuah organisasi
Penetapan
gaji minimum ini perlulah diimbangi dengan perkara-perkara yang berkaitan taraf
hidup dan produktiviti seseorang. Dalam situasi biasa (sebelum pelaksanaan skim
gaji minimum ini), kenaikan gaji dan pangkat seseorang berdasarkan produktiviti,
ciri inovatif, kreativiti dan tanggungjawab seseorang tetapi sekiranya
pelaksanaan skim gaji minimum ini dilaksanakan, rasanya tidak adil bagi pekerja
yang baru memasuki bidang pekerjaan yang mendapat gaji lumayan setaraf dengan
pekerja yang sudah lama bekerja dan berpengalaman dalam bidang yang diusahakan.
Kesan seperti ini mungkin akan menurunkan motivasi kerja diantara pekerja yang
telah lama berkhidmat kerana kenaikan gaji tidak diberikan mengikut kepakaran
sebaliknya mengikut ketentuan undang-undang. Jadi untuk membolehkan gaji
minimum ini terlaksana, biasanya golongan yang akan rugi ialah golongan pekerja
yang berpendapatan rendah kerana mereka lebih mudah ditukar ganti berbanding
golongan professional yang semestinya berpendapatan tinggi. Ini bermakna tenaga
kerja lama yang dianggap professional berbanding pekerja baru akan dikekalkan.
Jika kita lihat, pelaksanaan gaji minimum ini melibatkan semua pekerja dalam
semua sektor ekonomi di seluruh negara kecuali
perkhidmatan domestik, pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya. Jadi,
golongan pegawai keselamatan, tukang sapu sampah, tukang kebun, buruh kasar,
jurutol dan lain-lain sepatutnya berasa bimbang akan kedudukan mereka apabila
cadangan gaji minimum ini berjaya dilaksanakan. Presiden Persatuan Perkhidmatan
Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib mengatakan bahawa jika
langkah ini diteruskan, maka mungkin 300 syarikat keselamatan terpaksa gulung
tikar kerana hal ini akan menyebabkan 60,000 orang pegawai keselamatan tempatan
kehilangan pekerjaan. Inilah akibat yang tidak dijangka daripada tindakan
memperkenalkan gaji minimum. Skim gaji ini hanya akan mencetuskan kezaliman
terhadap golongan yang paling memerlukan kewangan untuk meningkatkan taraf
hidup mereka.
8.
Kehilangan daya saing yang tinggi
Sekiranya gaji minimum ini dilaksanakan, negara kita akan hilang daya
saingnya diantara syarikat-syarikat di dalam mahupun luar negara. Hal ini
kerana negara kita tidak akan dapat menampung kos yang meningkat pada masa itu.
Kesannya, kita dapat lihat, pelabur asing akan mengalihkan modal mereka ke
negara-negara yang mempunyai kos pengeluaran yang lebih rendah seperti di
negara China dan Indonesia. Selain itu, ianya juga akan menggalakkan penggunaan
lebih banyak mesin yang jauh lebih produktif sebagai alternatif kepada tenaga
buruh yang semakin mahal.Sekiranya kita lihat pada keluk upah buruh, kita akan dapati apabila kerajaan
meningkatkan gaji para pekerja secara tidak langsung majikan akan mengurangkan
permintaan bilangan buruh. Jelaslah disini menunjukkan ketidakupayaan sesebuah
syarikat untuk meneruskan operasi jika terdapat banyak pekerja yang perlu
digajikan dalam satu masa dengan gaji yang tinggi. Hal ini sekaligus akan
menyebabkan negara kehilangan daya saing kerana kekurangan kepakaran tenaga
buruh sebaliknya hanya mengharapkan mesin penggerak sahaja. Negara hanya
melaburkan modal untuk pembelian barangan susut nilai sahaja. Jadi hal ini
telah mengurangkan kepercayaan pelabur asing untuk melabur di dalam negara.
9.
Menggalakkan berlakunya Inflasi
Penetapan gaji minimum ini sememangnya dapat meningkatkan kuasa beli dan
kadar belanjawan pekerja. Namun, secara umumnya sudah sedia maklum bahawa
sebarang pertambahan kos pengeluaran yang berlaku maka harga pasaran bagi
barangan itu juga akan turut meningkat. Hal ini secara tidak langsung akan
menggalakkan inflasi. Hal ini demikian kerana kos pembuatan sesebuah barangan
itu telah meningkat kerana menggunakan mesin yang canggih jadi sudah tentu kos
ini akan diletakkan kepada pelanggan melalui pembelian sesebuah produk yang
dijual dengan harga yang mahal. Hal ini akan menyebabkan semua orang
terutamanya pengguna terpaksa menanggung kerugian. Situasi ini dipanggil
sebagai Inflasi Tolakan kos yang terjadi apabila berlakunya peningkatan harga
umum akibat daripada peningkatan kos pengeluaran yang berpunca daripada
peningkatan keuntungan firma, peningkatan upah buruh dan peningkatan kos faktor
pengeluaran lain.
~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~
No comments:
Post a Comment