Thursday 30 April 2020

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (6)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

sambungan dari entry sebelum ni.

sepatutnya 02/06/2019 kena jumpa doc gynae balik sebab nak check pasal pcos aku tu.. tapi dah bulan 4 aku pregnant tak jadilah nak jumpa doc dah.. dah miscarriage dah..



habis je pantang dalam 2 minggu mcm tu.. turun darah dalam 5 hari mcm tu.. hari yang balik daripada hospital tu.. sakit dia memang teruk sgt.. hari 1st tu mula2 mcm spotting je.. lama2 keluar ketul-ketul yang dah hancur dah. pastu dy mula keluar mcm period biasa. habis je pantang pergi kerja macam biasa. tak mengurut dan tak berbengkung.. just bertungku je untuk 5 hari tu sebab dok sakit perut dan ari-ari.

12 jun 2019 - EPAU .. temujanji dengan doc gynae  untuk lepas keguguran.. sampai HUSM doc mintak test UPT...

alhamdulillah.. cek UPT time ni dia dah kabur-kabur dah.. kira mcm negatif la..

masih double line tapi dia dah negatif dah sebab line lagi satu tak terang..

betul la kan.. org kata kalau kita pregnant lepas tu gugur.. mmg akan naik double line lagi tapi dah makin kabur dah.. doc tengok upt ni pon dah rasa lega dah.. katanya kalau masih positif aku kena buat d&c atau check dalam rahim balik.. alhamdulillah mujur lah betul-betul gugur habis dah.. lepas tu, doc check guna ultrasound.. tengok rahim okay dan dinding dah start menebal untuk persediaan next period.. buat kira tutup kes.. lepas tu doc bagitau next appointment bulan 9 pulak. elok je lepas jumpa doc esok tu terus period.. terbaiklah.. 

15.09.2019 - jumpa doc untuk follow up semula pasal pcos yang tergendala hari tu sebab aku pregnant. hehehe.. lagi sekali check rahim.. masuk mulut itik lagi.. =(
doc kata rahim kanan okey.. rahim kiri ada pcos..nampak dalam 7 ketul dah.. aik.. makin bertambah pulak daripada sebelum tu ada 4 je.. memang  aku ada skip period pon. doc cakap kalau betul nak pregnant, kena check dua-dua.. suami isteri.. so, dia bagi date untuk next appointment. bulan 1 pulak.. masuk dalam kes infertaliti.. sebelum balik doc ambil sample darah untuk ujian FSH, LH & Progesteron. boleh tgk kat link ni.. definasi hormon..

jangan lupa janji temu kita dalam next entry.. ada banyak lagi nak kongsi ttg ttc ni supaya dapat membantu golongan wanita lain yang sedang mengalami situasi yang sama seperti aku.. jangan takut ye untuk berjumpa doc lebih awal seawal usia perkahwinan 2 tahun ke atas.. jangan tunggu sehingga usia perkahwinan 5 tahun ke atas susah doc nak trace problem dalam rahim.

      ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Hari lahirku semasa PKP dan Ramadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tahun ni tahun yang paling sedih untuk aku.. Birthday tahun ni tak boleh berjalan mana.. kenapa??
sejak awal tahun lagi negara kita ni dah terdedah dengan ancaman corona virus atau Covid19.
Jadi, kerajaan terpaksa ambil langkah untuk buat sekatan perjalanan ataupun MCO-Movement Control Order. hanya orang tertentu sahaja yang dibenarkan keluarkan dan dihadkan tempat tertentu sahaja yang dibuka bagi mencegah covid19 ni.. 

Malaysia sedang berduka kini dengan telah mencapai 100 orang yang mengalami kematian dan beberapa kes baharu masih lagi ada.. semoga Malaysia sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t. MCO ni start fasa 1 pada 18.03.2020, fasa ke2 pada 01.04.2020, fasa ke 3 pada 15.04.2020 dan sekarang kita berada dalam fasa ke 4 start pada 29.04.2020.. birthday aku tu.. =( 

fasa ke 4 ni sampai 13.05.2020.. harap-harap takkan bersambung dah.. sebabnya kami suami isteri dah ambil cuti raya dah untuk balik ke kampung kami.. dah 2 tahun tak balik beraya sana.. kedah tercinta.. harap-harap Allah makbulkan permintaan kami untuk balik beraya di kedah sebab rindu sangat dah dengan kaum keluarga dan rindu sangat dah nak melawat kubur mak dengan abah.. Allahu rindu sangat.

Dalam kesukaran bergerak musim-musim covid19 ni.. alhamdulillah hilang jugak kempunan aku nak makan kek.. tima kasih suami tercinta belikan kek walaupun tak boleh pergi jalan-jalan. terima kasih sangat-sangat suami ku.. 

Ya Habibi,.,Aku mencintaimu kerana Allah s.w.t ..





Alhamdulillah kelmarin genap lah usia aku 28 tahun di muka bumi ni.. terima kasih kepada suami tercinta yang sentiasa ada disisi tanpa jemu dan memberikan kasih sayang yang melimpah ruah untuk aku.. semoga Allah memberikan kebahagiaan, kejayaan dan rezeki untuk abang yang melimpah ruah sampai syurga.. Ayg mintak maaf selalu buat salah dengan abg.. ( org tau abg tak suka org panggil abg.. suruh panggil bie sebab katanya macam panggil abg kandung ja.. tapi org suka sgt kalau panggil abg ni .. rasa lebih mesra).. tak dapat panggil depan-depan pon tak pe.. asalkan dapat panggil dalam ni pon jadi la.. 

cc: sygku.. andai ditakdirkan org tiada di dunia ni.. maafkanlah segala dosa orang selama kita bersama dalam perkahwinan kita ni dan redhailah pemergiaan orang ye.. halalkan makan minum org.. halalkan setiap nafkah yang diberikan utk org...pejam celik.. pejam celik dah nak masuk 3 tahun dah hidup bersama sebantal sekatil sebumbung ni..trima kasih sebab sudi terima baik buruk org dari dulu sampai selamanya.. Allah je yang dapat balas jasa baik abg dan sifat kesabaran abg dalam melayani sikap org.. syg, jangan pernah jemu untuk doakan orang jadi isteri yang solehah dan berikan zuriat untuk syg.. 

sejujurnya aku rasa useless sgt-sgt sebab tak mampu bagi lagi zuriat kat suami aku.. bulan 6 ni aku kena pergi ke HUSM buat iui.. harap-harap iui aku tu berjaya sebabnya bolehlah bagi surprise gift birthday kat suami aku memandangkan birthday suami aku bulan 6 jugak.. Aku harap akan ada keajaiban itu.. aamiin.. mintak doa dari semua pembaca blog sya ni mendoakan saya dan suami mendapat anak yang soleh dan solehah yang dapat membantu kami masuk ke syurga Allah.. aamiin... semoga usaha keras aku dan suami berhasil..aamiiin..

tq google
Besday aku kali ni paling best sebab suami hadiahkan aku tablet.. Huawei M6

sebenarnya memang dah lama teringin, tapi belum kesampaian nak beli.. akhirnya dapat jugak..
terima kasih hubby susah-susah belikan.. musim pkp ni memang banyak kedai tak bukak.. so, suami cakap dia beli online je.. cash on delivery.. sebab katanya dia tak percaya sangat kalau beli under shoppee atau lazada ni,.. tak pon kat mana-mana website.. senheng ke pe ke.. sebab ada je kan kes barang tak sampai dan sebagainya.. mula-mula hubby suruh pilih nak M6 ke nak samsung s5e.. tapi bila pikirkan balik banyak kelebihan M6 berbanding s5e walaupun takde google.. beres je.. sebenarnya aku nak biasa guna tab samsung ni dulu.. arwah abah yang hadiah kan.. samsung tab 3.. masa baru keluar tu harga rm1100 mmg mahal jugak masa tu  tahun 2012.. tahan lama jugak.. aku pakai sampai 2017.. hang tu biasa la sebab memori 1gb ke 2gb macam tu la.. tak ingat sangat.. ni pon salah satu faktor aku tak nak guna samsung. tapi bak kata suami aku.. semua handset akan hang kalau lebih 5 ke 7 tahun guna,,

see?? lama kan.. ada sekali je pernah rosak sepanjang aku guna sebab jatuh terlepas dari tangan skrin berderai.. mujur boleh pergi repair balik.. rm300 jugak repair masa tu.. menangis wey.. last sekali tu rosak sebab aku bagi hubby guna kejap.. handfon dia rosak.. kebetulan dia eksiden, berderai la tab tu.. malas  dah nak baiki sebab banyak kedai dah tak de model tu.. model lama kan.. so, aku biarkan saja niat aku untuk beli tab baru.. tup-tup suami belanja dah.. hehehe.. tima kasih suamiku.. i love u so much... semoga Allah murahkan rezeki syg didunia dan di syurga..Aamiin...


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Mengkasikan kucing atas sebab tertentu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Aku baru je balik dari klinik haiwan kubang kerian. Aku puas hati gila dengan servis dia. Overall okay… layanan pon okey.. klinik pon bersih.. sebelum ni laki aku pm staff klinik ni kat facebook page . ni nama page dia.. Klinik Haiwan Wakaf Baharu..  Doc ni baru bukak cawangan kat kubang kerian.. ni page yang terbaru dia.. Klinik Haiwan Kubang Kerian..


tq doc


ni antara servis yang diorang buat

boleh guna card klu takde cash kat tangan

kemas dan bersih klinik dia



kucing ni antara haiwan kesayangan nabi kita ,Nabi Muhammad s.a.w.. jadi kucing ni sepatutnya dipelihara dengan baik dan dijaga rapi. kalau tak mampu membela jangan pula mendera kucing ni.. ada juga yang sanggup makan kucing kesayangan Nabi Allah s.w.t ni.. tiadalah sedetik dalam hati kita kasihan terhadap kucing yang tidak berdosa ini. 

kucing aku ada dalam 4 ekor sekarang tapi 2 hari lepas kucing aku yang sekor ni dah bersalin.. anak dia semua ada 6 ekor.. tapi mati 4 ekor.. so yang tinggal 2 ekor ja.. mujur la.. kalau tak jenuh nak jaga.. bukan tak nak menjaga, tapi aku takut tak mampu menjaga..sebab kami suami isteri berkerja.. jadi waktu untuk grooming dan menjaga keperluan mereka terhad.. setakat 2 3 ekor tu mampu la aku jaga lagi.. jadi sekarang ni tinggal lah dalam 6 ekor kucing.. what??? banyak wey.. aku harap aku mampu jaga dengan baik.. aamiin.. 

Disebabkan aku tersayangkan kucing-kucing aku ni jadi aku ambil keputusan untuk mengkasikan kucing-kucing aku ni..yela.. takkan nak buang pulak anak-anak kucing aku ni.. nak buang kesian.. nak bagi orang adopt pon aku masih sayangkan depa ni.. nak bagi dok luar rumah pon aku kesian jugak kat depa ni tambah pula nanti apa pula kata jiran-jiran kalau kucing aku berkeliaran tak tentu hala dan berak sana sini.. kalau boleh aku nak elak semua ni terjadi. lagipon bukannya tak boleh kasi dalam islam asalkan ada sebab yang munasabah.. aku tak nak menganiaya kucing-kucing aku tu.. aku sayang semua kucing aku tu. 

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata:

وأما الخصاء فهو جائز إذا كان فيه مصلحة، ولكن يجب أن تتخذ الإجراءات اللازمة لمنع تألم البهيمة

Maksudnya: “Adapun mengkasi haiwan, hukumnya adalah harus jika ada maslahah, akan tetapi mestilah menggunakan proses-proses yang dapat mengelakkan daripada menyakiti haiwan tersebut.” (Liqa al-Bab al-Maftuh 15/37)

Dikesempatan yang lain al-Syeikh al-Uthaimin berkata tentang mengkasi haiwan seperti kucing:

إذا كانت القطط كثيرة مؤذية ، وكانت العمليَّة لا تؤذيها : فلا حرج ؛ لأن هذا أولى من قتلها بعد خلقها .. وأما إذا كانت قططاً معتادة ولا تؤذي : فلعلَّ في بقائها تتنامى خيراً

Maksudnya: “Jika kucing itu banyak (jumlahnya) dan menyusahkan, dan proses mengkasinya tidak memudharatkannya, tidak mengapa, kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah menciptakannya.. adapun jika jumlah kucing itu tidak banyak (jumlah yang biasa) dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan dia berkembang (membiak) itu adalah lebih baik.” (Fatawa Islamiyah 4/448)

hari ni aku antar kucing aku yang betina dulu untuk kasi.. rm120 sekali dengan warded 3 hari 2 malam.. makanan depa bagi kat kucing sepanjang depa jaga tu.. okey la kan harga tu.. tapi aku rasa harga ni mesti akan berubah ikut harga semasa kan.. tapi untuk hari ni harga tu la.. doc cadangkan untuk vaksin kucing aku, lico.. cuma aku mintak postponed dulu sebab kucing jantan kat rumah aku ni asyik nak terkam lico ja.. jadi sebelum jadi apa-apa aku terpaksa kasi dulu.. vaksin kucing dalam rm25.. okey la kan.. 


ni deposit yang suami aku bayar tadi


alhamdulillah .. semalam aku dah biarkan kucing aku dalam sangkar semalaman atas nasihat doc suruh dia posa.. so aku pon kurungkan,..







 hari ni antar kat klinik sampai hari ahad ni baru pergi ambil kucing aku tu.. aku bagi nama lico sebab dia akan 3 warna kat badan dia.. comel tau kucing aku ni.. hehehe.. 

kucing aku sekarang ni ada kat klinik lagi.. hari ahad ni bru ambil.


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday 22 April 2020

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (5)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


22/05/2018, Aku smpai je kat husm.. Msuk kat wad kecemasan tu depa tolak aku naik wheelchair.. First time org tolak guna wheelchair.. Jnggal rasa.. Hahaha.. Sampai ja kat wad kecemasan.. 

kat wad kecemasan HUSM

time ni perut aku dok sakit2.. Mybe sbb dlm tu sejuk sgt.. Aku tahan je la.. Sbb happy kan dpt tau pregnant..doc check upt skli lgi positif.. Pastu buat ultrasound xjumpa baby.. Buat transvaginal pon xjumpa baby.. Tapi jumpa mcm gumpalan hitam sikit kat dlm rahim dgn luar rahim.. ( rupanya yg tu aku dah start darah beku dah, dah nak tunggu utk pendarahan ja..) .. time ni doc tak pasti lagi apa dia.. So doc decide time tu aku kena warded .. Utk amik darah 48jam tu.. Beta hcg.. Klu result ok dan masih tidak tahu punca (means aku still pregnant tapi baby tak jumpa)  ,doc kata kena buat larascopic..  bawah ni contoh larascopic dari google..
gambar dari sisi


doc ada cakap depa bius bagi tidur. 





maaf ye guna gambar meta

Aku disuruh puasa smpai hari jumaat.. Sbb takut klu2 nak kena operate segera.. Doc kata larascopic tu xsakit pon.. doc tebuk kat area bawah pusat macam dalam gambar tu.. Pastu masukkan camera utk cari baby kat mna ja..tp aku dgr pon mcm ngeri.. Mujur la xkena buat.. Hahaha..

terima kasih suami sudi teman kat wad kecemasan dan sanggup ulang alik ke hospital

masa ni suami dok tanya nak bagitau mak abah tak? aku cakap tunggu la dulu .. ingat nak buat surprise kat mak abah. tapi apakan daya takdir Allah tiada siapa boleh melawannya.


masa kat kecemasan dah amik dah darah sekali untuk test hcg

masa ni memang dok harap anak okey ja dalam rahim. segala jenis doa dah aku baca.. aku mintak Allah selamatkan kandungan aku.

yang ni antara yang aku dapat masa google 


 tak lama lepas tu, nurse cakap boleh masuk ke wad biasa dah.. suami tak de masa tu sebab dia pergi settle untuk daftar. so nurse yang tolak ke wad. sampai wad kena timbang berat dan ukur tinggi. aku ingat lagi time tu berat aku 55kg. aku rasa penimbang tu rosak la. hahahaha.. tapi masa last aku timbang bulan 3 58kg lagi masa tu.. cepatnya turun berat masa bulan puasa ni. hahaha,..kalau macam ni, tiap bulan, bulan puasa pon tak pa.. hahaha.. lepas tu, nurse tolak ke katil. then bermulalah hari aku kat wad 1 utara, wad gynae..



Admit ward la paling xbest.. Tapi mujur nurse2 baik. Depa dah amik darah utk 1st test sebelum tu.. Ari rabu ambik.. Ari khamis ptg tu tau result.. Result dy ok cuma result dy rendah sikit bacaan daripada bacaan org yang hamil.. Aku memang pregnant, mybe masih baru lagi kandungan..  doc kata depa akan ambil darah lagi hari khamis tu dan sepatutnya result hari jumaat tapi waktu cuti so kena tunggu hari ahad baru dapat result. doc kata kalau bacaan makin menurun untuk yang 2nd hcg .. maksudnya hormon pregnant aku dah makin turun..jadi kemungkinan besar luar rahim atau keguguran. Tp msih lgi xpasti luar rahim ke dlm rahim.. Msa ni mlm je aku start sakit kuat.. Tapi xde bleeding lagi..

time admit ward tu suami aku tak stay skali dengan aku sebab laki kan tak boleh duduk kat ward wanita. so, suami aku mai melawat waktu yang ditetapkan ja. aku okey ja, cuma bila mai time sakit perut tu rasa mental down jugak la. siap buat video call semata-mata nak bagitau sakit. :p

gigih vc dengan suami aku 

mula-mula doc kata tak yah puasa sebab dia nak tengok keadaan aku. lepas tu tengah malam tu doc bagitau suruh puasa start pukul 3 pagi. dah la dengan tak de apa-apa makanan nak sahur. Aku ni ingt aku tak yah posa masa mula admit ward tu jadi tak bagitau pulak laki aku suruh bawak makanan.. Pastu ada sorg nurse ni mai.. Adik ada makanan x nk mkn? ni ambik la mkn ni.. Ada org bg kat bawah.. Baik betul nurse tu.. Ingt jugak dy dkt aku..  then aku start posa balik sbb dr takut aku kena buat operation mngejut.. Kan aku dok sakit2..


terima kasih nurse bawakan makanan


Klu ikutkan baby aku dlm 5 minggu lebih nak dekat 6 minggu mcm tu la.. Dr pon ckp mcm tu.. 

UPT clear blue

UPT Clear Blue ni aku minta suami beli kan kat watson sebab aku tak masih tak percaya tentang kehamilan aku tu. Dah doc kata tak nampak baby kan. so, aku tak puas hati sangat.harga masa beli ni dalam rm45 tak ada promosi masa ni. main beli ja. bila dah test je, memang aku puas hati sangat. nampak sah terang dia tulis tu,, kali ni dah 2 kali aku guna clear blue ni.. yang first time, yang ni.. tapi yang ni tak berjaya.. alhamdulillah yang kali berjaya..







Dy kata sptutnya bleh nmpk dh.. Tp aku xnmpk lg.. Aku pon redha ja la..  last ambik darah tu ari jumaat tapi disebabkan result xleh antar lagi.. Jumaat sabtu cuti.. Kena la aku tunggu hari ahad.. Tapi smentara tunggu tu.. Darah dah mula mcm nak kluar dah.. Mula2 mcm spotting.. Lama2 makin bnyak.. Last kena pakai pad.. sakit ni macam senggugut sikit .. sakit pinggang tak tahu nak cakap . malam sebelum aku keguguran tu, memang dah sakit sangat2.. tahan dari pkul 11 malam sampai pukul 2 pagi terlelap sendiri sebab terlampau tahan sakit. minta ubat tahan sakit kat nurse, nurse xbagi .. yela, bukan bidang dy kan kena la tunggu doc jugak.. nak tak nak doc subuh baru mai tengok.. sabar je la yang mampu.. bangun suruh pagi tu dah start keluar yang ketul-ketul macam daging kecil. cerita kat doc masa doc mai melawat pagi tu. 

Doc dah start dok agak yg aku ni miscarriage atas sebab ectopic pregnancy sbb aku xde mual ke sakit tengkuk ke pengsan ke muka pucat ke.. Darah pon fresh blood .. Bukan yg wrna koko ke hitam ke.. Buang air besar pon xde msalah.. Last2 dpt result 2nd tu hari ahad.. Mmg betul aku pregnant tapi keguguran.. Sbb beta hcg aku mkin menurun drp yg 1st intake. 


ni contoh bacaan hcg


Aku rasa lega walaupun sedih tu tetap ada.. Lega sbb xgaduh nak operate2 larascopic bagai.. Klu x hat tu lagi susah la nak pantang.. Jenuh aku.. Dah la sorg2 kat sini.. doc kata aku tak perlu buat D&C ( cuci rahim ) sebab dia dah keluar yang ketul-ketul tu.. lagi pon kandungan kecil lagi. nanti dia akan keluar macam darah period biasa. 



yang ni dari laman web Dr. Zubaidi.


lepas dah tau aku ni keguguran yang mungkin disebabkan oleh ectopic pregnancy. suami pon decide nak bagitau mak abah.. minta maaf sangat-sangat mak abah.. tak de niat nak rahsiakan tapi ingat nak buat surprise.. lastnya, baby tak menjadi. abah kata tak pa la nak buat macam mana.. 

so, doc bagi aku balik rumah. Alhamdulillah akhirnya boleh balik rumah. time nak balik ni memang dok start sakit kuat dah. masa nak buat urusan discharge tu, suami aku kerja sebenarnya hari tu, tapi dia terus datang ke wad dan terus ambil dokumen untuk ke bahagian hasil. rancangnya lepas tu, suami terus pergi ambil kereta di rumah sebab kami tak tahu bila boleh check out sebenarnya. tu yang tak prepare tu. masa suami balik ke rumah tu kebetulan kawan-kawan suami datang melawat. terima kasih kepada yang sudi melawat sepanjang di ward dulu.  tak de gambar sebab masa ni memang sakit gila perut aku ni. maaf lah kalau tak terlayan sangat. *harap faham ye. 


Yeah dah discharge dah..

  26.5.2019.. suami ambilkan wheelchair then turun kat kereta.. Alhamdulillah everything is ok.. Aku still lagi sakit2.. Bleeding tu biasa la.. Nma pon keguguran kan.. Sakit perut extravaganza plak.. Superb.. Sakit dy.. Fuh.. Dasyat betul.. Senggugut pon xmcm ni.. 3 mlm brturut sakit smpai xleh tido.. Klu tertido pon sbb penat sgt. 

Balik rumah suami lah yang banyak tolong daripada kat hospital sampai lah jaga dalam pantang. Allah kurniakan aku seorang suami yang hebat dan kuat.. terima kasih suamiku. maafkan aku tak dapat jaga zuriat sebaiknya.  semoga Allah tak jemu bagi kita rezeki anak lagi lepas ni buat kita. aamin..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Rawatan untuk pesakit buah pinggang (bhg. 5)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sebenarnya terdetik nak cerita pasal dialisis ni sebab masa arwah abah dan mak perlu menjalani dialisis tiada sumber yang boleh dijadikan guide line untuk meyakinkan dan memahamkan golongan yang perlu menjalani dialisis. pemahaman hanya berdasarkan apa yang di ceritakan oleh nurse dan doktor yang memberi taklimat tentang rawatan dialisis ini di hospital sahaja. Jadi aku rasa terpanggil untuk menceritakan serba sedikit tentang proses dialisis ni supaya dapat membantu individu lain terutamanya pesakit sendiri.

Aku faham. Kadang kita rasa was-was nak buat ke tak dialisis ni, pernah sampai aku dengar kawan mak aku cakap. takutlah nak buat dialisis ni. kalau nak mati tu mati jugak.  ya memang betul apa yang diperkatakan , kita tidak dapat mengelak kematian. tapi kita dituntut untuk usaha dahulu barulah bertawakal. setiap penyakit ada ubatnya. 

pasal capd dengan apd ni, sebenarnya atas kemampuan kita. kalau kita mampu membeli perkakas untuk APD tu.. boleh la guna sendiri di rumah dan mengikut masa sendiri bila yang kita nak buat. tapi kalau kurang berkemampuan banyak tempat yang menawarkan khidmat dialisis dan menyediakan pengangkutan untuk ke pusat dialisis bagi sesiapa yang susah untuk melakukan dialisis berseorangan di rumah. kos nya sedikit mahal tetapi berbaloi kerana mereka menyediakan staf untuk menjaga kebajikan dan pemakanan pesakit. ubat-ubatan yang diperlukan oleh pesakit terutamanya pesakit anemia yang perlu diberikan suntikan recormon selepas habis dialisis. macam arwah abah aku dulu mereka antar dan ambil dari rumah, memberi makanan dan tempat yang bersih dan selesa untuk buat dialisis. hospital ada jugak menyediakan tempat untuk dialisis tetapi seperti yang kita sedia maklum sememangnya penuh untuk booking, jadi kalau nak tunggu giliran kita tu alamatnya tak terbuat lah dialisis..bagi mereka yang kurang berkemampuan, boleh ja tunggu.

ni pusat dialisis yang arwah abah pergi dulu

Pusat dialisis afiat, sungai petani, kedah ni memang terbaik. layanan sangat okey.. tempat yang disediakan sangat selesa.. doktor dan nurse yang ada memang friendly sangat. terima kasih doktor dan semua nurse yang terlibat yang pernah jaga arwah abah sepanjang abah buat dialisis kat sana. terima kasih untuk driver pihak klinik afiat sanggup datang rumah ambil abah dan hantar abah balik ke rumah. Allah sahaja yang dapat balas jasa doktor dan nurse-nurse yang terlibat. semoga Allah melimpahkan rezeki dan memudahkan urusan doktor dan semua nurse dalam menjalani tugas mereka bagi membantu golongan yang memerlukan rawatan dialisis ini. 

terima kasih juga diucapkan kepada doktor dan nurse yang menjaga arwah mak dan abah sepanjang mereka di HSAH. doktor masa tu tengok keadaan mak dah makin teruk. jadi dah banyak kali doktor suggestkan mak untuk buat dialisis. tapi mak refuse.. last minit baru mak nak buat. terima kasih doktor dah bantu sedaya upaya.. Allah saja yang dapat balas jasa doktor dan semua nurse yang terlibat dalam kes mak dan abah dulu.

terima kasih juga kepada penderma darah yang tidak diketahui siapa yang pernah arwah abah guna untuk dialisis dulu. sejak dari kes arwah abah kena buat dialisis. aku makin berani untuk tampil buat derma darah yang sebelum ni memang penakut dengan jarum sebenarnya. semoga darah aku tu bermanfaat untuk orang lain jugak. aku dah bagitau suami aku, in case kalau aku meninggal dan organ dalaman aku okey. aku nak dermakan untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya. sebab aku tahu bukan senang nak dapat penderma organ yang sesuai. bila kita dah meninggal, apa yang ada dengan kita bukanlah milik kita lagi, ada hak orang lain dalam hak kita jadi apalah salahnya kalau kita berkongsi andai ada yang memerlukan. 

untuk bahagian kewangan, aku rasa banyak jugak unit kebajikan masyarakat yang membantu malah pusat zakat islam pon ada ja menghulurkan bantuan kepada golongan yang terpaksa melakukan dialisis ini. kita doa pada Allah semoga dipermudahkan urusan mereka yang terpaksa melakukan dialisis ini . Aamiin.. jangan risau Allah sentiasa ada dengan kita.

nanti kita sambung lagi bab dialisis ni.


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday 21 April 2020

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

sambungan dari entry sebelum ni.

Masa bulan 4, 29hb masa birthday aku , kami ada pergi honeymoon kat terengganu. 

Sebelum kami pergi honeymoon tu, kucing ciki aku tu dah sarat gila mengandung dan nak bersalin dah.. Aku cakap kat ciki.. " sayang jangan bersalin lagi tau.. tunggu ummi balik baru bersalin tau..".. Aku usap-usap perut dia.. aku kata.. " ummi nak pergi honeymoon ni.. nanti doakan ummi dapat baby mcm sayang ye.. ummi pon nak mengandung jugak.." sambil aku menitis kan air mata dengan air hidung.. hehehe.. sedih wey masa ni..lepas tu terus angkut barang masuk dalam keta.. 




thanks pulau duyong marina resort


Lepas je balik honeymoon tu memang mood aku down sangat-sangat. Rasa macam nak marah je semua benda.. Seminggu jugak jadi macam tu.. 06/05/2019 tu start puasa aku dah start tak bermaya sangat dah tapi aku boleh lagi tahan.  Seterusnya, aku tak boleh tidur dan aku bangun buat solat tahajud dengan solat hajat. Aku nangis-nangis minta dengan Allah supaya bagi kami anak yang soleh dan solehah.. masa sahur tu tengok-tengok ciki dah bersalin.. anak dy 5 ekor.. mati dua ekor.. tinggallah yang ada dengan aku sampai sekarang 3 ekor.. mak diorang ni xtahu dah pergi mana sekarang.. hari tu dia lari dari rumah..

19/05/2019 tu yang ni memang kritikal dah... Balik kerja tu memang tak bercakap sangat dengan suami aku. Rasa tak de mood.Banyak diam dan aku sendiri tak de mood nak masak macam selalunya. Tak tau la nak cakap macam mana.. lain maciam tau tak rasa dia. Tapi aku tak sedar lagi perubahan diri aku. Time tu suami aku kerja malam..

20/05/2019, so masa sahur tu aku sahur sorang-sorang la kiranya. Bangun nak sahur tu kepala aku berpusing-pusing macam duduk atas boat. Aku nak bangun tak boleh. Lepas tu terduduk balik.. aku tergerak hati nak check UPT. Macam tak percaya. I’m pregnant!!!  Yeah..ni yang aku tunggu-tunggu.. 

sampai 4 kali test, punya lah tak percaya

masa ni, aku tak bagitau lagi suami aku sebab ingat nak buat surprise. Aku tanya kak aku dulu sebab aku terkejut dan tak percaya. Aku terus pergi klinik 1 Malaysia yang ada depan rumah aku ni. Ketar-ketar tunjuk UPT tu dekat nurse tu sebab perasaan excited campur dengan terkejut. Dia tgk aku ketar pelik..

Nurse tu tanya, “ adik dah kahwin ka?”

“ ya dah kahwin.. tapi sya macam tak percaya sebab pregnant. Lama dah tunggu nak naik double line ni.”

Nurse tu gelak. Lpas tu dia cakap, “ adik, sini tak amik untuk yang baru nak bukak buku pink. Kena pergi klinik kesihatan dik. Sini kalau adik nak buat check up bolehla.”

“ ha, ok kak.. terima kasih kak.”

Aku terus ke klinik kesihatan kubang kerian. Sampai je sana untuk kes pesakit luar, nurse suruh buat test UPT. Lepas tu, dapat result memang positif. Nurse tanya nak buka buku pink terus ke. Aku ingat nak tunggu suami aku. So aku tak buat lagi hari tu.

21/5/2019 tu suami aku balik kerja pagi tu, aku tak bagitau lagi sebab tak sempat nak bagitau.. time tu aku pulak kerja petang. Dekat tempat kerja memang aku jaga betul la.. anak first la katakan.. jalan pon slow-slow ja.. tapi masa nak duduk tu rasa macam senak sikit bahagian bawah perut dan rasa sakit belakang pinggang ..Balik kerja malam tu, semangat bagitau suami..

“ hubby, org ada something nak bagitau ni.” Dengan mata bersinar-sinar.. hahaha...

“ ha, bagitau la ada apa.”

“ org pregnant!”

“ eh, yaka ni.. betul ke ni?”

Lepas tunjuk bukti kat suami aku tu.

ni result kat klinik kesihatan kubang kerian


“ alhamdulillah, terima kasih ayang.” Suami ku nampak happy sangat.

“ ada benda lagi nak bagitau, tapi org dok sakit kat belakang pinggang dengan bawah perut. Normal ka orang mengandung macam tu ka? Org risau la... sebab org ada kawan kena ectopic pregnancy. Dia kata dok sakit belakang pinggang juga.”

“ la yaka.. kita pergi jumpa doc la esok ye. Tapi esok hospital cuti umum. Kena pi bahagian kecemasan je la.”


“ ha okey.”

sambung lain kali pulak ye.. suami kite nak balik kerja dah ni. :p

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bagi yang mengikuti ttc journey aku ni memang akan rasa macam," eh kau tu baru je kot kahwin, kami ni dah lama dah ni relax je."

maaf la aku ni jenis yang emotional sikit.. memang apa-apa akan terbawa-bawa sampai mimpi. so, memang kena buat segera kalau aku nak apa-apa.. hehehe.. kalau benda tu boleh diusahakan la.. kalau susah nak dapat aku faham la..tapi Allah kan suruh kita usaha dulu baru tawakal. so, tak salah kan kalau aku try buat apa yang termampu untuk berikan zuriat buat suamiku. apa saja aku sanggup lakukan untuk suamiku kerana Allah.

bagi yang terlepas journey aku sebelum ni.. meh klik sini.

Okey, kita sambung balik. Masa jumpa doc  bulan 1, 2019 kali ni jumpa kat bahagian O&G pula. Sebelum ni aku under klinik staf HUSM.. Doc Gynae dah start tanya sejarah pasal perkahwinan aku dan journey aku kat klinik staf. Masa ni suami aku tak terlibat lagi dalam kes aku ni. Lama juga jumpa doc sebab doc check overall. mula-mula doc seluk dulu .. (doc perempuan ok, aku request mcm ni). mybe dia nak check dalam rahim kot.. dia tanya bab keputihan. bab dengan suami.. lepas tu Doc start scan melalui ultrasound mula-mula.. 



tapi doc kata tak nampak sangat. Lepas tu, doc buat transvaginal ultrasound dan pap smear. 
pap smear

Pap smear ni sebenarnya dibuat untuk tengok keadaan dalam rahim. ok ke tak ke.. ada kanser ke tak. doc amik sikit sample tisu dalam rahim.. masa doc ambil sample tu tak sakit. masa pasang mulut itik yang mula-mula je yang sakit.. kena banyak relaks.. doc akan ajar untuk relaks.. kalau keraskan badan memang rasa sakit sikit.


transvaginal scan

transvaginal scan ni secara mudah nya kita panggil ultrasound melalui faraj. orang kampung kata scan kot bawah. hehehe.. yang ni jangan risau tak sakit pon. as long as u relax. doc akan letak apa yang patut dulu..so mmg takkan rasa sakit pon.. dapat pulak doc yang lemah lembut mmg tak rasa sakit pon.


ni contoh.. lebih kurang mcm ni la pcos tu

 Doc kata, “nampak macam introvert la rahim awak ni. Ni ada nampak macam 4 telur yang tak menetas lagi ni. Awak ada pcos ni. Nanti saya printkan.”

Lepas tu, doc terangkan yang aku perlu jaga pemakanan dan kawal berat badan sebab aku ni dah obess dah lepas doc buat kira-kira bmi aku.

“ Doc, sebelum ni saya ada makan rigevidon untuk bagi pulih period saya. Boleh tak kali ni saya tak nak ambil rigevidon lagi? sebab saya rancang untuk nak mengandung”.

“ okey , boleh . kalau macam tu, kita stop dulu rigevidon tu. Tapi saya bagi awak ubat untuk kawal pemakanan awk. Metformin. Nanti 02/06 nnti kita jumpa pula tengok macam mna pcos awak ni.. period awak okey ke tak..in case kalau period awak tak datang jugak dalam tempoh 3 bulan ni. Boleh jadi awak pregnant sebab sekarang awak dah nak stop rigevidon kan. Nanti buat UPT dulu. Kalau negatif jugak, saya akan bekalkan awak jugak dengan rigevidon untuk awak makan nnti. Nanti awak ambil siap-siap kat farmasi.”




“ ha, okey doc. Terima kasih ye.”


Balik dari jumpa doc, aku ikut arahan doc. Aku puasa la.. buat senaman dan kerap buat bertangas. Minum air suam banyak. Dah kurang dah minum manis-manis. Coklat manis-manis pon dah tinggal masa ni. Sepanjang dari bulan 1 sampai bulan 3 tu memang aku tak period langsung. Suami aku dah bising-bising dah .. suruh makan regividon tu. Tapi entah lah aku berat hati nak makan ubat tu masa tu.. rasa macam tak de mood nak makan ubat tu lagi. Erm... Aku dah start risau dah.. dan memang aku tak buat test UPT langsung pon. Sebab takut kecewa lagi macam dulu. Minggu seterusnya tu kami dah cadang nak pergi terengganu.. honeymoon la konon-konon.. 


part paling best kat entry seterusnya.. <3

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Alhamdulillah kita dah masuk part ke 2.. selalunya susah sangat nak cari waktu untuk menaip panjang-panjang macam ni sebenarnya. mujur cuti je ni. hehehe..

ni part yang hari tu.. My TTC Journey 1

So, masa bulan 4 tu aku decide nak pergi HUSM untuk check apa yang patut atas saranan suami aku. Sebabnya dah 5 bulan tak period. Aku pon sebenarnya takut jugak nak jumpa doc ni. Sampai kat HUSM, Jumpa je doc. Doc mintak aku buat UPT tapi aku bagitau doc yang aku dah  buat kat rumah. Negatif! Doc still nak tau jugak result dia. Then buat lagi sekali. Bersebelahan dengan aku, dalam bilik doc tu ada doc lain jugak tgh ambil pesakit lain dan kami berdua diarahkan ke makmal ujian air kencing. Dah dapat result tu, dah balik semula kat doc tu. 

Sebenarnya yang lagi sorang tu dy masuk jumpa doc dulu memandangkan dy dapat result mendahului aku. Masa aku jumpa doc balik tu, doc ada bagitau yang pesakit sekali dgn aku tadi tu positif kes tak mai period lama macam aku jugak. Doc mintak result tu dan tgk2 negatif.. Doc tu cakap kat aku, “kalau awak pon positif macam yang sorang lagi tadi.. settle masalah.” Hahaha.. aku senyum je. Doc scan rahim aku guna ultrasound sebab dia takut baby kecil lagi ke pe ke . Dia kata rahim dan tak de tanda-tanda cyst. 

Masa tu doc tanya aku, “ awak memang nak anak ka dalam waktu terdekat ni?”

aku cakap, “ kalau dapat anak, alhamdulillah sebab saya memang teringin nak anak pon.”

“ umur awak berapa? 26 tahun kan?” Doc cuba meneka sambil melihat dokumen aku. Aku mengangguk.

 “ Awak kahwin tahun lepas ye. Baru lagi kes aku ni kalau nak rujuk untuk bahagian O&G..  ada orang yang lagi lama daripada awak. 4 tahun, 5 tahun,,.. erm... macam ni la sekarang kita try baiki period awak dulu. Sebelum ni pernah jadi macam ni tak? Ada tak sampai 5 bulan tak period?”

“ sebelum ni okey, Cuma ada la saya cuba makan jamu.. lepas dari tu terus period tak stabil.”

Doc kata memang ada jamu yang tak sesuai dengan badan kita. Sebab tu lah apa-apa kena dapatkan nasihat doc dulu sebelum consume apa-apa jenis ubat ke pil.

Lepas tu doc suggestkan aku makan rigevidon dan dia ingatkan aku yang ni pil perancang. 

macam ni la ubat rigevidon


Maksudnya mmg takkan ada berlaku persenyawaan dalam rahim kalau aku ambil pil ni. Kalau ada, rezeki dari Allah. Aku faham semua tu. Aku kena  betulkan dulu period aku. Doc test selama 3 bulan dan stop sebulan.. sebab nak tengok period lepas tu kembali macam biasa ke tak.. at the end mmg aku tak period jugak dalam bulan 8, 2018 tu.. then aku check UPT mmg negatif la kan..  maksudnya kalau aku tak makan ubat, memang takkan period la nampaknya.. 

Aku menangis lagi. Entah kali yang keberapa dah aku menangis. Aku nak anak tapi aku sedar yang treatment ni bukan untuk dapatkan anak tapi lebih kepada usaha untuk baiki period aku tu. Suami aku lah yang banyak bagi kata-kata semangat.

Lepas tu, kami jumpa doc balik dalam hujung bulan 9 doc bagi lagi rigevidon semula untuk aku makan dari bulan 10 sampai bulan 12. Means 3 bulan lagi kena makan ubat ni. Disebabkan aku tiada sebarang alahan dengan ubat tu. Ada jugak aku dengar yang makan ubat Yasmin, diane la apa la.. tapi lain-lain orang, lain-lain kesan dia.



Then doc tanya lagi, “ awak memang nak pregnant kan?”

“ ya saya memang nak pregnant. “ Mata aku dah berlinang dah masa ni. Tunggu ayaq mata nak terjun ja. Hihihi..


“ kalau macam tu , saya referkan awak ke O&G untuk fertility treatment. Jap saya check dengan o&g dulu”. Aku hanya mengangguk ja. Doc bagitau appointment bulan 1. Aku redha je lah..

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~