Tuesday, 21 April 2020

Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bagi yang mengikuti ttc journey aku ni memang akan rasa macam," eh kau tu baru je kot kahwin, kami ni dah lama dah ni relax je."

maaf la aku ni jenis yang emotional sikit.. memang apa-apa akan terbawa-bawa sampai mimpi. so, memang kena buat segera kalau aku nak apa-apa.. hehehe.. kalau benda tu boleh diusahakan la.. kalau susah nak dapat aku faham la..tapi Allah kan suruh kita usaha dulu baru tawakal. so, tak salah kan kalau aku try buat apa yang termampu untuk berikan zuriat buat suamiku. apa saja aku sanggup lakukan untuk suamiku kerana Allah.

bagi yang terlepas journey aku sebelum ni.. meh klik sini.

Okey, kita sambung balik. Masa jumpa doc  bulan 1, 2019 kali ni jumpa kat bahagian O&G pula. Sebelum ni aku under klinik staf HUSM.. Doc Gynae dah start tanya sejarah pasal perkahwinan aku dan journey aku kat klinik staf. Masa ni suami aku tak terlibat lagi dalam kes aku ni. Lama juga jumpa doc sebab doc check overall. mula-mula doc seluk dulu .. (doc perempuan ok, aku request mcm ni). mybe dia nak check dalam rahim kot.. dia tanya bab keputihan. bab dengan suami.. lepas tu Doc start scan melalui ultrasound mula-mula.. 



tapi doc kata tak nampak sangat. Lepas tu, doc buat transvaginal ultrasound dan pap smear. 
pap smear

Pap smear ni sebenarnya dibuat untuk tengok keadaan dalam rahim. ok ke tak ke.. ada kanser ke tak. doc amik sikit sample tisu dalam rahim.. masa doc ambil sample tu tak sakit. masa pasang mulut itik yang mula-mula je yang sakit.. kena banyak relaks.. doc akan ajar untuk relaks.. kalau keraskan badan memang rasa sakit sikit.


transvaginal scan

transvaginal scan ni secara mudah nya kita panggil ultrasound melalui faraj. orang kampung kata scan kot bawah. hehehe.. yang ni jangan risau tak sakit pon. as long as u relax. doc akan letak apa yang patut dulu..so mmg takkan rasa sakit pon.. dapat pulak doc yang lemah lembut mmg tak rasa sakit pon.


ni contoh.. lebih kurang mcm ni la pcos tu

 Doc kata, “nampak macam introvert la rahim awak ni. Ni ada nampak macam 4 telur yang tak menetas lagi ni. Awak ada pcos ni. Nanti saya printkan.”

Lepas tu, doc terangkan yang aku perlu jaga pemakanan dan kawal berat badan sebab aku ni dah obess dah lepas doc buat kira-kira bmi aku.

“ Doc, sebelum ni saya ada makan rigevidon untuk bagi pulih period saya. Boleh tak kali ni saya tak nak ambil rigevidon lagi? sebab saya rancang untuk nak mengandung”.

“ okey , boleh . kalau macam tu, kita stop dulu rigevidon tu. Tapi saya bagi awak ubat untuk kawal pemakanan awk. Metformin. Nanti 02/06 nnti kita jumpa pula tengok macam mna pcos awak ni.. period awak okey ke tak..in case kalau period awak tak datang jugak dalam tempoh 3 bulan ni. Boleh jadi awak pregnant sebab sekarang awak dah nak stop rigevidon kan. Nanti buat UPT dulu. Kalau negatif jugak, saya akan bekalkan awak jugak dengan rigevidon untuk awak makan nnti. Nanti awak ambil siap-siap kat farmasi.”




“ ha, okey doc. Terima kasih ye.”


Balik dari jumpa doc, aku ikut arahan doc. Aku puasa la.. buat senaman dan kerap buat bertangas. Minum air suam banyak. Dah kurang dah minum manis-manis. Coklat manis-manis pon dah tinggal masa ni. Sepanjang dari bulan 1 sampai bulan 3 tu memang aku tak period langsung. Suami aku dah bising-bising dah .. suruh makan regividon tu. Tapi entah lah aku berat hati nak makan ubat tu masa tu.. rasa macam tak de mood nak makan ubat tu lagi. Erm... Aku dah start risau dah.. dan memang aku tak buat test UPT langsung pon. Sebab takut kecewa lagi macam dulu. Minggu seterusnya tu kami dah cadang nak pergi terengganu.. honeymoon la konon-konon.. 


part paling best kat entry seterusnya.. <3

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: