Wednesday 28 October 2015

Tips memilih dan memakai minyak wangi atau perfume

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini nak kongsi sikit pasal perfume or minyak wangi yang kita wanita memang sangat suka pakai bila nak keluar jalan-jalan.
Minyak wangi mempunyai tiga komponen asas: air,alkohol dan minyak. Minyak adalah unsur-unsur yang memberikan bau.Air dan alkohol pula akan mengewap dan perlahan-lahan melepaskan aroma dari minyak . Sekarang untuk sebahagian anatomi, terdapat bahagian pada badan anda yang menghasilkan haba badan yang tinggi dan bahagian ini yang akan membantu dalam proses sejatan air dan alkohol.
Oleh itu anda perlu memakai minyak wangi di bahagian badan yang menghasilkan haba yang tinggi.Kawasan-kawasan ini adalah di belakang telinga,belakang dan sisi leher,bahagian dalam pergelangan tangan dan bahagian dalam siku anda.
Cara lain adalah sapukan losen ke atas kawasan-kawasan ini sebelum anda menggunakan minyak wangi. Losyen harus unscented atau mempunyai aroma yang sama dengan minyak wangi anda. Tunggu beberapa minit untuk losyen kering dan kemudian gunakan minyak wangi yang sesuai. Teknik ini akan membantu badan anda menyerap minyak dari minyak wangi dan membuat aroma tahan berjam-jam.
Anda juga boleh meletakan beberapa titis minyak wangi pada rambut anda apabila ia basah. Rambut anda akan menyerap bauan dan ianya tidak akan merosakan rambut anda.
Jika anda ingin minyak wangi anda bertahan lebih lama lagi, letakan minyak wangi ke pakaian anda.Teknik
ini lebih sesuai untuk kain semula jadi seperti kapas dan sutera.
Gunakan satu minyak wangi untuk setiap pakaian,jangan campur dengan minyak wangi lain dan gunakan dalam dos yang munasabah.
Akhir sekali, menukar minyak wangi anda mengikut musim.
Pilihlah aroma yang sesuai mengikut personaliti anda.

Cara salah pakai minyak wangi.
1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah selapas mandi.
2. Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama
3. Pakai di tempat yang salah

4. Pakai dari atas ke bawah
Selalunya kita pakai perfume mula dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut.

5. Pakai perfume di baju
Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju.

6. Menggosok perfume selepas pakai
Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.

7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan
Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.

8. Jangan Letakkan perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk
Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

Cara pakai dengan betul
1. Guna satu perfume pada satu masa
2. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, oleskan perfume atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.
3. Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.

 Ada 7 point utk mengekalkan keharuman perfume iaitu:
1. belakang telinga
2. nadi pada sendi tangan
3. siku
4. ruang bawah dada @ lurah dada
5. celah paha
6. belakang lutut
7. pergelangan kaki

Tips extra
1. Sesiapa yang suka bertukar perfume dinasihatkan berhati-hati apabila memakai perfume di pakaian. Kesan perfume yang tertinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian perfume baru. Pakaian juga mungkin boleh rosak disebabkan oleh perfume tersebut.
2. Bagi mereka yang tidak serasi atau sensitif terhadap perfume, cuba gunakan bau yang lebih ringan.
3. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan perfume dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan. 

Jenis perfume ada beberapa kategori ye :
1) PARFUM = 16% - 30%
Merupakan minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal. Biasanya wangiannya boleh bertahan sehingga 6 - 8 jam bergantung kepada jenis kulit. Jenis ini jarang berada dikedai-kedai biasa. Biasanya dijual dikedai yang menjual perfume yang berjenama tinggi dan harganya berlipat kali ganda mahal berbanding perfume biasa. namun kualitinya amat diyakini.

2) Eau De Parfum (EDP)
EDP ini adalah kurang kepekatan berbanding PARFUM asli dan harganya kurang mahal. Ia mengandungi purata 8% - 16% daripada pati wangian sebenar. Wangiannya tahan sehingga 3 - 5 jam.

3) Eau De Toilette (EDT) 
Minyak wangi ini yang paling lazim dan murah . Di jual dikedai-kedai biasa. Hanya mengandungi  3% - 8 % daripada pati wangian. Wangian ini bertahan sehingga 2 - 4 jam.

4) Eau De Cologne (EDC) 
Minyak wanggi jenis ini paling lemah baunya dan biasanya dipasarkan kepada lelaki. Hal ini kerana kebanyakan minyak wangi jenis ini berbotol kecil dan mudah diletakkan dalam poket untuk kegunaan kerap. Wangian ini merupakan wangian termurah dan mudah didapati. Wangian ini hanya bertahan sehingga 2 jam sahaja.

ehsan en. google

Pesanan akhir dari saya

Belilah perfume yang biar kita beli tu mahal untuk sekali sahaja tetapi penggunaannya hasil seperti kita sembur 10 kali walaupun pada pemakaian yang pertama dan sedikit. supaya perfume tu tahan lama.

terlupa pulak, kalau pakai pelembut fabric seperti downy , diingatkan , jangan guna beserta perfume kerana baunya akan menjadi teruk atau tidak menyenangkan orang lain disekeliling anda. maksudnya di sini, kalau nak pakai pelembut fabric jangan guna perfume, kalau nak pakai perfume jangan guna pelembut fabric, okey ye syg2 ku..

tengok pulak, nak beli perfume ini :-

1) kalau jenis suka bau yang lembut, ambil yang bau rose sikit atau bau ala-ala lavender sikit.

2) kalau jenis suka sporty, pilih bau yang seakan citrus atau woody supaya bau badan tidak terlalu menyengat.

3) kalau jenis yang suka sederhana, pilih bauan seperti autumn aroma atau maksudnya bau macam aromatherapy sikit tu.

jadi, pilih lah yang bersesuaian.

sekian, terima kasih.. :)

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday 22 October 2015

jom belajar tajwid (BHG 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

kali ini saya akan sambung entry terdahulu iaitu

http://solehahkahaku.blogspot.my/2014/12/jom-belajar-tajwid-bhg-2.html

Alif Lam Makrifah

Alif Lam Makrifah ini ada dua jenis iaitu 

  1. Alif Lam Qamariah

    * Terdapat tanda sukun (mati) di atas huruf Lam =  ﺍﻝ = الْ
    * Dibaca dengan sebutan yang jelas ' al '
    * Huruf Alif Lam Qamariah ada 14 huruf iaitu  
     ﻑ , ﻕ , ﻙ , ﻡ , ﻭ , ﻩ , ﻱ , ﺀ , ﺏ , ﺝ , ﺡ ,ﺥ , ﻉ , ﻍ

    * contoh pada gambar yang berwarna PINK


  2. Alif Lam Syamsiah

    * Terdapat tanda syaddah ( sabdu ) di atas huruf selepas  ال  = الّ
    * Bila dibaca, huruf ال tidak disebut atau seolah-olah tidak wujud , sebaliknya terus disambungkan dengan huruf selepasnya.
    * Huruf Alif Lam Syamsiah ini ada 14 juga iaitu
     ت , ث , د , ذ , ر , ز , س , ش , ص , ض , ط , ظ , ل  , ن

    * Contoh pada gambar berwarna PURPLE.





~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday 15 October 2015

Kisah hati

Pada malam ni sya terdetik nak ceritakan ttg seorang sahabat sya yg sya perlu rahsiakan nama nya bagi menjaga aibnya.

Saya akan membuat pengakuan disini..

Memang.. memang mata saya tak sempurna.. daripada kecil saya sering diherdik dan dihina kerana mata saya.. saya ingtkn perkara itu hnya berhenti di sek rendah saja.. sebaliknya sehinggalah saya berada di sek men. Org semua mngata sya.. sapa yg tak terasa.. sya bukan mintak dilahirkan begini.. sebab tulah sya bersyukur sgt bila ada org yang mampu menerima kekurangan sya terutamanya tunang dan seluruh keluarganya..

Edit maaf~~

dulu mak pernah cakap, aku ni dah tolak 2 kali pinangan org dah...last skali ni tunang aku aku trima.. mak kata jaga hubungan baik2.. mak takut aku jadi andartu sebab tak dak org dah mau kat aku.. aku faham maksud mak .. mungkin mak memikirkan keadaan mata aku yg tak sempurna akan menyebabkan org lain dah tak nak masuk meminang.. aku faham tu..

Tapi sebenarnya kalau betul tak dak jodoh aku dgn mana2 lelaki, kalau kita jaga hubungan macam mana pun hubungan tu tetap tak kan kekal.. aku yakin dengan kuasa Allah.. aku pun bukan sempurna sgt, jadi kalau tunang aku nak cari perempuan yang lebih sempurna, mestilah layak untuk dia.. aku sedar mesti dia pun malu dengan mata aku yg tak sempurna ni..

~~~

suatu hari,  shbt sy brtnya sya bnda yg sma sudah tntu sya kecil hati kemudian sy mncritakan bagaimana sya mndoakan salah sorg drp hamba Allah yg pernah mengata saya supaya ank dy jadi mcm sya.. msa tu sya tgh marah.. doa tu terus meluncur laju. Tak sangka Allah menunaikan doa saya..

Apabila shabat sya tadi dgr sya cakap mcm tu , terus dy menangis terisak2.. sumpah , bukan niat sya buat dy nangis.. sya cuma critakan benda betul.. tapi perkara yang sya paling bangga dengan sahabat sya ni.. bila saya tanya dia kenapa dia menangis mcm ni?.. dia cakap " tak boleh2.. aku tak boleh crita keburukan mak aku.. mak aku dah banyak berjasa dengan aku.. "

Masa tu air mata sy menitis.. dengar dia cakap macam tu.. masa tu sy terpikir.. " Ya Allah mulianya hati dia.. kau lindungilah aibnya ya Allah.. "... Aku bangga dgn dia wanita yg dia panggil mak tu bukan mak kandung dia tapi dia sentiasa hormat dgn mak dia.. Ya Allah.. satu petunjuk untuk sy ..Terima kasih ya Allah, Kau hadirkan sahabat utk menegur segala kesilapan sy kat mak sy..

Pengajaran yang kita bleh ambil kat sini...

#jangan pernah tegur kekurangan orang lain
#kalau ditakdirkan jodoh kita dengan si buta sekali pon.. terima dengan redha bukan dengan cacian.
#hormat orang yg lebih tua daripada kita terutama ibubapa..
#jangan pernah selesa dengan kedudukan kita sekarang.. Allah nak tarik satu2 nikmat tu sekejap ja..

Maaf ye sahabat.. aku nak kongsi rasa hati sahaja.. tak dak niat lain.. mmg ni yg aku rasa..

Aku sayang ang sebagai seorang sahabat kerana Allah..

Tanpa ang sedar, ang dah bnyak bantu aku untuk berubah.. perwatakan ang yang baik.. menyebabkan aku nak jadi macam ang.. terima kasih sahabat..

Semoga Allah mempercepatkan ang utk dpat jodoh mcm yg ang nak tu.. amiin..

Jangan marah na.. nnty cepat tua.. hehehehe..

Wednesday 14 October 2015

GIVE AWAY NURFUZIE DOT COM #1 BERNILAI RM1000

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Give Away yang ditunggu tunggu oleh cik en dan sponsar sponsar cik en akan bermula pada 1/10/2015 sehingga 30/10/2015
Hadiah bernilai lebih dari RM 1000 boleh dimenangi dengan penyertaan 18 sponsar untuk 28 orang peserta yang bertuah. Mungkin anda salah seorangnnya. Jadi apa tunggu lagi, mari mencuba dengan join Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 ini dengan syarat yang sangat mudah.
Kalau sertai Insyallah rezeki itu ada, Kalau tidak sertai sudah tentu rezekinya tiada
Ini syarat yang perlu untuk menjadikan rezeki itu jadi kenyataan


1. Buat satu entry bertajuk " Giveaway Nurfuzie Dot Com #1"

2. Follow  dan like semua sponsar dibawah ini  dan copy html dan paste di HTML entri korang :

Follow Blog
Nurfuzie , Julia Jamaludin , Lisa Hlovate , Along , MrsYatie , KhalidKyle , Shad , Nona , Farah , Athirah Diyana , Ejulz , Addin , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Emy Amelia , Irrayyan , Sporting Mummy , SayidahNapisah

Follow Instagram
Nurfuzie , Lisa Hlovate , Along , Shad , KhalidKyle , Athirah Diyana , Ejulz , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Nona , Emy Amelia , Marsha farprettybylh

Follow Twitter


Follow Google+


Masukkan Dalam Bloglist
Farah , MrsYatie , Addin , Irrayyan , SayidahNapisah

Fanpage

Nurfuzie.com
Along Maisuri
Shad
Ejulz
Farprettybylh
Kawaidesu Concept
Sayidah Napisah
Emy Amelia
Carehappytips
Jeragat LESS? Seronok
Follow
Cahaya Farah
Irrayan

3. Publish dan letakkan link entri tersebut di komen entri  Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 sahaja

Tarikh Give away ini bermula 1/10/2015 sehingga 30/10/2015.





~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Apa itu Give Away dan Contest dalam kehidupan Blogger?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hai blogger baru...

Entry ini saya sengaja tulis bagi memperkenalkan kepada penulis blog baru tentang kehidupan sebagai blogger..

Give Away ni merupakan salah satu jenis contest yang gemar dilakukan dalam kalangan blogger yang bermurah hati untuk memberikan hadiah atau sumbangan tertentu kepada orang lain dengan kata lain lebih kurang macam bersedekah la,, tapi dalam bentuk yang peraduan..

Kenapa pentingnya give away ni bagi blogger?

Sebenarnya give away ini adalah sebagai satu cara untuk meningkatkan jumlah pengunjung dalam sesebuah blog tersebut.  jadi, tidak hairanlah ramai yang ingin jadi sponsor untuk give away tertentu. saya sendiri pernah menjadi sponsor dan membuat give away sebelum ini. ternyata mampu meningkatkan ramai kenalan baru..

Bagaimana nak jadi sponsor give away?

macam ni, biasanya blogger tertentu yang akan buat give away tersebut akan buat announcement tentang pencarian sponsor. Biasanya seminggu atau dua minggu sebelum give away itu dilancarkan. tetapi bagi blogger yang terkenal biasanya akan mengambil masa sebulan lebih awal daripada tarikh untuk give away itu dilancarkan kerana mungkin akan melibatkan lebih ramai sponsor. jadi memerlukan penyelenggaraan awal la..

Dimanakah announcement untuk sponsor itu dibuat?

blogger tersebut akan membuat entry baru untuk mencari sponsor... sebagai contoh, http://izyanstory.blogspot.my/2012/12/pencarian-sponsor-untuk-giveaway.html .  Ada juga blogger yang update kat page facebook mereka.. kalau dah dapat jumpa tu, boleh lah contact mereka kerana biasanya mereka akan bagi nom telefon atau link facebook messenger atau email mereka.

Apa yang boleh disponsorkan?

bergantung kepada kemampuan anda. biasanya  yang berkaitan dengan entry atau pemilik blog tersebut akan maklumkan apa yang diperlukan. kebiasaanya antara barang yang sesuai untuk di sponsor kan adalah topup, perfume, dress, shawl dan lain-lain. biasanya tiada syarat untuk barang yang nak disponsorkan.

Selesai bab Sponsor~~~

Bagaimana pula cara untuk menyertai Give Away ini?

Perlu diingatkan sponsor biasanya tidak boleh terlibat dalam sesuatu give away yang di sponsornya namun  begitu dia hanya boleh mempromosikan give away tersebut.  Tetapi syarat ini bergantung kepada pihak penganjur tersebut.

Untuk menyertai sesuatu give away , first sekali kita kena fahamkan cara-cara untuk update entry berkenaan give away tersebut dalam blog kita . biasanya  penganjur akan beritahu melalui syarat-syarat yang dinyatakan dalm give away tersebut. kalau ikut semua syarat-syarat dia tu kira ok la... dah siap dah la..

tapi perlu diingat dan diperhatikan , kadang-kadang ada pihak penganjur yang nak memudahkan peserta dengan memberikan give away dalam bentuk HTML ,.. kalau dalam bentuk ni, anda hanya perlu copy paste dan letakkan dibahagian HTML jugak masa nak buat entry baru tu. mudah bukan. tapi still kena ikut syarat-syarat dia ye.

Apa perkara paling penting semasa menyertai sesuatu give away tertentu?

1) pastikan tajuk entry yang ditulis oleh kita sama dengan pihak penganjur mengikut syarat-syarat.
2) pastikan semua syarat dipatuhi terutama dalam meng 'ADD ' facebook dan mem ' FOLLOW ' blog dan twitter semua ahli sponsor tersebut.
3) dah siap semua tu, mesti bagi feedback kat pihak penganjur dengan komen kat entry give away dia tu..
4) tunggu anda berjaya ke tak... dan perlu diingatkan, bukan tunggu sahaja ye.. biasanya pihak penganjur takkan telefon kita kalau kita menang , kita yang kena alert bab ni. selalu check kat blog penganjur. ni contoh entry yang penganjur akan buat.. http://www.sayaiday.com/2015/08/pengumuman-15-pemenang-giveaway.html

ini saja laporan saya pada hari ini.. semoga info diatas berguna untuk blogger baru. terima kasih ye.. sayang semua lalink saya ni..

nanti kalau saya rajin saya bagi contoh give away kat entry baru ye.. :)

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~