Monday 11 March 2024

Ramadhan tiba.. 🥰🥰

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ahlan ya ramadhan...




Semoga di bulan penuh berkah ini, segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Ada 3 doa yang diamalkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib (كرم الله وجهه) menjelang Ramadan :

Ya Allah, berikanlah kepadaku kesihatan dalam tubuh badan ini daripada sebarang penyakit. Aameen.

Ya Allah, berikan kepadaku kelapangan daripada kesibukan. Aameen.

Ya Allah, berikanlah bagiku cukup dengan sedikitnya tidur. Aameen.

Ramadan adalah waktu untuk bersyukur atas semua karunia yang Allah SWT berikan kepada kita.

Belajar untuk memohon maaf atas segala kesilapan diri dari orang lain dan belajar jugak untuk maafkan kesalahan orang lain terhadap kita ...

Untuk dewasa perlukan pengorbanan dan kematangan.. belajar lah untuk jadi lebih dewasa .. kerana kedewasaanlah yang membuatkan kita mampu untuk menghadapi segala ujian dan cabaran..

Belajarlah buat sesuatu untuk mengejar pahala dan syurga Allah.. buat meraih perhatian dan pandangan dari manusia..

Kita yang menentukan siapa diri kita... Kalau kita tak berubah siapa lagi akan bantu diri kita..

Jadi, ambillah peluang dan kesempatan bulan ramadhan yg bakal tiba dalam tempoh 24 jam lagi ni untuk kita baiki diri dan jadi lebih baik.. 

3 golongan yg didoakan celaka oleh Malaikat Jibril A.S dan diaminkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w iaitu....


Semoga kita masuk dalam bulan ramadhan untuk mencari keimanan dan keluar dari bulan ramadhan dengan penuh penghayatan dan keinsafan.. aamiin ya rabbal ala min..

Semoga bukan kita lah yg menjadi antara orang yang celaka itu.. mintak dijauhkan oleh Allah s.w.t..

Semoga bulan penuh berkah ini membawa kebahagiaan, keselamatan, dan kemakmuran bagi kita semua.



Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah.

Terima kasih semua kerana sudi blogwalking kat sini..

Semoga Allah menerima semua amal kita dan menganjarkan pahala kepada kita.. aamiin..

Jumpa lagi di next entry..

Papai..

Love u olllzzz..


Sunday 10 March 2024

Tudung Bawal Kristal Terbaik 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak tunjuk kat hampa tudung bawal yang cantik gilaaaaa... 

Tudung Bawal 99% Copy "S" Crystal Jenama Austria ORI VENUS Kristal SOPHIA DELUXE QUEEN Tudung Premium Cotton Voile 45inch...






asalnya aku nak cari tudung yang sesuai untuk pakai time raya nanti.. 

cari punya cari...

aku jumpa tudung bawal ni.. actually aku dah beli banyak kali dah dari seller yang sama..

sangat recommended..

batu tak mudah tanggal ( janji basuh dengan betul.. jangan masuk mesin basuh pulak.. kena basuh manja-manja ja)..

berkilau-kilauan,..memang sangat puas hati..

Tudung Full Keliling Diamond Manik Tabur [ Premium Datin Mutiara ] 







Premium Bawal Penuh Keliling Batu 






  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~


VENUS ORI Hot Design SOPHIA CLASSY PERMATA 



Tudung Full Keliling Diamond Manik Tabur [ Premium Datin ZAMIRA ]





Tudung Full Keliling Diamond Manik Tabur [ Premium Datin HAYATI ]



Crystal VENUS ORI SOPHIA CLASSY 3V 



SOPHIA CLASSY IV 




Bawal Kristal SOPHIA tabur bawal cotton voile 




VENUS ORI Penuh Tabur Bawal Cotton Voile SOPHIA BUNGA KENANGAN 



SOPHIA DELUXE ALLAMANDA



Sophia CLASSY TERATAI




LUXURIOUS TAPAK DARA




SOPHIA DELUXE GALAXY




 Crystal ORI VENUS Kristal SOPHIA DELUXE AMBATIK 


kalau ada yang berminat tapi tak boleh tekan link kat atas tu.. boleh whatsapp ye.. https://www.wasap.my/60125705495 .. code : tudung bawal kristal.. whatsapp only ye.. tak boleh call..

terima kasih ye kerana sudi berblogwalking kat sini..

semoga Allah memurahkan rezeki kita semua dan memasukkan kita semua ke dalam syurgaNya.. aamiin ya rabbal ala min..

papai semua..

jumpa lagi next entry ye..

Hotel dan spa kucing terbaik di kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

kali ni aku nak kongsi kan pengalaman bawak kucing ke spa kucing..

aku bawak kucing aku ke satu spa kucing kat area kota bharu.. 

nama spa kucing tu, De Luna Cat Hotel & Spa (facebook) dan yang ni pulak tiktok depa , De Luna Cat Hotel & Spa ..

aku sangat puas hati dengan servis yang depa buat.. memang terbaik.. harga pon sangat berpatutan.. golongan marhain pon boleh cuba try bagi kucing hampa menginap kat sini..













kat sini, bilik depa bagi kat kucing kita tu siap ada aircond lagi.. lepas tu, air yang depa bagi kat kucing kita air yang dah filter.. memang terbaik..




tempat kucing pon bersih ja.. owner depa sangat baik dan lemah lembut ja orang nya.. 

terima kasih puan jaga kucing saya dengan baik.. sangat puas hati..

dah la siap tak caj lagi ubat yang diberikan masa sesi grooming kucing aku..

semoga Allah murahkan lagi rezeki owner dan kedai spa nya.. aamiin ya rabbal ala min..

bawah ni gambar kucing aku.. owner yang bagi gambar.. 




ni yang aku ambik pakej vip

comey pulak gambar ni


serius wey, bersih gila kucing aku.. wangi kot bila peluk.. 

serius recommended.... hampa memang kena try .. servis kat sini memang superb...

okey, setakat ni dulu entry kali ni.. 

jumpa lagi ye next entry..

papai semua..

tq sudi blogwalking kat sini.. 

sayang semua...


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday 4 March 2024

Klinik Haiwan Kubang Kerian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 


hari ni aku saja la  nak share tentang klinik haiwan kubang kerian.. memang bagus klinik ni.. dulu masa aku pi klinik ni satu store je.. sekarang dah besar dah.. 




doktor pon baik-baik..

biasa kalau kita bawa ke klinik, doktor akan bagitau apa sakit kucing kita.. 

apa perlu kita buat,.. kena vaccine ke tak..

memang dia akan terangkan satu-satu..

jenis penyakit dan cara rawatan..

alhamdulillah aku tak dak masalah dengan servis klinik ni.. 

aku memang rekomen hampa..

aku pernah cerita dalam entry aku beberapa tahun yang lepas.. nah.. boleh bukak kat sini ye...

kalau hampa ada kucing, hampa boleh la bawak check up kucing kat klinik haiwan kubang kerian ni.. memang friendly.. ruang menunggu pon lebih selesa dan besar.. 

sumber dari fb klinik sendiri



sumber dari fb klinik sendiri




ni antara servis yang depa buat


Alhamdulillah kucing aku sakit biasa-biasa bawak pi jumpa doktor .. in sha Allah lega.. tapi tu lah.. ada seekor anak kucing aku kena parvo sebelum ni.. memang doktor ada bagitau susah nak selamatkan.. 

jadi masa tu kami jaga ikut arahan doktor saja.. susah jugak ye nak jaga parvo ni tapi alhamdulillah Allah permudahkan semua nya.. tapi itu la, dalam kami jaga sebaik mungkin.. akhirnya Allah lebih menyayanginya.. 

kami redha atas ketentuanNya.. 

tapi sepanjang rawatan , memang doktor klinik ni la yang banyak membantu.. 




  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday 3 March 2024

Kucing kesayanganku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang kucing-kucing kesayangan ku.. 

sebenarnya agak berat untuk buat keputusan ni.. tapi untuk bagi semua orang puas hati dan kucing kesayangan ku pon dijaga dengan penuh kasih sayang.. aku terpaksa serahkan kucingku kepada keluarga angkat mereka.. harap mereka akan dijaga dengan penuh kasih sayang.. dan tuan baru mereka mencintai mereka seperti mana aku mencintai mereka..

aku mula dari awal la.. supaya senang sikit nak faham kan...

awalnya aku teringin sangat nak bela kucing tapi ditentang oleh suamiku..

sebab aku rasa sunyi .. hanya kami berdua saja ada kat rumah.. masa tu baru berkahwin.. pujuk punya pujuk suamiku... last-last suami aku bagi jugak bela kucing.. alhamdulillah.. masa tu kami pun start cari kat facebook.. advertisement tentang kucing.. jumpa la beberapa owner kucing.. mula-mula dapat owner untuk kucing hitam tapi memandangkan aku ni penakut dengan kucing hitam (hitam seluruh badan).. ada sejarah sikit.. jadi kami tak jadi ambil kucing tu.. teruskan pencarian lagi.. tak jumpa jugak yang berkenan dihati.. last-last  kami jumpa seekor kucing jantan,.. comel sangat.. kami pun bawa balik ke rumah...

nilah kucing yang kami bawak balik tu..
kucing kampung ja... 
tapi manja yang amat..
kami panggil ciko..







ni masa hari mula-mula kami jaga dia

kami bawak ciko pergi ke klinik haiwan untuk vaksin dan cuci badan semua.. kami bawak ke Klinik Haiwan Kubang Kerian.. nanti aku cerita pasal klinik tu.. bleh baca sini ye..









lepas tu kami kesian kat dia.. kami pon cari lagi seekor kucing betina.. jumpa depan mydin kubang kerian.. sebenarnya banyak hari dah aku dok bagi makan kat dia tepi kaki lima kedai.. tapi lama-lama dia macam dah kenal dan manja dengan aku..

so, aku pujuk pulak suamiku untuk ambil lagi seekor kucing betina untuk bela kat rumah sebagai kawan kepada Ciko..  

kami panggil nama dia ciki..

masa bawak balik ni, hairan lah kenapa ciko tak mau dengan ciki ni.. lepas tu lama-lama tengok  perut ciki makin besar.. rupanya ciki ni pregnant masa kami bawak balik.. patutlah ciko tak mau kat dia,.. masa ciki bersalin.. anak-anak dia nampak macam pramatang ja.. tak lama lepas tu.. kira lepas beberapa jam ja ciki ni bersalin.. dia makan anak-anak dia.. seekor demi seekor... bukannya kami tak bagi makan.. kami bagi makan sedia.. tapi suami kata ciki ni dia dah tau anak dia tak sihat.. sebab tu dia makan anak-anak dia..semua mati.. tak de satu pon tinggal.. 

tak lama lepas tu tengok ciko dah mula rapat dengan ciki.. asyik menyerendeh (mengempeng) je dengan ciki.. lepas je beberapa minggu bersalin tu la.. ciko dah mula terima kehadiran ciki dalam rumah kami.. ciki pulak jenis melayan je.. jenis mudah manja jugak.. 

start rapat la dua ekor tu.. lepas tu ciki bersalin anak ciko .. 

ni la anak depa..
Tam (jantan), Lico (betina) dan Jun (betina)..

kenapa nama Tam? sebab warna dia hitam yang dominan..
kenapa nama Lico?  sebab dia ada 3 warna macam mak dia.. 
kenapa nama Jun (Junior)? sebab warna dia ikut sebijik macam bapak dia (Ciko)..

sebaik saja Ciki lepas bersalin.. dia dah start pandai jaga anak dia.. bagi susu yang cukup dan anak-anak dia semua manja dengan dia.. dia memang ibu yang baik dan bertanggungjawab..

tapi elok anak dia besar sikit, dia terkena penyakit apa tak tahu.. mata berair dan bernanah.. ciki ni dia ada satu tabiat.. suka lari dari rumah.. jadi.. masa dia terkena penyakit tu, kami tak sempat bawa jumpa doktor.. dia dah lari dari rumah.. dan tak balik-balik.. 

lepas tu, kami jaga lah ciko dan anak-anak dia..

ni Jun dan Lico..

tam ni memang jenis lasak dari kecil ye..



sampailah besar kami jaga.. disebabkan kami tak kasi lagi ciko.. jadi ciko telah memperkosa anak dia sendiri iaitu jun.. maybe dia terlalu rindu kat ciki kot.. sampai bedal je anak sendiri.. ermmm... kami pon tak de pulak cari pengganti ciki sebab ingat ciki akan balik rumah balik.. tapi sampai anak ciki dah besar pon dia still tak balik.. aku assume mata dia dah tak boleh nampak.. jadi dia tak tahu jalan balik ke rumah..

berbalik kepada kes sumbang mahram ciko tadi..

anak ciko (Jun) telah mengandungkan anak kepada ciko sendiri.. what ?????

dah bunting-bunting dah.. jadi kami pon jaga la Jun yang pregnant tu sampai dia bersalin.. bila dia bersalin ada 3 ekor anak kucing kecil..warna putih 2 ekor.. warna macam ciko seekor.. gambar aku tak tangkap sebab depa hidup sekejap sangat.. tak sampai sebulan.. 

alkisahnya macam ni..

lepas je Jun bersalin.. Jun buat tak tahu ja kat anak dia.. menyusu pon tak.. anak dia asyik menangis ja.. maybe sebab Jun ni masih remaja tapi dah kena jaga anak.. jadi dia rasa macam zaman remaja dia terbatas.. kira macam tak habis explore lagi hidup.. hahaha.. kesian kat Jun kena rogol dengan bapak sendiri.. 

disebabkan Jun ni tak jaga sangat anak dia.. kami pon bagi susu dan air kosong dalam mangkuk.. suami aku cuba bagi wetfood pada waktu pagi sebelum kami berdua keluar pergi kerja.. sebab kesian takut depa lapar kami balik lambat lagi..

bila kami balik kerja.. kami tengok-tengok ada 2 ekor anak Jun dah mati keras berhampiran dengan wetfood.. berdasarkan badan mereka , nampak macam dah lama mati.. kesian kat depa.. kami pon angkat dan bawak pergi tanam depan rumah.. tinggal seekor ja masih survive time tu.. kami pon dah belajar dari kesilapan.. kami pon tak bagi dah wetfood.. 

Kami jaga yang seekor lagi tu sampai setahun lebih.. tup-tup kucing tu kena penyakit parvo (dr haiwan bagitau).. jaga dalam masa 2 minggu jugak.. lepas tu kucing tu ( anak sumbang mahram ciko) mati.. kami tanam depan rumah jugak.. kiranya semua anak Jun mati.. innalillahi wainna illaihi rajiun.. mintak semua kirimkan Al-Fatihah untuk semua arwah kucing aku.. 

tapi yang peliknya.. selepas je Jun bersalin.. Ciko pulak melarikan diri.. sebenarnya banyak kali dah ciko buat onar nak lari dari rumah.. pernah dia lari dari rumah selama 3 hari.. tapi dia balik jugak rumah.. pernah jugak sebelumnya dia lari dari rumah.. lepas seminggu baru balik.. 

panggil punya panggil nama ciko depan rumah tak muncul-muncul.. lepas tu suami aku cakap.. biarkan je la.. nanti dia balik la tu.. jadi aku pon sedapkan hati.. maybe nanti dia akan balik kot..think positif.. tapi sampai ke sudah tak balik.. .pernah jugak kami cari sekitar taman.. tapi still tak jumpa jugak.. jadi aku redha ja la. nak buat macam mana.. aku syak yang ciko kena curi dah... sebab tak nampak langsung kelibat dia kat taman tu..

okey, kembali kepada kes Jun tadi.. disebabkan aku belum bersedia nak terima lebih banyak kucing atas faktor persekitaran dan kemampuan kami, jadi, kami suami isteri dah sepakat untuk kasi kan Jun , Lico dan Tam...

kisah-kisah mereka dikasikan.. aku akan cerita dalam entry lain ye.. takut jadi panjang pulak ..

okey, kami juga dah belikan tempat tinggal yang selesa untuk mereka bertiga..





aku dan suamiku beli sangkar ni pada akhir pkp fasa ke 3 haritu.. untuk nak elakkan depa bertiga kena virus parvo dari anak Jun tu,.. dr yang nasihat untuk asingkan.. jadi kami asingkan kesemuanya.. alhamdulillah mujur yang lain tak kena.. lega sangat..

sepanjang jaga mereka, mereka jarang jatuh sakit.. mudah sangat jaga.. alhamdulillah..aku amat sayangkan mereka bertiga ni..

tapi tahun ni aku terpaksa buat satu keputusan yang amat berat dengan melepaskan mereka bertiga dibawah jagaan mak angkat depa yang baru.. 

banyak faktor sebenarnya yang terpaksa aku lepaskan mereka ..

faktor dalaman dan faktor luaran..

sebab tu lah orang cakap.. kalau nak buat apa-apa yang kita suka ni, memang kena dapatkan sokongan dari orang sekeliling.. kalau tak kita yang stress bila orang lain tak setuju dengan kehendak kita..\

lagi pulak, kami bakal berpindah ke rumah baharu.. 

aku pun membuat pengumuman di beberapa ruangan kumpulan (group) facebook..

aku mendapat sokongan yang baik.. ramai insan yang baik yang sudi nak jagakan anak kucing aku ni..

alhamdulillah.. Allah mempermudah segala urusan ku..

kucing-kucingku dah bertuan.. alhamdulillah syukur pada Allah..

semoga tuan-tuan baru kucingku mampu menjaga dan menyayangi kucing-kucingku sebagaimana aku mengasihi dan menyayangi mereka..aamiiin..

sebelum aku hantar kucing-kucing ku ke owner baru mereka, aku bawa mereka ke spa yang terbaik di kota bharu.. spa haiwan ni namanya De Luna Cat Hotel & Spa ,, untuk cerita pasal spa ni.. nanti aku cerita dalam next entry ye.. dah update dh..

Dah siap semuanya, aku pon hantar kucingku ke owner baru mereka .. hari yang sama lepas je ambil dari spa.. alhamdulillah semua ok.. aku dapat tengok owner baru kucing ku amat baik orangnya.. aku rasa lega sangat.. terima kasih sudi terima kucing saya.. semoga Allah saja yang dapat  balas jasa baik kedua-dua owner tu.. 

nak tengok kucing aku untuk kali terakhir.. setelah hampir 6 tahun aku jaga depa..

Jun


Lico

Tam..
tam ni tak tahu lah berat dia berapa kilo.. hahaha..




gemuk kedempon kan.. hahahaha.. aku dah start rindu dengan depa la wei hampa.. :'(

Mama akan sentiasa rindukan hampa semua.. hidup dengan sihat ye dengan tuan baru.. jangan nakal-nakal tau.. mama sayang hampa.. anak aku reyau wey..




sekian saja entry kali ni..

jumpa lagi dalam next entry ye..

tq semua..

semoga Allah memurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan awak semua yang sudi baca blog aku ni..aamiin..

sayang hampa semua.. jangan jemu tau blogwalking kat sini.. :)

papai..










  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~