Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Thursday, 18 July 2024

Ujian Allah bagi ada hikmahnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berat untuk aku cerita.. tapi at least bila anak aku besar nanti anak aku boleh baca dan faham kenapa dia kena stay lama dekat rumah maktok di Kedah.. mesti sekarang anak aku pelikkan kenapa sampai sekarang kami masih belum jumpa dengan dia.. tiap hari aku menghitung hari bila agaknya aku dapat jumpa dengan anak aku.. aku terlalu rindu kan anak aku..tiap hari aku rindu dan aku teringatkan kenangan anak aku tinggalkan dalam rumah ni.. aku tak boleh duduk sorang dekat ruang tamu.. kalau tak , aku akan menangis.. aku teringat tawa riang anak aku..

Hampa mesti rasa macam poyo la.. tapi once hampa dah ada anak yang tiap hari berkepit dengan hampa since dia lahir.. memang macam nak gila wey.. rindu yang teramat sangat.. setiap hari aku luahkan dekat suami.. suami cakap jangan lah macam ni abang pon rindu dia jugak.. hati aku terus menangis.. aku tak mampu wey.. tak lama suami cakap.. kita videocall (VC) Thaqif naakkk? 

Semestinya lah aku nak VC dengan anak aku... nakkk.. jommm... 
seronok sangat VC tu tapi lepas je vc aku dah start rasa nak nangis balik.. aku rindu nak peluk cium anak aku.. budak busuk masam tu..

Bagi yang tertanya-tanya, kenapa aku tinggal anak aku? Takkan aku tak balik langsung jenguk anak aku? Kata rindu kenapa tak balik?

Okey kisah sebenarnya macam ni..

" Assalamualaikum puan, ni isteri encik ........ ke? Suami puan excident ni..kat atas highway.." ..menggeletar tubuh aku.. sejuk habis kaki tangan.. masa tu aku tengah kemas rumah.. suami semasa hari kejadian balik lambat sikit dari hari biasa sebab suami dah maklum nak sarapan selepas habis waktu bekerja (suami kerja shift malam).. masa depa call tu dalam pukul 10lebih..

" Betul ke ni encik? Suami saya macam mana? Ok tak? Suami saya kabar (sedar) tak tu? Kalau boleh saya nak bercakap sekejap." Waktu ni airmata dah berjurai-jurai dah.. aku risaukan keadaan suami aku..
" suami puan tangan patah ni.. dia kabar lagi ni..puan nak kecek dengan dia ke? Meta deh.." 

Aku dengar suara suami dihujung talian.. " abang, abang ok x? Nanti orang gi kat abang ye."
Suami aku, " abang tak okey, tangan abang ni patah rasanyaa ni.."
Dalam hati aku rasa sedikit lega bila dengar suara suami..walaupun air mata berjuraai-jurai dah ni... telefon bertukar tangan..
" puan , ambulance kami dah panggil.. nanti puan gi kecemasan HUSM slaluh deh.. "
" okey encik.. terima kasih banyak ye.. " 

Aku terasa begitu terkejut sampai aku tak tahu nak mula buat apa.. tangan terketar-katar.. air mata laju ja..  aku nangis kuat-kuat.. lepas tu anak aku cakap mama don't cry.. baru aku teringat aku kena uruskan anak aku dulu..

Aku terus siapkan anak aku .. mandikan anak aku dan barang-barang anak aku sambil berjurai air mata.. aku tarik nafas dalam-dalam.. terus bawa kereta ke HUSM..

Dalam perjalanan, isteri saing suami call aku nak maklumkan suami aku excident.. katanya suaminya mintak tolong bagitau..suaminya kerja , jadi tak dapat bantu untuk tengokkan suami..
Aku cakap terima kasih .. aku pon dalam perjalanan ke HUSM..

Sesampai saja kat HUSM, terkejut aku tengok keadaan suami aku yang tak mampu nak bergerak.. sekali lagi aku tak mampu tahan air mata..mujur la anak tak merap sangat hari tu.. suami memandang aku dan memohon maaf kat aku.. aku pon buat benda yang sama.. tak sanggup nak tengok keadaan suami sebegitu.. aku rasa sedih sangat-sangat.. aku tahu mesti sakit yang ditanggung suami masa tu berat sangat.. kalau boleh kongsi kesakitan tu , aku memang nak kongsi apa yang suami rasa masa tu..

Ini bukan kali pertama suami excident sejak kami berkahwin.. dah masuk kali kedua dah.. tapi kali ni excident yang agak teruk.. 

Aku terpikir.. aku ni membawa sial ka dalam kehidupan suami aku? Dalam usia perkahwinan yang tak sampai 10 tahun lagi.. dah macam-macam yang jadi kat suami..

Mungkin aku ni tak layak jadi isteri untuk suami ku... aku hanya pembawa malang saja..

Maafkan aku suamiku.. aku bukanlah isteri yang terbaik untuk mu..

Setiap hari aku doa.. Ya Allah jadikanlah aku isteri solehah, ibu yang penyayang serta anak yang baik.. 

Aku cuba sehabis baik untuk berikan yang terbaik untuk keluargaku.. tapi ada ja masalah yang timbul yang menjadi ujian kesabaran ku..

Mungkin aku tak layak untuk ke syurga Allah..

Okey, kan dah nangis.. adeh,, dah sambung balik..

Aku sampai ke HUSM dalam pukul 11 lebih.. sebab rumah sewa kami area kok lanas.. agak jauh sedikit dari HUSM.. dengan jalan jemnya kat ketereh,,

Suami mintak tolong saing dia jagakan anak kami sebab suami dah nak masuk Operation Theater (OT) dah.. aku pun hantarkan anak ke rumah saing suami dalam pukul 4 lebih macam tu.. mujur lah anak okey kat sana.. ramai kawan la .. sebab tu dia seronok sampai tak ingat emaknya.. hehehe.. alhamdulillah terima kasih saing suami dan keluarga sebab sudi tolong kami...sedangkan masa tu isteri dia tengah mengandung.. semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk mereka sekelurga terutama isteri dan anak dalam kandungan.. aamiin ya rabbal ala min..

Pukul 5 lebih doc bagitau yang nak operate pukul 6.30 petang.. ambil masa 4 jam jugak untuk nak operate tu katanya.. Doc masa bagitau nak pasang ariel (besi cacak ) dan pasang k-wired kat kaki..

niat hati aku nak tunggu ja depan bilik OT tu.. tapi doc tu bersungguh-sungguh suruh aku tunggu kat tempat lain.. surau atau ruang menunggu di bahagian emergency.. mungkin aku ni akan mengganggu pesakit lain yang urgent nanti.. jadi aku ambik keputusan tunggu kat tangga depan emergency hall..

Sebelum suami excident, suami pernah bergurau nak ajak ride ke terengganu dengan motor baru yang bakal dibelinya.. agaknya motor lama merajuk kot dengar suami cakap macam tu.. hihihi.. tak la.. tahyul je semua tu.. jangan nak percaya sangat.. suami cakap, motor makan tuan.. hihihi..

Suami aku ni excident sorang ja.. masa aku jumpa suami aku.. suami aku ada lah bercerita sikit dalam nada lemah.. suami aku cakap.. spoket tu dah haus.. rantai motor macam putus (masa tu tak tengok lagi keadaan motor)..jadi suami kata dia tak sempat break sebaab laju ( atas highway ,80km/hr)..suami terbabas .. terkena dengan divider jalan yang besi tajam tu kan.. tu yang terbelah lengan.. kaki pulak ibu kaki jari macam hancur sikit sebab suami jatuh tergolek..

Selepas operation tu 2 lebih minggu jugak kena tahan wad.. sebab doc nak pantau luka operation tu.. dan doc buat 2nd operation untuk suami sebab nak buang sel isi mati.. yang naik putih-putih tu.. maafkan aku ye.. aku bukannya bidang perubatan.. :p

Mula-mula doc kata nak buang ariea tu sebelum discharge tapi tak jadi buang .. so discharge sekali dengan ariea tu... hihihi.. aku ni dah la seriau dengan benda tu.. lepas 2 minggu lebih dok kat rumah.. doc buang ariea  dengan k-wired tu .. janji nak masuk wad untuk operation tapi tak jadi sebab nak tunggu luka sembuh dulu..

Selepas 2 minggu pi lagi kat HUSM.. sepatutnya hari ni kena warded dah.. tapi tak jadi buat lagi operation atas sebab-sebab tertentu..kena tunggu lagi 2 minggu..alamatnya hujung bulan ni baru operation masuk besi pulak..

Disebabkan delay untuk buat operation tu la yang menyebabkan aku tak boleh lagi jumpa anak aku.. doakan aku kuat ye.. aku rindu anak aku.. aku tak mampu jaga kedua2nya serentak.. suami aku kena pergi klinik setiap selang 2 hari.. jadi aku tak de sapa2 yang nak jaga anak aku kat kelantan ni.. 

Hampa tolong doakan urusan suami nak operate nanti berjalan dengan lancar ye..dan doakan jugak suami ku sihat dan sembuh seperti biasa.. terima kasih ye semua..

Okey lah, panjang pulak entry ni.. jumpa di next entry ye..

Papai.. tata titi tutu...

Yang baik tu datang dari Allah , yang buruk tu dari diri aku sendiri.. maaf ye hampa kalau ada yang tak berkenan di hati..

Semua ni pengalaman aku..

Ujian kita semua berbeza beza.. tapi aku yakin Allah takkan saja-saja nak bagi ujian kat kita kalau kita tak mampu nak pikul.. sebab Allah tahu kita mampu.. 

Semua yang berlaku ada hikmahnya..

Tapi hampa nak tau tak..

Yang lawaknya suami aku ni.. dalam dok sakit-sakit excident dia boleh dok teringat nak beli motor baru lagi.. hahaha.. 

Tak palah, dah minat dia.. jangan minat pompuan lain sudah..

Dah sambung mengarut  lagi dah..

Okey bye hampa.. jumpa next entry tau..

Assalamualaikum...


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday, 3 March 2024

Kucing kesayanganku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang kucing-kucing kesayangan ku.. 

sebenarnya agak berat untuk buat keputusan ni.. tapi untuk bagi semua orang puas hati dan kucing kesayangan ku pon dijaga dengan penuh kasih sayang.. aku terpaksa serahkan kucingku kepada keluarga angkat mereka.. harap mereka akan dijaga dengan penuh kasih sayang.. dan tuan baru mereka mencintai mereka seperti mana aku mencintai mereka..

aku mula dari awal la.. supaya senang sikit nak faham kan...

awalnya aku teringin sangat nak bela kucing tapi ditentang oleh suamiku..

sebab aku rasa sunyi .. hanya kami berdua saja ada kat rumah.. masa tu baru berkahwin.. pujuk punya pujuk suamiku... last-last suami aku bagi jugak bela kucing.. alhamdulillah.. masa tu kami pun start cari kat facebook.. advertisement tentang kucing.. jumpa la beberapa owner kucing.. mula-mula dapat owner untuk kucing hitam tapi memandangkan aku ni penakut dengan kucing hitam (hitam seluruh badan).. ada sejarah sikit.. jadi kami tak jadi ambil kucing tu.. teruskan pencarian lagi.. tak jumpa jugak yang berkenan dihati.. last-last  kami jumpa seekor kucing jantan,.. comel sangat.. kami pun bawa balik ke rumah...

nilah kucing yang kami bawak balik tu..
kucing kampung ja... 
tapi manja yang amat..
kami panggil ciko..







ni masa hari mula-mula kami jaga dia

kami bawak ciko pergi ke klinik haiwan untuk vaksin dan cuci badan semua.. kami bawak ke Klinik Haiwan Kubang Kerian.. nanti aku cerita pasal klinik tu.. bleh baca sini ye..









lepas tu kami kesian kat dia.. kami pon cari lagi seekor kucing betina.. jumpa depan mydin kubang kerian.. sebenarnya banyak hari dah aku dok bagi makan kat dia tepi kaki lima kedai.. tapi lama-lama dia macam dah kenal dan manja dengan aku..

so, aku pujuk pulak suamiku untuk ambil lagi seekor kucing betina untuk bela kat rumah sebagai kawan kepada Ciko..  

kami panggil nama dia ciki..

masa bawak balik ni, hairan lah kenapa ciko tak mau dengan ciki ni.. lepas tu lama-lama tengok  perut ciki makin besar.. rupanya ciki ni pregnant masa kami bawak balik.. patutlah ciko tak mau kat dia,.. masa ciki bersalin.. anak-anak dia nampak macam pramatang ja.. tak lama lepas tu.. kira lepas beberapa jam ja ciki ni bersalin.. dia makan anak-anak dia.. seekor demi seekor... bukannya kami tak bagi makan.. kami bagi makan sedia.. tapi suami kata ciki ni dia dah tau anak dia tak sihat.. sebab tu dia makan anak-anak dia..semua mati.. tak de satu pon tinggal.. 

tak lama lepas tu tengok ciko dah mula rapat dengan ciki.. asyik menyerendeh (mengempeng) je dengan ciki.. lepas je beberapa minggu bersalin tu la.. ciko dah mula terima kehadiran ciki dalam rumah kami.. ciki pulak jenis melayan je.. jenis mudah manja jugak.. 

start rapat la dua ekor tu.. lepas tu ciki bersalin anak ciko .. 

ni la anak depa..
Tam (jantan), Lico (betina) dan Jun (betina)..

kenapa nama Tam? sebab warna dia hitam yang dominan..
kenapa nama Lico?  sebab dia ada 3 warna macam mak dia.. 
kenapa nama Jun (Junior)? sebab warna dia ikut sebijik macam bapak dia (Ciko)..

sebaik saja Ciki lepas bersalin.. dia dah start pandai jaga anak dia.. bagi susu yang cukup dan anak-anak dia semua manja dengan dia.. dia memang ibu yang baik dan bertanggungjawab..

tapi elok anak dia besar sikit, dia terkena penyakit apa tak tahu.. mata berair dan bernanah.. ciki ni dia ada satu tabiat.. suka lari dari rumah.. jadi.. masa dia terkena penyakit tu, kami tak sempat bawa jumpa doktor.. dia dah lari dari rumah.. dan tak balik-balik.. 

lepas tu, kami jaga lah ciko dan anak-anak dia..

ni Jun dan Lico..

tam ni memang jenis lasak dari kecil ye..



sampailah besar kami jaga.. disebabkan kami tak kasi lagi ciko.. jadi ciko telah memperkosa anak dia sendiri iaitu jun.. maybe dia terlalu rindu kat ciki kot.. sampai bedal je anak sendiri.. ermmm... kami pon tak de pulak cari pengganti ciki sebab ingat ciki akan balik rumah balik.. tapi sampai anak ciki dah besar pon dia still tak balik.. aku assume mata dia dah tak boleh nampak.. jadi dia tak tahu jalan balik ke rumah..

berbalik kepada kes sumbang mahram ciko tadi..

anak ciko (Jun) telah mengandungkan anak kepada ciko sendiri.. what ?????

dah bunting-bunting dah.. jadi kami pon jaga la Jun yang pregnant tu sampai dia bersalin.. bila dia bersalin ada 3 ekor anak kucing kecil..warna putih 2 ekor.. warna macam ciko seekor.. gambar aku tak tangkap sebab depa hidup sekejap sangat.. tak sampai sebulan.. 

alkisahnya macam ni..

lepas je Jun bersalin.. Jun buat tak tahu ja kat anak dia.. menyusu pon tak.. anak dia asyik menangis ja.. maybe sebab Jun ni masih remaja tapi dah kena jaga anak.. jadi dia rasa macam zaman remaja dia terbatas.. kira macam tak habis explore lagi hidup.. hahaha.. kesian kat Jun kena rogol dengan bapak sendiri.. 

disebabkan Jun ni tak jaga sangat anak dia.. kami pon bagi susu dan air kosong dalam mangkuk.. suami aku cuba bagi wetfood pada waktu pagi sebelum kami berdua keluar pergi kerja.. sebab kesian takut depa lapar kami balik lambat lagi..

bila kami balik kerja.. kami tengok-tengok ada 2 ekor anak Jun dah mati keras berhampiran dengan wetfood.. berdasarkan badan mereka , nampak macam dah lama mati.. kesian kat depa.. kami pon angkat dan bawak pergi tanam depan rumah.. tinggal seekor ja masih survive time tu.. kami pon dah belajar dari kesilapan.. kami pon tak bagi dah wetfood.. 

Kami jaga yang seekor lagi tu sampai setahun lebih.. tup-tup kucing tu kena penyakit parvo (dr haiwan bagitau).. jaga dalam masa 2 minggu jugak.. lepas tu kucing tu ( anak sumbang mahram ciko) mati.. kami tanam depan rumah jugak.. kiranya semua anak Jun mati.. innalillahi wainna illaihi rajiun.. mintak semua kirimkan Al-Fatihah untuk semua arwah kucing aku.. 

tapi yang peliknya.. selepas je Jun bersalin.. Ciko pulak melarikan diri.. sebenarnya banyak kali dah ciko buat onar nak lari dari rumah.. pernah dia lari dari rumah selama 3 hari.. tapi dia balik jugak rumah.. pernah jugak sebelumnya dia lari dari rumah.. lepas seminggu baru balik.. 

panggil punya panggil nama ciko depan rumah tak muncul-muncul.. lepas tu suami aku cakap.. biarkan je la.. nanti dia balik la tu.. jadi aku pon sedapkan hati.. maybe nanti dia akan balik kot..think positif.. tapi sampai ke sudah tak balik.. .pernah jugak kami cari sekitar taman.. tapi still tak jumpa jugak.. jadi aku redha ja la. nak buat macam mana.. aku syak yang ciko kena curi dah... sebab tak nampak langsung kelibat dia kat taman tu..

okey, kembali kepada kes Jun tadi.. disebabkan aku belum bersedia nak terima lebih banyak kucing atas faktor persekitaran dan kemampuan kami, jadi, kami suami isteri dah sepakat untuk kasi kan Jun , Lico dan Tam...

kisah-kisah mereka dikasikan.. aku akan cerita dalam entry lain ye.. takut jadi panjang pulak ..

okey, kami juga dah belikan tempat tinggal yang selesa untuk mereka bertiga..





aku dan suamiku beli sangkar ni pada akhir pkp fasa ke 3 haritu.. untuk nak elakkan depa bertiga kena virus parvo dari anak Jun tu,.. dr yang nasihat untuk asingkan.. jadi kami asingkan kesemuanya.. alhamdulillah mujur yang lain tak kena.. lega sangat..

sepanjang jaga mereka, mereka jarang jatuh sakit.. mudah sangat jaga.. alhamdulillah..aku amat sayangkan mereka bertiga ni..

tapi tahun ni aku terpaksa buat satu keputusan yang amat berat dengan melepaskan mereka bertiga dibawah jagaan mak angkat depa yang baru.. 

banyak faktor sebenarnya yang terpaksa aku lepaskan mereka ..

faktor dalaman dan faktor luaran..

sebab tu lah orang cakap.. kalau nak buat apa-apa yang kita suka ni, memang kena dapatkan sokongan dari orang sekeliling.. kalau tak kita yang stress bila orang lain tak setuju dengan kehendak kita..\

lagi pulak, kami bakal berpindah ke rumah baharu.. 

aku pun membuat pengumuman di beberapa ruangan kumpulan (group) facebook..

aku mendapat sokongan yang baik.. ramai insan yang baik yang sudi nak jagakan anak kucing aku ni..

alhamdulillah.. Allah mempermudah segala urusan ku..

kucing-kucingku dah bertuan.. alhamdulillah syukur pada Allah..

semoga tuan-tuan baru kucingku mampu menjaga dan menyayangi kucing-kucingku sebagaimana aku mengasihi dan menyayangi mereka..aamiiin..

sebelum aku hantar kucing-kucing ku ke owner baru mereka, aku bawa mereka ke spa yang terbaik di kota bharu.. spa haiwan ni namanya De Luna Cat Hotel & Spa ,, untuk cerita pasal spa ni.. nanti aku cerita dalam next entry ye.. dah update dh..

Dah siap semuanya, aku pon hantar kucingku ke owner baru mereka .. hari yang sama lepas je ambil dari spa.. alhamdulillah semua ok.. aku dapat tengok owner baru kucing ku amat baik orangnya.. aku rasa lega sangat.. terima kasih sudi terima kucing saya.. semoga Allah saja yang dapat  balas jasa baik kedua-dua owner tu.. 

nak tengok kucing aku untuk kali terakhir.. setelah hampir 6 tahun aku jaga depa..

Jun


Lico

Tam..
tam ni tak tahu lah berat dia berapa kilo.. hahaha..




gemuk kedempon kan.. hahahaha.. aku dah start rindu dengan depa la wei hampa.. :'(

Mama akan sentiasa rindukan hampa semua.. hidup dengan sihat ye dengan tuan baru.. jangan nakal-nakal tau.. mama sayang hampa.. anak aku reyau wey..




sekian saja entry kali ni..

jumpa lagi dalam next entry ye..

tq semua..

semoga Allah memurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan awak semua yang sudi baca blog aku ni..aamiin..

sayang hampa semua.. jangan jemu tau blogwalking kat sini.. :)

papai..










  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 31 May 2023

Selamat hari lahir untuk diri ku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak kongsi sikit pasal aku. seorang insan yang agak kasar dan baik hati dalam pada masa yang sama.. ceh.. hahaha.. masuk bakul angkat sendiri.. hahaha.. sapa lagi kan nak puji kalau bukan diri kita sendiri.. hahaha..

okey lah, first thing first.. aku nak cerita tentang fasa kematangan aku ni.. sebelum ni aku ada cerita jugak sikit-sikit kan tapi kali ni aku nak detailkan lagi..

umur aku sudah memasuki tangga 3* ke atas.. cepatkan masa berlalu..sebab tu lah Allah ada pesan..sesungguhnya demi masa, manusia itu dalam kerugian .. melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..

tapi memang betul pon.. kadang aku pernah berzikir dalam 100 kali xsampai 10 minit dah siap dh.. kalau aku dok meralit tengok fon.. rasa kejap je.. tup-tup rupanya dah sejam aku tengok fon.. ya Allah lalainya aku kan.. maafkan aku ya Allah hamba mu yang hina ini.

Aku cuba untuk nak baiki lagi kelemahan diri aku sebagai seorang muslimah, sebagai seorang isteri, sebagai seorang anak serta ibu kepada anak-anak aku.. in shaa Allah.. aku akan cuba sehabis baik dan sehabis daya untuk baiki diri sendiri..

setiap hari aku akan muhasabah diri aku dan cuba untuk baiki apa yang kurang sedikit demi sedikit.. maafkan diriku ini wahai suamiku.. belum mampu jadi isteri solehah macam yang abang nak.. abang doakan ayang semoga mampu berubah 360 darjah ye.. 

Hari-hari aku berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan ku ini.. untuk jadi isteri yang solehah , anak yang baik serta ibu yang penyayang.. ya, begitu susah untuk kita berubah 100% yerr.. tapi aku still nak cuba jugak.. semoga aku berpeluang untuk masuk ke syurga Allah dan menjadi bidadari syurga untuk suamiku.. aamiin..

Hari birthday aku tahun ni ..aku rasa bahagia sangat.. suami aku tak pernah tak prepare hadiah untuk aku.. kali ni ada surprise delivery pulak.. terima kasih ye suami.. amat terharu sangat.. Aku dah beritahu dah kat suami.. jangan bagi hadiah mahal-mahal.. kalau nak bagi yang mahal bagi aku emas je.,. hahahaha,,..demand sangat kan... bukan apa kalau beli emas, boleh la jugak guna time masa-masa susah akan datang kan.. hehehe.. aku pikir untuk kebaikan bersama jugak.. contoh time anak nak kerja ka time anak nak masuk sekolah ka.. time-time memerlukan .. boleh la jugak gadai emas yang ada..

Tapi aku terima saja dah suami bersusah payah buat surprise delivery kat aku.. alhamdulillah bahagia sangat rasanya.. tak pernah seumur hidup dapat surprise delivery macam ni.. cuma tak surprise jugak sebabnya.. hahahaha.. lawak betul aku rasa..

Runner surprise delivery tu whatsapp aku tanya rumah dan waktu free.. hahaha.. sepatutnya boleh ja dia tanya  suami aku ..which is orang yang nak buat surprise kat aku.. bukan tanya kat orang yang nak di buat kejutan.. so, pada hari kejadian tak delah terkejut sangat.. hahaha.. suami aku pon pelik kenapa dia buat macam tu,..hahahaha..yela, aku kan suri rumah.. ofcourse la aku ada kat rumah.. hahaha..

Aku terima dengan hati terbuka dan sangat gembira dengan hadiah pemberian suami ku..

sejambak bunga cadbury dan kek brownies kedut dari Mamasab Bakery.. kek ni memang dah lama teringin nak makan,.. tup-tup suami hadiahkan sempena birthday.. rasa macam Allah dengar isi hati aku ni.. terima kasih ya Allah atas pemberian nikmat yang tak terhingga ini.. terima kasih suamiku sebab sudi bersusah payah cari rezeki untuk kita sekeluarga.. semoga Allah sentiasa murah kan rezeki abang, berikan kebahagiaan dan kejayaan yang besar di dunia dan diakhirat kelak.. aamiin ya rabbal ala min.. Ayang sentiasa doakan keselamatan dan kesejahteraan untuk abang..

Tahun ni alhamdulillah birthday aku jatuh dalam bulan syawal.. dapat la makan-makan.. 
tahun sebelum-sebelum ni selama 3 tahun birthday aku jatuh bulan ramadhan.. hehehe.. dapat sambut lepas buka puasa ja la.. hehehe... tapi tua-tua bangka macam ni, tak sambut pon xpe .. cuma harap suami sentiasa ingatlah tarikh keramat bagi aku ni.. hahaha.. lepas ni, nak hadiah ja untuk tahun-tahun akan datang.. tak nak kek dah.. hahaha.. dah terkena pre-diabetes ni.. kurang sangat dah beli kek.. hehehe.. kalau tak ka, dulu aku ni hantu kek la jugak.. hahaha.. abang, tahun depan birthday ayang beli emas tau.. hahahaha.. :p (gurau je).. 

terima kasih semua reader sudi singgah kat blog ni..

semoga kita semua berada dalam perlindungan dan rahmat Allah sentiasa,.. aaamiin..

jumpa lagi di next entry ye.. 

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 30 December 2020

Best Marriage Advice - Nasihat untuk pengantin baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni adalah digembar-gemburkan kes seorang wanita yang juga merupakan youtuber bab masakan ni dah bergaduh dengan suaminya atas masalah peribadi. Before this, mereka berdua kelihatan mesra dan bahagia dalam youtube channel mereka. Bagi aku normal lah bergaduh tu, ala macam korang tak pernah bergaduh.. masa bercinta pon kerap je kan bergaduh.. berkahwin apa tah lagi weh.. dah korang hidup sebantal dan sebumbung dengan dia.. mestilah ada kekurangan yang korang nampak depan mata.. masa bercinta memanglah kebanyakkan nya indah belaka sebab dia duduk jauh kan dengan kita .. jumpa pon sekali sekala ja.. jangan kelentong la.. aku pon pernah jugak bercinta selama 10 tahun sebelum berkahwin.. bergaduh tu adat la.. cuma kita tu kena lah bijak handle masalah keluarga.. kalau tak.. tak delah kes cerai kat malaysia ni..

Ermmm...Dalam usia perkahwinan yang baru 3 lebih ni.. sebenarnya pengalaman itu jelas belum ada.. kadang kita sendiri pon dalam proses R&D bab hati dan perasaan dengan suami kita..yela.. masih dalam proses belajar kenal hati budi masing-masing kan.. kadang kita rasa kita je betul, orang lain salah.. kadang orang lain rasa dia je betul, kita pulak yang salah. Dalam perkahwinan ni serius talk la.. memang kena ada give and take.. kalau tak de give and take ni, alamatnya hanyut lah perkahwinan.. paling sedih bila korang dah ada anak-anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian mak ayah.. korang tak rasa kesian ke kat anak korang kalau korang nak berpisah.. think twice ye sayang.. perkahwinan ni bukannya macam kita main kawin-kawin masa zaman kanak-kanak..yang ni lagi meluas konsep dia..

Dalam perkahwinan, benda penting kena buat, kenal suami kita.. suami kita ni jenis macam mana.. rasanya kalau bab ni dua bulan pertama lepas kahwin dah start boleh nampak dah tembelang si suami tu.. panas baran ke tak.. jenis pendiam ke.. jenis gamers ke... jenis riders ke.. kaki lepak malam ke.. kaki pukul ke..

bila kita dah tahu jenis suami kita macam mana.. contohnya, suami kita kaki pukul.. contoh...
- try buat perubahan diri jangan biar diri kena marah dan usahakan buat apa yang suami nak selagi mengikut syariat islam.. (xberjudi,xminum arak, xgadai badan, xtinggal solat) .. kalau suami suruh buat salah satu dari semua ni.. nasihat aku, tinggalkan je la suami macam ni sementara belum ada anak.. percaya cakap aku, aku nampak ramai dah yang dok tahan dengan suami panas baran, last2 cerai macam tu ja.. anak-anak pon suami dah mengambil tahu.. jadi please sebelum ada anak, ambillah langkah yang betul.. sebab tulah, orang tua cakap.. kahwin ni biar sekali ja seumur hidup.. jadi pilih lah betul-betul..supaya tak menyesal dikemudian hati.

kalau suami kita jenis pendiam dan kurang bergaul,
- try bagi galakan untuk dia terus bercakap.. contohnya.. rajin-rajin bertanya suami apa yang dia rasa.. seriusly laki yang macam ni dia suka memendam rasa.. rajin-rajin juga tanya pasal hal tempat kerja.. bila kita kerap berinteraksi.. lama-lama dia pun mudah mesra dengan kita dan orang sekeliling nya..

#abaikan_grammar_gue
#info_yang_penting




Dalam perkahwinan komitmen masing-masing memang amat diperlukan... cinta itu memang la penting dalam setiap perhubungan.. tapi kena lah tau tentang tanggungjawab masing-masing.. peranan masing-masing dalam rumah tangga..




kalau sekali pun kita busy, angkat la telefon.. jawab lah dengan penuh mesra macam yang kita buat masa zaman bercinta dulu.. ada orang , cakap sikit je dengan isteri terus letak telefon.. kadang-kadang isteri pon nak bergayut juga macam dulu-dulu.. acece...




spend time together.. memang penting tau.. tambah-tambah bagi yang long distance relationship.. ye aku pernah rasa macam mana peritnya bila berjauhan walaupun aku rasa tu sekejap je.. dalam sebulan macam tu.. at least balik la 2 bulan sekali ke.. kalau tak mampu sangat 4 bulan sekali.. ni pon lama sangat bagi aku.. kalau dekat.. contoh perlis dengan perak ke.. balik la seminggu sekali atau 2 minggu sekali.. penting tau luangkan masa bersama-sama.. supaya pasangan kita tahu yang kita masih wujud.. hahaha.. barulah si dia tak cari yang lain.. hehehe..





please.. cari orang yang boleh awak percayai sahaja untuk bercerita masalah awak.. jangan sebarangan cerita kat orang .. sebab boleh jadi kita mengaibkan suami kita sendiri dan bagi dosa kat diri kita.. kalau kita percaya kat mak kita,, cerita kat dia.. kadang-kadang kita terlalu terseksa, tapi kita tak tahu nak luah kat siapa kalau suami tak memahami.. kalau boleh stay dalam komuniti yang positif thinking.. jangan cari yang jenis toxic ye.. supaya tak termakan diri sendiri..




kadang-kadang bila kita terlalu stress.. kita tak tahu nak luah siapa-siapa kan.. jadi cari sesuatu yang boleh hiburkan hati,.. contohnya, kalau jenis suka tengok maharaja lawak.. boleh la tgk.. running man ke apa ke.. jangan lah sampai kita marah benda lain tapi lepas kat pasangan kita.. tu jangan lah kita buat ye.. kesian pasangan kita tu.. sepatutnya kita yang mendengar segala rintihan pasangan kita, ni tak terbalik.. kita pulak yang lepaskan kemarahan kat pasangan kita.. jangan la macam tu ye..



Masa gaduh, please jangan cari siapa salah atau siapa betul.. kalau rasa pihak suami tak nak mengalah, please ambil langkah untuk mengalah walaupun kita rasa kita betul.. sebabnya benda yang kecil kalau kita tak selesai kan segera memang boleh jadi besar.. takkan kita nak berpisah dengan suami gara-gara bermula dari pergaduhan kecil.. masalah simple-simple kalau boleh jangan simpan dalam hati sebagai contoh.. benda berkaitan dengan barangan rumah ke, selalu buang sampai merata-rata ke, masalah kentut ke masalah duit ke.. kalau boleh ambil masa untuk bincang dan nasihat elok-elok.. laki ni kalau kita nasihat lembut-lembut, mereka mudah untuk dengar.. kalau kita membebel, satu pon mereka tak dapat apa yang kita cakap.. end up, jadi balik benda yang sama.. 



Pernah dengar tak ayat, " It's okay not to be okay!"
biasalah, dalam rumah tangga ni ada pasang surut, kadang-kadang ada sesetengah orang bila kat tempat kerja bad mood, mulalah sampai ke rumah nak badmood. kita ni sebagai pasangan pon kena main peranan jugak kalau tengok pasangan kita dok sedih ja.. cuba ambil inisiatif untuk tanya masalah pasangan dan cuba bagi suggestion yang membina bukan yang menyalahkan.. kadang-kadang pasangan kita hanya nak kita faham apa yang jadi tanpa perlu kata apa-apa.. maksudnya, dengar dan bagi pelukan ke ciuman ke.. tak pe dah.. itu pon dah cukup..



Yang ni faham-faham la ye.. kadang-kadang ada orang bercerai atas sebab masalah dalam bilik tidur saja. yang ni cari sendiri lah maksud nya. yang penting, jangan ego baik suami atau isteri! lagi satu, masalah bilik tidur jangan diceritakan kepada orang lain kecuali doctor yang merawat kita sendiri atau mak ayah kita yang dirasakan untuk meminta nasihat. hal dalam bilik ni adalah rahsia dan merupakan aib suami isteri. Jadi, Aib ni kita kena lah jaga..



kalau yang macam atas ni, kena jumpa kaunseling atau doktor yang bertauliah. suami isteri kena jumpa.. kadang-kadang suami sendiri ada masalah peribadi. jadi kena buatlah medical check up.. bincang sama-sama dan terangkan secara baik. in shaaAllah selesai.

Kadang-kadang dalam rumahtangga ni salah seorang akan terasa seolah-olah 'dia' yang banyak berkorban dalam rumahtangga tak kiralah dari segi wang ringgit atau apa-apa sahaja. tapi percayalah kalau kita buat atas dasar tanggungjawab dan kita buat untuk membawa keluarga kita ke syurga. In shaa Allah , Allah akan bagi pahala atas setiap titisan peluh yang dikeluarkan. sebenarnya, kadang kita tak sedar masing-masing ada tanggungjawab masing-masing yang bukan hanya untuk diri sendiri saja tapi untuk keluarga tercinta.

Benda yang paling pantang sekali dalam rumahtangga.. Jangan lah bandingkan pasangan kita dengan pasangan orang lain.. Lelaki lain.. ataupun bandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain. kadang mereka dah usaha bagi yang terbaik untuk kita tapi kita yang tak nampak. takkan hanya disebabkan satu kesalahan kita nak blame everything on them kan. kesianlah macam tu.. kalau kita nak 'something' dari pasangan kita just direct bagitau atau boleh tag dekat mana-mana info kat facebook tu. tak pon kalau suami jenis yang tak suka ditag tu boleh je screenshot pastu hantar kat whatsapp dia. macam tu. kita hanya mampu doakan dia berubah saja. 

Lagi satu, dalam rumah tangga kita tak boleh berbohong atau menyimpan rahsia dari pasangan kita. penting untuk kita bagitahu berapa akaun bank kita ada, berapa insuran yang kita ada, barang-barang peribadi secara zahir atau tidak zahir.. supaya bila salah seorang meninggal dunia, mereka akan lebih alert dengan harta benda kita. boleh lah elakkan sebarang perkara yang tidak diingini terjadi. namun bergantung pula pada situasi, incase kita nampak pasangan kita tu dah macam orang penagih ke apa ke maksudnya yang tak boleh diharapkanlah. janganlah semua benda nak diceritakan padanya. ada benda yang patut kita bagitau, kita bagitahu sebab kita perlu fikir masa akan datang dan sebarang kemungkinan yang akan jadi.

Tapi kalau masalah yang berkaitan tempat kerja atau apa saja masalah, better kita luahkan kat pasangan kita. sebab kalau kita memendam rasa dan menyimpan rahsia dari pasangan kita, kita yang tak tenang. kadang-kadang bila kita cerita kat pasangan tu, mereka lebih banyak idea bernas dari kita. 
Tak percaya?? Try la..

Percaya atau tak,  bila kita terlalu berahsia dengan pasangan, pasangan akan hilang rasa intimacy tu.. rasa macam dah tak rapat macam mula-mula bercinta dulu.. ha.. gitu.. lebih kurang macam tu lah. Jadi, bila dah jadi macam ni, mulalah nak hilang kepercayaan. betul tak.. kita rasa macam kita ni dah tak penting dalam hidup pasangan kita. end up apa jadi"?? depression!!


Sebab tu lah, kita kena bagi sepenuh kepercayaan kepada pasangan kita. kepercayaan ini kunci rumahtangga yang kekal utuh sampai syurga. 
Jangan pulak kita musnahkan kepercayaan pasangan kita kat kita!
tu cari nahas namanya!!
Janganlah cuba menguji pasangan kita dengan kaitkan insan ketiga dalam diam kerana tak semua orang suka bila bertiga berempat atau berlima dengan orang yang bukan darah daging.. 
poligami bukanlah langkah bijak untuk memeriahkan rumahtangga!

Rumahtangga mana yang tak pernah bergaduh bagai nak rak.. kalau tak pernah bergaduh tu, mesti ada 'something wrong somewhere' sebab perkahwinan yang sihat dimana didalamnya ada suka, duka dan bahagia menjadi penyedap rasa. cuma, cara untuk kita tangani masalah itu berbeza. 

Tapi ada satu cara yang paling berkesan, bila pasangan kita marah, kita kena cool down. bila bergaduh salah seorang mesti kena mintak maaf dahulu.. bila pasangan kita bercerita atau ingin berkongsi apa-apa, kita letak handphone dari tangan kita ke meja.. tengok muka dia dan dengar luahan hati dia. zaman sekarang suami isteri banyak mengadap handphone sehingga mengabaikan anak-anak dan isteri ataupun sebaliknya. ada juga yang memberikan anak mereka handphone sebagai penenang amok seawal usia anak 3 bulan. semoga kita semua dilindungi dari perkara-perkara negatif.. aamiin..

Jom tgk, macam mana Saidina Umar Al-Khattab layan isterinya..

Sumber dari website : 
https://republika.co.id/berita/dunia-islam/hikmah/14/07/25/n993h3-kisah-umar-dimarahi-istri

Syahdan, diceritakan seorang laki-laki datang kepada Umar bin Khattab RA. Ia hendak mengadukan istrinya karena marah-marah kepadanya. Lelaki tersebut jengkel dan ingin mengadukan kelakuan istrinya kepada Amirul Mukminin.

Setiap kali datang ke rumah Amirul Mukminin, ia tidak pernah bertemu dengannya. Umar bin Khattab RA selalu telah pergi sebelum ia datang. Suatu ketika, laki-laki itu kemudian datang lagi ke rumah Umar bin Khattab RA. Sampai di depan rumah, ia tidak langsung mengetuk pintu. Umar justru berdiri di depan.

Lelaki itu pun tertegun sejenak. Secara tak sengaja, ia mendengar sang khalifah sedang dimarahi istrinya. Sang istri terdengar membesar-besarkan masalah yang remeh. Nada suara perempuan itu meninggi. Sang Amirul Mukminin cenderung pasif menghadapi kemarahan istrinya.

Lelaki itu kemudian berkata dalam hati, “Jika seorang Amirul Mukminin saja seperti itu, bagaimana denganku?” Ia kemudian berbalik hendak pergi. Umar bin Khattab keluar rumah dan melihat tamunya hendak pergi. Ia pun bertanya, “Apa keperluanmu?”

Laki-laki itu kemudian berbalik dan berkata, “Wahai, Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadukan perangai buruk istriku dan sikapnya kepadaku. Tapi, aku mendengar hal yang sama pada istrimu,” kata lelaki itu.

Umar bin Khattab RA kemudian tersenyum. Dia pun mengisahkan kepada lelaki itu mengapa Umar yang keras begitu sabar menghadapi istrinya. “Wahai, saudaraku, aku tetap sabar menghadapi perbuatannya karena itu memang kewajibanku.” 

Alih-alih menghardik istrinya, Umar malah menceritakan betapa besar jasa istrinya dalam kehidupannya di dunia. “Bagaimana aku bisa marah kepada istriku karena dialah yang mencuci bajuku, dialah yang memasak roti dan makananku, ia juga yang mengasuh anak-anakku, padahal semua itu bukanlah kewajibannya,” jawabnya.

Umar bin Khattab RA kemudian menasihati lelaki itu untuk bersikap sabar kepada istrinya karena istrinyalah yang membuat dia tenteram di sampingnya. “Karena istriku, aku merasa tenteram (untuk tidak berbuat dosa). Maka, aku harus mampu menahan diri terhadap perangainya.”

“Wahai, Amirul Mukminin, istriku juga demikian,” kata lelaki itu. Amirul Mukminin pun menjawab, “Maka, hendaknya engkau mampu menahan diri karena yakinlah hal tersebut hanya sebentar saja,” kata Amirul Mukminin.



Kunci utama kebahagiaan rumahtangga ni adalah kesabaran. bila kita sabar, semua akan jadi mudah. in shaaAllah. kita kena yakin dengan Allah dan letakkan segalanya atas pengetahuan Allah. Allah menjadikan sesuatu itu bersebab dan dan ada hikmah kenapa kita berkahwin dengan pasangan kita sekarang. Jangan menganggap perkahwinan adalah bebanan kerana perkahwinan lah yang melengkapkan iman bagi seorang manusia.



Perkahwinan di dunia ini merupakan ujian Allah untuk kita umat Nabi Muhammad s.a.w yang apabila kita melepasi segala ujiannya kita diganjarkan dengan pahala dan dimasukkan ke syurga. Jambatan ke syurga sebenarnya ada dalam perkahwinan itu sendiri.. isteri buat baik dengan suami dapat pahala.. suami buat baik pada ibu bapa dan isteri dapat pahala.





terima kasih kepada semua reader.. maaf entry kali ini agak panjang,.. namun diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua bakal pengantin terutamanya..

jumpa lagi di next entry ye..



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...