Showing posts with label Kuasai tajwid. Show all posts
Showing posts with label Kuasai tajwid. Show all posts

Thursday, 22 October 2015

jom belajar tajwid (BHG 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

kali ini saya akan sambung entry terdahulu iaitu

http://solehahkahaku.blogspot.my/2014/12/jom-belajar-tajwid-bhg-2.html

Alif Lam Makrifah

Alif Lam Makrifah ini ada dua jenis iaitu 

  1. Alif Lam Qamariah

    * Terdapat tanda sukun (mati) di atas huruf Lam =  ﺍﻝ = الْ
    * Dibaca dengan sebutan yang jelas ' al '
    * Huruf Alif Lam Qamariah ada 14 huruf iaitu  
     ﻑ , ﻕ , ﻙ , ﻡ , ﻭ , ﻩ , ﻱ , ﺀ , ﺏ , ﺝ , ﺡ ,ﺥ , ﻉ , ﻍ

    * contoh pada gambar yang berwarna PINK


  2. Alif Lam Syamsiah

    * Terdapat tanda syaddah ( sabdu ) di atas huruf selepas  ال  = الّ
    * Bila dibaca, huruf ال tidak disebut atau seolah-olah tidak wujud , sebaliknya terus disambungkan dengan huruf selepasnya.
    * Huruf Alif Lam Syamsiah ini ada 14 juga iaitu
     ت , ث , د , ذ , ر , ز , س , ش , ص , ض , ط , ظ , ل  , ن

    * Contoh pada gambar berwarna PURPLE.





~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 8 December 2014

Jom Belajar Tajwid (BHG. 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya nak sambung entry semalam. 
http://solehahkahaku.blogspot.com/2014/12/jom-belajar-tajwid.html 

Hari ini kita akan belajar mengenali bacaan bismillah @ basmalah..


Lafaz basmalah ini hukumnya sunat untuk dibaca. Buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa. 
Akan TETAPI..
Membaca BASMALAH pada AWAL surah AL-FATIHAH adalah jatuh hukum WAJIB..
Dan
Membaca BASMALAH pada AWAL surah AT-TAUBAH , hukumnya adalah HARAM.

Bentuk-bentuk bacaan basmalah diantara dua surah :
  1. Berhenti pada akhir surah. Berhenti pada basmalah. Berhenti pada awal surah.
    - cth : apabila kita selesai membaca surah al-Fatihah, kita akan berhenti sekejap dan jika ingin meneruskan pembacaan , dibolehkan membaca basmalah dan berhenti seketika. seterusnya menyambung terus dengan surah Al-Baqarah.
  2. Berhenti pada akhir surah. sambung basmalah dengan awal surah.
    - cth : apabila kita selesai membaca surah al-Fatihah, kita berhenti sebentar. kemudian kita meneruskan pembacaan dengan bismillah dan disambungkan terus bersama surah selepasnya, al-Baqarah.
  3. Sambung akhir surah dan basmalah dan awal surah sekaligus dengan satu nafas.
    - cth : apabila kita selesai membaca surah Al-fatihah, kita terus sambung ayat akhir dengan basmalah dan juga ayat pertama surah Al-Baqarah sekaligus. (Biasa kita dengar semasa program tilawah Al-Quran)
Maksud SATU NAFAS : Membaca tanpa henti dengan tidak sempot-sempot (tarik nafas sekali saja pada awal pembacaan sehingga habis pembacaan)


Kita juga akan belajar mengenali ayat Istia'zah..


Hukum membaca ayat Istia'zah ini adalah Sunat.
Ayat Istia'zah ini biasanya di bacakan pada awal surah dan dipertengahan surah.
Setiap pembaca Al-Quran perlulah membaca ayat istiazah ini sebelum memulakan pembacaan sesuatu surah untuk mendapatkan perlindungan daripada Allah s.w.t daripada syaitan yang direjam.

2 cara membaca ayat istiazah ini :-
# LUAR SOLAT : BACAAN DENGAN SUARA NYARING
# SEMASA SOLAT : BACAAN DENGAN SUARA PERLAHAN

Bentuk bacaan ayat Istia'zah dan Basmalah pada awal surah.

  1. Berhenti pada Istia'zah. Berhenti pada Basmalah. Berhenti pada awal Surah.
    - Ini yang biasa dilakukan. cth : apabila kita hendak membaca surah al-Fatihah, didahulukan dengan ayat Istia'zah , berhenti seketika. kemudian baca ayat Basmalah, berhenti seketika dan membaca ayat pertama surah itu.
  2. Berhenti pada Istiazah . Menyambung Basmalah dengan awal surah.
    - cth : baca ayat istiazah, berhenti seketika dan menyambung baca ayat basmalah dan terus baca ayat pertama sesuatu surah.
  3. Menyambungkan istiazah dan basmalah. kemudian dengan nafas baru, mulakan awal surah.
    - cth : kita baca ayat istiazah dan basmallah secara bersambung dengan satu nafas. berhenti seketika kemudian menyambung bacaan dengan nafas baru bagi ayat pertama sesuatu surah.
  4. Menyambungkan ayat istiazah , basmalah dan awal surah dengan satu nafas.
    - cth : kita baca ayat istiazah, bismillah dan sambung awal surah tanpa henti secara berterusan.
Antara ayat istia'zah yang dilafazkan oleh Rasullullah s.a.w :-




Sumber : Buku Kuasai Ilmu Tajwid Cara Mudah
Dikarang oleh : Ustazah Niraida Md Noor
~ Terima Kasih Ustazah ~
( Saya hanya nak kongsi ilmu ustazah saja berdasarkan buku yang saya beli, Kalau nak lebih jelas bolehlah terus membeli buku ini.)

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday, 7 December 2014

Jom Belajar Tajwid

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada kali ni saya nak ajak kawan-kawan sama-sama perbaiki bacaan tajwid kita..
Saya nak kembali mengingati apa yang pernah saya pelajari dulu..

Apa itu Al-Quran?

Al-Quran adalah kitab suci umat islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat jibrail yang digunakan sampai sekarang.
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. Mukjizat Al-Quran ini mampu mencairkan cairan kuning yang berada dalam otak sekaligus menajamkan fikiran dan daya ingatan. Al-Quran akan menjadi pelindung kita pada hari kiamat nanti.

Huruf Asas (Hijaiyyah) dalam Al-Quran




Cara pembacaan huruf hijaiyyah yang betul




Belajar Tajwid?

Tajwid bermaksud memperelokkan (bahasa) atau (istilah) mengelokkan bacaan al-quran mengikut hukum-hukum tertentu dan memelihara makhraj serta sifat hurufnya.

Hukum mempelajari tajwid ialah fardu kifayah ( jika salah seorang muslim mewakili masyarakat setempat untuk mempelajari ilmu tajwid, maka terlepaslah dosa semua masyarakat setempat itu). Dengan mempelajari tajwid dapat memelihara lidah daripada kesalahan membaca al-Quran.

Hukum mengamalkan ilmu tajwid semasa tilawah (baca) dan hafazan ialah fardu ain ( setiap individu wajib baca & hafal Al-Quran dengan bertajwid).

Adab-adab menuntut ilmu dan membaca Al-Quran


  • ikhlaskan niat
  • bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu
  • menyucikan hati daripada kotoran maksiat
  • merendahkan diri terhadap guru dan ilmu
  • melihat guru dengan pandangan hemat serta iktiraf ilmunya
  • menyimpan al-Quran ditempat yang tinggi dan bersih
  • membaca al-Quran dalam keadaan berwuduk
  • semasa membaca al-Quran , mulut mestilah bersih, tidak berkata-kata dan ketawa
  • membaca dengan perlahan dan bertajwid
Tingkatan-tingkatan bacaan Al-Quran
  1. AL-HADAR (Sangat Laju Bacaannya) : orang yang telah menghafal al-Quran tetapi tetap memelihara hukum tajwid.
  2. AT-TADWIR (Laju Bacaannya) : Orang yang telah memahami maksud al-Quran
  3. AT-TARTIL (Sederhana Bacaannya) : Orang yang sudah mengenali hukum hakam tajwid
  4. AT-TAHQIQ (Sangat Lambat Bacaannya) : Orang yang baru hendak belajar membaca al-Quran.


Sumber : Buku Kuasai Ilmu Tajwid Cara Mudah
Dikarang oleh : Ustazah Niraida Md Noor
~ Terima Kasih Ustazah ~
( Saya hanya nak kongsi ilmu ustazah saja berdasarkan buku yang saya beli, Kalau nak lebih jelas bolehlah terus membeli buku ini.)


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...