Showing posts with label rancang sendiri. Show all posts
Showing posts with label rancang sendiri. Show all posts

Wednesday, 5 April 2023

Teknik Pencegahan Kehamilan (Khas untuk Rancangan Keluarga) Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

kali ni aku nak kongsikan tentang cara aku menjarakkan kehamilan.. sebenarnya ada banyak cara untuk kita menjarakkan kehamilan ni.. aku dah pernah ceritakan sebelum ni dalam part 1.. hampa boleh tengok kt entry sebelum ni..

untuk entry kali ni aku nak sambung lagi.. 

Apa aku buat bila aku rasa diri aku tak sesuai ambil kaedah depo-provera ni?

Aku ke klinik kesihatan kat kawasan aku ni dan mintak pandangan doktor untuk next step..

Doktor  mencadangkan aku mengambil pil perancang (contraceptive pill) untuk stabilkan kembali period aku.



1st pil perancang : Jenama Desolon


Pro : berat tak naik
Cons : sakit kepala berpanjangan.. hampir setiap hari sampai susah nak tidur..(bagi aku ye)
Jangka masa guna : 2 bulan 


kebiasaannya kk bagi.. jadi tiap bulan kena pergi kk untuk ambil stock.. macam biasa lah... bila pergi ambil stock, kena check berat, tinggi, tekanan darah, kadang-kadang air kencing.. makan masa la sikit...nak mudah beli kat luar.. kat farmasi..

Jadi, aku rasa tak sesuai dengan aku.. tak sesuai dengan aku tak bermaksud tak sesuai dengan hampa jugak.. hampa kena try dulu.. kalau jadi macam aku baru jumpa doktor hampa sendiri.. side effect dia berbeza setiap orang sebab macam kita tau.. pil perancang kan dia akan kacau hormon kita.. jadi ikut hormon badan masing-masing la.

 aku pon jumpa balik doktor kk untuk bincang balik tentang jenis pil perancang tu..

lepas tu, doktor bagi next pil perancang.. kk bagi kat aku yang ni...

2nd pil perancang : Oralcon


pro : berat badan naik cepat.. selera makan naik.. period datang on time lepas habis makan pil..
cons : period datang sikit-sikit.. dalam sehari hingga 3 hari saja.. lepas tu rasa macam perut asyik kembung even lepas dah period ( orang pompuan ja faham bab ni).. asyik rasa macam nak muntah.. 

aku pon jumpa balik doktor... tanya dengan doktor..normal ka kalau datang period 3 hari saja lepas makan pil. doktor kata sepatutnya normal tapi kalau ada side effect lain yang teruk.. itu dah jadi tak normal..

then, doktor suggest tukar lagi pil perancang.. cuma pil perancang yang doktor cadangkan tu .. tiada stock kat kk.. doktor suruh beli sendiri kat farmasi..


3rd pil perancang : Rigevidon

Pil perancang yang kali ni aku beli sendiri kat farmasi harga dalam RM6.90 macam tu..sebab doktor kata kat kk stock dah habis yang ni..

pil ni last aku tukar sebab sesuai dengan aku.. berat tak naik.. tak de pening kepala dah.. tak de rasa loya dah.. 

aku makan pil ni dari bulan 7 2022 sehingga lah bulan 12 2022..

overall okey.. cuma lambat sikit datang period lepas aku dah habis makan ubat.. tapi tak beza banyak pon setakat sehari dua je selang untuk period..ok la kan.. nama pon ubat hormon.. biasalah tu..

kenapa aku berhenti sampai hujung bulan 12, 2022??

ha... nanti ada masa lagi aku cerita dalam next entry ye...

terima kasih kepada semua readers blog ni..sudi blogwalking.. 

saya doakan semua readers blog ni ..dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki di dunia dan akhirat... aamiin..

papai semua...



  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 20 April 2022

Teknik Pencegahan Kehamilan (Khas untuk Rancangan Keluarga) Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni aku nak kongsikan sedikit mengenai cara nak elak dari mengandung atau dalam kata lain, cara nak jarakkan kehamilan..

AWAS : ENTRY NI HANYA UNTUK GOLONGAN YANG BERKAHWIN SAHAJA!

Mengapa pentingnya perancangan untuk kuantiti anak dalam sesebuah rumahtangga?

Anak ini anugerah daripada Allah. Anak adalah suatu bentuk nikmat rezeki dan jugak suatu bentuk ujian daripada Allah untuk menilai keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.

Jadi, bila sebut pasal anak merupakan amanah besar dari Allah ni maksudnya ia datang dengan pahala dan jika tersalah langkah boleh jadi dosa. Mendidik anak ni bukan suatu yang mudah.. Anak ramai tidak menjamin kehidupan kita bahagia begitu juga jika kita tidak punya ramai anak.. tetapi anak ni lahir selari dengan rezeki dariNya yang tersendiri.. jangan anggap anak itu suatu beban..rezeki setiap orang berbeza-beza dan kita hendaklah berusaha untuk dapatkan rezeki yang lebih baik.

Ada anak ramai ni banyak kelebihan dan keburukannya.. namun ada anak sedikit bukan suatu kesalahan.. ramai orang cakap ada anak ramai ni esok-esok boleh jaga masa kita tua.. anda pasti ka semua tu? jangan buat kerja Allah.. Anak ni amanah Allah kepada kita .. sepatutnya kita pikul tanggungjawab kita sehabis baik untuk memastikan mereka cukup ilmu agama, ilmu dunia dan ilmu akhirat.. selebihnya jika mereka beramal dan berbuat kebaikan itu semua bonus untuk kita... bukan kita berharap anak mesti berkhidmat kepada kita pulak setelah kita tua.. jika mereka melakukan khidmat mereka kepada kita itu bonus..

Esok-esok kat akhirat, Allah tak tanya anak kita kerja hebat ke tak? tak tanya anak kita balas ke tak jasa kita? Allah tanya apa yang kita bekalkan kepada anak-anak untuk berkhidmat kepada Allah? 

Sebab tu pentingnya perancangan keluarga ni.. kita nak pastikan anak-anak kita mampu hidup dalam keadaan selesa dan cukup keperluan asasnya.. supaya anak kita berasa selesa untuk menuntut ilmu dan beribadah kepada Allah.. 

Ada beberapa jenis cara untuk rancang keluarga ni..

Teringat saat aku baru saja selesai bersalin pada sebelah malamnya.. keesokannya ada morning round dari doktor pakar.. bertanyakan kepada aku, " Puan, dah fikir ke nak guna kaedah perancang keluarga apa?"

Aku agak blur masa tu..

"Belum.. nanti saya tanya husband saya dulu."

"Puan, sekarang musim covid, saya cadangkan puan ambil apa-apa jenis perancang keluarga kerana banyak komplikasi terhadap ibu mengandung sekiranya ibu mengandung itu terkena covid ni.. benda kita tak nampak puan.. kalau puan nak merancang sendiri tiada masalah, tetapi saya harap puan dapat fikirkan tentang kesihatan puan jugak kerana merancang sendiri tidak semua berjaya..saya harap puan faham.."

Aku agak terkejut dengan kata-kata doktor tu.. tapi ada betulnya dalam nasihat tu. " baik doktor. terima kasih.. "

"Kalau puan nak ambil mana-mana perancang.. nanti puan boleh bincang dengan jururawat di klinik kesihatan yang terdekat dengan tempat tinggal puan."

" okey doktor." 

Aku bukan tidak mahu ambil perancang keluarga tapi memikirkan kami dah lama nak ada anak.. tambahan pula, aku ni jenis yang susah untuk hamil.. kira macam bukan kata kahwin-kahwin terus bunting pelamin macam orang lain.. kami sendiri pon berusaha bertahun-tahun untuk dapatkan anak pertama kami ni.. jadi, aku berhasrat la untuk ada lagi seorang anak.. macam sekarang ada anak lelaki, kalau boleh nak ada anak perempuan pulak dalam masa terdekat.. lepas tu nak jarak berapa lama pon tak pa dah.. memang la anak ni rezeki daripada Allah tapi tak salah kan kalau kita merancang dan berusaha.

Berat sebenarnya untuk aku buat keputusan.. 

Bagi yang ingin tahu, merancang sendiri ini macam mana? Natural Method ni macam mana?

Merancang sendiri ni ada banyak cara antaranya...
1) Apabila pasangan melakukan 'al-azl' dimana si suami mengeluarkan air mani di luar vagina isteri
2) Menggunakan kondom
3) Si isteri mengira waktu kesuburan dan bersama diluar waktu subur (AWAS: UNTUK YANG PERIOD TERATUR SAHAJA)
4) Fully Breastfeeding dan jadual breastfeeding yang teratur ye.. penyusuan untuk setiap sesi mesti diantara 4 jam hingga 6 jam.. Secara umumnya, apabila kita menyusu penuh baby kita, period akan delay, kadang-kadang sampai setahun, dua tahun macam tu. Tetapi kalau kita menyusu tidak teratur, kemungkinan untuk hamil itu ada jugak..

Banyak cara untuk nak tengok waktu kesuburan kita... (Part ni nanti aku cerita dalam entry yang lain ye)
1) dengan cara buat opk test
2) tengok suhu badan kita (BBT)
3) tengok lendir servik kita

Tapi kaedah ni kami tak guna sebab aku risau tempat jahit aku.. luka nak bagi betul-betul sembuh dulu.. ye la, kaedah ni kan belum tentu berhasil..

Aku nak cerita jugak la kan...

Ada lagi satu cara menggunakan Pil Perancang Emergency @ Pil Plan B @ Pil Morning After.. Ni pon  antara kaedah untuk rancang sendiri jugak.. tapi tak digalakkan.. kalau tak silap sebulan boleh ambik sekali ja ubat ni.. maksudnya satu cycle period saja.. nak ambik lagi kena tunggu next cycle period dulu..bukan main ambil setiap hari ye.. ubat ni biasanya dijual satu pek ada 2 biji saja.. wajib makan 2 biji ye.. 72 jam pertama makan sebiji, sebiji lagi makan selepas 12jam daripada pil yang pertama..

pil ni guna kalau kita bersama dengan suami tapi suami terlupa pakai kondom atau buat azl.. time tu kita pulak tengah subur.. bolehlah guna pil ni.. macam yang kita tahu, sperma kan bertahan dalam tempoh 3 hingga 5 hari dalam rahim dan saluran fallopian, jadi bila kita makan pil ni, kira macam boleh halang dari pregnant la sebelum sempat sperma berenang ke ovum.. sebab pil ni biasanya dimakan dalam tempoh 72 jam atau 3 hari selepas hubungan suami isteri.. tetapi ada satu jenis lagi yang dimakan dalam tempoh 120 jam atau 5 hari selepas bersama suami... yang ni kena tanya farmasi yang mana sesuai untuk diri sendiri.. jangan main beli ja..

Tapi pil ni tak boleh ambil secara kerap, boleh ganggu kitaran period , hormon badan dan waktu subur.. kang kalau ambik kerap, susah pulak nak lekat kalau betul-betul nak pregnant next time. pil ni jugak tak digalakkan ambil sebab ada side effect dia yang tersendiri.. contohnya mudah rasa loya, pening kepala,  kemungkinan berlakunya pendarahan di luar waktu period, berat badan naik mendadak, susu badan berkurangan, risiko darah beku, sakit jantung, dan darah tinggi..

Bila dengar macam-macam risiko ni macam takut je kan nak try..

So, setelah bincang dengan suami aku, suami aku mintak aku guna kaedah Depo-Provera Injection.. orang kita kata guna cara cucuk la.. hehehe.. 

Kiranya sejak lepas pantang, aku ambil kaedah cucuk ni dah 3 kali dah la setakat ni.. alhamdulillah berjaya tak mengandung.. hahahaha...

Kaedah cucuk ni ada 2 jenis 
1) cucuk 2bulan sekali ( yang ni aku pernah cucuk sekali sebabnya ubat yg 3 bulan habis kat klinik)
2) cucuk 3bulan sekali ( yang ni aku cucuk 2 kali dah.. aku lebih prefer yang ni sebab rasa lama sikit nak cucuk yang 2nd dose.. hahaha...sejenis yang penakut jarum.. hahaha..)

secara puratanya, setahun pengambilan kaedah cucuk ni sebanyak 4 kali. Dicucuk dibahagian punggung atau atas lengan. tapi biasanya yang aku dok pi cucuk semua kat bahagian punggung.. maybe lebih effective kot area punggung tu,.. hahaha.. 

Sepanjang aku cucuk 3 kali tu.. dia lain-lain jenama tau untuk yang 2 bulan dengan 3 bulan tu.. jadi, effect dia pon lain-lain la..

okey, aku cerita bahagian aku la kan.. kalau macam aku.. kalau aku cucuk yang dos 2 bulan tu kan, period aku jadi gelong terus.. pagi ada,..petang takdak pulak.. dah mandi wajib.. esok tu ada balik.. jenis ada period tapi sikit-sikit.. lepas tu biasa nya dalam tempoh 7 hari ja.. tapi setiap bulan macam tu.. dos 2 bulan ni aku tak de effect sangat..cuma rasa berat badan naik dengan selera makan pon naik..

kalau aku cucuk yang dos 3 bulan tu pulak, lepas ja hari cucuk tu, aku tak period dalam 2 atau 3 bulan then sekali period tu lama.. contohnya period tu sampai 15hari ke 20 hari.. sampai kena ambil ubat stop period dari doktor. untuk dos 3 bulan ni.. aku mudah rasa pening, tambah-tambah time nak dekat period rasa perut macam kembung dan time period kerap jadi senggugut.

okey, ni yang aku cerita berdasarkan pengalaman aku.. kalau korang ada pengalaman yang lain, boleh komen kat ruangan komen ye,.. terima kasih ye semua readers yang sudi blogwalking kat blog aku ni..

Aku doakan korang semua dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah..aamiin..

mintak tolong doakan aku dan seluruh keluarga aku dimurahkan rezeki ye.. tq .. :)

Jumpa lagi dalam next entry .. 

Papai... :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...