Monday 26 January 2015

perubahan wajahku sikit demi sikit *utk kem akhir 2014*

hikum dan salam sejahtera..

pada kali ni saya nak menceritakan tentang diri saya.

perubahan kulit wajah saya sepanjang berada di kem palapes ni..

mmg banyak perubahannya kan????

xpa2... ni bru seminggu.. ada lagi 2 minggu..hehehe.. t kita tgk jadi mcm mna plak ye.. hehehe..

saya dah cari jalan penyelesaian dah.. t kita tgk lepas kem ni saya nk buat pe.. hehehe.. rahsia tau.. hehehe..

hari 1...

Add caption


hari ke- 8




Hari ke - 14


Hari ke - 21






  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday 18 January 2015

iringi pemergianku dengan doamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 pada hari ni bermula lah episod baru bagi seorang sukarelawan askar ni.. askar lah sangat kan.. tapi jiwa xmacam askar pon.. hahaha..

saya akan ikuti kem ni selama 3 minggu.. doakan agar saya diberikan kekuatan daripada Allah untuk hadapi segala ujian daripadaNya.. doakan juga agar Allah percepatkan waktu supaya cepat boleh bercuti... hehehe..

kepada mak, adik beradik , mak saudara dan sepupu sepapat saya...
saya minta maaf kalau telah banyak menyusahkan semua dari saya kecil hingga ke dewasa.. halalkan makan dan minum saya sepanjang bersama semua..doakan kesejahteraan, kebahagiaan, kejayaan dan rezeki yg melimpah ruah ke atas saya ye..tolong doakan juga agar sya brjaya di akhirat untuk masuk ke syurga dan bertemu dengan semua yang saya cintai..termasuk arwah abah....

kepada tunang tercinta..
maafkan daku atas semua kesalahanku...halalkan segala makan minumku yang kau belanjakan kepadaku..sayangku kepadamu tidak pernah berubah dari dulu sehingga kini..harapanku untuk hidup bersamamu terlalu tinggi menggunung... tolong doakan kesejahteraan u disini.. tak sabar lah nak jumpa lagi.. hari tu jumpa sekejap je..kite rindu kat awak le... jangan lupe tau awak dah janji nak datang ambil kite...kite tunggu awak tau.. until jannah... doakan juga supaya Allah permudahkan urusan pernikahan kita dan memurahkan rezeki kita sehingga ke syurga.. tak sabar nak jadi isteri awak tahun depan.. *wink*wink*

kepada sahabat tersayang..
maafkan segala kesilapanku.. dan halalkan segala yang pernah dibelanjakan dan pernah bagi... doakan kesejahteraan ku kat sana ye.. sayang hampa semua.. will miss u always..

ceewah.. tulis blog macam pergi tak kembali jer.. huhuhu.. mana nak tau kan.. ajal maut ni kat tangan Allah.. kita hanya merancang.. Dia yang menentukannya.. kalau jadi apa2 kat saya.. tolong doakan yg terbaik untuk saya ye..

11/1/2015 : balik kampung.. yeahhhhh!!!! xsabarnya....

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday 7 January 2015

nota cinta dalam kursus perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

seperti yang telah saya janjikan dahulu bahawa mulai tahun 2015 ni saya akan menceritakan tentang nota-nota cinta yang saya kutip dari kursus perkahwinan yang telah saya hadirkan diri pada awal tahun lepas.. huhuhu.. tujuan saya cerita ni pon untuk revise balik.. benda ni kita kena selalu belajar even belum kahwin..sebab apa? sebab ilmu ni nanti kita nak guna time berumahtangga dan beranakpinak...huhuhu...semangatkan pergi awal... huhuhu.. bukan apa ingat kalau pergi awal murah sikit dan tak banyak prosedur sangat.. dengar cerita dah ketatkan procedure untuk kursus kahwin.. wah.. takutnya..nasib baik dah ambil dah.. huhuhu..



just nak share experience.

 sebelum saya cerita lebih lanjut tentang nota-nota cinta ni.. nak cerita lah sikit pasal saya..huhuhu.. saya pergi kursus kahwin dalam universiti., alhamdulillah dengan izin Allah seperti yang dicadangkan saya pergi ke kursus kahwin  tepat pada hari dan waktu yang ditetapkan..

Dalam kursus kahwin ini ada 4 sesi (masa saya pergi hari tu la) dalam masa 2 hari...

hari 1 :
sesi 1 - Bahagian 1 = asas pembinaan insan
sesi 2 - Bahagian 2 = pengurusan keluarga

hari 2 :
sesi 3 - Bahagian 3 = pengurusan masalah dalam keluarga
sesi 4 - Bahagian 4 = sesi ujian / ulangkaji

Alhamdulillah pakej yang lengkap dan sarat dengan ilmu rumahtangga tapi para penganjur dan ustaz ustazah yang terlibat hanya menolong kita mempelajari ilmu sahaja bukan 100% bergantung pada kursus kahwin ini saja ye.. semua depend pada diri kita sendiri.. ilmu dah bagi tapi kita kena dalami dan amalkan..keseluruhan markah yang boleh saya beri untuk kursus kahwin hari tu 90 markah.. terima kasih ustaz ustazah yang banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar tentang perkahwinan.. memang tak kering gusi.. hihihihi..

Bahagian nota

baiklah, jangan stress2.. saya nak cerita santai-santai sahaja supaya semua faham dan saya pon senang buat revision kalau dah tua-tua nanti.. hehehe.. saya mungkin tak ikut turutan dalam menyampaikan ilmu yang saya dapat sebab apa yang saya ingat saya akan ceritakan sahaja.. huhuhu..

untuk pengetahuan.. sumber untuk nota ni saya ambil dari buku-buku perkahwinan, majalah pengantin, buku perkahwinan dalam islam.. maksudnya disini bahan yang saya gunakan bukan hanya tertumpu kepada buku kursus perkahwinan edisi pertama dan edisi kedua sahaja..

sebab apa?? sebab saya tak nak semua berasa boring @ stress dengan membaca nota-nota saya ni..

sebelum baca nota cinta yang lain.. jom fahami diri kita dahulu..

http://solehahkahaku.blogspot.com/2015/01/jom-mengenal-diri-kita-sebagai-hamba.html

pertama sekali, kita sebagai seorang insan hendaklah mengetahui asas-asas dalam pembinaan insan...

Asas utama yang membina jati diri kita sebagai insan adalah Akidah..

Akidah :

Bahasa : simpulan, ikatan atau pegangan.
Istilah : kepercayaan dan keyakinan yang pasti serta keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak atau keraguan.
mengikut islam : keimanan (kepercayaan dan keyakinan) terhadap Allah s.w.t, beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari akhirat dan takdir Allah s.w.t

Asas Akidah Islam :

  1. Tauhid Rububiyah : mentauhidkan Allah dengan meyakini hanya Allah saja sebagai Rabb iaitu pencipta, pemilik dan pemerintah alam ini.
  2. Tauhid Uluhiyah : mentauhidkan Allah dengan meyakini hanya Allah saja sebagai Ilah iaitu Tuhan yang disembah.
Peranan Akidah terhadap Individu
  1. memerdekakan diri daripada kekuasaan orang lain
  2. menjana semangat untuk berubah dan memajukan diri akan memberikan kesedaran kepada diri seseorang bahawa usia yang dikurniakan oleh Allah telah ditentukan.
  3. memberikan keyakinan bahawa Allah s.w.t sahaja yang memberikan rezeki.
  4. memberikan ketenangan jiwa, seseorang yang sentiasa mengingati Allah akan merasa tenang dan tenteram.
  5. mengangkat darjat dan memartabatkan diri seseorang di sisi Allah s.w.t
  6. mendapatk jaminan daripada Allah kehidupan baik di dunia dan akhirat.
  7. menjadi panduan dan pegangan hidup kepada setiap individu
  8. membentuk akhlak-akhlak mulia
Peranan Akidah terhadap Rumahtangga
  1. membentuk pergaulan yang baik antara suami isteri kerana mencontohi rumahtangga Rasulullah s.a.w sebagai role model.
  2. membentuk sikap tanggungjawab terhadap ahli keluarga
  3. mendorong suami supaya bekerja kuat mencari rezeki
  4. meletakkan ketaatan kepada suami sebagai keutamaan
  5. memupuk rasa bersyukur, redha dan kasih sayang dalam pergaulan antara suami isteri
  6. mengiktiraf hak peribadi setiap ahli keluarga.
  7. membina perhubungan yang baik antara ahli keluarga kedua-dua belah pihak
  8. bersikap jujur dan amanah
  9. berpegang kepada prinsip kesederhanaan dalam pengurusan rumahtangga.
  10. memahami urusan isteri dan anak-anak sebagai amanah
  11. merahsiakan perhubungan suami isteri
  12. berwaspada dengan hukum Allah dalam semua tindakan.
  13. membina rumahtangga yang berasaskan akidah yang mantap
  14. menghasilkan ketenangan dalam rumahtangga
Perkara yang boleh membatalkan Akidah.
  • melakukan perkara-perkara yang jelas menyekutukan Allah sama ada perkataan atau kepercayaan
  • menyembah selain Allah s.w.t
  • melakukan amalan-amalan kebaikan untuk menunjuk-nunjuk
  • mengingkari kuasa Allah dan kenabian Nabi Muhammad s.a.w
  • mempersendakan hukum Allah
  • melakukan perbuatan menyerupai orang kafir
  • menolak Al-Quran dan sunnah 
Kesan terbatalnya Akidah dalam Keluarga :
  • Membatalkan akad perkahwinan (pembubaran perkahwinan)
  • membatalkan hak mempusakai
  • membatalkan hak perwalian
  • hilang keistimewaan sebagai seorang muslim
  • hilang hak penjagaan anak-anak
  • hilang hak mendapat nafkah


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Jom mengenal diri kita sebagai hamba Allah (ISLAM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pada kali ini saya akan menceritakan tentang diri kita sebagai manusia..

Manusia ini telah dicipta sebagai khalifah di muka bumi ini merangkap hamba Allah..

sifat-sifat orang muslimin :

  • mendirikan solat pada waktu malam dan akhir malam
  • memberikan sebahagian harta kepada orang miskin bagi memenuhi keperluan mereka
  • jihad di jalan Allah dengan jiwa dan harta
  • mengikuti semua ajaran Rasulullah s.a.w
  • sentiasa memberi kemaafan
  • sabar


3 perkara penting yang ada dalam diri kita sebagai seorang muslim yang menganuti agama Islam.
- nikmat islam
- nikmat iman
- nikmat ihsan

Allah-green.svg


ISLAM

  • sebuah agama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk memimpin manusia ke jalan kebenaran yang lengkap dengan peraturan dan undang-undang hidup manusia.
  • Al-Quran dan hadis sebagai pegangan.
  • Qias dan Ijmak sebagai tanda panduan @ kayu ukur atas sesuatu perkara semasa
  • islam bermaksud aman, sejahtera,dan menyerah diri.
  • mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepadaNya 
  • mengakui keEsaan Allah s.w.t
  • melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
  • Mengikut dan beriman kepada ajaran-ajaran yang dibawah oleh Nabi Muhammad s.a.w
Rukun Islam ada 5 perkara :
  1. Mengucap dua kalimah syahadah


  2. Menunaikan solat

    # solat fardu : 5 waktu : subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak.

    # solat sunat :
    - solat sunat tahajud
    - solat sunat dhuha
    - solat sunat rawatib
    - solat sunat witir
    - solat sunat tasbih
    - solat sunat hajat
    - solat sunat tahiyatul masjid
    - solat sunat taubat
    - solat sunat musafir
    - solat sunat hari raya
    - solat sunat tarawih
    - solat sunat istiqharah
    - solat sunat mutlaq
    - solat sunat wuduk
    - solat sunat khusuf (gerhana)
    - solat sunat istisqa' (minta hujan)
    - solat sunat nikah
    - solat sunat isyraq
    - solat sunat Ghairu muaakaddah
    - solat sunat ihram
    - solat sunat muqayyad
    - solat sunat qudum
    - solat sunat jenazah
    - solat sunat qasar  dan jamak
    - solat sunat nisfu syaaban
    - solat sunat asyura
    - solat sunat lailatul qadar
    - solat sunat tolak bala
    - solat sunat syukur
    - solat sunat tawaf
    - solat sunat hadiah
    - solat sunat zawal
    - solat sunat muakkad

    sumber lanjutan : http://hambaliabdullah.blogspot.com/2013/12/jenis-solat-sunat.html
  3. Mengeluarkan zakat (kesucian / keberkatan)

    ukuran/kadar harta tertentu yang harus dikeluarkan oleh pemiliknya untuk diserahkan kepada golongan/orang-orang yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat tertentu iaitu dengan jumlah tertentu pada waktu tertentu.

    syarat-syarat untuk menunaikan zakat :
    # islam
    # merdeka
    # milik sepenuhnya
    # cukup haul
    # cukup nasab

    Jenis-jenis zakat
    * zakat fitrah
    * zakat wang simpanan
    * zakat emas dan perak
    * zakat pendapatan / perniagaan
    * zakat saham
    * zakat binatang ternakan
    * zakat tanaman

    Golongan yang layak menerima zakat
    a) fakir
    b) miskin
    c) muallaf
    d) riqab
    e) qarrim
    f) sabillillah
    g) ibnu sabil

    sumber lanjutan : https://azurahkio.wordpress.com/2008/09/22/pengertian-zakat-macam-macamnya/   dan  http://basicartikel.blogspot.com/2013/03/pengertian-jenis-dan-golongan-penerima_24.html

  4. berpuasa di bulan ramadan (bulan puasa ramadan ialah bulan ke sembilan dalam kalender islam)


    perkara yang dilarang semasa berpuasa




















  5. menunaikan haji di mekah (bagi yang berkemampuan)

    Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.


    Maksud istitaah @ berkemampuan:
    1. terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
    2. mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
    3. perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
    4. ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
    5. bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.





    sumber lanjutan : http://www.anuar2u.com/e-haji.html

IMAN
  • Membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran-ajaran Allah s.w.t
  • seseorang yang beriman mestilah melibatkan 3 unsur :
    - mengakui di dalam hati bahawa islam adalah agama benar.
    - menyatakan dengan lidahnya bahawa islam adalah agama yang benar.
    - mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung dalam islam..
  • memahami rukun-rukun dan iman.
Rukun Iman ada 6 :
  1. Beriman kepada Allah s.w.t

    # Mengakui dan mengEsakan Allah s.w.t
    # mengikuti segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya
  2. beriman kepada para malaikat


    Nama-nama malaikat dan tugasnya
  3. beriman kepada kitab suci (Al-Quran dan hadis)
  4. beriman kepada para rasul

    # Jumlah para Nabi dan Rasul sangat banyak. Namun yang harus diimani hanya 25 Rasul sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran.

    #Mereka adalah :
    01.Nabi Adam a.s.                            02.Nabi Idris a.s.
    03.Nabi Nuh a.s.                               04.Nabi Hud a.s.
    05.Nabi Salih a.s.                              06.Nabi Ibrahim a.s.
    07.Nabi Luth a.s.                              08.Nabi Ismail a.s.
    09.Nabi Ishaq a.s.                             10.Nabi Ya’akub a.s.
    11.Nabi Yusuf a.s.                              12.Nabi Ayub a.s.
    13.Nabi Syu’aib a.s.                           14.Nabi Musa a.s.
    15.Nabi Harun a.s.                             16.Nabi Zulkifli a.s.
    17.Nabi Daud a.s.                               18.Nabi Sulaiman a.s.
    19.Nabi Ilyas a.s.                                20.Nabi Ilyasa’ a.s.
    21.Nabi Yunus a.s.                             22.Nabi Zakaria a.s.
    23.Nabi Yahya a.s                              24.Nabi Isa a.s.
    25.Nabi Muhammad s.a.w

    sumber lanjutan : http://cahayapurnama.com/mari-mengenal-25-nabi-dan-rasul/
  5. beriman kepada hari akhirat

    Hari Akhirat (يوم القيامة) merupakan hari di mana manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup. Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari kiamat.



    perjalanan ke hari akhirat
  6. beriman kepada qada' dan qadar

    # Mengikut terminologi yang dirumuskan Prof. Dr Mohamad Rabi’ Jawhari, pensyarah Kuliah Usuluddin di Universiti Al-Azhar, bahawa Qada’ adalah pengetahuan Allah tentang perbuatan yang lampau, sedang dan yang akan berlaku telah ditetapkan-Nya sejak azali dan tertulis di dalam Lauh Mahfuzh. Adapun Qadar adalah terjadinya suatu perkara yang baik mahupun buruk sesuai dengan prinsip sifatnya, ukurannya, dan syarat-syaratnya mengikut aturan dan kehendak Allah Taala. (Aqidatuna, Juzuk 2)

    sumber lanjutan : 
    http://www.tarbawi.my/2013/09/beriman-kepada-qada-dan-qadar.html

IHSAN : berbuat baik kepada manusia dan menghindari daripada melakukan perbuatan yang buruk dan jahat. Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalam beribadat dan mengerjakan ibadat kerana Allah s.w.t. semata-mata.

Ciri-ciri Ihsan :
  • melakukan ibadah dengan khusyuk, ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t
  • yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi apa yang dilakukan
  • melakukan ibadah dengan teratur semata-mata kerana Allah s.w.t
  • merasa nikmat dan keseronokan semasa melakukan ibadah


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

HSS VS HCS

assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ini jom kita bincang something yang spesial yang korang suka sangat sebut kannnnn...meh nak bagi Korang pahem sikit pasal nih...
sentap (perkataan yang sinonim dengan korang)
dalam kamus DBP : terkejut dengan tiba-tiba, tertarik kuat-kuat,~terperanjat boboy~
dalam bahasa korang (pasar) : sakit hati @ marah @ sensitif kan??? (sory le kitew tak pakai sangat bahasew niew)..huhuhuhu...
Apa beza Hati Susah Sentap (HSS) dgn Hati Cepat Sentap (HCS) ??????
bezanya, sayang...
HSS : bila tegur something, jenis tak makan saman la orang kata @ kategori orang yang tak faham pon apa orang lain tegur.. dan masih buat perkara yang sama walaupun salah.
HCS : bila ada seseorang tegur atas something, dia cepat kecik hati lepas tu simpan dalam hati apa yang orang tu tegur...
Apa tindakan awak bila berdepan dengan orang yang HSS @ HCS ni?
biasanya kalau awak tu jumpa orang jenis HSS ni, awak akan kata..
" iskh .. dia ni rasa macam nak mintak pelempang je, orang cakap pon tak faham-faham lagi "

biasanya kalau awak tu jumpa orang jenis HCS pulak, awak akan kata..
" balik balik nak sentap, menyampah aku orang macam ni"..

satu perkara yang anda perlu tahu mengapa orang itu anda labelkan sebagai HSS @ HCS...bila anda judge orang lain macam tu, perlu diingat yang tu menunjukkan perwatakan anda sendiri..
mengapa saya katakan sedemikian??
cuba lihat balik mengapa org yang anda label 'sentap' @ 'susah sentap' tu bertindak sedemikian dengan anda???
kalau awak tu tegor dia dengan cara baik.. layan dia dengan cara baik.. 
rasanya orang tu nak dengar tak cakap awak?? 
agaknya orang tu akan sentap tak dengan awak???

ce pikir balik... sebenarnya sikap awak tu pon satu.. yang awak nampak kesalahan orang lain.. tegur diri awak sebelum tegur orang lain..
dia sentap sebab apa??
cuba tegok balik, : cara awak tegor dia (buat muka ke tak ke).. nada awak masa tegor dia (nada tinggi ke rendah ke).. situasi awak tegor dia (depan orang ramai ke face to face ke) ... keadaan diri dia ( dia tengah sakit ke ape ke)...
dia susah sentap pulak sebab apa??
cuba tengok balik : cara awak tegor dia macam mana.. cara awak layan ni mcm mna..
sebenarnya, kalau anda nak tahu, kadang-kadang orang yang nampak susah sentap ni bukannya dia tak dengar apa yang anda katakan tetapi disebabkan cara anda menegur itu salah menyebabkan dia rasa tak ambil berat pon dengan kata-kata awak tu..
# pendekkan kata : awak kalau nak tegor orang, lihat diri awak tu dulu.. jangan lantang je bersuara.. nanti kalau benda ni kena kat batang hidung awak tu sendiri baru tahu..
( peringatan untuk diri sendiri dan anda jugak sebab apa? sebab saya sayang semua kawan-kawan saya)

~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Tuesday 6 January 2015

cinta, wanita dan seks


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa yang saya nak ceritakan pada pagi ini lebih menyentuh soal kita sebagai wanita, kita sebagai pencinta manusia...

terlebih dahulu ingin saya katakan cinta itu buta,tetapi usah buta kerana cinta..

kenapa saya katakan sebegini?? saya begitu tertarik dengan salah satu confession di atas yang mengetengahkan tentang cinta dan seks terhadap wanita.. saya letakkan status tersebut bukan untuk mengaibkan disini tapi saya lebih kepada nak berkongsi dan nak komen tentang hal ini yang saya rasakan sering berlaku terhadap pasangan couple yang lain dan mungkin sebahagiaan kecilnya amat menjaga hubungan mereka daripada perkara maksiat.. tahniah! tapi bagi wanita yang masih berada dalam tahap hubungan yang 'BAIK' itu perlu jugak ambil tahu tentang hal ini dan tidak sepatutnya meletakkan kepercayaan 100 % terhadap lelaki-lelaki kat luar sana even sayang macam mana pun letakkan 40% rasa tidak percaya terhadap pasangan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pertama sekali, kita perlu kenal dulu lelaki ini macam mana gender dia...

seperti yang kita tahu, perbezaan antara lelaki dan wanita ini amat jauh beza..

perwatakan lelaki - fizikalnya 2X ganda lebih kuat dari wanita, agresif, kebanyakkannya jenis suka menyembunyikan perasaan, cepat marah, lebih tenang ketika selesaikan suatu masalah, berkeyakinan tinggi, dilatih sebagai pemimpin, memiliki tanggungjawab yang besar dan mudah mempengaruhi orang lain, pandai mengawal perasaan..

perwatakan wanita - lembut, biasanya wanita dianggap lemah, mudah bersikap terburu-buru, emosi berubah-ubah dan tak terkawal, mudah terpengaruh, senang menunjukkan emosi, pasif.. cepat menangis, memiliki naluri keibuan  yang tinggi, penyayang dan mudah mesra.

namun, pengalaman saya dalam separa askar ini berpendapat bahawa wanita tidak sepatutnya diperlakukan ' ALL WOMEN ARE EQUAL WITH MEN'... sangat bertentangan dengan naluri wanita.. we are not equal with men.. tetapi saya tak salahkan wanita yang berminat untuk memasuki bidang ketenteraan, go ahead! malah saya kagum dengan anda.. tahniah kerana anda tunjukkan wanita tidak lemah tapi percayalah cakap saya.. sekuat mana pun anda, anda still wanita yang lemah dalam konteks naluri.

Kenapa saya katakan sebegini?

kerana... wanita juga mempunyai hak.. hak ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi milik yang bebas dan samarata dari segi maruah dan kebendaan. 

kita boleh tengok hak asasi bagi wanita yang masih ditekankan pada masa kini ialah 
# hak untuk hidup (/) , 
# hak untuk beragama (/) , 
# hak pekerjaan (/) , 
# hak pendidikan (/) ,
# hak kesihatan (/) ,
# hak kekeluargaan dan pemilihan pasangan (/) ,
# hak perlindungan (X)

Mengapa saya katakan tiada hak perlindungan terhadap wanita? 
cuba anda fikirkan, mengapa masih berlaku diskriminasi atau stereotaip gender terhadap wanita?? 

Stereotaip gender : satu imej yang telah ditetapkan keatas gender yang berlainan. contohnya : wanita itu lemah..

Diskriminasi : apabila seseorang itu menerima layanan yang berbeza disebabkan oleh stereotaip negatif itu tadi... maksudnya, apabila seorang lelaki itu beranggapan wanita ini lemah maka mereka merasakan mereka mampu mendiskriminasikan golongan wanita.

kenapa kita nak kembali ke zaman jahilliah dimana wanita diperkotak-katikkan??? kenapa??? lelaki tidak sedarkah bahawa anda adalah pemimpin wanita??? 

sepatutnya kaum lelaki lebih bertindak memimpin wanita dan menjaga maruah seorang wanita.. inilah merupakan hak perlindungan terhadap wanita yang tidak sepatutnya diabaikan bukan hanya mengharapkan persatuan tertentu dalam menjaga hak perlindungan wanita tetapi sepatutnya lelaki di Malaysia ini juga mesti turut alert tentang perkara ini.

Diskriminasi yang kaum lelaki lakukan terhadap wanita ini sama seperti keganasan terhadap wanita dimana kaum lelaki menyalahgunakan kuasa dalam perhubungan. keganasan terhadap wanita merupakan satu tindakan yang dikenakan terhadap wanita atau kanak-kanak perempuan adalah semata-mata kerana mereka wanita.

Bentuk-bentuk diskriminasi / keganasan terhadap wanita :
# penderaan
# pelacuran kanak-kanak
# keganasan rumah tangga
# kahwin di bawah umur
# gangguan seksual
# rogol
# sumbang mahram


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Cara membuat bunga mawar daripada satin ribbon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada pagi yang hujan renyai-renyai ni.. saya nak tunaikan janji saya untuk ajarkan kawan-kawan buat bunga mawar daripada ribbon satin..

harap semua dapat mencubanya ye.. kalau ada yang tidak faham boleh tanya saya ye..



macam nilah bentuk kelopak bunga mawar tu ye.




ini pulak contoh yang dah siap!

Alhamdulillah dah siap untuk entry kali ni.. 

selamat mencuba ye..


iklan kejap ye..

saya ada buat tempahan untuk bunga tangan, cekak rambut , bantal  hiasan untuk majlis pertunangan/ perkahwinan/ berendoi.. kalau berminat boleh whatsapp saya, 012-5705495.. harga berpatutan.. :)


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Sunday 4 January 2015

cara buat beg sandang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada hari ini saya nak menunjukkan cara buat beg sandang sendiri..

alhamdulillah.. saya nak kongsikan ni ilmu yang saya tahu..

seni kraftangan  ni masing-masing punya cara.. macam-macam boleh buat janji tahu asas je..

saya tak pandai sangat lagi pun baru je berjinak-jinak menjahit... tapi tak salahkan saya kongsi ilmu dengan semua orang kebetulan kawan saya tanya.. 

jadi malas nak tunggu lain hari, jadi saya post entry hari ni jugak..hehehehe..




kali ni entry sikit ja sebab esok ada exam..

doakan saya ye..

nanti saya ajar cara nak buat bunga mawar.. :)





~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Saturday 3 January 2015

kisah cinta ku dulu-dulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada malam ini aku nak sambung lagi cerita hari tu pasal aku jatuh cinta tu.. (boleh abaikan entry ni kalau tak nak baca..hehehe)..

~ Tahun 2007 ~

Mengenalimu suatu anugerah.. mencintaimu suatu rahmat.. menyayangimu suatu sakinah..

selepas aku kenal dia, aku selalu risik tentang perwatakan dia.. tentang pelajaran dia.. tapi aku lupa pulak nak risik sapa makwe dia masa tu.. yang ni aku tak tau kenapa aku selalu lupa nak tanya orang..



Tengok kat bahagian bentuk RED LOVE  .. 
suatu hari, balik daripada kelas Arab (biasanya kelas aku sampai pukul 3 petang).. budak-budak lain habis kelas awal termasuk kelas dia.. kelas aku je habis kelas lewat.. Masa keluar dari kelas.. aku dengar bunyi moto besar kat pondok jaga.. aku perhatikan ja moto tu sambil jalan balik dengan sahabat aku macam biasa : zaty dan idah.. my best friend ever.. 

PINK LOVE 
Lepas tu, masa aku melalui lorong belakang balik ke hostel.. aku nampak dari jauh.. dia bersama dengan lelaki tadi aku agak yang tu ayah dia sebab tengok dari cara dia melayan lelaki tadi macam mesra saja.. 

ORANGE LOVE
Sampai je hostel terus aku tengok kat tingkat.. bukan pe.. just nak tengok dari dekat je muka ayah dia..wah.. ayah dia nampak garang.. my first impression.. dalam hati..'muka ayah dia macam A-Galak la yang cite Gerak Khas tu'.. serius sebijik.. huhuhu.. then, aku tengok ayah dia balik.. 

rasa puas hati sangat dapat kenal dengan family dia.. alhamdulillah.. walaupun dari jauh.. dan aku yakin dia mesti tak ingat dan tak kenal aku dah.. 
aku dok tengok la kan.. ayah dia jarang mai hujung minggu tapi ayah dia kebiasaannya mai kat dia masa waktu sebelum mula study @ lepas waktu study ( waktu sukan).. yang ni yang aku perati la.. first time aku dengar suara ayah dia masa aku sempat lalu berhampiran dia dengan ayah dia jumpa.. tempat yang sama juga.. mesti kat kantin tu.. ayah dia akan tunggu kat moto.. huhuhu.. dan aku kecewa.. sebab aku belum pernah jumpa mak dia.. dan aku harap sangat dapat jumpa dengan mak dia pula.. dari jauh pon tak pa la.. tu perasaan aku masa tu la..

nanti aku sambung lagi ye..


siapa gerangan lelaki itu??


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Thursday 1 January 2015

Permulaan tahun 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni 1/1/2015.. ingatkan tahun ni lebih bermakna buat saya tetapi awal tahun lagi dah jadi tahun yang menyedihkan.. harap-harap pertengahan tahun ni lebih bermakna.. sedih sangat.. even rasa tu lebih bahagia bagi sesetengah orang yang lebih menghargai kedatangan tahun baru.. tapi hakikatnya hati saya amat pedih sangat,.. bukannya dengki dengan kebahagiaan orang lain tetapi turut bahagia melihat betapa bahagianya mereka.. Kini baru saya sedar..tak semua yang kita ingini akan kita dapat.. tahun ni aku lebih merasa kosong,.. perginya tahun lepas membawa banyak kenangan derita.. aku harap tahun ni tidak lagi.,. aku memandang handset ku dengan pandangan yang kosong.. aku dah tiada perasaan lagi.. nak menangis pon dah tak keluar air mata..sebab dah terlalu banyak sangat menangis.. sudah-sudahlah tu penderitaan yang aku rasakan.. mungkin bagi sesetengah pihak merasakan apa yang aku rasakan hanya ujian sebesar biji saga tetapi aku rasa seperti ujian ini menggunung.. tidak mampu ku tanggung dengan kata-kata,.. perasaanku tak terbendung.. banyak yang ingin ku lepaskan namun ku tahu apa yang ku lakukan kini hanya membuka pekung di dada.. Astaghfirullah hal azim.. ampunilah aku ya Allah.. Rentetan peristiwa semalam dan sebelum ini cukup menjadikan aku seorang yang kuat dengan keadaan ku.. tak mengapa.. biarlah aku begini.. biarkan aku sendiri.. mungkin aku tidak layak untuk berdua.. aku redha,, aku pasrah atas ketentuanNya.. sering kali rasa yang anggap akan jadi kenyataan tetapi akhirnya menyebabkan kita menderita kerana mengharapkan datangnya bahagia. Aku sedar..aku tak sebaik dia.. selembut tuturnya.. sehebat bicaranya.. seanggun gayanya.. sesopan jalannya.. sebijak akalnya.. sesantun budinya.. Nyata, kau pinta aku sebaik dia... mengertilah...aku hanyalah aku... insan yang hanya mampu menjadi diri aku sebenar... maaf kalau aku katakan aku bukan dia yang kau inginkan aku sepertinya.. aku tak selayaknya menjadi milikmu.. hanya doaku untukmu bersamanya andai itu yang engkau pinta.. Maafkan aku banyak berbicara merungkai rasa yang terpendam dijiwa sekian lama....

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja..



Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan..


Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk kau bertanya jikaku mencintaimu juga
Kau bukan milikku..


Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku..




Aku ingatkan setelah mengenali dia dengan lebih dekat.. dia akan mencintaiku seperti mana yang hati dan jiwaku mencintainya.. kerana dia.. aku sanggup lukakan hati orang yang mencintaiku.. kerana dia.. aku sanggup tinggalkan seseorang yang menyayangiku disaat aku diperlukan.. begitu kejamnya aku terhadap orang-orang yang pernah mengasihiku.. aku kejam dengan mereka kerana aku memilih dia..aku menolak mereka kerana aku memilih dia..aku ingat jalan yang aku pilih ini adalah yang terbaik..rupanya aku silap.. semua yang aku rasakan tidak pernah dirasainya dan aku diperkotak katikkan untuk dia mendapatkan hati nya.. sedihnya aku Ya Allah.. permainan apakah yang sedang dia mainkan sekarang ni? maaflah aku bukan suka dengan permainan gila ini..ini bukan cara ku,..agaknya inilah balasan Allah kepada ku kerana menghampakan hati orang-orang yang begitu mencintaiku kerana aku pentingkan diri sendiri dan mengejar orang yang tidak pernah sekali-kali menyayangiku.. perasaan ini pernah ku rasakan dulu.... amat sakit... 


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~