Thursday, 1 January 2015

Permulaan tahun 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni 1/1/2015.. ingatkan tahun ni lebih bermakna buat saya tetapi awal tahun lagi dah jadi tahun yang menyedihkan.. harap-harap pertengahan tahun ni lebih bermakna.. sedih sangat.. even rasa tu lebih bahagia bagi sesetengah orang yang lebih menghargai kedatangan tahun baru.. tapi hakikatnya hati saya amat pedih sangat,.. bukannya dengki dengan kebahagiaan orang lain tetapi turut bahagia melihat betapa bahagianya mereka.. Kini baru saya sedar..tak semua yang kita ingini akan kita dapat.. tahun ni aku lebih merasa kosong,.. perginya tahun lepas membawa banyak kenangan derita.. aku harap tahun ni tidak lagi.,. aku memandang handset ku dengan pandangan yang kosong.. aku dah tiada perasaan lagi.. nak menangis pon dah tak keluar air mata..sebab dah terlalu banyak sangat menangis.. sudah-sudahlah tu penderitaan yang aku rasakan.. mungkin bagi sesetengah pihak merasakan apa yang aku rasakan hanya ujian sebesar biji saga tetapi aku rasa seperti ujian ini menggunung.. tidak mampu ku tanggung dengan kata-kata,.. perasaanku tak terbendung.. banyak yang ingin ku lepaskan namun ku tahu apa yang ku lakukan kini hanya membuka pekung di dada.. Astaghfirullah hal azim.. ampunilah aku ya Allah.. Rentetan peristiwa semalam dan sebelum ini cukup menjadikan aku seorang yang kuat dengan keadaan ku.. tak mengapa.. biarlah aku begini.. biarkan aku sendiri.. mungkin aku tidak layak untuk berdua.. aku redha,, aku pasrah atas ketentuanNya.. sering kali rasa yang anggap akan jadi kenyataan tetapi akhirnya menyebabkan kita menderita kerana mengharapkan datangnya bahagia. Aku sedar..aku tak sebaik dia.. selembut tuturnya.. sehebat bicaranya.. seanggun gayanya.. sesopan jalannya.. sebijak akalnya.. sesantun budinya.. Nyata, kau pinta aku sebaik dia... mengertilah...aku hanyalah aku... insan yang hanya mampu menjadi diri aku sebenar... maaf kalau aku katakan aku bukan dia yang kau inginkan aku sepertinya.. aku tak selayaknya menjadi milikmu.. hanya doaku untukmu bersamanya andai itu yang engkau pinta.. Maafkan aku banyak berbicara merungkai rasa yang terpendam dijiwa sekian lama....

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja..



Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan..


Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk kau bertanya jikaku mencintaimu juga
Kau bukan milikku..


Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku..




Aku ingatkan setelah mengenali dia dengan lebih dekat.. dia akan mencintaiku seperti mana yang hati dan jiwaku mencintainya.. kerana dia.. aku sanggup lukakan hati orang yang mencintaiku.. kerana dia.. aku sanggup tinggalkan seseorang yang menyayangiku disaat aku diperlukan.. begitu kejamnya aku terhadap orang-orang yang pernah mengasihiku.. aku kejam dengan mereka kerana aku memilih dia..aku menolak mereka kerana aku memilih dia..aku ingat jalan yang aku pilih ini adalah yang terbaik..rupanya aku silap.. semua yang aku rasakan tidak pernah dirasainya dan aku diperkotak katikkan untuk dia mendapatkan hati nya.. sedihnya aku Ya Allah.. permainan apakah yang sedang dia mainkan sekarang ni? maaflah aku bukan suka dengan permainan gila ini..ini bukan cara ku,..agaknya inilah balasan Allah kepada ku kerana menghampakan hati orang-orang yang begitu mencintaiku kerana aku pentingkan diri sendiri dan mengejar orang yang tidak pernah sekali-kali menyayangiku.. perasaan ini pernah ku rasakan dulu.... amat sakit... 


~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: