Showing posts with label online business. Show all posts
Showing posts with label online business. Show all posts

Monday, 21 November 2022

update!!!! Wah!! Banyaknya warna!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
Jom shopping !!! Tudung Bawal Instant..

Tudung Sauk Arena :)

🍁TUDUNG SAUK ARENA🍁
😱😱 SAUK-SAUK TERUS MUDA 😱😱

❤️ Pelbagai pilihan warna yang menarik ❤️

Kelebihan tudung bawal instant ni..
1. Mudah dipakai.. hanya perlu sauk /sarungkan saja..
2. Mudah dibentuk..
3. Tudung yang sangat ON POINT..
4. Mudah digosok.. (minimal iron / lebih kepada ironless)..
5. Material kain yang tidak panas dan selesa dipakai..
6. Materialnya terasa ringan πŸ₯°
7. Harga yang mampu milik dengan kualiti terbaik..

🌹 Size M
🌹 Bidang : 45
🌹 Material : CHIFFON VOILE
🌹1 helai RM25

🌹 Size L
🌹 Bidang : 55
🌹 Material : CHIFFON VOILE
🌹1 helai RM30

🍁 4 helai free postage
πŸ’ Boleh mix warna πŸ’πŸ˜Š
🎁Free gift disediakan πŸ€—

#tudungsaukarena #tudungarena #tudungbawalmurah #bawalonpoint #tudungarena #bawalinstant #saukarenabytina #saukarenakelantan #dropshipwanted #teamhanasuhana

klik je kat sini..



jemput singgah ye ... :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 9 November 2022

Pengenalan projek baru aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hai semua, sihat ke tu?

okey, aku nak berkongsi sikit tentang blog ni.

Blog ni merupakan blog bisnes aku. 

terima kasih kepada semua followers yang sudi shopping dengan aku...

 sokongan korang semua amat aku perlukan.

Aku sebenarnya ada dua bisnes yang aku join sekarang iaitu 

Tudung Sauk Arena dan Inai Daun Asli.

Nak tau lebih lagi?

boleh tengok dekat website baru aku tau.. 

lepas ni, aku akan masukkan satu per satu..

kalau ada yang berkenan boleh la hubungi aku...

whatsapp je .. okey.. :  :)

kali ni aku memang sungguh-sungguh dah nak berbisnes ni..

mintak sangat korang sokong aku depan , belakang, kiri dan kanan.. hehehe..

semoga niat baik aku nak bantu ekonomi rumahtangga kami ni dipermudahkan oleh Allah s.w.t.. aamiiin..

orang kata rezeki ni takkan salah alamat kan.. aku harap bisnes aku kali ni berjaya berjalan dengan lancar.. ye aku faham.. bukan senang nak senang kan.. tapi aku akan terus mencuba untuk menjadi yang lebih baik daripada yang sebelum ni...

 Jadi surirumah ni sebenarnya stress jugak sebab setiap hari menghadap benda yang sama je kan.. dengan adanya bisnes baru aku ni dapatlah jugak aku mengisi ruang yang ada supaya aku tak sempat nak stress .. hahahaha.. busy keeennnn... hahahaha...

korang doakan aku ye.. semoga aku menjadi surirumah yang berjaya dunia dan akhirat bukan hanya untuk keluarga, untuk agama dan ekonomi negara... .. aamiin..  ace gituh.. hehehe..

terima kasih ye semua readers.. :)


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Wednesday, 24 November 2021

100 Hari Mencintaimu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hari ni genap 100 hari si manja thaqif suhail menikmati indahnya dunia tipu-tipu..

Pejam celik pejam celik dah 3 bulan dah sayang thaqif suhail ada dengan ummi ni.. 


Happy 3rd month birthday.. 

❤️ my handsome boy.. ❤️πŸ₯°




Okay, dah dpt pembayang x muka kita ikut sapa? 🀣🀣😝😝😜😘

Alhamdulillah dah masuk 3 bulan makin bnyak la peelnya.. baby milestones pon dah bnyak yg dah 'achieved and unlocked'.. alhamdulillah..

Pejam celik.. pejam celik.. cepatnya sayang membesar.. (Lap air mata..😭😭)

Skrg ni ummi perasan syg bnyak pegang something tgn kiri.. bila bg mainan.. pegang tgn kanan mesti akn trjatuh balik dan xlama .. tapi kalau pegang mainan belah kiri.. lama jugak.. siap boleh goncang2 lg mainan..then klu tarik rambut ummi, jari yg paling kuat ummi rasa payah nak cabut dri rambut tgn belah kiri.. 

Oh my love, don't say u're left-handed.. (mommy's nightmare)

Kalau betul la left-handed.. mcm mna ummi abi nak ajar awk menulis yunk.. sbb ummi dgn abi right-handed.. 

Let's just husnuzon, mybe awk tu kecik lgi.. mybe both hand aren't strong enough.. 

Apa2 pon, semoga Muhammad Thaqif Suhail bin Muhammad Termizi membesar dgn baik dan sihat serta menjadi ank yg genius dan soleh di dunia dan akhirat.. aamiin..

Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah atas kurniaanMu ini yang telah lama aku dan suamiku menunggu kehadirannya.. 

Hadirnya membawa sinar kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah.. alhamdulillah..

Menjaganya adalah amanahMu..
Suatu pengalaman yang amat berharga dan mendewasakan diri aku ini.. mengajar aku erti kesabaran yang sebenar.. mengajar aku menjadi seorang ibu.. mengajar aku erti sebuah kehidupan..

Terima kasih sayang thaqif suhail.. hadirmu penyeri rumahtangga dan penyejuk hati ummi abi ...

Nama diberi : 

Muhammad Thaqif Suhail bin Muhammad Termizi

Thaqif yang bermaksud bijak dan mudah faham..

Suhail yang bermaksud senang dan mudah ...

Dengan harapan melalui nama yang diberi.. anak ini bakal menjadi anak yg bijak pandai dalam segenap aspek.. dari segi agama, pergaulan, pendidikan, akhlak, dan kerjayanya.. serta didoakan jugak supaya sentiasa dipermudahkan segala urusannya bersesuaian dgn namanya.. mudah dapat rezeki, mudah faham, mudah berbahasa, , mudah dalam pendidikan ,mudah urusan kerjayanya, mudah urusan ijab kabulnya dan mudah urusan dunianya serta akhiratnya.. aamiin ya rabbal ala miin.. πŸ₯°πŸ₯°

Semoga thaqif suhail sentiasa dibawah dilindungan Allah daripada syaitan yang direjam sehingga hari kiamat.. Aamiin..

Terima kasih semua sebab sudi blogwalking kat sini ..

Aku doakan semoga hampa semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah seperti air zam zam yang mengalir.. aamiin..

Tunggu next entry pulak ye.. stay tuned.. ❤️


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

Monday, 28 December 2015

Rules Online Business (ROB)

Edisi = Bukan nak kata tapi tetap kena kata..

Aku meluat dengan orang yang nak berniaga tapi kalut nak cepat kaya..

Aku suka semangat korang berniaga tu sebab aku pon berniaga...

Cuma aku rasa ampa ni tak berapa pasti kot rules berniaga online ni..

1. Tak perlu kot dok mention nama org nu.. nama org ni.. nak mintak simpati org untuk beli brg ampa tu..melainkan ampa nak tag nama org tu bila org tu betul2 beli.. then its ok..

2. Paling aku menyampah , bila ada si A (org awam) tu buat status yg agak gempak sikit dan dapat banyak like.. kat situ la jugak kau nak buat iklan brg kau bagai.. konon raih simpati ka raih perhatian pon xtau la.. tambah2 tadi aku bca kwn aku update status sedih pasal family dy ada lah sorg hamba Allah ni bleh pulak pi iklan brg dy.. bg aku mmg sgt melampau.. org tgh brduka cita kot.. ang tak perlu la nk beria2 sgt jual brg ang tu..

3. Paling teruk sekali, bila si peniaga pi post terus kat wall customer.. nak berniaga pon berpada2 la .. tak perlu kot nak paksa2.. dan tak perlu kot ganggu wall privasi org lain.. melainkan kau bayar kat tuan punya wall tu.. kalau dekat dunia blog, ang tu akan kena maki berjabu dah no.. sebab setiap part atau ruangan kat blog org lain tu kena bayar at least rm5.. jadi tlg sgt.. aku merayu jgn nak sesuka hati ceroboh wall fb aku tag brg utk jualan... kalau nak tag ilmu ilmuan bagai.. okey go on.. aku alu alukan..

4. Jenis yang nak berniaga ni siap mai jumpa kita lagi... gigih betul nak kita beli brg dy.. tambah2 kwn2... ampa mesty ada feeling " iskh , kesian ngat aih kat dy kalau aku tak beli" .. then bila dy beli dy tak guna pon brg awk tu.. cuba kita check balik matlamat kita jual barang? Hanya nak habis kan stok? Atau untuk kepuasan dan perolehan pahala bila org guna brg kita? Niat tu penting deerrrrr...

5. Sekarang ni ada pulak stail yang jenis whatsapp personal terus.. paksa beli.. siap buat2 tersilap antar lagi.. kalau antar dalam whatsapp group tak pa.. at least kot2 la dy nak intro brg yg dy jual kan... yg tu still bleh dimaafkan tapi yg ni... ermmmm.....
Cth ayat : " kak ari tu kak ada request order kan untuk brg kami. ".. " eh.. xde la.. mna de..awk silap org ni.." .. " owh yaka, okey la.. maaf kak tersalah antar... tapi kalau kak nak beli boley la order dgn kami ye.. " ( pup.. tekan button block terus aku )...
Bagi aku cara ni paling kotor dan jijik dalam perniagaan..  jgn paksa customer okey.. remember that.. korg dah terdesak sgt ka? Ni bukan cara berniaga..klu korg rasa org cina mampu kaya raya berbanding org melayu, cuba blajar cara org cina brniaga..then u'll deserve it..

Peniaga..

Korg kena ingat satu benda..!

Rezeki tu datang daripada Allah..
Dan.......
Allah jugak lah yg menggerakkan hati manusia..

Jadi kalau kau selalu...
Buat solat dhuha untuk raih rezeki..
Buat sujud syukur bila rezeki lebih drp sepatutnya..
Buat sedekah untk kongsi rezeki dgn org lain...
Baca ayat 1000 dinar.. ayat pembuka rezeki tu..

Amalkan semua benda ni..

In shaa Allah aku yakin ang akan berjaya.. dan lebih kaya daripada org cina ..satu benda yang ang perlu tahu tu.. 

Tak perlu lagi dah nak menyemak kat wall org lain..

Kalau korg buat semua ni, pelanggan yang akan cari korang sendiri.. korg dah tak perlu susah hati..

ni aku siap bg tips ni..

thats all..kbye..

Tiada sambutan hari lahir untuk anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga..  Mintak maaf ye anakku sayang...