Sayap kiri kepada Muhammad Termizi bin Mohamad Jamil.... Bismillah hi rahman ni rahim .... All praises belong to Allah Taala and may His choicest mercies and blessing be on His noble Messenger, Nabi Muhammad s.a.w ( Peace be upon him )..... 'O our Rabb! Accord to us the coolness of our eyes from our spouses and children, and make us leaders of the pious. Aameen.... Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat untuk semua orang dan memberikan sedikit pahala buat diri ini.. aamiin..
Monday, 9 August 2021
Pengalaman Mengandung ( time pkp ) Part 6
Cara kira pergerakan baby dalam kandungan
" Janin memerlukan rehat seperti tidur selama 20 minit dalam masa dua jam. Jadi, jika dia kurang bergerak, mungkin dia sedang berehat. Anda boleh mengira sendiri kestabilan pergerakan janin. Dalam masa 12 jam, anda perlu mengira pergerakan sebanyak 10 kali." - dari blog majalah pa&ma.
![]() |
| yang ni contoh kiraan kick baby apps. tq google |
![]() |
| gambar hiasan.. tq google.. |
Wednesday, 22 April 2020
Pengalaman TTC aku : My TTC Journey (5)
![]() |
| kat wad kecemasan HUSM |
![]() |
| gambar dari sisi |
![]() |
| doc ada cakap depa bius bagi tidur. |
![]() |
| maaf ye guna gambar meta |
Aku disuruh puasa smpai hari jumaat.. Sbb takut klu2 nak kena operate segera.. Doc kata larascopic tu xsakit pon.. doc tebuk kat area bawah pusat macam dalam gambar tu.. Pastu masukkan camera utk cari baby kat mna ja..tp aku dgr pon mcm ngeri.. Mujur la xkena buat.. Hahaha..
![]() |
| terima kasih suami sudi teman kat wad kecemasan dan sanggup ulang alik ke hospital |
![]() |
| masa kat kecemasan dah amik dah darah sekali untuk test hcg |
![]() |
| yang ni antara yang aku dapat masa google |
![]() |
| gigih vc dengan suami aku |
![]() |
| terima kasih nurse bawakan makanan |
![]() |
| UPT clear blue |
UPT Clear Blue ni aku minta suami beli kan kat watson sebab aku tak masih tak percaya tentang kehamilan aku tu. Dah doc kata tak nampak baby kan. so, aku tak puas hati sangat.harga masa beli ni dalam rm45 tak ada promosi masa ni. main beli ja. bila dah test je, memang aku puas hati sangat. nampak sah terang dia tulis tu,, kali ni dah 2 kali aku guna clear blue ni.. yang first time, yang ni.. tapi yang ni tak berjaya.. alhamdulillah yang kali berjaya..
![]() |
| ni contoh bacaan hcg |
Aku rasa lega walaupun sedih tu tetap ada.. Lega sbb xgaduh nak operate2 larascopic bagai.. Klu x hat tu lagi susah la nak pantang.. Jenuh aku.. Dah la sorg2 kat sini.. doc kata aku tak perlu buat D&C ( cuci rahim ) sebab dia dah keluar yang ketul-ketul tu.. lagi pon kandungan kecil lagi. nanti dia akan keluar macam darah period biasa.
![]() |
| yang ni dari laman web Dr. Zubaidi. |
![]() |
| Yeah dah discharge dah.. |
Wednesday, 30 November 2016
Adab pergaulan wanita bekerja di luar rumah
- Wanita hendaklah menutup aurat.
- Wanita dikehendaki menjaga pandangan.
- Tidak memakai bau-bauan yang kuat.
- Tidak bertabarruj atau berlebih-lebihan dalam kecantikan.
- Pergaulan wanita dan lelaki terbatas.
- Isteri hendaklah meminta kebenaran suami sebelum keluar bekerja di luar rumah. Sekiranya wanita tidak mendapat keizinan suaminya tetapi dia melakukannya juga, dia akan dikutuk oleh Allah.
- Wanita hendaklah bijak membahagikan masa di rumah dan di luar rumah. Wanita perlulah memikirkan pendidikan anak-anak secara serius dan mengajar anak-anak tentang akhlak yang baik, pergaulan yang baik dengan masyarakat dan keintelektualan di dalam pemikiran dan keaktifannya. Wanita juga perlu bijak membahagikan masa untuk melayani suami nya dan melengkapkan keperluan suaminya.
Monday, 7 November 2016
kenapa wanita kini perlu bekerja walaupun berumahtangga?
- Untuk menambahkan sumber pendapatan dari segi kewangan. Ini adalah disebabkan keperluan semasa yang semakin hari semakin tinggi harganya. Meskipun pemulihan ekonomi telah dilakukan dan ekonomi di negara kita semakin pulih, namun harga barangan dari sehari ke sehari semakin meningkat.Jadi, perbelanjaan rumah tidak cukup sekiranya hanya suami sahaja yang mencarinya apatah lagi dengan keperluan hidup dan kos sara diri masa kini yang semakin tinggi.
- Menuntut wanita muslim semakin aktif dan sibuk dalam politik , sosial dan sebagainya. Ini adalah disebabkan banyak masalah , berbangkit berkaitan dengan wanita yang perlu diselesaikan oleh wanita yang berkaliber dan mempunyai pandangan yang bernas serta pemikir wanita yang bijak.
- Menuntut wanita muslim untuk turut sama mempunyai sijil aatau kelulusan yang membolehkannya memegang jawatan tinggi dan gaji yang lebih lumayan dan mengalakkan kaum wanita untuk mempunyai ilmu pengetahuan supaya tidak ketinggalan dalam masyarakat. Hal ini kerana tanpa gaji yang lumayan agak sukar untuk menampung keperluan hidup kerana pendapatan suami kadangkala tidak mampu menampung kehidupan sekeluarga.
- Terpaksa mengeluarkan tenaga yang lebih berbanding lelaki. Misalnya setelah penat di tempat kerja , terpaksa pula berpenatan di dalam rumah tangga untuk mengguruskan anak-anak, melayani suami, memasak dan sebagainya.
- Menuntut wanita muslim mempunyai ilmu yang lebih tinggi memandangkan pendidikan atau sosial di zaman ini yang terlalu tinggi. Tanpa ilmu yang cukup akan menyebabkan anak-anak kurang mendapat didikan agama dan mudah terjebak di dalam budaya kuning.
- kaum wanita diperlukan dalam bidang-bidang kritikal yang memang hanya layak disandang oleh kaum wanita dan bukanlah layak untuk kaum lelaki. Hal ini kerana jika kita lihat suasana dimana wanita muslimah diperiksa oleh kaum lelaki atau doktor lelaki, malah diantaranya ada yang bukan beragama islam yang sepatutnya dilakukan oleh kaum wanita terutama bahagian sakit puan. Ertinya bila tidak ada wanita yang tampil untuk mengisi jawatan tersebut,maka seluruh wanita ditempat itu berdosa. Jika ada seorang yang tampil, maka terlepaslah dosa wanita seluruh tempat itu.
Tuesday, 11 October 2016
Ciri-ciri yang perlu ada pada pasangan yang bakal berkahwin
Thursday, 26 May 2016
Wanita : Jom Kenali Diri Anda ( BHG. 6 - Kenali Payudara Anda)
sambungan dari entry http://solehahkahaku.blogspot.my/2016/05/wanita-jom-kenali-diri-anda-bhg-5.html .. :)
kali ini saya akan berkongsi mengenai payudara wanita. khas untuk pengetahuan wanita terutama sekali adik-adik gadis kita.. :)
seperti yang kita sedia maklum, wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang unik. Perbezaaan antara lelaki dan wanita dari segi bentuk badan dan perwatakan.
Payudara adalah organ yang penting bagi kaum wanita kerana payudara ini mampu mengeluarkan air susu yang diperlukan oleh bayi. Payudara wanita disebut sebagai glandula mammaria yang juga merupakan alat reproduksi tambahan. Setiap padudara terletak pada sisi sternum dan terletak pada fascia superficialis dinding rongga dada di atas musculus pectoralis major berbentuk tonjolan setengah bola dan mempunyai ekor (cauda) dari jaringan yang meluas hingga ke ketiak atau axilla yang disebut sebagai cauda axillaris spence.
| wanita dengan 3 payudara |
Lebihan tisu payudara ataupun puting biasanya akan timbul di sepanjang garisan susu. Terdapat segelintir wanita yang hanya mempunyai puting sahaja ataupun tisu payudara tanpa puting ataupun kedua-duanya sekali. contoh seperti dibawah :
| jenis-jenis payudara |
- tempat keluarnya susu yang dihasilkan oleh payudara dan dikenali sebagai papilla mammae
- terletak di tengah-tengah pusat areola
- secara puratanya puting susu akan mempunyai 7 - 10 bukaan bagi mengeluarkan susu
- saiz puting biasa adalah kurang daripada 2 cm iaitu dalam lingkungan 1.6cm
- ketinggian lebih kurang 0.7 cm dan panjangnya kira-kira 6mm
- permukaannya berlubang-lubang berupa ostium papillare kecil-kecil yang merupakan muara ductus lactifer.
- saiz puting akan membesar semasa wanita hamil dan menyusukan bayi
- puting mempunyai duktus susu, sel-sel saraf dan sel-sel otot yang menjadikan puting lebih fleksibel dan kelihatan timbul apabila terima ransangan.
- daerah lingkaran yang berwarna gelap bagi wanita yang berkulit coklat, berwarna merah bagi wanita yang berkulit cerah dan warna tersebut akan menjadi lebih gelap pada waktu hamil.
- terdiri daripada kulit yang longgar dan mengalami pigmentasi dan masing-masing payudara bergaris tengah kira-kira 2.5 cm di sekeliling puting.
- purata saiz areola ini 6.4 cm tetapi saiz ini tidak sama bagi setiap wanita.
- ia menjadi sasaran bayi untuk mula menyusu
- tisu areola ini amat anjal bagi memastikan bayi mudah melekapkan mulutnya dengan betul semasa menyusu.
- terletak pada areola
- berfungsi untuk mengeluarkan cecair untuk mengelakkan kawasan puting dan areola menjadi kering
- ia juga merembeskan faktor-faktor yang menghalang pertumbuhan bakteria pada puting
- terdapat lebih kurang 10 kelenjar montgomery tapi ia berlainan bagi setiap wanita.
- ia mengeluarkan sejenis bau yang mampu menggalakan bayi bergerak ke arah puting dan menghisap secara efisien.
- sel yang menghasilkan dan menyimpan air susu.
- sel ini diumpamakan seperti gugusan buah anggur yang mempunyai ruang kosong di tengah nya. susu yang dihasilkan akan dirembeskan melalui ruang tengah yang kosong itu.
- alveolus dikelilingi oleh sejenis sel otot (myeopithelial cell) atau disebut sebagai sel keranjang (basket cell) atau sel labah-labah (spider cell) bagi menolak susu keluar dari permukaan alveolus. Apabila sel-sel ini diransang oleh oksitosin akan berkontraksi sehingga mengalirkan air susu ke dalam ductus lactifer
- gabungan bukaan-bukaan kecil alveolus untuk membentuk duktus kecil.
- mempunyai lubang keluar pada puting susu
- membentuk sistem pengaliran susu yang bersimpang siur dan bercabang-cabang yang dipanggil ductus lactifier.
- jumlah ductus adalah sama pada payudara kiri dan kanan
- duktus ini sangat senang dihimpit di sekitar puting
- tekanan dalam jangka masa yang lama dapat mengakibatkan duktus tersumbat.
- terletak di bawah kulit payudara iaitu diantara alveolus dan tisu kelenjar dan di bahagian belakang payudara.
- setiap wanita memiliki jumlah sel lemak yang berbeza dan ia menentukan saiz payudara sama ada besar atau kecil
- perlu diingat, sel -sel lemak tidak mempengaruhi jumlah susu yang dihasilkan. maksudnya, tidak semestinya payudara besar menghasilkan banyak susu untuk bayi.
- tisu yang menyokong payudara ke bahagian dada.
- dipengaruhi oleh elastin yang dikeluarkan semasa hamil
- fungsinya meregang dan memanjangkan bentuk payudara wanita
- setiap alveolus dikelilingi oleh saluran darah yang halus dan bersimpang siur
- salur darah membekalkan nutrien pada payudara
- saraf pula mengesan rangsangan pada payudara dan menghantar kepada otak untuk merembeskan hormon-hormon yang diperlukan oleh payudara untuk menghasilkan susu.
Perkembangan payudara sejak dari dalam kandungan, mencapai usia akil baligh dan ketika menjadi wanita hamil.
Dari Dalam Kandungan
- bermula seawal bulan pertama dalam kandungan kepada janin dimana 2 garisan susu terbentuk di sepanjang permukaan, dari ketiak sehingga ke celah paha.
- Alveolus, Areola dan puting payudara telah terbentuk apabila janin bermur 3 bulan sehingga 4 bulan dalam kandungan.
- saluran-saluran duktus terbentuk hingga janin berumur 8 bulan
- bermula sejak janin berumur 8 bulan sehingga cukup matang usia janin, tisu payudara janin akan terbentuk dan bertambah sehingga 4 kali ganda daripada berat asalnya.
- puting dan areola terus berkembang dan berwarna gelap.
- sebelum baligh, tiada perubahan yang ketara sejak bayi sehingga kanak-kanak , namun setahun sebelum baligh akan ada tanda-tanda seperti payudara membesar sedikit dan nyilu di bahagian puting payudara.
- selepas baligh, hormon estrogen dan progestron memainkan peranan besar dan juga hormon-hormon lain.
- pada umur 10-12 tahun, duktus-duktus mula membesar dan bercabang dan lama-kelamaan membentuk alveolus dan sistem kelenjar.
- pada setiap kitaran haid, perkembangan dan tumbesaran duktus dan sistem kelenjar susu pasti akan berlaku.
- perkembangan payudara berlaku secara pesat sehingga gadis berumur 16 tahun dan kemudian berterusan secara perlahan sehingga usia 30 tahun.
- tumbesaran dan perkembangan fungsi payudara akan lengkap setelah wanita itu hamil dan menyusu.
- saiz payudara akan membesar pada peringkat awal kehamilan, payudara dan puting menjadi lebih sensitif.
- puting dan areola menjadi lebih gelap, kulit payudara kelihatan nipis dan salur-salur darah mula kelihatan di atas payudara
- saiz areola dan kelenjar montgomery juga semakin membesar.
Puting Terbalik.

- hanya 3 % wanita yang mengalami puting terbalik.
- cara untuk mengetahui puting terbalik atau puting normal adalah seperti di bawah..
![]() |
| tekan areola kira-kira satu inci daripada puting dan lihat sama ada puting terkeluar atau tidak. |
![]() |
| teknik urutan.. urut bahagian areola 'keatas dan bawah' dan 'ketepi' |
| Teknik guna picagari 1. potong sedikit bahagian depan picagari 2. terbalik kan picagari 3. lekapkan bahagian lubang picagari ke bahagian puting yang tenggelam. 4. tarik di hujung picagari sehingga puting terkeluar.. |
| ni contoh picagari yang dah dipotong dan diterbalikkan |
| NIPPLE ASPIRATOR |
| Teknik Nipple Aspirator 1. sambungkan picagari pada niplette. 2. letak di atas puting sambil tangan kiri menekap niplette manakala tangan kanan menarik picagari untuk memberi tekanan udara pada nipple dan membantu nipple untuk timbul. Apabila nipple telah timbul, tarik picagari ke bawah perlahan-lahan dan lepaskan picagari. 3. tinggalkan niplette di atas nipple beberapa ketika dan tanggalkan setelah nipple terkeluar.. |
P/S : sekiranya ketiga-tiga teknik ini tidak menjadi, dapatkan bantuan pakar atau kaunselor laktasi supaya anda dapat melakukan penyusuan untuk bayi anda.
Tuesday, 17 May 2016
Kahwin oo kahwin ( persediaan kemahiran diri untuk berkahwin )
![]() |
| thanks en.google |
10. tidak semua wanita mahir dalam menjahit, tetapi belajarlah menjahit walaupun hanya jahitan jelujur kasar. tetapi bonus bagi seorang suami yang memiliki isteri yang mahir menjahit pakaian lengkap.. apabila wanita itu menjahit pakaian bagi suami dan anak-anaknya, pahala akan menjadi milik wanita itu selama mana ahli keluarganya memakai pakaian tersebut.. wahhhh.. seronokkan bila kita dapat menjahit baju untuk insan tersayang.. lebih berpahala pula, kalau kita menjahit dan menjualkannya kepada golongan yang memerlukan.. pahala berlipat kali ganda tu.. :)
![]() |
| thanks mr.google |
jadi, benda sikit-sikit macam kat atas tu, kita fikirlah dua tiga kali sebelum bercerai.. kalau tak mahu fikir tentang diri sendiri, fikirlah tentang anak-anak kita.. sebab tu pentingnya ilmu sebelum berkahwin..
Tiada sambutan hari lahir untuk anakku
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hai semua, susah nak nyatakan kat sini tapi terpaksa aku luahkan juga.. Mintak maaf ye anakku sayang...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kali ini saya masih nak berkongsi ilmu bersama kawan-kawan lagi tentang penggunaan 'sesuatu...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sudah banyak hari tak menaip untuk entry baru ni. Rindu lah pulak sebab tulah yang buka balik bahag...
-
1 . Kesukaran untuk menurunkan gaji Gaji minimum ini merupakan gaji yang dikuatkuasakan oleh undang-undang kepada pihak majikan...

























.jpg)

